Sebelum itu penulis akan memperkenalkan beberapa istilah:
capital, capitalist, capitalisme,
Terdapat banyak konteks penggunaan perkataan ‘capital’, namun penulis hanya akan mengambil takrifan ‘capital’ dari segi kewangan atau ekonomi dari Cambridge Online Dictionary:
link ke kamus
capital (MONEY)
noun [U]
wealth, especially a large amount of money used for producing more wealth or for starting a new business:
She leaves her capital untouched in the bank and lives off the interest.
We've put £20 000 capital into the business, but we're unlikely to see any return for a few years.
capitalism
noun [U]
an economic, political and social system based on private ownership of property, business and industry, and directed towards making the greatest possible profits for successful organizations and people
capitalist
noun [C]
1 someone who supports capitalism
2 someone who has great wealth invested in a business
capitalize, UK USUALLY capitalise
verb [T often passive]
to supply money to a business so that it can develop or operate as it should
capitalization, UK USUALLY capitalisation
noun [S or U]
the total value of a company's shares on a stock exchange
Kapitalisme adalah satu sistem sosial, politik dan ekonomi berasaskan kepada pemilikan harta, perniagaan dan industri secara peribadi, dan bertujuan mengaut keuntungan sebanyak mungkin untuk kejayaan manusia dan badan-badan dalam sistem ini.
Orang-orang kapitalis ialah mereka yang menyokong sistem ini. Sistem kapitalis bertujuan memusatkan segala keuntungan dan aset yang ada kepada si pemilik. Ini bermakna, prinsip ’harta aku, harta aku, harta engkau, harta engkau’ digunapakai. Dan orang2 yang miskin akan terus ditindas, sementara orang2 yang kaya akan terus menjadi kaya. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem monopoli.
Dari itu kapitalis menjadi hamba kepada wang. Segala tindakan yang bermatlamat mengaut keuntungan dan wang akan menguasai tindakan mereka. Ada yang sanggup berbunuhan demi wang. Dari itu juga tercipta sistem riba’.
Jika seorang kapitalis memiliki aset RM 2 juta , adakah RM 2 juta itu akan habis digunakan olehnya seorang diri? Belum tentu wang sebanyak itu akan habis digunakan seumur hidupnya. Dan mustahil juga wang sebanyak itu akan dihabiskan dalam tempoh yang singkat. Tambahan jika dia mengaut keuntungan berlipat kali ganda setiap hari. Asetnya sudah tentu meningkat berlipat kali ganda. Dari itu, peredaran wang dalam komuniti terganggu. Golongan miskin memberontak dan lahirlah falsafah seperti komunisme bagi menyamaratakan pemilikan harta setiap orang. Tetapi komunisme bertentangan dengan naluri semulajadi manusia di mana ia menentang kekayaan dan pemilikan harta secara peribadi.
Berikut adalah dialog bagi menggambarkan bagaimana setiap golongan manusia menjadi hamba kepada wang akibat dari amalan kapitalisme.
orang miskin: aku mesti cari wang untuk hidup , tak kira walau apa cara sekalipun,( mencuri , merompak). aku nak hidup juga. Wang adalah segala-galanya pada masa ini. kalau x macam mana aku nak bagi makan pada anak bini aku. Sudahlah hutang berlipat ganda.
orang kaya: aku mesti jadi jutawan walau apa cara sekalipun. Hmm, bagus juga kalau aku ambil je suapan yang disogok tadi. Bertambah banyaklah wang aku. Ha, si fulan tu belum lagi bayar hutang dia pada aku. Siaplah nanti.
Jika sistem kapitalis dan komunis ciptaan akal manusia gagal, sistem apakah yang paling sesuai digunakan bagi mengurus ekonomi? Dari penerangan di atas, suatu sistem ekonomi yang boleh memberikan kesejahteraan kepada golongan kaya dan miskin, dan sistem yang menepati naluri semulajadi manusia mesti digunapakai. Dalam sistem ini, golongan kaya mesti mengeluarkan sebahagian tertentu dari simpanan asetnya. Golongan miskin pula mesti diberikan sebahagian tertentu dari harta golongan kaya. Hasilnya yang kaya akan tetap kaya dan yang miskin tetap miskin, tetapi pada masa yang sama masih dapat hidup dengan wang yang cukup.
Penjelasan mengenai riba'
Saya ambil satu contoh, iaitu agensi pemberi hutang ( pemiutang ) yang sah. Agensi ini peniagaannya adalah dengan mengaut keuntungan dengan memberi hutang, iaitu meminjamkan modal kepada orang-orang yang ingin memulakan perniagaan. Dan bagaimanakah keuntungan ini diperoleh? baiklah, katakan seorang mamat ni meminjam RM 1000 dari agensi tersebut. Sekiranya mamat ini tidak membayar semula wang tersebut dalam tempoh tertentu, maka wang yang perlu dibayar balik akan dinaikkan sebanyak 25% ( jadi total kira sendirilah yerr). Dan sekiranya mamat ini gagal membayar balik untuk tempoh yang seterusnya, akan dinaikkan lagi sebanyak 25% peratus. Inilah yang dikatakan riba. Riba dalam kes ini adalah sebarang pertambahan dalam nilai wang yang mamat ini kena bayar kepada agensi tersebut. Tidak kiralah kenaikan itu dalam apa jua cara sekalipun. Ada agensi yang lagi tamak , menaikkan peratusan bagi setiap tempoh seterusnya apabila si penghutang gagal menjelaskan hutang mereka. Jadi apabila penghutang gagal membayar, hutang dinaikkan kepada 25 peratus, kemudian apabila gagal lagi, 30 peratus , 35 peratus, 40 peratus dan seterusnya. Maka si penghutang akan ditindas. Ada pula agensi yang tidak melakukan urusniaga seperti itu , tetapi menetapkan awal-awal berapa peratus yang si penghutang perlu bayar. Sebagai contoh, agensi menetapkan penghutang perlu bayar balik wang yang dipinjam beserta 25 % daripada keuntungan perniagaan. Jika penghutang lewat dari tempoh yang ditetapkan, jumlah wang yang perlu dibayar tetap sama, beserta 25 % daripada keuntungan, dan tidak ada peningkatan dilakukan, dengan menggunakan alasan bahawa 25% bayaran tambahan itu adalah ’upah’ kepada agensi terbabit kerana memberi hutang, dan lagi satu mereka beralasan , mereka tidak melakukan riba kerana mereka tidak menaikkan hutang yang dikenakan secara berturut-turut. 25% yang ditambah itu adalah cara mereka mendapatkan keuntungan sahaja, kalau tidak mereka tiada untunglah berniaga. Tapi, bukankah telah saya jelaskan tadi , apa jua bentuk pertambahan dalam jumlah hutang yang perlu dibayar adalah riba’? Maka 25% pertambahan itu tetap dikira riba dan bukannya upah. Saya akan jelaskan bagaimanakah caranya mendapatkan upah seperti yang diajar Islam dalam perniagaan pemberian hutang ini. Baiklah, berbalik kepada cerita tadi, cuba bayangkan sekiranya perniagaan si penghutang gagal, dan wang penghutang hanya cukup2 sahaja untuk membayar semula wang yang dipinjam dari agensi,bagaimana mungkin dia akan membayar tambahan 25% itu? Dan penghutang ini jelas-jelas telah tertindas. Inilah yang Islam mahu hapuskan. Dan bagaimana perniagaan pemberian hutang dijalankan berdasarkan muamalat Islam? Begini sebenarnya. Katakan seorang mamat ini meminjam RM1000 dari agensi pemberi hutang untuk memulakan perniagaan. Dan mamat ini dikehendaki membayar balik sebanyak 30% daripada keuntungan perniagaan, tidak termasuk RM1000 yang dipinjam tadi. Ini bermakna agensi terbabit hanya mengaut untung jika 30% daripada keuntungan perniagaan penghutang melebihi RM1000, dan rugi jika kurang dari RM1000. Maka,dalam hal ini, kedua-dua pihak mesti bekerjasama menjayakan perniagaan si penghutang, dan kedua-dua pihak akan menanggung risiko kerugian. Maka , tidak berlaku penindasan baik pada agensi mahupun pada si penghutang. Dan jika si penghutang untung, agensi akan untung atau rugi. Jika si penghutang rugi, agensi turut sama rugi. Agensi menanggung risiko dua kali ganda. Maka menjadi tanggungjawab agensi untuk menyelidik dahulu latar belakang si penghutang sebelum memberi hutang. Fuh, susah juga kerja pemberi hutang ni ya... . Bukankah adil sistem seperti ini?
’Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.’ (Al-Baqarah:43)
Renung-renungkanlah.
Dec 30, 2008
Balai Cerap Diraja ( Bahagian 2- Muzium )
Untuk catitan kali ini saya akan ceritakan serba SEDIKIT mengenai MMK atau nama penuhnya Muzium Maritim Kebangsaan (English- National Maritime Museum) , Greenwich. Kenapa SEDIKIT? Kerana saya bukanlah orang yang gemar dan selalu mengunjungi tempat yang bernama muzium. Sebabnya, banyak artifak yang dipamerkan bersabit kepada peristiwa-peristiwa sejarah. Dan ilmu sejarah sayapun sudah lama berkarat. Menariknya sesebuah lawatan ke muzium adalah apabila kita tahu sejarah yang berkait dengan barang2 yang dipamerkan betul tak?
Kalau tidak, hambarlah lawatan itu. Dan lawatan saya ke MMK tidak kurang hambarnya.
Sekilas mengenai muzium ini, ia menyimpan pelbagai jenis artifak dan barang2 yang berkaitan dengan sejarah perkapalan, serta teknologi2 yang berkaitan dengan kelautan , umpamanya kejuruteraan maritim. Sejarah penubuhannya saya tidak tahu, para pembaca bolehlah googlekan...hehe..( aku memang ignorant). Sekian itu sahaja.(malas nak tulis panjang2...). SEDIKIT bukan? Dan lokasi muzium ini bersebelahan sahaja dengan BCD.(rujuk post lepas utk keterangan lanjut mengenai BCD)
Muzium adalah tempat tersimpannya dokumen2 penting dan artifak2. Di sinilah sejarah diabadikan. Dan generasi2 yang menyusul dapat melihat sejarah dengan lebih dekat. Bagaimana untuk menarik generasi-generasi muda berkunjung ke muzium? Di sini saya senaraikan beberapa langkah yang saya rasa boleh menarik golongan ini, termasuklah saya , untuk menjejakkan kaki ke muzium:
- banyakkan kiosk dan wujudkan staf2 yang jadi tukang penjelas,yang akan memberi penjelasan tentang barang2 yang dipamerkan, kerana pengunjung sukakan interaksi. Lagi bagus jikalau penjelas itu pandai berlawak, atau memang pandai bercakaplah, sampai orang berkerumun( bukan pula untuk membelasah si penjelas ok!). Cuba bayangkan betapa mengantuknya saya apabila melawat muzium yang tak ada apa-apa untuk dicuba. Apatah lagi banyak barang2 yang dipamerkan saya tidak tahu sejarahnya. Kalau barang2 itu boleh bercakap takpe jugak. Dan rata-rata pengunjung gemarkan sesuatu yang mencabar dan menguji akal, terutamanya permainan dan pertandingan yang terdapat pada kiosk-kiosk.Disebabkan itulah , antara Pusat Sains Negara dengan Muzium Negara, rata-rata orang suka ke Pusat Sains Negara. Kerana apa?
Pusat Sains Negara
Kerana di situ terdapat pelbagai perkara untuk dicuba. Budak-budak memang sangat suka betul x? Siapa yang ada adik tahu-tahulah.
kiosk
- kemasukan percuma. Rata-rata orang tidak suka melawat muzium adalah kerana bayaran masuk yang tidak masuk akal dan sangat mahal pula. Bayar sampai berbelas ringgit atau pound, tapi ilmu dan pengalaman serta kepuasan yang diperolehi tidak pula semahal itu.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Moga dapat ilmu berguna walaupun sedikit.
Majulah muzium untuk negara.

