Dec 30, 2008

Kapitalisme.

Sebelum itu penulis akan memperkenalkan beberapa istilah:

capital, capitalist, capitalisme,

Terdapat banyak konteks penggunaan perkataan ‘capital’, namun penulis hanya akan mengambil takrifan ‘capital’ dari segi kewangan atau ekonomi dari Cambridge Online Dictionary:

link ke kamus

capital (MONEY)
noun [U]
wealth, especially a large amount of money used for producing more wealth or for starting a new business:
She leaves her capital untouched in the bank and lives off the interest.
We've put £20 000 capital into the business, but we're unlikely to see any return for a few years.

capitalism
noun [U]
an economic, political and social system based on private ownership of property, business and industry, and directed towards making the greatest possible profits for successful organizations and people

capitalist
noun [C]
1 someone who supports capitalism
2 someone who has great wealth invested in a business
capitalize, UK USUALLY capitalise
verb [T often passive]
to supply money to a business so that it can develop or operate as it should

capitalization, UK USUALLY capitalisation
noun [S or U]
the total value of a company's shares on a stock exchange

Kapitalisme adalah satu sistem sosial, politik dan ekonomi berasaskan kepada pemilikan harta, perniagaan dan industri secara peribadi, dan bertujuan mengaut keuntungan sebanyak mungkin untuk kejayaan manusia dan badan-badan dalam sistem ini.

Orang-orang kapitalis ialah mereka yang menyokong sistem ini. Sistem kapitalis bertujuan memusatkan segala keuntungan dan aset yang ada kepada si pemilik. Ini bermakna, prinsip ’harta aku, harta aku, harta engkau, harta engkau’ digunapakai. Dan orang2 yang miskin akan terus ditindas, sementara orang2 yang kaya akan terus menjadi kaya. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem monopoli.

Dari itu kapitalis menjadi hamba kepada wang. Segala tindakan yang bermatlamat mengaut keuntungan dan wang akan menguasai tindakan mereka. Ada yang sanggup berbunuhan demi wang. Dari itu juga tercipta sistem riba’.

Jika seorang kapitalis memiliki aset RM 2 juta , adakah RM 2 juta itu akan habis digunakan olehnya seorang diri? Belum tentu wang sebanyak itu akan habis digunakan seumur hidupnya. Dan mustahil juga wang sebanyak itu akan dihabiskan dalam tempoh yang singkat. Tambahan jika dia mengaut keuntungan berlipat kali ganda setiap hari. Asetnya sudah tentu meningkat berlipat kali ganda. Dari itu, peredaran wang dalam komuniti terganggu. Golongan miskin memberontak dan lahirlah falsafah seperti komunisme bagi menyamaratakan pemilikan harta setiap orang. Tetapi komunisme bertentangan dengan naluri semulajadi manusia di mana ia menentang kekayaan dan pemilikan harta secara peribadi.

Berikut adalah dialog bagi menggambarkan bagaimana setiap golongan manusia menjadi hamba kepada wang akibat dari amalan kapitalisme.

orang miskin: aku mesti cari wang untuk hidup , tak kira walau apa cara sekalipun,( mencuri , merompak). aku nak hidup juga. Wang adalah segala-galanya pada masa ini. kalau x macam mana aku nak bagi makan pada anak bini aku. Sudahlah hutang berlipat ganda.

orang kaya: aku mesti jadi jutawan walau apa cara sekalipun. Hmm, bagus juga kalau aku ambil je suapan yang disogok tadi. Bertambah banyaklah wang aku. Ha, si fulan tu belum lagi bayar hutang dia pada aku. Siaplah nanti.

Jika sistem kapitalis dan komunis ciptaan akal manusia gagal, sistem apakah yang paling sesuai digunakan bagi mengurus ekonomi? Dari penerangan di atas, suatu sistem ekonomi yang boleh memberikan kesejahteraan kepada golongan kaya dan miskin, dan sistem yang menepati naluri semulajadi manusia mesti digunapakai. Dalam sistem ini, golongan kaya mesti mengeluarkan sebahagian tertentu dari simpanan asetnya. Golongan miskin pula mesti diberikan sebahagian tertentu dari harta golongan kaya. Hasilnya yang kaya akan tetap kaya dan yang miskin tetap miskin, tetapi pada masa yang sama masih dapat hidup dengan wang yang cukup.

