Sifat Allah, sebagaimana yang kita sedia maklum, ada 20. Namun untuk ruangan kali ini saya hanya akan membincangkan mengenai satu daripada sifat2 tersebut iaitu
Mukhalafatuhu lilhawadits-bersalahan dengan segala apa yang baharu
Mengapa saya memilih sifat Allah yang ini untuk dibincangkan? Ini kerana sifat ini merupakan asas kepada jawapan tentang bagaimana sifat zat Allah itu. Dengan memahami, bukan setakat mengetahui tentang sifat ini akan menambahkan keyakinan dan ketaqwaan kita terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah.
Allah bersalahan dengan segala apa yang baharu.Perkataan ‘baharu’ di sini membawa maksud makhluk, ATAU segala apa yang dapat dikesan oleh pancaindera biasa manusia, iaitu kulit, mata, telinga,hidung dan lidah,dan juga pancaindera keenam(sesetengah manusia memang benar memilikinya).Apa yang dapat dilihat, dihidu, dirasa, dan didengari oleh pancaindera biasa manusia? Iaitu alam ini, termasuk haiwan dan tumbuhan,serta seluruh jagat raya merangkumi Bumi, sistem suria, gugusan galaksi beserta cakerawala2 yang tidak diketahui.Segala apa yang dapat dikesan oleh pancaindera ini adalah baharu.
Sekarang cuba kita kaji sifat makhluk. Apakah sifat makhluk yang paling umum? Makhluk bersifat diciptakan, makhluk berhajat kepada nyawa untuk meneruskan hidup, makhluk ada kelahiran dan kematian ada mula dan akhirnya, dan makhluk dirangkumi oleh ruang dan masa(jgn bimbang , saya tidak akan membincangkan teori ruang-masa Einstein di sini....).Makhluk memerlukan tempat untuk wujud dan ditakluki oleh perjalanan masa. Masa menakluki makhluk, bukan makhluk menakluki masa. Maka disebabkan itulah makhluk tidak akan dapat dapat kembali ke masa silam mahupun ke masa akan datang dari masa sekarang, mahupun kedua2nya sekaligus. Dan makhluk tidak akan dapat berada di dua atau lebih tempat pada satu2 masa kerana makhluk ditakluki oleh ruang.
Terdapat beberapa sifat2 khusus untuk setiap jenis makhluk,umpamanya
a) malaikat-tiada jantina dan nafsu, tidak dapat dilihat dengan mata kasar(namun kadangkala manusia dapat mengesannya melalui pancaindera keenam , dapat dilihat dan didengari apabila mereka menjelma), mempunyai sayap,boleh menjelma,berakal
b) syaitan-mempunyai jantina, tidak dapat dilihat mata kasar(namun kadangkala manusia dapat mengesannya melalui pancaindera keenam , dan dapat dilihat dan didengari apabila mereka menjelma), bernafsu, berakal,boleh menjelma
c) manusia-mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar, bernafsu, berakal
d) haiwan-mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar, bernafsu, tidak berakal
e) tumbuhan-mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar, bernafsu( untuk bertumbuh,dan bernafas, dan membina makanan),tidak berakal
f) planet- tidak mempunyai jantina, dapat dilihat mata kasar( atau teleskop)....selebihnya wallahualam
Maka sifat Mukhalafatuhu Lilhawadits membawa maksud Allah itu tidak langsung menyerupai segala apa yang baharu. Dia tidak menyerupai makhluk,baik ghaib mahupun nyata, dan Dia tidak menyerupai apa2 yang dapat dikesan pancaindera manusia.Dia tersendiri. Maka dengan ini kita tidak boleh mengatakan Allah itu ada kelahiran dan kematian, ada jantina,ada anak dan sebagainya.Dari sifat ini, kita perlu dan mesti tahu bahawa Allah itu tidak dikuasai ruang dan masa.Sebagai contoh , kita tidak boleh mengatakan bahawa ’pada masa sekian2, Allah berada di sekian2 tempat’.... . Kita tidak boleh beranggapan begitu sekali-kali.Ini kerana Allah sebagai Pencipta ruang dan masa tidak seharusnya ditakluki oleh ruang dan masa.Dia berada di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja. Bahkan Dialah yang mengawal perjalanan masa.Inilah yang ramai orang salah anggap.
Sekiranya kita membaca tafsir Al-Quran, akan keluarlah beberapa frasa seperti ‘tangan Allah’, ‘Allah Maha Melihat’, ‘Allah Maha Berkata-kata’ dan sebagainya. Perlu dijelaskan dan ditegaskan di sini bahawa sifat2 Allah seperti berkata2, melihat, mendengar dan hidup adalah tersendiri dan Dia melakukannya dengan cara yang layak bagi-Nya.Sifat2 ini tidak sama dan setaraf dengan yang selayaknya ada pada makhluk.Allah hidup tanpa berhajat kepada nyawa, sedangkan makhluk tidak begitu.Makhluk akan mati sekiranya nyawa dicabut, kerana nyawa tersebut bukan miliknya.Nyawa tersebut milik Penciptanya,yakni Allah dan Dia berhak mengambilnya pada bila2 masa yang dikehendaki-Nya.
Dalam kebanyakan agama selain Islam, tuhan dianggap dan dibayangkan seperti manusia. Dalam agama Kristian, tuhan dikatakan mempunyai anak.Dalam agama Hindu, tuhan dibayangkan sebagai manusia yang memiliki berbagai-bagai rupa, umpamanya berkepala tiga, berekor, bersayap, malah bertanduk pun ada. Dalam agama-agama lain, si penganut menjadikan berhala2 berupa seakan2 manusia sebagai sembahan mereka. Sedang Islam menghapuskan semua ini. Dalam Islam, Tuhan tidak langsung menyerupai makhluk dan apa jua yang baharu. Dari sinilah kebenaran Islam ini terserlah dan tidak hairanlah Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang di dunia lantaran sifat Allah yang ditegaskannya adalah ‘superior’ dan sebenar-benar sifat yang selayaknya ada pada Tuhan yang patut manusia sembah.
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...