Kumpulan catitan:
buah fikiran,
sains dan teknologi
Dec 28, 2008
Balai Cerap Diraja .
Pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada para pembaca sekalian kerana tidak dapat mengemaskini blog ini selama seminggu kerana saya telah ber‘jaulah’( hehe…orang lain guna istilah ni, aku pun nak guna jugak…maksudnya berkelana( menurut Bro F*hmi Birm) ) ke London dan Greenwich. Ya, ke Greenwich para pembaca sekalian. Dan juga London. Bukanlah tempat yang jauh seperti Scotland, Ireland, Jerman, Sepanyol mahupun Turki. “London jerr , dekat sangat, bukan ada apa pun,buat apa pergi”, bak kata ‘sesiapa jua’. Saya ke sini untuk menyertai satu program yang lebih dikenali sebagai FUIYO( Fun with Iluvislam’s Youth Overseas), di samping melawat salah satu tarikan pelancongan ke UK iaitu Balai Cerap Diraja ( English-Royal Observatory ) dan Muzium Maritim Kebangsaan (English- National Maritime Museum). Diharapkan para pembaca sekalian beroleh ilmu pengetahuan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian, dan tidak pula sia-sia pelayaran internet anda semua.
Balai Cerap Diraja (BCD) terletak di atas sebuah bukit, yang berdiri kukuh dan gah tetapi tidak pula riak, di belakang Muzium Maritim Kebangsaan (MMK). MMK pula terletak bersetentang dengan Universiti Greenwich. Semua bangunan-bangunan ini terletak di Cutty Sark for Maritime Greenwich. Bagaimana untuk sampai ke sini? Entahlah. Rujuk laman web di bawah dan carilah sendiri ye….
http://journeyplanner.tfl.gov.uk/user/XSLT_TRIP_REQUEST2?language=en
Apakah itu longitud dan latitud? Garisan latitud adalah garisan-garisan ufuk bayangan yang mengunjur dari Barat ke Timur atau sebaliknya yang dilukis di atas peta bagi memberi kedudukan atau koordinat seseorang sama ada Utara atau Selatan di atas permukaan Bumi. Garisan-garisan ini sebenarnya merupakan bulatan-bulatan, dan pusat-pusatnya terletak pada satu garisan 90 darjah dengan satah bulatan-bulatan itu, dan melalui pusat Bumi. Jadi , bulatan latitud terbesar adalah di Khatulistiwa manakala bulatan latitud terkecil adalah satu titik sahaja ( jejari=0m ) terletak di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Garisan longitud pula ialah bulatan-bulatan yang mengunjur dari Kutub Utara dan Kutub Selatan. Berbeza dengan bulatan latitud, bulatan-bulatan longitud memiliki jejari yang sama panjang dan dikenali sebagai Bulatan Agung. Bulatan Agung (English- Great Circle ) pula adalah bulatan terbesar yang pusatnya adalah pusat Bumi. Jadi hanya bulatan berlatitud 0 darjah( khatulistiwa) dan semua bulatan longitud merupakan bulatan agung. Longitud digunakan bagi menentukan koordinat seseorang sama ada Timur atau Barat.
Disebabkan garisan atau bulatan longitud ini banyak, maka kita perlu memilih salah satu daripadanya sebagai penanda. Apakah tujuan penanda ini? Ia bagi menentukan satu garisan longitud yang membahagi Bumi ini kepada Timur dan Barat, iaitu garisan longitud 0 darjah ( 0 darjah Timur dan 0 darjah Barat), dan menandakan dari mana mula dan tamatnya garisan-garisan longitud.Oleh sebab begitu banyak garisan longitud, maka banyaklah tempat di dunia ini yang boleh dijadikan sebagai penanda sebenarnya. Oleh itu, Greenwich bukanlah satu-satunya tempat yang layak untuk dijadikan penanda garisan ini. Sebelum Greenwich, telah banyak tempat-tempat di dunia dijadikan penanda bagi menetapkan kedudukan garisan ini
(rujuk wikipedia-http://en.wikipedia.org/wiki/Greenwich_Meridian).
Namun hasil dari persepakatan antarabangsa (English-international convention), Greenwich akhirnya disepakati sebagai penanda longitud 0 darjah. Dan garisan itu ditanda pendek sahaja di BCD, namun dipanjangkan rentangannya dengan menggunakan pancaran cahaya laser berwarna hijau yang dijana di dalam balai cerap.Buat pengetahuan para pembaca sekalian, garisan ini bersetentang 180 darjah dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentangi Lautan Pasifik.
(artikel tentang laser-http://eigenzone.blogspot.com/2008/12/laser.html)
Tahukah anda bahawa BCD itu sendiri asalnya adalah tapak rumah seorang ahli astronomi dan fizik British bernama John Flamsteed? Dan rumah serta tinggalan peralatan dan bilik yang digunakan ketika penyelidikan masih ada di situ, dan dijadikan sebuah muzium mini. Pengunjung dilarang sama sekali mengambil gambar ketika berada di dalam ruangan muzium itu.
Sekian untuk kali ini, saya akan sambung pula pada bahagian kedua. InsyaAllah.
Semoga beroleh pengetahuan berguna walaupun sedikit.

sains dan teknologi,
sejarah
Dec 19, 2008
Puisi Buat Pasangan-Pasangan...
Untuk catitan kali ini, masih lagi sebuah puisi. Puisi ini saya tulis sebagai mengulas catitan saya suatu ketika dahulu mengenai dialog antara satu pasangan yang ditangkap khalwat dengan seorang ustaz yang menangkap khalwat.(apa punya ayat daa...)
http://eigenzone.blogspot.com/2008/05/dialog-antara-ustaz-dan-pelajar-yang.html
(sori...aku x pandai letak hyperlink)
Jadi, dialog itu secara tidak sengaja telah melalui satu proses transformasi apabila ia tiba-tiba bertukar kepada sebuah puisi.Baca dan hayati maksud puisi di bawah.
Moga dapat pengajaran berguna dari pelayaran internet anda.
Mahu kahwinkah?
assalamualaikum
apa khabar kamu berdua
selamat bersua muka
nama siapa?
dan ini
anak dara siapa?
surat nikah ada?
(sudah pastilah tiada...)
saya pegawai agama
jom, ikut saya...
kita bincang di pejabat sana
mahu kahwinkah?
tapi
kamu masih belajar
cita-cita sedang dikejar
impian sedang dilakar
makan pakaipun mak ayah beri
usah beranganlah hendak beristeri
diri sendiripun terumbang ambing
ada kerja?
buat muka senyum sumbing
malu-malu tersenyum kambing
depan mak ayah alim-alim kucing
belakang mereka
orang menegur ditengking
silap sedikit ditempeleng
sudahnya
mengapa kamu bersama
bukankah dilarang agama?
Tuhan pun murka
mak ayah tidak suka
orang pun mencerca
cinta?
hmm, sungguh kelakar bunyinya
tak pernah dengarkah
peribahasa pujangga
'cinta manusia ,akan binasa'
'cinta Ilahi, kekal selamanya'
mana satu pilihan jiwa?
pilihlah yang kedua
kerana itu lebih utama
jangan dikejar yang sementara
kelak rugi di akhirat sana
sudahlah
untuk kali ini
saya lepaskan kamu pergi
pulanglah ke rumah bertemu ibumu
minta ampun padanya
jua pada bapamu
melutut di kakinya
kamu berdua telah berdosa
kerana telah mendustai mereka
bukankah redha Tuhanmu
datang selepas redha ibu bapamu?
tinggalkanlah si dia
tiada faedahnya buatmu
bertaubatlah kepada-Nya
moga diampunkan dosamu
mohd syafiq bin sabri 09:10 p.m. selly oak, birmingham,UK

Dec 18, 2008
Jangan...
Belum sempat puisi kali lepas dihadam oleh para pembaca sekalian, kini muncul pula puisi terbaru dari saya. Ya, biar termuntah para pembaca sekalian akibat penuh mulut disumbat dengan puisi2 ini.Saja mahu menyampaikan mesej dengan berpuisi, apa salahnya. Biar padat makna dalam kata yang ringkas. Mesej dalam puisi kali ini cukup mudah, iaitu jangan merokok. Merokok ni sebenarnya haram dalam Islam. Bukankah sebelum ni sudah ada fatwa pengharaman rokok? Lagipun, merokok umpama membunuh diri secara perlahan-lahan. Maaflah kepada yang merokok. Lantak koranglah , sapa suruh baca blog ni...haha. Jadi , kita bukan setakat ada otak, akal pun ada, maka fikirlah sendiri.
Jangan.( katakan TakNak kepada ’lolipop berasap’...)
jangan
jangan kau nyalakan pemetik apimu
untuk membakar sebatang rokok
yang sudah siap terkapit di celah bibirmu
andai kau tidak mampu menduga
masih mungkinkah engkau
menikmatinya lagi di esok hari
tidakkah engkau tahu
begitu racunnya sarat
terkandung padat
dalam setiap batang yang kau belanjakan
lupakah engkau
betapa Tuhanmu murka dan marah
bahawa agamamu lagikan menegah
janganlah engkau bangga
kononnya membela agama
kopiahmu tidak pernah lekang
kerapkali ke masjid bersembahyang
membantu orang menjayakan kenduri
datang menolong berpagi hari
andai di kedai kopi
berkepul-kepul asap kau lepaskan
di celah-celah lagu politik yang kau dendangkan
di masa luang yang kau sia-siakan
bersama rakan-rakanmu
lupakah kau
pada isterimu yang kau kasihi
pada anakmu yang kau sayangi
andai habis duit sawitmu
kau bakar pada nafsu yang sementara
bila kau kesempitan nanti
kemana kan kau bawa mereka pergi?
buanglah tabiat ini
kerana Tuhan tidak pernah merestui
hamba-Nya yang membunuh diri
mohdsyafiqbinsabri 11:30p.m. 120tiverton rd,selly oak , birmingham uk

