Pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada para pembaca sekalian kerana tidak dapat mengemaskini blog ini selama seminggu kerana saya telah ber‘jaulah’( hehe…orang lain guna istilah ni, aku pun nak guna jugak…maksudnya berkelana( menurut Bro F*hmi Birm) ) ke London dan Greenwich. Ya, ke Greenwich para pembaca sekalian. Dan juga London. Bukanlah tempat yang jauh seperti Scotland, Ireland, Jerman, Sepanyol mahupun Turki. “London jerr , dekat sangat, bukan ada apa pun,buat apa pergi”, bak kata ‘sesiapa jua’. Saya ke sini untuk menyertai satu program yang lebih dikenali sebagai FUIYO( Fun with Iluvislam’s Youth Overseas), di samping melawat salah satu tarikan pelancongan ke UK iaitu Balai Cerap Diraja ( English-Royal Observatory ) dan Muzium Maritim Kebangsaan (English- National Maritime Museum). Diharapkan para pembaca sekalian beroleh ilmu pengetahuan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian, dan tidak pula sia-sia pelayaran internet anda semua.
Balai Cerap Diraja (BCD) terletak di atas sebuah bukit, yang berdiri kukuh dan gah tetapi tidak pula riak, di belakang Muzium Maritim Kebangsaan (MMK). MMK pula terletak bersetentang dengan Universiti Greenwich. Semua bangunan-bangunan ini terletak di Cutty Sark for Maritime Greenwich. Bagaimana untuk sampai ke sini? Entahlah. Rujuk laman web di bawah dan carilah sendiri ye….
http://journeyplanner.tfl.gov.uk/user/XSLT_TRIP_REQUEST2?language=en
Apakah itu longitud dan latitud? Garisan latitud adalah garisan-garisan ufuk bayangan yang mengunjur dari Barat ke Timur atau sebaliknya yang dilukis di atas peta bagi memberi kedudukan atau koordinat seseorang sama ada Utara atau Selatan di atas permukaan Bumi. Garisan-garisan ini sebenarnya merupakan bulatan-bulatan, dan pusat-pusatnya terletak pada satu garisan 90 darjah dengan satah bulatan-bulatan itu, dan melalui pusat Bumi. Jadi , bulatan latitud terbesar adalah di Khatulistiwa manakala bulatan latitud terkecil adalah satu titik sahaja ( jejari=0m ) terletak di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Garisan longitud pula ialah bulatan-bulatan yang mengunjur dari Kutub Utara dan Kutub Selatan. Berbeza dengan bulatan latitud, bulatan-bulatan longitud memiliki jejari yang sama panjang dan dikenali sebagai Bulatan Agung. Bulatan Agung (English- Great Circle ) pula adalah bulatan terbesar yang pusatnya adalah pusat Bumi. Jadi hanya bulatan berlatitud 0 darjah( khatulistiwa) dan semua bulatan longitud merupakan bulatan agung. Longitud digunakan bagi menentukan koordinat seseorang sama ada Timur atau Barat.
Disebabkan garisan atau bulatan longitud ini banyak, maka kita perlu memilih salah satu daripadanya sebagai penanda. Apakah tujuan penanda ini? Ia bagi menentukan satu garisan longitud yang membahagi Bumi ini kepada Timur dan Barat, iaitu garisan longitud 0 darjah ( 0 darjah Timur dan 0 darjah Barat), dan menandakan dari mana mula dan tamatnya garisan-garisan longitud.Oleh sebab begitu banyak garisan longitud, maka banyaklah tempat di dunia ini yang boleh dijadikan sebagai penanda sebenarnya. Oleh itu, Greenwich bukanlah satu-satunya tempat yang layak untuk dijadikan penanda garisan ini. Sebelum Greenwich, telah banyak tempat-tempat di dunia dijadikan penanda bagi menetapkan kedudukan garisan ini
(rujuk wikipedia-http://en.wikipedia.org/wiki/Greenwich_Meridian).
Namun hasil dari persepakatan antarabangsa (English-international convention), Greenwich akhirnya disepakati sebagai penanda longitud 0 darjah. Dan garisan itu ditanda pendek sahaja di BCD, namun dipanjangkan rentangannya dengan menggunakan pancaran cahaya laser berwarna hijau yang dijana di dalam balai cerap.Buat pengetahuan para pembaca sekalian, garisan ini bersetentang 180 darjah dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentangi Lautan Pasifik.
(artikel tentang laser-http://eigenzone.blogspot.com/2008/12/laser.html)
Tahukah anda bahawa BCD itu sendiri asalnya adalah tapak rumah seorang ahli astronomi dan fizik British bernama John Flamsteed? Dan rumah serta tinggalan peralatan dan bilik yang digunakan ketika penyelidikan masih ada di situ, dan dijadikan sebuah muzium mini. Pengunjung dilarang sama sekali mengambil gambar ketika berada di dalam ruangan muzium itu.
Sekian untuk kali ini, saya akan sambung pula pada bahagian kedua. InsyaAllah.
Semoga beroleh pengetahuan berguna walaupun sedikit.
Ciss...sebelom menulis artikel ni...anda perlu mendapatkan perkenan khas daripada 5 orang Putera Besar Greenwich
ReplyDelete> Tengku Muda Kelantan YM Tengku Famy
> Tengku Besar Kota Tinggi YTM Tengku Hannafi Brhanuddin
> Tengku Laxamana Melaka Tengku Syamil Izmi Shah
> Tengku Besar Jajahan Larut Matang & Selama Tengku Iman Syafiq
> Tengku Imamah Orang Kaya-Kaya Undang Luak Besar Meru Sahibus Samahah Maulana al-Udzma Muhammad Fazdhly Shah
Anda telah menulis artikel mengenai Greenwich tanpa kebenaran khas Tengku Besar berpanca...cis...cis...cis...
hehehe...sori pembesar2 Greenwich yang disanjungi...patik mohon perkenan orang2 besar agar aksara patik terus disokong...hehehe
ReplyDeleteAn electric flow can too be used to Glow the and vulgar castor oil are leisurely to encounter in your local stores.
ReplyDeleteThey are not used in the Human face skin tags treatments which you can use
to move out them speedily and without any side effects.
Also visit my blog post facts about skin cancer
My web site :: removing facial warts