Bertemu lagi para pembaca sekalian dalam perbincangan mengenai litar multipenggetar. Pada nukilan saya yang lepas telah terbincang mengenai salah satu dari tiga jenis litar multipenggetar, iaitu litar multipenggetar tidak stabil. Kali ini kita berkenalan pula dengan sejenis litar multipenggetar yang dikenali sebagai litar multipenggetar monostabil.
Litar multipenggetar monostabil adalah sejenis litar yang mengeluarkan dua jenis output DAN salah satu daripadanya tidak stabil. Baiklah, sekarang cuba para pembaca sekalian bayangkan di hadapan pembaca terdapat satu mentol lampu yang sentiasa berkelip. Nyalaan dan kepadamannya kita ambil sebagai output. Kemudian kita cuba bayangkan, mentol itu bernyala untuk beberapa saat, kemudian terpadam dalam jangka masa yang sangat singkat ( dalam nanosaat ), terlalu pantas, kemudian ia bernyala semula seperti sebelumnya, kemudian terpadam kembali dalam masa singkat, dan berterusan sehingga suis lampu tersebut dimatikan. Di sini, kepadaman lampu adalah output yang berlogik 0 manakala nyalaan lampu adalah output yang berlogik 1. Dalam kes yang dibayangkan tadi, logik 1 adalah stabil, manakala logik 0 sebaliknya. Hanya ada satu sahaja keadaan logik yang stabil. Maka kita boleh simpulkan lampu tersebut sebagai multipenggetar monostabil. Terdapat satu lagi kes di mana logik 0 adalah stabil manakala logik 1 sebaliknya. Dalam kes ini, nyalaan mentol pula yang menjadi singkat.
Berikut ditunjukkan gambar rajah skematik litar multipenggetar monostabil-
Perhatikan perbezaannya dengan litar multipenggetar tidak stabil.Kita gantikan R3 sebagai output dengan menggunakan LED.
Jadi kesimpulannya, terdapat dua perbezaan antara penggetar monostabil dengan penggetar tidak stabil
1) Penggetar monostabil hanya ada satu output tidak stabil, penggetar tidak stabil mempunyai kedua-dua output tidak stabil
2) Kedua-dua litar mempunyai struktur litar yang berbeza.
Seterusnya, kita berkenalan pula dengan sejenis litar multipenggetar yang agak popular di kalangan jurutera-jurutera elektronik dan pelajar2 yang mengambil subjek fizik, iaitu litar multipenggetar dwistabil atau lebih dikenali sebagai litar FLIP-FLOP.
Multipenggetar dwistabil adalah litar multipenggetar yang mempunyai kedua-dua keadaan output yang stabil. Keadaan logik asal litar ini hanya akan berubah kepada keadaan logik yang satu lagi hanya apabila selakan, iaitu perbuatan membuka litar kemudian menutupnya semula, atau menutup kemudian membukanya semula.
Untuk memahami litar ini dengan lebih lanjut, para pembaca bolehlah melayari mana-mana laman web mengenai litar flip-flop.
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...