Dec 17, 2008
Puisi Orang Bujang
Sudah 'agak' lama rasanya saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Biasalah, di kala musim beralih sejuk, bukan bibir yang semakin kering, tetapi otak pula yang semakin kontang. Tak tahu nak tulis apa. Mungkin berjangkit penyakit ini dari bu*an nama s*b***r( hehe...sori blogger itu).Apapun, para peminat sekalian( haih, masih ada peminat ke blog ni)saya tidak ada apapun yang nak diceritakan sangat. Cuma ada satu puisi yang saya reka sendiri. Mungkin bermanfaat atau tidak, terpulang kepada pembaca sekalian.Sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran saya.
Eh! (ala-ala terkejut orang bujang katakan)
Eh
sudah siang rupanya
ingatkan subuh lagi
baru sahaja terjaga
biasalah, anak muda
tidur lambat di malam hari
berjaga malam tonton 'movie'
makin lama makin menjadi
sudah sudahnya,
hari esok orang kerja
engkau cuti,
bagus, bagus
orang bujang katakan
eh
apakah ini
pinggan kotor penuh di sinki
cawan kopi penuh berdaki
periuk belanga tidak bercuci
eh
apakah ini
kasut stokin terbiar tersadai
baju seluar merata tersidai
habis bilik bersepah terabai
aduhai...
eh
garam gula pula habis
begitu juga ikan bilis
poketku pula sedang kempis
mana kan kucari wang dan pitis
pinjam kawan? hmm, pantas ditepis
haih, masalah tak habis-habis
sadis, sadis
eh
lapar betul hari ini
mahu sahaja ku santap Maggi
namun periuk masih di sinki
tidak mengapa;
air panas ada lagi
baru dijerang pagi tadi
untuk diguna membuat kopi
orang bujang orang bujang
hidup senang mati di longkang
kerja tak mahu
makan minta disudu
orang lain basuhkan baju
sampai bila
Jengka mahu maju?
mohd syafiq bin sabri 08:31p.m. tiverton rd, selly oak, birmingham UK

Dec 13, 2008
Api.
Api mempunyai kepentingan yang besar dalam kehidupan seharian manusia. Dengan apilah kita memasak dan memanaskan badan di waktu sistem pemanasan pusat( English- central heating system) masih lagi sukar didapati atau mungkin belum dicipta. Api adalah salah satu dari empat unsur utama dunia yang diciptakan Allah Azza Wa Jalla di dunia ini. Tiga lagi ialah air , tanah dan udara.
Manusia purba menghasilkan api.
Penghasilan api pada era moden dipandang mudah. Kebanyakan kerja yang memerlukan haba dilakukan dengan bantuan tenaga elektrik. Di zaman awal sejarah manusia, api dihasilkan dengan menggosok dua objek yang keras seperti kayu atau batu. Jika menggunakan kayu, sebuah lubang kecil akan dikorek pada kayu yang besar , dan sebatang kayu kecil akan dipusingkan berulang-ulang kali pada lubang itu sehingga percikan2 api dihasilkan.Jika menggunakan batu, hanya perlu monggosok kedua-dua batu tersebut sehingga percikan api terhasil.
Bangsa Inuit mungkin lebih maju dalam teknologi penghasilan api. Mereka menggunakan batu kuarza. Ini kerana di kawasan yang sejuk dan berais, begitu sukar menghasilkan api dari kayu-kayan, tambahan pula sukar didapati. Maka untuk memasak makanan, mereka akan menggesekkan dua batu kuarza untuk menghasilkan percikan-percikan api. Fenomena penghasilan api dari baru kuarza ini kemudiannya dikenali oleh oleh ahli fizik sebagai fenomena piezoelectricity.
Batu kuarza; antara mineral paling sukar ditemui
Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan, misalnya pirit( iron pyrite) dengan besi. Apabila digesekkan kedua-duanya, maka terhasillah percikan api.Cara ini lebih murah berbanding batu kuarza, kerana kebolehdapatan( English-availabity) yang tinggi berbanding batu kuarza yang boleh dikategorikan dalam kategori permata itu.
Hampir kebanyakan teknik penghasilan api ialah geseran. Geseran memerlukan permukaan kasar. Maka kebanyakan objek penghasilan api mempunyai permukaan kasar dan keras. Dari geseran itu maka terhasilnya tenaga haba yang kecil. Apabila terdapat bahan aktif ( umpamanya fosforus) pada kawasan di mana terhasilnya haba, maka percikan-percikan api akan dihasilkan.Prinsip ini digunakan dalam pembuatan mancis kayu.
Dengan berasaskan teknologi geseran, kini manusia mampu menghasilkan teknik yang mudah dan paling murah selain mancis. Sejenis sebatian hablur aktif ditemui, dikenali sebagai ferrocerium.
Sebatian ini digunakan dalam pemetik api. Apa yang diperlukan hanyalah mana-mana permukaan yang kasar dan keras. Geserkan sahaja ferrocerium padanya, maka dengan mudahnya percikan api terhasil. Ferrocerium berupa seperti grafit( English-graphite) pensil dan berwarna hitam dan licin.
Terdapat juga pemetik api yang menggunakan batu kuarza, namun ini adalah dari jenis yang mahal.
Ferrocerium boleh dikeluarkan dari kotak pemetik api dengan mencabut roda bergerigi pada kepala penununya.
rod ferrocerium.
pelbagai jenis pemetik api.
“Dan mana satukah dari nikmat Tuhan kamu(jin dan manusia) yang dapat kamu dustakan?” (Ar-Rahman:18)
Sekian dahulu

agama,
buah fikiran,
sains dan teknologi,
sejarah
Dec 12, 2008
Musuh Melayu...
Saya bukanlah orang yang puitis, pandai bersajak dan bersyair. Tapi saya cukup tertarik dengan sajak di bawah yang dipetik tanpa izin dari blog warungkampung.wordpress.com. Meskipun ringkas, namun cukup sinikal.
MUSUH MELAYU
Wahai orang Melayu,
Musuh kamu bukan bangsa itu,
Musuh kamu bukan bangsa anu,
Musuh kamu bukan ahli politik itu,
Musuh kamu bukan ahli politik anu,
Mereka tidak mengancam,
Mereka tidak menakutkan,
Mereka hanya saingan,
Mereka hanya berlainan pegangan,
Mereka hanya berlainan fahaman.
Musuh kamu kejahilan,
Kamu tidak membaca,
Kamu tidak berguru,
Kamu hanya pura-pura tahu,
Tetapi sebenarnya kamu tidak tahu.
Cepat bunuh musuh ini…
Musuh kamu kemiskinan,
Rata-rata kamu masih miskin,
Rumah kamu masih bertanggakan kayu bulat,
Kamu tidak mampu membiayai anak ke institusi tinggi,
Atau belajar ke luar negeri,
Kamu masih banyak berhutang,
Dan berharap bantuan orang,
Cepat bunuh musuh ini…
Musuh kamu perpecahan,
Asyik bergaduh sesama sendiri,
Tidak suka bangsa kamu senang,
Kamu cari jalan supaya dia tumbang,
Seolah kamu ingin hidup seorang,
Cepat bunuh musuh ini…
Wujudkan perpaduan,
Wahai orang Melayu,
Cepat kumpulkan senjata,
Berperang habis-habisan,
Supaya musuh ini cepat kamu lenyapkan.
Mat Ha Ezat, Padang Rengas 2001.

