Tanpa disedari atau sedar sekalipun, kita sebenarnya menggunakan teknologi elektronik yang diimport dari Barat dan Jepun dalam kehidupan seharian.Dari sekecil-kecil komponen hingglah kepada badan utama sesuatu alatan elektronik, tidak dapat dinafikan lagi adalah hakcipta tulen dan terpaten dari mereka. Wawasan 2020 yang digagaskan oleh Tun Dr Mahathir menggariskan salah satu daripada sembilan cabarannya , iaitu ingin menghasilkan rakyat Malaysia yang bukan sahaja menjdi pengguna teknologi , malah menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi tersebut. Bermakna menjelang tahun 2020, kerajaan berharap akan ada rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan buah fikiran dan tenaga dalam merekacipta dan memperkembangkan lagi bidang ini, malah hingga ke satu tahap ingin melahirkan penerima Anugerah Nobel. Bila lagi kita ingin tubuhkan sebuah syarikat gergasi elektronik standing Sony dan Acer? Memanglah kita perlu bermula dari bawah. Bahkan Soichiro Honda sendiri merupakan seorang mekanik , dan bagaimana pula beliau boleh berdiri gah di mata dunia dengan syarikatnya yang telah berjaya mencipta robot autonomi pertama dunia itu kalau bukan dengan usaha gigihnya? Kita boleh. Janganlah asyik sibuk mencari model terbaru Nokia di pasaran atau berlumba2 mengumpul model terbaru Playstation, kalau kita ini hanya sekadar pengguna teknologi tetapi tidak mampu menghasilkannya sendiri. Janganlah hendak bergaya dan berbangga dengan set tangan Motorola atau Samsung , walhal asalnya bukanlah dari bangsa dan negara sendiri.
Untuk menguasai sesuatu bidang, kita perlu menguasai isinya , bukan hanya kulitnya sahaja. Apa yang kita pelajari di sekolah, sebagai contoh, teori atom dan subzarah( subparticle), adalah bahagian kulit ataupun hasil penyelidikan saintis2 terdahulu. Pada saya, jika kita mahu menguasai ilmu atom, kita tidak boleh hanya mengetahui 'kulit' itu sahaja. Kita mesti mengalami sendiri apa yang saintis2 terdahulu itu alami, iaitu dengan melakukan eksperimen sebenar dan bertanya atau berjumpa sendiri dengan mereka. Itulah yang dinamakan belajar dari isinya. Kita mstilah mendalami dengan bersungguh-sungguh sifat2 isi dalam atom itu, umpamanya 'quark' dan unsur2 yang lebih kecil dari quark, kemudian meneruskan kajian apabila HANYA setelah sahaja mengetahui sedalam-dalamnya tentang ilmu tersebut. Natijah daripada belajar hanya daripada kulit sahaja ialah, kita hanya akan terhenti pada suatu had di mana kita tidak mampu melanjutkan pemikiran kita atau mengembangkan kajian kita tentang sesuatu perkara;kerana kita tidak menguasai asasnya yang sebenar-benar asas. Rahsia mengapa Barat seringkali muncul dengan penemuan2 baru saban hari adalah kerana mereka menguasai asas2 bidang yang mereka kaji sedalam-dalamnya. Sebutlah apa sahaja hukum2 umpamanya dalam fizik; Hukum Newton, Hukum Pascal atau Hukum Kepler; meskipun ada di antara orang2 menuduh mereka ini menciplak idea2 cendekiawan Islam, mereka sebenarnya datang dengan pemerhatian dan eksperimen mereka sendiri, hanya dituduh menciplak kerana kemunculan mereka lebih lewat daripada saintis-saintis Islam tersebut.Kalaupun benar mereka ada menciplak idea2 saintis2 Islam, katalah apa sahaja, kutuklah mereka walau seribu kali sekalipun, mereka sebenarnya telah mempelajari asas2 dalam kebanyakan bidang sains daripada orang Islam. Tidak dinafikan orang Islam banyak merintis kemajuan dalam bidang sains, tetapi yang mempelajari dan menguasainya adalah Barat, dan mereka mengembangkan pula ilmu2 yang mereka pelajari. Kesimpulannya, kunci kepada penguasaan ilmu mereka adalah penguasaan yang mendalam terhadap asas ilmu yang mereka kaji.
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...