Dec 8, 2008

Mengapa menulis?

Mengapakah blog ini ditulis?

Sesuai dengan tajuk blog ini (Buah Akal), penulis sekadar ingin mengajak para pembaca berfikir serta menghimpunkan pelbagai artikel yang diterjemah oleh penulis dari bahasa Inggeris, sama ada artikel yang terhadam mahupun artikel mentah.

Pembaca juga diberi ruang dan peluang untuk menganalisis apa yang dicatit di blog ini dan seterusnya memberikan pendapat atau eksperimen pembaca.

Mengapa eigenzone?

Eigen berasal dari perkataan Jerman bermaksud tersendiri atau unik. Maka eigenzone bermaksud daerah unik.


Dewasa ini muncul berbagai-bagai jenis blog. Ada blog hiburan, blog gosip, blog diari, blog agama, blog politik dan sebagainya.

Namun blog saintifik meskipun ada, namun jumlahnya sedikit berbanding blog2 di atas.Ini kerana blog berunsur saintifik mungkin kelihatan bosan atau 'nerd', dan bahan-bahan di dalamnya dikatakan boleh dicari sendiri menerusi laman Google dan Wikipedia.

Oleh itu, menulis sebuah blog saintifik yang rata-rata dianggap bosan adalah suatu perkara yang 'unik' pada pandangan penulis.

Namun penulis ingin menjadi 'unik' kerana ada visi yang penulis ingin capai menerusi penulisan ini. Ada cita-cita yang penulis ingin capai.

Walau apa sekalipun alasan sama ada bosan atau mual, penulis tetap ingin menulis. Jika bahan2 tersebut boleh dicari di Google dan Wikipedia, belum tentu ia dalam bahasa Melayu.

Jadi, penulisan di blog ini adalah usaha kecil penulis untuk menambah bahan bacaan saintifik berbahasa Melayu di internet.

Moga-moga dengan usaha kecil ini penulis mampu melahirkan ramai penterjemah yang akan menyumbangkan lebih banyak lagi artikel2 saintifik di dalam bahasa Melayu terutama di laman Wikipedia berbahasa Melayu yang masih kurang artikel bahasa Melayunya.

Menterjemah adalah kunci utama kepada percambahan minat terhadap ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...