Dec 11, 2008
Laser.
Aplikasi laser kini dapat dilihat di mana-mana sahaja pada hari ini, sebagai contoh paling dekat, iaitu pen laser yang digunakan sebagai alat penunjuk pada lembaran projektor ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, laser dalam bentuk sinaran biru( Blu Ray) dijadikan sebagai antara pelantar(English-platform) terpenting dan terbaru untuk filem2 selepas era cakera padat. Laser juga digunakan pada pengimbas( English-scanner) kod bar di pasar raya-pasar raya sebagai contoh Sainsbury’s.
Laser juga digunakan dalam pertunjukkan laser dan digambarkan secara fiksyen menerusi layar perak dan filem. Laser juga digunakan dalam pembedahan terutama pembedahan mata.
Laser welding
Struktur dalaman laser
Laser merah sebenar
Laser biru
Laser adalah satu sinaran cahaya yang kuat( English- intense) , lurus dan tidak mencapah( English-straight and does not propagate) yang terhasil dari tindak balas rangsangan pada medium2 laser.
Laser adalah singkatan dari perkataan Inggeris iaitu L.A.S.E.R.(light amplification by stimulated emission of radiation-penguatan cahaya dengan menggunakan pancaran terangsang radiasi).
Kuatnya cahaya laser ini sehinggakan boleh memotong keluli dan membunuh sel-sel hidup termasuk sel-sel mata( sebab itu pen laser diharamkan di Malaysia).Laser terhasil dalam berbagai-bagai jenis dan kekuatan, bergantung kepada tenaga yang dibekalkan dan medium laser yang digunakan.Laser pengimbas kod bar adalah satu contoh laser paling lemah, dan laser yang digunakan dalam teleskop Hubble mungkin yang terkuat pernah dicipta manusia.
Apakah medium laser? Medium dari segi bahasanya bermaksud pengantara. Jadi medium laser bermaksud pengantara laser.Mengapa laser memerlukan pengantara? Adakah laser yang tidak memerlukan pengantara? Saya akan cuba kupas satu persatu.
Cahaya laser terhasil apabila atom-atom dalam medium laser dirangsang oleh sama ada tenaga elektrik mahupun tenaga cahaya, atau berlaku tindak balas kimia sementara antara medium2 yang berlainan dalam medium laser akibat dari rangsangan tersebut, yang mana akan membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya laser. Oleh itu, laser tidak akan terhasil tanpa medium laser kerana tiada atom yang dirangsang, dan bertindak balas untuk menghasilkan cahaya laser.Medium ini boleh jadi dalam bentuk pepejal atau hablur, gas, dan cecair.Untuk memperincikan lagi penjelasan ini penulis akan ambil satu contoh laser yang paling mudah (English-simple), iaitu laser delima(English-ruby laser).Meskipun binaannya nampak mudah, namun laser ini mampu memotong keluli.( bergantung kepada tenaga yang dibekalkan kepada medium)
Laser ini terdiri daripada rod batu delima sebagai medium, tiub lampu ‘flash tube’, satu cermin di salah satu bahagian sisi rod dan satu lagi sisi dipasang cermin berpermukaan separa( partially mirrored surface).
Cahaya dari tiub lampu merangsang atom-atom kromium dalam rod delima.
Hasil daripada rangsangan tersebut, sebahagian dari atom-atom tersebut memancarkan foton( English-photon).
Sebahagian dari foton2 yang dipancarkan akan bergerak pada arah yang selari dengan rod,dan akan dipantulkan secara berulang-alik apabila melanggar cermin-cermin sisi.Ini mengakibatkan atom2 dirangsang berulang-ulang kali oleh foton, dan menerima rangsangan berterusan dari tiub lampu untuk mengelakkan lembapan tenaga(English-energy damping)
Apabila atom-atom menerima tenaga yang cukup setelah rangsangan berulang kali, cahaya bertenaga tinggi yang dikenali sebagai laser dipancarkan melalui sisi cermin yang berpermukaan separa.Dalam kes laser delima ini, cahaya laser tersebut berwarna merah.
Terdapat 5 jenis laser mengikut medium laser yang digunakan,iaitu
a) laser hablur
b) laser gas
c) laser ’excimer’
d) laser dye
e) laser semikonduktor
Laser hablur menggunakan hablur seperti batu delima merah dan hablur neodymium:nilam yttrium-aluminium ( English-neodymium:yttrium-aluminium garnet) sebagai medium laser.Laser yang terhasil dikenali sebagai laser neodymium-Yag( singkatan kepada nama medium) dan memancar sebagai laser infra merah dengan panjang gelombang 1064nm.
Laser gas pula menggunakan gas sperti helium atau campuran helium-neon sebagai medium.Laser yang terhasil berwarna merah. Jika medium ini digantikan dengan gas karbon dioksida( English-carbon dioxide) , maka akan terhasillah laser yang digunakan untuk memotong objek keras dalam industri.
Laser ’excimer’ (gabungan perkataan excited dan dimer ,excited- terangsang dan dimer-nama molekul gas ketika dalam keadaan dirangsang oleh tenaga elektrik).Medium yang digunakan adalah gas reaktif seperti klorin dan fluorin, dan dicampurkan pula dengan gas-gas adi, seperti argon, kripton atau xenon.Apabila medium ini dirangsang oleh tenaga elektrik,dimer terbentuk.Dimer ini akan memancarkan laser dalam julat panjang gelombang ultraungu.
Laser dye pula menggunakan dye sebagai medium laser. Contoh dye yang biasa digunakan ialah rhodamine 6G.
Manakala laser semikonduktor, atau nama popularnya iaitu laser diod ( seperti yang banyak digunakan dalam pen laser) menggunakan diod khas . Laser ini tidak sama dengan laser hablur meski medium yang digunakan juga adalah pepejal, kerana laser ini hanya menggunakan sedikit tenaga elektrik untuk beroperasi dan laser yang terhasil sangat lemah. Laser jenis ini juga digunakan dalam pemain cakera padat dan pencetak laser( English-laser printer)
Di sini penulis menyertakan laman web menarik tentang laser. Terdapat satu bidang kejuruteraan yg berkait rapat dengan laser iaitu kejuruteraan optik. Berikut adalah laman-laman sesawang yang berkaitan:
http://science.howstuffworks.com/laser.htm
http://www.youtube.com/watch?v=Sf3M-_RUSCM
http://en.wikipedia.org/wiki/Optical_engineering
Buat pengetahuan anda, teknologi laser kini semakin berkembang. Penulis ada terbaca dari sebuah majalah sains di mana terdapat sekumpulan saintis di New Jersey telah berusaha menghasilkan laser bermediumkan stim( English-steam).

Melayu...
Sajak sinikal karya Allahyarham Usman Awang.Al-Fatihah buat beliau. Semoga dapat ambil pengajaran berguna dari sajak di bawah.
MELAYU - Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

bahasa dan kesusasteraan
Dec 10, 2008
Meneka nasib bahasa sendiri...
Memetik sebuah artikel. Harap mendapat ilmu berguna.
Remaja dan bahasa ibunda
Oleh: Mohd. Farid Md. Alias
Tidak dapat dinafikan bahawa Sains dan Matematik adalah bidang yang berkembang pesat pada hari ini. Kedua-dua bidang tersebut menjadi penting untuk menaik taraf mutu kehidupan rakyat selain menjana pendapatan sesebuah negara itu. Bahkan, ukur tara sesebuah negara maju kini juga bergantung kepada kepesatan dan kemajuan negara tersebut dalam bidang sains dan teknologi.
Justeru, kerajaan melalui dasarnya telah menekankan kepentingan Sains dan Matematik dalam bidang pendidikan, perindustrian serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha menambah penglibatan rakyat Malaysia dalam kedua-dua bidang berkenaan.
Menjurus khas kepada aspek pendidikan, pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik sangat ditekankan sejak sekolah rendah lagi. Namun dalam masa yang sama, kita tidak boleh menidakkan kenyataan bahawa penggunaan bahasa yang berkesan adalah amat penting dalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada para pelajar.
Justeru, apabila dasar pengajaran dan pembelajaran dalam Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan sejak tahun 2003, ia telah mengundang pelbagai reaksi segenap lapisan rakyat Malaysia.
Penguasaan bahasa ibunda di kalangan rakyat Malaysia menjadi isu yang penting diperkatakan. Sejauh mana pelajar dapat mencerna memahami ilmu tersebut dan dalam konteks bahasa, apakah nasib bahasa Malaysia di masa hadapan?
Pembelajaran dalam bahasa asing
Dalam kaedah pembelajaran berguru, berlaku proses komunikasi satu hala atau dua hala daripada guru kepada murid-murid. Mesej ilmu yang ingin diajar oleh guru akan disampaikan kepada pelajar lalu diharapkan pelajar mengenali serta memahaminya.
Proses pembelajaran berkesan bergantung kepada proses komunikasi yang berkesan. Justeru, penggunaan bahasa ibunda atau bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dapat menyumbang ke arah proses komunikasi yang berkesan antara guru dan pelajar, seterusnya memudahkan para pelajar memahami konsep yang diajar.
Asas kefahaman pelajar di peringkat awal ini adalah amat penting kerana ia dapat memupuk rasa yakin diri pelajar dalam pembelajaran serta mencambah minat pelajar untuk terus mempelajari perkara baru pada tahap yang lebih tinggi.
Bayangkan seorang pelajar di pedalaman yang kurang mempunyai akses kepada pelbagai maklumat dalam bahasa selain bahasa ibundanya atau bahasa Malaysia, kemudiannya pelajar tersebut pergi ke sekolah lalu menuntut dalam bahasa selain dua bahasa tersebut.
Bayangkan sejauh mana kebolehan pelajar tersebut mampu menguasai asas kefahaman berkenaan sesuatu subjek yang diajar dalam bahasa lain, umpamanya Matematik.
Sudah tentu hal ini boleh menjurus kepada keciciran dalam pelajaran, walhal Matematik dan Sains adalah satu subjek asas yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Hal ini seterusnya boleh membantutkan minatnya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Para guru juga dapat memberikan penerangan yang jelas berkenaan sesuatu subjek yang diajar berasaskan kepada penggunaan bahasa ibunda.
Ini kerana keupayaan menerangkan sesuatu perkara adalah lebih baik jika dikendalikan menggunakan bahasa ibunda dan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian kerana pada akhirnya ilmu yang dipelajari akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Dalam membina kefahaman kanak-kanak berkaitan sesuatu perkara, usaha tersebut boleh diumpamakan sebagai membina sebuah rumah. Pertamanya, pembinaan cerucuk serta tiang yang bakal menjadi asas kepada keteguhan rumah. Tiang tersebut merujuk kepada asas kemahiran berbahasa yang dimiliki kanak-kanak.
Kemudiannya, barulah dibina bahagian lain seperti dinding iaitu pembelajaran mata pelajaran lain seperti Matematik yang bersandarkan kepada asas kemahiran berbahasa tersebut yakni tiang rumah yang telah terbina.
Tiang yang dibina terlebih dahulu menjadi panduan serta sandaran kepada pembinaan dinding yang menyusul kemudiannya.
Andainya dibina seiring, tiang belum sempurna kekukuhannya serta ketegakannya lalu dinding yang terbina belum tentu kukuh mahupun tegak.
Kemahiran berbahasa ibunda atau bahasa Malaysia seharusnya merupakan tiang kepintaran yang telah terbina pada diri kanak-kanak rakyat Malaysia. Tiang kepintaran tersebutlah yang perlu kita sandarkan dalam memperkenalkan asas ilmu kepada mereka.
Andainya kita baru hendak membina tiang kepintaran yang baru iaitu kemahiran berbahasa kedua dan serentak dengan itu tiang kepintaran tersebut pula hendak kita sandarkan dalam menyampaikan asas ilmu, maka ditakuti kelak bahasa diajar itu masih goyah, asas ilmu pula tidak kesampaian.
Bahasa ibunda bahasa ilmu
Dalam sudut yang lain pula, Sains dan Matematik yang menjadi pemangkin kepada bidang sains dan teknologi menjadi bidang yang penting dan mempunyai nilai ekonomi pada masa hadapan.
Maka, apabila penggunaan bahasa asing digunakan dalam bidang-bidang tertumpu ini, maka secara tidak langsung ia memberi impak negatif pada kedudukan bahasa ibunda itu sendiri.
Apatah lagi apabila kanak-kanak yang membesar sebagai remaja dan seterusnya dewasa di masa hadapan sudah tentunya akan lebih suka bercakap mengenai bidang teknologi dan kecanggihan alat dan perisian daripada memperkatakan soal bahasa dan kesenian.
Adalah amat menyedihkan sekiranya bahasa Melayu yang pada zaman terdahulu telah menjadi lingua franca, iaitu bahasa yang dipertuturkan oleh para pedagang di zaman kegemilangan Melaka dahulu hanya tinggal sebagai alat pertuturan harian biasa dan lama kelamaan akan pupus.
Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah rakyat negara itu sendiri untuk mengangkat bahasa ibundanya bukan sahaja sebagai bahasa pertuturan di kalangan rakyat, malah juga sebagai bahasa ilmu dan mengembangkannya di tahap yang lebih tinggi.
Dalam masa yang sama, adalah pandangan yang cetek sama sekali sekiranya bahasa lain tidak dipelajari. Rasulullah SAW sendiri berfikiran jauh dalam usaha memperkembangkan syiar Islam ke tempat-tempat lain menggunakan utusan yang pandai bertutur dalam bahasa tempatan sesuatu tempat tersebut. Melalui proses dakwah tersebut, secara tidak langsung bahasa Arab juga dapat diperkembangkan.
Melihat kepada proses pemindahan ilmu antara tamadun, orang-orang Eropah terdahulu datang ke Tanah Arab demi mempelajari bahasa Arab dan ilmu daripada tamadun Islam. Mereka kemudiannya pulang ke Eropah lalu mengembangkannya.
Negara-negara seperti Jepun atau Korea menghantar para pelajar mereka ke negara lain untuk mempelajari bahasa tempat mereka menuntut serta ilmu pengetahuan baru. Mereka kemudiannya akan pulang ke negara asal lalu mengembangkan ilmu yang dipelajari menurut acuan masing-masing.
Di samping itu, ilmu yang diperoleh dari negara luar turut diterjemahkan kepada bahasa ibunda masing-masing supaya lebih ramai rakyat negara tersebut dapat mempelajarinya dan seterusnya mengembangkannya lalu menjana kemajuan negara.
Justeru, kepintaran para pelajar kita yang dihantar untuk belajar di luar negara perlu dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan ilmu setelah mereka pulang ke Malaysia.
Mereka seharusnya digalakkan untuk melakukan aktiviti penterjemahan berdasarkan bahasa dan ilmu yang dipelajari agar lebih ramai pakar acuan tempatan dalam bidang yang sama dapat dibentuk berlandaskan penggunaan bahasa ibunda. Kesannya, proses kemajuan ilmu dapat dijalankan dan seterusnya bahasa ibunda dapat dimartabatkan.
Kesimpulan
Penguasaan bahasa dan penguasaan ilmu berkenaan sesuatu subjek merupakan dua perkara yang perlu ditangani secara berasingan. Adalah lebih berkesan sekiranya penguasaan bahasa diberikan penekanan terlebih dahulu kerana pelajar perlu faham dan mengukuhkan asas-asas bahasa asing dan kemudian belajar mengenai istilah sains dan teknologi dalam bahasa asing.
Oleh itu, sebagai remaja adalah amat penting untuk memahami kepentingan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja sebagai alat pertuturan harian tetapi juga sebagai bahasa ilmu dan harus berazam untuk mengangkat mutu bahasa ibunda ke peringkat yang lebih tinggi. Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri mengangkat martabat bahasa ibunda mereka, siapa lagi?

