Pernahkah anda terfikir bahawa selain dari cakerawala tempat kita berdiam ini, terdapat sebuah cakerawala lain yang bersempadan dengan cakerawala kita, bukan satu bahkan berjuta2 lagi cakerawala lain. Dan dalam setiap cakerawala itu, terdapat berjuta2 galaksi beserta bintang2nya. Dan setiap bintang2nya mempunyai sistem surianya yang tersendiri. Dan kita ini hanya insan yang maha kerdil, berdiri di atas Bumi,yang sekecil kuman bahkan kecil lagi di pinggiran Galaksi Bima Sakti, yang berapungan di tengah2 lautan galaksi , mengisi hanya satu ruang cakerawala dari berjuta2 cakerawala lain.
Bayangkan. Dan tahukah anda bagaimana untuk kita tembus ke cakerawala yang bersempadan dan bersebelahan dengan cakerawala kita? Iaitu dengan melalui lohong hitam.
Dan setujukah anda jika saya katakan bahawa generasi manusia sekarang( bani Adam atau keturunan Adam) adalah salah satu dari berjuta2 generasi manusia yang telah dan bakal lahir dan mendiami dunia ini?Idea ini telah lama saya terfikirkan, namun terbaca pula selepas itu dari tulisan Saifulislam, dan dari buku2 agama serta tafsir al-Quran. Dan mereka mempunyai hari kiamat serta syurga dan neraka mereka,serta nabi2 bahkan tamadun dan kepercayaan mereka sendiri. Mereka mungkin juga tidak mendiami dunia ini tetapi hidup di ruang2 yang tidak diketahui, mungkin salah satu dari cakerawala2 yang saya terangkan sebelum ini, ataupun di ruangan ghaib di dunia kita.Mereka mungkin juga sama dengan kita, mungkin setiap seorang dari mereka sama dengan kita, cuma hidup tanpa dapat ketemu akibat dari terhadnya keupayaan manusia.Mungkin mereka hidup pada masa yang sama dengan kita, atau mungkin perjalanan masa mereka tidak sama dengan kita akibat dari perbezaan ruang dimensi. Sebagai contoh, 5 minit mereka mungkin sama dengan 5 juta tahun kita. Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui .Kita tidak tahu sebenarnya.
Semua ini hipotesis penulis yang belum diuji. Penulis hanya meneka. Sebagaimana seorang budak kecil meneka objek yang berada dalam sebuah kotak mainan berwarna hitam.
Sebenarnya manusia terlalu lemah untuk menyelami apa yang tersembunyi. Manusia tidak tahu. Jika budak kecil meneka objek dalam kotak hitam dengan menggoncang, cuba menoreh kulit kotak, mendengar bunyi goncangan, merendam dalam air panas, meletakkannya dalam ketuhar mikro dan sebagainya, ia sama seperti manusia yang menggunakan pancaindera untuk memahami alam semesta.
Dengan rasa ingin tahu, maka manusia membina hipotesis, kemudian mengujinya. Dari situ keputusan sama ada membenarkan atau menolaknya akan dikeluarkan.
Blog ini adalah himpunan hipotesis penulis dari 'pembacaan' terhadap apa yang berlaku di sekeliling penulis. Pembacaan bukan sahaja bererti mengadap buku, tetapi pembacaan adalah membaca alam ini dengan pemikiran.
Oleh itu, izinkan penulis mempersembahkan hipotesis-hipotesisnya di sini. Anda dipersilakan mengujinya.
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...