Dec 17, 2008

Puisi Orang Bujang

Sudah 'agak' lama rasanya saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Biasalah, di kala musim beralih sejuk, bukan bibir yang semakin kering, tetapi otak pula yang semakin kontang. Tak tahu nak tulis apa. Mungkin berjangkit penyakit ini dari bu*an nama s*b***r( hehe...sori blogger itu).Apapun, para peminat sekalian( haih, masih ada peminat ke blog ni)saya tidak ada apapun yang nak diceritakan sangat. Cuma ada satu puisi yang saya reka sendiri. Mungkin bermanfaat atau tidak, terpulang kepada pembaca sekalian.Sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran saya.



Eh! (ala-ala terkejut orang bujang katakan)

Eh
sudah siang rupanya
ingatkan subuh lagi
baru sahaja terjaga
biasalah, anak muda
tidur lambat di malam hari
berjaga malam tonton 'movie'
makin lama makin menjadi
sudah sudahnya,
hari esok orang kerja
engkau cuti,
bagus, bagus
orang bujang katakan

eh
apakah ini
pinggan kotor penuh di sinki
cawan kopi penuh berdaki
periuk belanga tidak bercuci

eh
apakah ini
kasut stokin terbiar tersadai
baju seluar merata tersidai
habis bilik bersepah terabai
aduhai...

eh
garam gula pula habis
begitu juga ikan bilis
poketku pula sedang kempis
mana kan kucari wang dan pitis
pinjam kawan? hmm, pantas ditepis
haih, masalah tak habis-habis
sadis, sadis

eh
lapar betul hari ini
mahu sahaja ku santap Maggi
namun periuk masih di sinki
tidak mengapa;
air panas ada lagi
baru dijerang pagi tadi
untuk diguna membuat kopi

orang bujang orang bujang
hidup senang mati di longkang
kerja tak mahu
makan minta disudu
orang lain basuhkan baju
sampai bila
Jengka mahu maju?

mohd syafiq bin sabri 08:31p.m. tiverton rd, selly oak, birmingham UK






No comments:

Post a Comment

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...