bahasa dan kesusasteraan,
buah fikiran
Raja Dzuu al Qarnain
Untuk catitan kali ini mari kita sama-sama menghayati tafsir daripada surah al-kahfi ayat 83 hingga 98 di bawah ini.
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya". Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka". Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati". Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".”
Dzuu al-Qarnain( English-Alexander, Malay-Zulkarnain) mengikut bahasa Arab bererti ‘lelaki yang memiliki dua tanduk’. Dalam ayat di atas, diterangkan tentang seorang lelaki yang merupakan seorang raja yang pernah menguasai dua pertiga dunia dan hampir keseluruhan empayar timur dan barat. Maka ‘dua tanduk’ tersebut bukanlah tanduk yang sebenar dari segi harfiahnya, namun dari segi ma’nawiahnya bermaksud ‘dua empayar;timur dan barat’. Zulkarnain merupakan seorang raja yang agung.(Allah lebih Agung sebenarnya). Baginda memerintah sebelum masa kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.(English-peace be upon him).Dengan penguasaan kedua-dua empayar Timur dan Barat, pertembungan budaya Timur dan Barat yang dikenali sebagai hellenistik( English-hellenistic) berlaku.
Kemunculan Zulkarnain banyak dikaitkan dalam salasilah keturunan raja-raja dalam sesetengah bangsa. Barat menganggap bahawa Alexander The Great merupakan Zulkarnain yang sebenar yang dinyatakan al-Quran. Orang-orang Parsi menganggap Raja Cyrus merupakan Zulkarnain yang sebenarnya. Dan orang-orang Melayu pun xnak kalah.(nak jugak).Mereka mengaitkan pula Parameswara, dengan mengatakan Parameswara berketurunan dari Zulkarnain(dalam hikayat tersebut Zulkarnain dinyatakan sebagai Iskandar Zulkarnain).Ada juga yang menganggap Zulkarnain itu nabi.Anda?
Namun, setelah pelbagai kajian dilakukan, sejarawan bersepakat mengatakan bahawa Zulkarnain yang sebenar yang digambarkan oleh Al-Quran seperti dalam tafsir di atas ialah Raja Cyrus.
Cyrus adalah seorang maharaja Parsi dari dinasti Archaemenid.Baginda lahir dalam kira-kira tahun 600-599 Sebelum Masihi atau 575-576 Sebelum Masihi(perbezaan pendapat katakan... ‘biasalah’).Cyrus merupakan pengasas kepada empayar Parsi yang terbesar yang pernah direkodkan sejarah, yang meliputi hampir seluruh kawasan barat daya Asia ,Asia Tengah, Mesir dan Hellespoint di barat hinggalah ke Sungai Indus di bahagian timur.( sbesar manapun x sampai gak ke Jepun mahupun China…selamat diorang).Cyrus mati(atau meninggal) dalam tahun 529 atau 530 Sebelum Masihi( perbezaan pendapat lagi…) ketika menakluki Mesir.Usaha2 penaklukan diteruskan oleh anaknya Cambyses II.
(sumber- Wikipedia)
Gambaran Raja Cyrus( ihsan Wikipedia)
Apakah istimewanya maharaja yang seorang ini sehinggakan digelar yang agung(English-the great), malah diceritakan pula kisahnya di dalam al-Quran? Dan siapakah pula Yakjuj dan makjuj(English-Gog and magog)? Adakah mereka ini binatang atau hewan ? Dan siapakah pula bangsa yang tiada perlindungan dan pakaian dalam tafsir di atas? Penjelasan Saifulislam lebih kurang sama dengan apa yang saya dapat tahu dari tafsir-tafsir al-Quran dan buku-buku agama.
Yakjuj dan Makjuj adalah satu golongan orang gasar(ganas dan kasar) yang berketurunan dari anak nabi Nuh A.S. yang bernama Yafits bin Nuh.(rujuk tafsir).Jadi ada pendapat yang saya baça mengatakan Yakjuj dan Makjuj itu ialah bangsa Magyar. Ada pula yang mengatakan mereka ialah orang Mongol(sebagaimana yg dinyatakan Saifulislam). Wallahualam.
Berkenaan dengan tembok yang dibina tersebut, saya juga ada terbaca riwayat yang mengatakan lokasinya terletak di antara dua banjaran pergunungan di Arménia dan Azerbaijan sekarang ini.Namun saya rasa penjelasan Saifulislam lebih terperinci kerana terhadnya pembacaan saya.
Apapun, diharap pembaca sekalian mendapat input berguna dari nukilan ini.
“Manusia akan melupakan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah melupakan manusia”
Wassalam.

