Dec 19, 2008

Puisi Buat Pasangan-Pasangan...

Untuk catitan kali ini, masih lagi sebuah puisi. Puisi ini saya tulis sebagai mengulas catitan saya suatu ketika dahulu mengenai dialog antara satu pasangan yang ditangkap khalwat dengan seorang ustaz yang menangkap khalwat.(apa punya ayat daa...)

http://eigenzone.blogspot.com/2008/05/dialog-antara-ustaz-dan-pelajar-yang.html
(sori...aku x pandai letak hyperlink)

Jadi, dialog itu secara tidak sengaja telah melalui satu proses transformasi apabila ia tiba-tiba bertukar kepada sebuah puisi.Baca dan hayati maksud puisi di bawah.
Moga dapat pengajaran berguna dari pelayaran internet anda.



Mahu kahwinkah?

assalamualaikum
apa khabar kamu berdua
selamat bersua muka
nama siapa?
dan ini
anak dara siapa?
surat nikah ada?
(sudah pastilah tiada...)
saya pegawai agama
jom, ikut saya...
kita bincang di pejabat sana

mahu kahwinkah?
tapi
kamu masih belajar
cita-cita sedang dikejar
impian sedang dilakar
makan pakaipun mak ayah beri
usah beranganlah hendak beristeri
diri sendiripun terumbang ambing
ada kerja?
buat muka senyum sumbing
malu-malu tersenyum kambing
depan mak ayah alim-alim kucing
belakang mereka
orang menegur ditengking
silap sedikit ditempeleng

sudahnya
mengapa kamu bersama
bukankah dilarang agama?
Tuhan pun murka
mak ayah tidak suka
orang pun mencerca

cinta?
hmm, sungguh kelakar bunyinya
tak pernah dengarkah
peribahasa pujangga
'cinta manusia ,akan binasa'
'cinta Ilahi, kekal selamanya'
mana satu pilihan jiwa?
pilihlah yang kedua
kerana itu lebih utama
jangan dikejar yang sementara
kelak rugi di akhirat sana

sudahlah
untuk kali ini
saya lepaskan kamu pergi
pulanglah ke rumah bertemu ibumu
minta ampun padanya
jua pada bapamu
melutut di kakinya
kamu berdua telah berdosa
kerana telah mendustai mereka
bukankah redha Tuhanmu
datang selepas redha ibu bapamu?

tinggalkanlah si dia
tiada faedahnya buatmu
bertaubatlah kepada-Nya
moga diampunkan dosamu


mohd syafiq bin sabri 09:10 p.m. selly oak, birmingham,UK

No comments:

Post a Comment

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...