Penjelasan mengenai riba'
Saya ambil satu contoh, iaitu agensi pemberi hutang ( pemiutang ) yang sah. Agensi ini peniagaannya adalah dengan mengaut keuntungan dengan memberi hutang, iaitu meminjamkan modal kepada orang-orang yang ingin memulakan perniagaan. Dan bagaimanakah keuntungan ini diperoleh? baiklah, katakan seorang mamat ni meminjam RM 1000 dari agensi tersebut. Sekiranya mamat ini tidak membayar semula wang tersebut dalam tempoh tertentu, maka wang yang perlu dibayar balik akan dinaikkan sebanyak 25% ( jadi total kira sendirilah yerr). Dan sekiranya mamat ini gagal membayar balik untuk tempoh yang seterusnya, akan dinaikkan lagi sebanyak 25% peratus. Inilah yang dikatakan riba. Riba dalam kes ini adalah sebarang pertambahan dalam nilai wang yang mamat ini kena bayar kepada agensi tersebut. Tidak kiralah kenaikan itu dalam apa jua cara sekalipun. Ada agensi yang lagi tamak , menaikkan peratusan bagi setiap tempoh seterusnya apabila si penghutang gagal menjelaskan hutang mereka. Jadi apabila penghutang gagal membayar, hutang dinaikkan kepada 25 peratus, kemudian apabila gagal lagi, 30 peratus , 35 peratus, 40 peratus dan seterusnya. Maka si penghutang akan ditindas. Ada pula agensi yang tidak melakukan urusniaga seperti itu , tetapi menetapkan awal-awal berapa peratus yang si penghutang perlu bayar. Sebagai contoh, agensi menetapkan penghutang perlu bayar balik wang yang dipinjam beserta 25 % daripada keuntungan perniagaan. Jika penghutang lewat dari tempoh yang ditetapkan, jumlah wang yang perlu dibayar tetap sama, beserta 25 % daripada keuntungan, dan tidak ada peningkatan dilakukan, dengan menggunakan alasan bahawa 25% bayaran tambahan itu adalah ’upah’ kepada agensi terbabit kerana memberi hutang, dan lagi satu mereka beralasan , mereka tidak melakukan riba kerana mereka tidak menaikkan hutang yang dikenakan secara berturut-turut. 25% yang ditambah itu adalah cara mereka mendapatkan keuntungan sahaja, kalau tidak mereka tiada untunglah berniaga. Tapi, bukankah telah saya jelaskan tadi , apa jua bentuk pertambahan dalam jumlah hutang yang perlu dibayar adalah riba’? Maka 25% pertambahan itu tetap dikira riba dan bukannya upah. Saya akan jelaskan bagaimanakah caranya mendapatkan upah seperti yang diajar Islam dalam perniagaan pemberian hutang ini. Baiklah, berbalik kepada cerita tadi, cuba bayangkan sekiranya perniagaan si penghutang gagal, dan wang penghutang hanya cukup2 sahaja untuk membayar semula wang yang dipinjam dari agensi,bagaimana mungkin dia akan membayar tambahan 25% itu? Dan penghutang ini jelas-jelas telah tertindas. Inilah yang Islam mahu hapuskan. Dan bagaimana perniagaan pemberian hutang dijalankan berdasarkan muamalat Islam? Begini sebenarnya. Katakan seorang mamat ini meminjam RM1000 dari agensi pemberi hutang untuk memulakan perniagaan. Dan mamat ini dikehendaki membayar balik sebanyak 30% daripada keuntungan perniagaan, tidak termasuk RM1000 yang dipinjam tadi. Ini bermakna agensi terbabit hanya mengaut untung jika 30% daripada keuntungan perniagaan penghutang melebihi RM1000, dan rugi jika kurang dari RM1000. Maka,dalam hal ini, kedua-dua pihak mesti bekerjasama menjayakan perniagaan si penghutang, dan kedua-dua pihak akan menanggung risiko kerugian. Maka , tidak berlaku penindasan baik pada agensi mahupun pada si penghutang. Dan jika si penghutang untung, agensi akan untung atau rugi. Jika si penghutang rugi, agensi turut sama rugi. Agensi menanggung risiko dua kali ganda. Maka menjadi tanggungjawab agensi untuk menyelidik dahulu latar belakang si penghutang sebelum memberi hutang. Fuh, susah juga kerja pemberi hutang ni ya... . Bukankah adil sistem seperti ini?

’Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.’ (Al-Baqarah:43)

Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...