Dec 9, 2008
Sifat Allah…
Sifat Allah, sebagaimana yang kita sedia maklum, ada 20. Namun untuk ruangan kali ini saya hanya akan membincangkan mengenai satu daripada sifat2 tersebut iaitu
Mukhalafatuhu lilhawadits-bersalahan dengan segala apa yang baharu
Mengapa saya memilih sifat Allah yang ini untuk dibincangkan? Ini kerana sifat ini merupakan asas kepada jawapan tentang bagaimana sifat zat Allah itu. Dengan memahami, bukan setakat mengetahui tentang sifat ini akan menambahkan keyakinan dan ketaqwaan kita terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah.
Allah bersalahan dengan segala apa yang baharu.Perkataan ‘baharu’ di sini membawa maksud makhluk, ATAU segala apa yang dapat dikesan oleh pancaindera biasa manusia, iaitu kulit, mata, telinga,hidung dan lidah,dan juga pancaindera keenam(sesetengah manusia memang benar memilikinya).Apa yang dapat dilihat, dihidu, dirasa, dan didengari oleh pancaindera biasa manusia? Iaitu alam ini, termasuk haiwan dan tumbuhan,serta seluruh jagat raya merangkumi Bumi, sistem suria, gugusan galaksi beserta cakerawala2 yang tidak diketahui.Segala apa yang dapat dikesan oleh pancaindera ini adalah baharu.
Sekarang cuba kita kaji sifat makhluk. Apakah sifat makhluk yang paling umum? Makhluk bersifat diciptakan, makhluk berhajat kepada nyawa untuk meneruskan hidup, makhluk ada kelahiran dan kematian ada mula dan akhirnya, dan makhluk dirangkumi oleh ruang dan masa(jgn bimbang , saya tidak akan membincangkan teori ruang-masa Einstein di sini....).Makhluk memerlukan tempat untuk wujud dan ditakluki oleh perjalanan masa. Masa menakluki makhluk, bukan makhluk menakluki masa. Maka disebabkan itulah makhluk tidak akan dapat dapat kembali ke masa silam mahupun ke masa akan datang dari masa sekarang, mahupun kedua2nya sekaligus. Dan makhluk tidak akan dapat berada di dua atau lebih tempat pada satu2 masa kerana makhluk ditakluki oleh ruang.
Terdapat beberapa sifat2 khusus untuk setiap jenis makhluk,umpamanya
a) malaikat-tiada jantina dan nafsu, tidak dapat dilihat dengan mata kasar(namun kadangkala manusia dapat mengesannya melalui pancaindera keenam , dapat dilihat dan didengari apabila mereka menjelma), mempunyai sayap,boleh menjelma,berakal
b) syaitan-mempunyai jantina, tidak dapat dilihat mata kasar(namun kadangkala manusia dapat mengesannya melalui pancaindera keenam , dan dapat dilihat dan didengari apabila mereka menjelma), bernafsu, berakal,boleh menjelma
c) manusia-mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar, bernafsu, berakal
d) haiwan-mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar, bernafsu, tidak berakal
e) tumbuhan-mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar, bernafsu( untuk bertumbuh,dan bernafas, dan membina makanan),tidak berakal
f) planet- tidak mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar( atau teleskop)....selebihnya wallahualam
Maka sifat Mukhalafatuhu Lilhawadits membawa maksud Allah itu tidak langsung menyerupai segala apa yang baharu. Dia tidak menyerupai makhluk,baik ghaib mahupun nyata, dan Dia tidak menyerupai apa2 yang dapat dikesan pancaindera manusia.Dia tersendiri. Maka dengan ini kita tidak boleh mengatakan Allah itu ada kelahiran dan kematian, ada jantina,ada anak dan sebagainya.Dari sifat ini, kita perlu dan mesti tahu bahawa Allah itu tidak dikuasai ruang dan masa.Sebagai contoh , kita tidak boleh mengatakan bahawa ’pada masa sekian2, Allah berada di sekian2 tempat’.... . Kita tidak boleh beranggapan begitu sekali-kali.Ini kerana Allah sebagai Pencipta ruang dan masa tidak seharusnya ditakluki oleh ruang dan masa.Dia berada di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja. Bahkan Dialah yang mengawal perjalanan masa.Inilah yang ramai orang salah anggap.
Sekiranya kita membaca tafsir Al-Quran, akan keluarlah beberapa frasa seperti ‘tangan Allah’, ‘Allah Maha Melihat’, ‘Allah Maha Berkata-kata’ dan sebagainya. Perlu dijelaskan dan ditegaskan di sini bahawa sifat2 Allah seperti berkata2, melihat, mendengar dan hidup adalah tersendiri dan Dia melakukannya dengan cara yang layak bagi-Nya.Sifat2 ini tidak sama dan setaraf dengan yang selayaknya ada pada makhluk.Allah hidup tanpa berhajat kepada nyawa, sedangkan makhluk tidak begitu.Makhluk akan mati sekiranya nyawa dicabut, kerana nyawa tersebut bukan miliknya.Nyawa tersebut milik Penciptanya,yakni Allah dan Dia berhak mengambilnya pada bila2 masa yang dikehendaki-Nya.
Dalam kebanyakan agama selain Islam, tuhan dianggap dan dibayangkan seperti manusia. Dalam agama Kristian, tuhan dikatakan mempunyai anak.Dalam agama Hindu, tuhan dibayangkan sebagai manusia yang memiliki berbagai-bagai rupa, umpamanya berkepala tiga, berekor, bersayap, malah bertanduk pun ada. Dalam agama-agama lain, si penganut menjadikan berhala2 berupa seakan2 manusia sebagai sembahan mereka. Sedang Islam menghapuskan semua ini. Dalam Islam, Tuhan tidak langsung menyerupai makhluk dan apa jua yang baharu. Dari sinilah kebenaran Islam ini terserlah dan tidak hairanlah Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang di dunia lantaran sifat Allah yang ditegaskannya adalah ‘superior’ dan sebenar-benar sifat yang selayaknya ada pada Tuhan yang patut manusia sembah.

Dec 8, 2008
Mengapa menulis?
Mengapakah blog ini ditulis?
Sesuai dengan tajuk blog ini (Buah Akal), penulis sekadar ingin mengajak para pembaca berfikir serta menghimpunkan pelbagai artikel yang diterjemah oleh penulis dari bahasa Inggeris, sama ada artikel yang terhadam mahupun artikel mentah.
Pembaca juga diberi ruang dan peluang untuk menganalisis apa yang dicatit di blog ini dan seterusnya memberikan pendapat atau eksperimen pembaca.
Mengapa eigenzone?
Eigen berasal dari perkataan Jerman bermaksud tersendiri atau unik. Maka eigenzone bermaksud daerah unik.
Dewasa ini muncul berbagai-bagai jenis blog. Ada blog hiburan, blog gosip, blog diari, blog agama, blog politik dan sebagainya.
Namun blog saintifik meskipun ada, namun jumlahnya sedikit berbanding blog2 di atas.Ini kerana blog berunsur saintifik mungkin kelihatan bosan atau 'nerd', dan bahan-bahan di dalamnya dikatakan boleh dicari sendiri menerusi laman Google dan Wikipedia.
Oleh itu, menulis sebuah blog saintifik yang rata-rata dianggap bosan adalah suatu perkara yang 'unik' pada pandangan penulis.
Namun penulis ingin menjadi 'unik' kerana ada visi yang penulis ingin capai menerusi penulisan ini. Ada cita-cita yang penulis ingin capai.
Walau apa sekalipun alasan sama ada bosan atau mual, penulis tetap ingin menulis. Jika bahan2 tersebut boleh dicari di Google dan Wikipedia, belum tentu ia dalam bahasa Melayu.
Jadi, penulisan di blog ini adalah usaha kecil penulis untuk menambah bahan bacaan saintifik berbahasa Melayu di internet.
Moga-moga dengan usaha kecil ini penulis mampu melahirkan ramai penterjemah yang akan menyumbangkan lebih banyak lagi artikel2 saintifik di dalam bahasa Melayu terutama di laman Wikipedia berbahasa Melayu yang masih kurang artikel bahasa Melayunya.
Menterjemah adalah kunci utama kepada percambahan minat terhadap ilmu pengetahuan.

Dec 7, 2008
Sebuah blog hipotesis.
Pernahkah anda terfikir bahawa selain dari cakerawala tempat kita berdiam ini, terdapat sebuah cakerawala lain yang bersempadan dengan cakerawala kita, bukan satu bahkan berjuta2 lagi cakerawala lain. Dan dalam setiap cakerawala itu, terdapat berjuta2 galaksi beserta bintang2nya. Dan setiap bintang2nya mempunyai sistem surianya yang tersendiri. Dan kita ini hanya insan yang maha kerdil, berdiri di atas Bumi,yang sekecil kuman bahkan kecil lagi di pinggiran Galaksi Bima Sakti, yang berapungan di tengah2 lautan galaksi , mengisi hanya satu ruang cakerawala dari berjuta2 cakerawala lain.
Bayangkan. Dan tahukah anda bagaimana untuk kita tembus ke cakerawala yang bersempadan dan bersebelahan dengan cakerawala kita? Iaitu dengan melalui lohong hitam.
Dan setujukah anda jika saya katakan bahawa generasi manusia sekarang( bani Adam atau keturunan Adam) adalah salah satu dari berjuta2 generasi manusia yang telah dan bakal lahir dan mendiami dunia ini?Idea ini telah lama saya terfikirkan, namun terbaca pula selepas itu dari tulisan Saifulislam, dan dari buku2 agama serta tafsir al-Quran. Dan mereka mempunyai hari kiamat serta syurga dan neraka mereka,serta nabi2 bahkan tamadun dan kepercayaan mereka sendiri. Mereka mungkin juga tidak mendiami dunia ini tetapi hidup di ruang2 yang tidak diketahui, mungkin salah satu dari cakerawala2 yang saya terangkan sebelum ini, ataupun di ruangan ghaib di dunia kita.Mereka mungkin juga sama dengan kita, mungkin setiap seorang dari mereka sama dengan kita, cuma hidup tanpa dapat ketemu akibat dari terhadnya keupayaan manusia.Mungkin mereka hidup pada masa yang sama dengan kita, atau mungkin perjalanan masa mereka tidak sama dengan kita akibat dari perbezaan ruang dimensi. Sebagai contoh, 5 minit mereka mungkin sama dengan 5 juta tahun kita. Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui .Kita tidak tahu sebenarnya.
Semua ini hipotesis penulis yang belum diuji. Penulis hanya meneka. Sebagaimana seorang budak kecil meneka objek yang berada dalam sebuah kotak mainan berwarna hitam.
Sebenarnya manusia terlalu lemah untuk menyelami apa yang tersembunyi. Manusia tidak tahu. Jika budak kecil meneka objek dalam kotak hitam dengan menggoncang, cuba menoreh kulit kotak, mendengar bunyi goncangan, merendam dalam air panas, meletakkannya dalam ketuhar mikro dan sebagainya, ia sama seperti manusia yang menggunakan pancaindera untuk memahami alam semesta.
Dengan rasa ingin tahu, maka manusia membina hipotesis, kemudian mengujinya. Dari situ keputusan sama ada membenarkan atau menolaknya akan dikeluarkan.
Blog ini adalah himpunan hipotesis penulis dari 'pembacaan' terhadap apa yang berlaku di sekeliling penulis. Pembacaan bukan sahaja bererti mengadap buku, tetapi pembacaan adalah membaca alam ini dengan pemikiran.
Oleh itu, izinkan penulis mempersembahkan hipotesis-hipotesisnya di sini. Anda dipersilakan mengujinya.

