Untuk catitan kali ini saya akan ceritakan serba SEDIKIT mengenai MMK atau nama penuhnya Muzium Maritim Kebangsaan (English- National Maritime Museum) , Greenwich. Kenapa SEDIKIT? Kerana saya bukanlah orang yang gemar dan selalu mengunjungi tempat yang bernama muzium. Sebabnya, banyak artifak yang dipamerkan bersabit kepada peristiwa-peristiwa sejarah. Dan ilmu sejarah sayapun sudah lama berkarat. Menariknya sesebuah lawatan ke muzium adalah apabila kita tahu sejarah yang berkait dengan barang2 yang dipamerkan betul tak?
Kalau tidak, hambarlah lawatan itu. Dan lawatan saya ke MMK tidak kurang hambarnya.
Sekilas mengenai muzium ini, ia menyimpan pelbagai jenis artifak dan barang2 yang berkaitan dengan sejarah perkapalan, serta teknologi2 yang berkaitan dengan kelautan , umpamanya kejuruteraan maritim. Sejarah penubuhannya saya tidak tahu, para pembaca bolehlah googlekan...hehe..( aku memang ignorant). Sekian itu sahaja.(malas nak tulis panjang2...). SEDIKIT bukan? Dan lokasi muzium ini bersebelahan sahaja dengan BCD.(rujuk post lepas utk keterangan lanjut mengenai BCD)
Muzium adalah tempat tersimpannya dokumen2 penting dan artifak2. Di sinilah sejarah diabadikan. Dan generasi2 yang menyusul dapat melihat sejarah dengan lebih dekat. Bagaimana untuk menarik generasi-generasi muda berkunjung ke muzium? Di sini saya senaraikan beberapa langkah yang saya rasa boleh menarik golongan ini, termasuklah saya , untuk menjejakkan kaki ke muzium:
- banyakkan kiosk dan wujudkan staf2 yang jadi tukang penjelas,yang akan memberi penjelasan tentang barang2 yang dipamerkan, kerana pengunjung sukakan interaksi. Lagi bagus jikalau penjelas itu pandai berlawak, atau memang pandai bercakaplah, sampai orang berkerumun( bukan pula untuk membelasah si penjelas ok!). Cuba bayangkan betapa mengantuknya saya apabila melawat muzium yang tak ada apa-apa untuk dicuba. Apatah lagi banyak barang2 yang dipamerkan saya tidak tahu sejarahnya. Kalau barang2 itu boleh bercakap takpe jugak. Dan rata-rata pengunjung gemarkan sesuatu yang mencabar dan menguji akal, terutamanya permainan dan pertandingan yang terdapat pada kiosk-kiosk.Disebabkan itulah , antara Pusat Sains Negara dengan Muzium Negara, rata-rata orang suka ke Pusat Sains Negara. Kerana apa?
Pusat Sains Negara
Kerana di situ terdapat pelbagai perkara untuk dicuba. Budak-budak memang sangat suka betul x? Siapa yang ada adik tahu-tahulah.
kiosk
- kemasukan percuma. Rata-rata orang tidak suka melawat muzium adalah kerana bayaran masuk yang tidak masuk akal dan sangat mahal pula. Bayar sampai berbelas ringgit atau pound, tapi ilmu dan pengalaman serta kepuasan yang diperolehi tidak pula semahal itu.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Moga dapat ilmu berguna walaupun sedikit.
Majulah muzium untuk negara.
Muzium Negara bayarannya seringgit je... kalau budak bwh 12 thn dpt masuk free
ReplyDelete