Nov 30, 2008
Malaysia Boleh!!
Kagum dengan daya intelektual anak tempatan. Penjelasan lanjut dalam artikel Utusan Malaysia di bawah.
Terowong Smart keajaiban kejuruteraan moden
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
APABILA kita mula-mula diperkenalkan dengan terowong Smart atau nama penuhnya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. lebih setahun lalu, ramai yang agak sinis dengannya.
Kebetulan seminggu selepas Terowong Smart dibuka untuk laluan kenderaan, Kuala Lumpur dilanda dengan banjir yang besar dan banyak kawasan di sekitar bandar raya ditenggelami air.
Ketika itu ramai yang ragu-ragu dengan dwi fungsi Terowong Smart iaitu sebagai laluan alternatif bagi air dan kenderaan.
Tetapi sebenarnya ketika itu, Smart yang merupakan singkatan daripada Stormwater Management and Road Tunnel hanya dibuka bagi laluan kenderaan dan bukannya untuk laluan air yang bertambah kerana hujan lebat.
Tetapi selepas setahun dibuka kepada orang ramai, Smart telah melakukan segala tugasannya dengan begitu sempurna.
Setiap kali hujan lebat, kawasan sekitar Kuala Lumpur tidak lagi dilanda dengan banjir kilat yang melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.
Smart kini boleh berbangga kerana ia bukan saja diterima di dalam negara tetapi juga menerima pengiktirafan dari luar negara.
Teknologi Smart telah dianugerahkan Anugerah Antarabangsa bagi British Construction Industry Awards (BCIA) 2008 yang berlangsung di London pada Ogos, baru-baru ini.
Pengurus Besar Operasi Smart, Mohd. Fuad Kamal Ariffin berkata, Smart dipilih bagi kategori antarabangsa kerana projek yang luar biasa dan unik bagi menyelesaikan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas pada masa yang sama.
“Projek di bawah kerajaan persekutuan dan dilaksanakan menerusi usahasama antara MMC Corp. Bhd. dan Gamuda Berhad dengan Jabatan Perairan dan Saliran dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) sebagai mewakili agensi kerajaan,” katanya.
Menyentuh mengenai anugerah yang diterima, Mohd. Fuad berkata, pihaknya dengan rakan kongsi dan konsultan Sepakat Setia Perunding-Mott MacDonald telah menghantar penyertaan kepada pihak penganjur.
BCIA merupakan anugerah yang berprestij dalam industri pembinaan sama dengan anugerah Oscar yang dihormati dan mendapat pengiktirafan bukan saja di United Kingdom tetapi di seluruh dunia.
“Ketika itu Smart perlu bersaing dengan 183 buah projek dari pelbagai negara maju lain seluruh dunia,” katanya.
Konsep dua fungsi Smart iaitu sebagai terowong kenderaan dan banjir adalah pertama dibina di dunia bagi menyelesaikan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas.
Bagaimanapun Mohd. Fuad menambah pihaknya perlu menepati kriteria ketat yang ditetapkan oleh para hakim.
“Mereka menghakimi menerusi kepuasan pelanggan atau pengguna Smart dari segi nilai untuk wang, pelaksanaan, pemerolehan, kualiti reka bentuk dan pembinaan, keselamatan dan aplikasi pengurusan kualiti.
“Selain itu tiga elemen diambil kira iaitu konsep, reka bentuk dan pembinaan,” katanya.
Konsep dari segi tujuan, ketulenan, aplikasi penemuan penyelidikan, faedah kepada komuniti dan kos.
Sementara dalam reka bentuk pula dalam penggunaan bahan dan tenaga kerja secara cekap, penjimatan tenaga dan mesra alam, penglibatan sub-kontraktor dan inovasi.
Pembinaan pula melibatkan kerja berkumpulan, ekonomi, aplikasi penemuan R&D.
“Smart amat bertuah apabila berjaya disenarai pendek dalam kategori Antarabangsa berdasarkan bahan hanya kepada bahan yang dihantar.
“Apabila disenarai pendek, kami perlu memberikan memberikan taklimat mengenai projek Smart kepada kepada ahli panel antarabangsa di London termasuk temu bual,” katanya.
Pada Julai lalu, panel hakim melawat Smart dan telah diberikan penerangan mengenai terowong dwi fungsi bagi memenuhi kriteria mereka.
Mohd. Fuad berkata dalam memenangi anugerah BCIA, Smart bersaing dengan projek-projek besar dunia seperti Stesen Arena Bijlmer, Amsterdam, Lapangan Kriket Kensington Oval di Barbados, Menara Shin-Marunouchi di Jepun dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing T3 di China.
“Bagaimanapun kami rasa amat bertuah apabila jemaah hakim kagum dengan reka bentuk dan pembinaan projek berkenaan.
“Mereka juga bertemu dan menemubual pihak pengurusan dan mengadakan lawatan ke tapak Smart sebagai sebahagian penghakiman,” katanya.
Projek Smart, jelasnya menunjukkan kewibawaan tenaga kerja tempatan yang tidak berkompromi dengan kualiti keselamatan, kualiti dan menunjukkan mutu kerja berpasukan bagi menepati tarikh selesai projek.
Selain itu pihak Smart juga telah melaksanakan kerjasama yang baik dengan kedua-dua pelanggan mereka iaitu Jabatan Parit dan Saliran dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
“Smart juga mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai pihak termasuk media antarabangsa seperti Discovery Channel dan National Geographic Channel,” katanya.
Mohd. Fuad menambah, SMART menunjukkan semangat Malaysia Boleh! dan membuktikan pakar tempatan masih boleh membina, mereka cipta dan menguruskan projek Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

Nov 23, 2008
Tugasan seorang al-handasiyatul kimya…
Kejuruteraan kimia ( English- chemical engineering ) adalah satu himpunan ilmu yang menggunakan sepenuhnya kepakaran serta kemahiran dalam ilmu fizik dan kimia untuk membina serta mengaturcara aliran proses penghasilan bahan-bahan berasaskan bahan-bahan kimia pada skala yang besar dan berekonomi. Jurutera kimia berperanan membina aliran proses dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada serta berusaha meminimumkan perbelanjaan dan mempertingkatkan pengeluaran produk baik dari segi bilangan( English- quantitative) mahupun mutunya( English-qualitative) .Mereka juga bertanggungjawab memperbaiki serta menambahbaikkan aliran proses sedia ada demi menyesuaikannya dengan keadaan semasa.
Baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada penilaian dalam modul saya, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia, saya telah diberi tugasan berkumpulan , iaitu kami dikehendaki mengaturcara (English-design) satu aliran proses penghasilan monomer stirin. Setiap seorang daripada ahli kumpulan dikehendaki menghantar satu lakaran( sama ada teknikal Auto CAD mahupun lakaran tangan) satu kelengkapan yang terlibat dalam proses tersebut. Di samping itu,setiap seorang juga dikehendaki menghantar carta alir gambarajah proses tersebut, menggunakan Auto CAD. Dan yang terakhir, setiap kumpulan dikehendaki menghantar satu laporan mengenai proses tersebut.Agak penat juga selama dua hari berada di hadapan komputer, gelintar hampir seluruh internet demi menyiapkan tugasan ini.
Stirin(English-styrene) adalah sejenis bahan kimia yang banyak digunakan dalam pembuatan polistirin. Stirin dihasilkan melalui pelbagai cara, namun hanya satu sahaja kaedah yang digunapakai dalam penghasilan pada peringkat besar( English-large scale)
Polistirin
Kaedah tersebut dikenali sebagai penyahhidrogenan bermangkin( English-catalytic dehydrogenation), di mana bahan mentah etil benzene(English-ethyl benzene) dinyahhidrogenkan( dua atom hydrogen disingkirkan) bagi menghasilkan monomer stirin. Proses ini hanya berlaku pada tekanan 40 kPa dan suhu sekitar 600-650 darjah Celsius, dengan kehadiran mangkin besi(III) oksida, kromium(III)oksida dan kalium karbonat. Namun, kepelbagaian nilai tekanan dan suhu dalam kebuk tindak balas(English-reactor), ditambah pula dengan tabung penyulingan( English-distillation column) yang mana nilai tekanan dan suhunya perlu ditentukan sendiri( sebahagian daripada penilaian tugasan), telah menyukarkan sedikit penyelesaian tugasan ini. Namun saya berusaha sedaya-upaya yang mungkin, kerana tidak ada hasil yang memuaskan tanpa ada pengorbanan, kerja keras, dan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan .Itulah nilai yang perlu ada pada seorang jurutera yang akan membangunkan negara suatu hari nanti.
P/S- terima kasih kepada Knovel kerana memudahkan tugasan saya dengan menyediakan graf2 tekanan wap melawan suhu.Mahu penjelasan lanjut? Layari www.knovel .com .

Nov 10, 2008
Perakaunan Forensik.
Satu bidang yang menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan, serta kepakaran menyiasat untuk menyelesaikan isu-isu dalam konteks pembuktian...
Nov 4, 2008
Bahan tambah makanan.
Bagi orang Islam, satu perkara yang tidak dapat dielakkan ketika membeli makanan di kedai2 makanan di negara yang majoriti penduduknya bukan Islam ialah melihat pada ramuan makanan yang ingin dibeli bagi memastikan sama ada makanan itu halal ataupun sebaliknya. Kadang2 ramuan-ramuan yang terlibat mudah untuk dikesan halal haramnya. Namun sesetengah ramuan sukar untuk dikesan halal haramnya kerana ditulis dalam bentuk kod industri. Sebagai contoh, E211, E311 dan sebagainya. Jadi kebanyakan umat Islam yang ragu2 akan terus memilih untuk tidak membeli barangan tersebut. Islam bukanlah agama yang sukar. Apalah gunanya menuntut ilmu jika ilmu tersebut tidak digunakan untuk memudahkan kehidupan.
“Orang yang menuntut ilmu tetapi tidak diamalkan umpama pohon yang tidak berbuah”
Di sini saya senaraikan beberapa jenis bahan tambah makanan yang kerap kali dijumpai dalam produk2 terkenal seperti Cadbury dan Coca-Cola.
E150d-sejenis caramel yang dihasilkan daripada pembakaran gula bersama garam ammonia dan sulfite. Terdapat berbagai jenis caramel( bahan pewarna yg dihasilkan daripada pembakaran gula biasa (sukrosa) pada suhu tinggi bersama asid atau alkali), warna caramel berubah-ubah mengikut jenis asid dan alkali yang digunakan. Biasanya E150d ditambahkan ke dalam air minuman berkarbonat seperti Coca Cola untuk memberi warna perang kehitaman.
E442 dan E476- sejenis emulsifier( bahan untuk menyebatikan campuran minyak dan air dalam produk makanan seperti coklat dan aiskrim).E442 dan E476 dibuat daripada protein soya( lecitin soya).Biasanya bahan ini digunakan sebagai emulsifier dalam produk coklat seperti Cadbury.Untuk makluman pembaca, kebanyakan produk Cadbury menggunakan emulsifier ini.
E211- nama kimia bagi bahan ini ialah natrium benzoat ( sodium benzoate ).Bahan ini digunakan sebagai bahan pengawet dalam minuman berkarbonat seperti Sprite. Ia juga bertindak sebagai pengawet dalam sos dan jem.
Terdapat berbagai-bagai lagi bahan tambah makanan yang digunakan dalam industri pembuatan makanan. Untuk maklumat yang lebih lanjut layari saja laman web laman web di bawah. Pembaca sekalian bolehlah mencari maklumat mengenai bahan2 ini dan mengetahui cara pembuatan dan sumbernya.-
http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
http://www.morechemistry.com/food-additives/e150d.html
http://www.laleva.cc/food/enumbers/E141-E160.html
http://www.food-info.net/uk/e/e150.htm
Hidup tidak sukar. Cuma kejahilan yang menyukarkannya.

Oct 26, 2008
Seribu dinar...
Oct 24, 2008
Litar multipenggetar (episod 2)
Bertemu lagi para pembaca sekalian dalam perbincangan mengenai litar multipenggetar. Pada nukilan saya yang lepas telah terbincang mengenai salah satu dari tiga jenis litar multipenggetar, iaitu litar multipenggetar tidak stabil. Kali ini kita berkenalan pula dengan sejenis litar multipenggetar yang dikenali sebagai litar multipenggetar monostabil.
Litar multipenggetar monostabil adalah sejenis litar yang mengeluarkan dua jenis output DAN salah satu daripadanya tidak stabil. Baiklah, sekarang cuba para pembaca sekalian bayangkan di hadapan pembaca terdapat satu mentol lampu yang sentiasa berkelip. Nyalaan dan kepadamannya kita ambil sebagai output. Kemudian kita cuba bayangkan, mentol itu bernyala untuk beberapa saat, kemudian terpadam dalam jangka masa yang sangat singkat ( dalam nanosaat ), terlalu pantas, kemudian ia bernyala semula seperti sebelumnya, kemudian terpadam kembali dalam masa singkat, dan berterusan sehingga suis lampu tersebut dimatikan. Di sini, kepadaman lampu adalah output yang berlogik 0 manakala nyalaan lampu adalah output yang berlogik 1. Dalam kes yang dibayangkan tadi, logik 1 adalah stabil, manakala logik 0 sebaliknya. Hanya ada satu sahaja keadaan logik yang stabil. Maka kita boleh simpulkan lampu tersebut sebagai multipenggetar monostabil. Terdapat satu lagi kes di mana logik 0 adalah stabil manakala logik 1 sebaliknya. Dalam kes ini, nyalaan mentol pula yang menjadi singkat.
Berikut ditunjukkan gambar rajah skematik litar multipenggetar monostabil-
Perhatikan perbezaannya dengan litar multipenggetar tidak stabil.Kita gantikan R3 sebagai output dengan menggunakan LED.
Jadi kesimpulannya, terdapat dua perbezaan antara penggetar monostabil dengan penggetar tidak stabil
1) Penggetar monostabil hanya ada satu output tidak stabil, penggetar tidak stabil mempunyai kedua-dua output tidak stabil
2) Kedua-dua litar mempunyai struktur litar yang berbeza.
Seterusnya, kita berkenalan pula dengan sejenis litar multipenggetar yang agak popular di kalangan jurutera-jurutera elektronik dan pelajar2 yang mengambil subjek fizik, iaitu litar multipenggetar dwistabil atau lebih dikenali sebagai litar FLIP-FLOP.
Multipenggetar dwistabil adalah litar multipenggetar yang mempunyai kedua-dua keadaan output yang stabil. Keadaan logik asal litar ini hanya akan berubah kepada keadaan logik yang satu lagi hanya apabila selakan, iaitu perbuatan membuka litar kemudian menutupnya semula, atau menutup kemudian membukanya semula.
Untuk memahami litar ini dengan lebih lanjut, para pembaca bolehlah melayari mana-mana laman web mengenai litar flip-flop.

Oct 22, 2008
Litar multipenggetar ( multivibrator )
Dalam kejuruteraan elektronik terdapat tiga jenis litar multipenggetar
a) multipenggetar tidak stabil ( astable multivibrator )
b) multipenggetar monostabil ( monostable multivibrator )
c) multipenggetar dwistabil ( bistable multivibrator )
Tentu pembaca sekalian sudah biasa melihat lampu kelip-kelip dipasang di mana-mana, sama ada di rumah atau di tiang-tiang lampu tatkala hari-hari perayaan utama hampir kunjung tiba. Namun terfikirkah para pembaca sekalian bagaimana lampu-lampu ini berfungsi? Tahukah para pembaca bahawa lampu-lampu ini berfungsi tidak semudah mencantumkan bateri, wayar dan lampu sahaja. Ia turut melibatkan bahan2 semikoduktor yang disusun mengikut peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang tertentu, iaitu apa yang diperolehi daripada penyelidikan mengenai litar penggetar.
Apakah yang dimaksudkan dengan litar multipenggetar? Litar multipenggetar ialah sejenis litar yang menghasilkan output yang berubah-ubah akibat daripada simetri litar.
Litar multipenggetar tidak stabil adalah litar yang menghasilkan dua output yang saling berubah-ubah pada tempoh yang sama. Litar ini mempunyai dua output, dan setiap satu output memiliki logik yang berbeza dengan logik pada satu lagi output. Jika sekiranya output A berlogik 1, maka output B berlogik 0, dan juga sebaliknya. Masa bagi setiap output adalah sama. Sebagai contoh, jika output A mengeluarkan logik pertama( kita ambil 1 sebagai logik pertama) selama 1 saat, maka ia juga akan mengeluarkan logik 0 selama 1 saat selepas tamat logik pertama, dan seterusnya disambung semula oleh logik 1 selama 1 saat, isyarat bergilir-gilir 0, 1 , 0 1.... dikeluarkan sehinggalah suis dimatikan. Output B juga mengeluarkan logik bergilir , tetapi berlawanan dengan output A.
Contoh litar multipenggetar tidak stabil yang paling ringkas ditunjukkan dengan menggunakan gambar rajah skematik di bawah-
Rajah 1
* Ganti R4 dengan output A, dan R1 dengan output B ( boleh juga diterbalikkan )
* Kita ambil kedua-dua output sebagai LED, dan nyalaan LED berlogik 1, dan kepadaman LED berlogik 0.
Perhatikan bahawa litar skematik dalam rajah 1 bersimetri ( abaikan input voltan, ia juga sebenarnya boleh disambungkan pada litar melalui garis simetri ). Keadaan bersimetri ini mewujudkan satu ketidakstabilan pembahagian arus dalam litar. Maka kedua-dua output akan berubah-ubah, dan tidak ada output yang tetap.
Apakah pula yang dimaksudkan dengan litar multipenggetar monostabil? Kita sambung pada nukilan saya yang akan datang.

Oct 19, 2008
kita dan teknologi...
Tanpa disedari atau sedar sekalipun, kita sebenarnya menggunakan teknologi elektronik yang diimport dari Barat dan Jepun dalam kehidupan seharian.Dari sekecil-kecil komponen hingglah kepada badan utama sesuatu alatan elektronik, tidak dapat dinafikan lagi adalah hakcipta tulen dan terpaten dari mereka. Wawasan 2020 yang digagaskan oleh Tun Dr Mahathir menggariskan salah satu daripada sembilan cabarannya , iaitu ingin menghasilkan rakyat Malaysia yang bukan sahaja menjdi pengguna teknologi , malah menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi tersebut. Bermakna menjelang tahun 2020, kerajaan berharap akan ada rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan buah fikiran dan tenaga dalam merekacipta dan memperkembangkan lagi bidang ini, malah hingga ke satu tahap ingin melahirkan penerima Anugerah Nobel. Bila lagi kita ingin tubuhkan sebuah syarikat gergasi elektronik standing Sony dan Acer? Memanglah kita perlu bermula dari bawah. Bahkan Soichiro Honda sendiri merupakan seorang mekanik , dan bagaimana pula beliau boleh berdiri gah di mata dunia dengan syarikatnya yang telah berjaya mencipta robot autonomi pertama dunia itu kalau bukan dengan usaha gigihnya? Kita boleh. Janganlah asyik sibuk mencari model terbaru Nokia di pasaran atau berlumba2 mengumpul model terbaru Playstation, kalau kita ini hanya sekadar pengguna teknologi tetapi tidak mampu menghasilkannya sendiri. Janganlah hendak bergaya dan berbangga dengan set tangan Motorola atau Samsung , walhal asalnya bukanlah dari bangsa dan negara sendiri.
Untuk menguasai sesuatu bidang, kita perlu menguasai isinya , bukan hanya kulitnya sahaja. Apa yang kita pelajari di sekolah, sebagai contoh, teori atom dan subzarah( subparticle), adalah bahagian kulit ataupun hasil penyelidikan saintis2 terdahulu. Pada saya, jika kita mahu menguasai ilmu atom, kita tidak boleh hanya mengetahui 'kulit' itu sahaja. Kita mesti mengalami sendiri apa yang saintis2 terdahulu itu alami, iaitu dengan melakukan eksperimen sebenar dan bertanya atau berjumpa sendiri dengan mereka. Itulah yang dinamakan belajar dari isinya. Kita mstilah mendalami dengan bersungguh-sungguh sifat2 isi dalam atom itu, umpamanya 'quark' dan unsur2 yang lebih kecil dari quark, kemudian meneruskan kajian apabila HANYA setelah sahaja mengetahui sedalam-dalamnya tentang ilmu tersebut. Natijah daripada belajar hanya daripada kulit sahaja ialah, kita hanya akan terhenti pada suatu had di mana kita tidak mampu melanjutkan pemikiran kita atau mengembangkan kajian kita tentang sesuatu perkara;kerana kita tidak menguasai asasnya yang sebenar-benar asas. Rahsia mengapa Barat seringkali muncul dengan penemuan2 baru saban hari adalah kerana mereka menguasai asas2 bidang yang mereka kaji sedalam-dalamnya. Sebutlah apa sahaja hukum2 umpamanya dalam fizik; Hukum Newton, Hukum Pascal atau Hukum Kepler; meskipun ada di antara orang2 menuduh mereka ini menciplak idea2 cendekiawan Islam, mereka sebenarnya datang dengan pemerhatian dan eksperimen mereka sendiri, hanya dituduh menciplak kerana kemunculan mereka lebih lewat daripada saintis-saintis Islam tersebut.Kalaupun benar mereka ada menciplak idea2 saintis2 Islam, katalah apa sahaja, kutuklah mereka walau seribu kali sekalipun, mereka sebenarnya telah mempelajari asas2 dalam kebanyakan bidang sains daripada orang Islam. Tidak dinafikan orang Islam banyak merintis kemajuan dalam bidang sains, tetapi yang mempelajari dan menguasainya adalah Barat, dan mereka mengembangkan pula ilmu2 yang mereka pelajari. Kesimpulannya, kunci kepada penguasaan ilmu mereka adalah penguasaan yang mendalam terhadap asas ilmu yang mereka kaji.

Subscribe to:
Posts (Atom)