Apr 27, 2009

Penangan virus.

Pernahkah anda menonton cerita ‘Independence day’? Dalam cerita tersebut ditunjukkan bagaimana bangsa manusia berjaya mengalahkan makhluk asing dengan menghantar virus ke dalam sistem kawalan komputer ibu dalam pesawat induk makhluk asing itu.



Diulang, bukan tentera bergerombolan, tetapi hanya beberapa orang tentera dari kalangan manusia untuk menjangkitkan virus itu ke dalam sistem komputer makhluk asing itu.

Akhirnya, keseluruhan makhluk asing yang sedang memerangi bangsa manusia dimusnahkan setelah sistem komputer mereka yang mengawal segala-galanya, dimusnahkan.

Dalam sejarah peradaban manusia, berapa ramaikah tentera dalam peperangan yang hancur bukan disebabkan pembunuhan oleh tentera musuh, tetapi disebabkan oleh serangan penyakit? Jawapannya: terlalu ramai. Ketika Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte menyerang Britain, ramai tenteranya gugur akibat serangan virus hawar.

Ketika zaman Nabi Adam (sejahtera ke atas baginda), syaitan berusaha sedaya upaya agar Nabi Adam dan isterinya Hawa menjaga anaknya Khannas sehingga tiga kali percubaan menghelah mereka. Akhirnya, Nabi Adam dan Hawa telah memakan Khannas bagi melenyapkannya. Buat pengetahuan anda, syaitan sebenarnya merancang agar Adam dan Hawa memakan Khannas, supaya??

Supaya Khannas menjadi musuh dalam selimut.

Supaya Khannas menjadi virus yang akan merosakkan sistem induk (tubuh manusia).

Supaya Khannas menjadi syaitan yang tersembunyi, berjalan menyusuri pembuluh darah manusia.

Kerana syaitan tidak mahu kalah kepada manusia yang berpegang teguh kepada Allah kalau dia hanya menyerang dari hadapan atau luaran sahaja.


Maka jadilah manusia yang diserang dari dalam ini manusia yang penuh dengan hasad dengki, prasangka, ujub, riak dan berbagai lagi penyakit hati, meskipun dia seorang yang kuat iman dan sentiasa beribadat kepada Allah. Inilah serangan syaitan yang tersembunyi.

Bagaimanakah anai-anai meruntuhkan suatu binaan kayu? Iaitu dengan memamahnya dari dalam! Anai-anai hanyalah suatu yang kecil, bersendirian tidak mungkin dapat memusnahkan binaan kayu yang kuat dari luar. Dengan memusnahkannya dari dalam (bahagian dalam kayu lebih lemah dari kulit luarannya), maka binaan kayu akan musnah sedikit demi sedikit, runtuh tanpa disedari.

Musuh Islam tidak akan berani menentang Islam secara terang-terangan.

Ini kerana kita, orang Islam itu sendiri menggetarkan hati mereka dengan pegangan dan kesatuan kita. Itulah apa yang mereka dapat lihat mengenai luaran kita.

Lalu mereka bertindak secara halus. Mereka merancang menghancurkan kita melalui dalaman.

Iaitu dengan menghantar virus-virus ke dalam sistem kita bagi menggoyahkan pegangan akidah kita, kemudian barulah menghancurkan luaran kita dari dalam agar kita berpecah-belah. (ingat analogi bola besi? insyaAllah kalau ada sesiapa yang tidak pernah mendengar analogi ini, saya akan cuba menerangkannya dalam catitan yang akan datang)



Virus-virus ini boleh dirumuskan dalam bentuk 3 S:
Sex, Sport, Song

Selain itu, terdapat juga virus dalam bentuk lain umpamanya soalan-soalan yang diajukan mereka yang tidak mampu dijawab oleh kita, umpamanya soalan-soalan pelik dari golongan atheis yang menggoncang akidah.

Tidak perlulah saya hurai dengan lebih lanjut mengenai 3 S itu. Anda bolehlah fikirkan sendiri.

Di mata mereka, kita adalah makhluk asing yang asing (ghuraba’) yang perlu dimusnahkan dengan menghantar virus-virus untuk memusnahkannya seperti dalam cerita ‘Independence Day’.

Maka apa yang perlu kita lakukan bagi menghadapi virus-virus mereka?

Iaitu dengan mengukuhkan dalaman, iaitu pegangan akidah dalam hati kita dengan suntikan imunisasi akidah yang betul, selain berusaha sedaya-upaya merawat mereka yang telah parah dijangkiti (murtad).

Dengan berpegang kepada akidah yang unggul sahaja, barulah kita dapat mencipta kekuatan luaran yang menggentarkan hati mereka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang yang selepasnya seperti Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih. (rujuk analogi bola besi)

Inilah pertahanan atau imunisasi orang Islam yang paling menakutkan mereka, iaitu pegangan akidah yang unggul. Dengan berpegang kepada akidah yang unggul, maka orang Islam tidak akan gerun melihat musuhnya dan hanya gerun kepada Allah semata-mata.

Imunisasi akidah bukan sahaja mampu mempertahankan umat Islam dari serangan virus musuh, tetapi menimbulkan kegerunan dalam hati musuh-musuh mereka.

Sebagaimana para doktor gerun kerana imunisasi virus AIDS dan SARS terlalu kuat sehingga vaksin yang dicipta tidak mampu menewaskan virus-virus ini.

“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).” (Al-Hasyr:14)

Semoga mendapat ilmu berguna dari rencana ini walaupun sedikit cuma.

p/s: Sekarang ini terdapat sejenis virus baru yang sedang membawa wabak maut di Mexico dan dijangkakan akan direbakkan ke seluruh dunia jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Tahukah anda apa virus itu? Itulah dia virus selesema babi, yang mempunyai ciri-ciri virus selesema burung, babi dan manusia. Sangat berbahaya. Sehingga rencana ini ditulis, 68 orang telah maut di Mexico akibat serangan virus ini.

Jadi, kepada orang-orang kafir di luar sana, beranikah lagi makan daging babi? Mahu mempersoalkan lagi mengapa Islam melarang umatnya memakannya?

Babi adalah sejenis binatang yang berupaya memutasi sebarang virus yang tidak berbahaya menjadi amat berbahaya. (merujuk kepada tulisan Dr. Daniel)

Lihat sahajalah, berapa banyak penyakit yang disebarkan oleh ‘haiwan haram’ dan pengotor ini. Dari JE, Nipah E. , selesema burung, SARS, sehinggalah kepada yang terbaru iaitu selesema babi.

Sudah hampir tiba masanya binatang babi akan dihapuskan dan mungkin telah hampir dekat masa turun Nabi Isa (sejahtera ke atas baginda) kerana ada hadis Rasulullah (selawat dan sejahtera ke atas baginda) yang memberitahu bahawa salah satu perkara yang akan dilakukan Nabi Isa (sejahtera ke atas baginda) setelah diturunkan ke Bumi ialah membunuh babi. Wallahualam.

Dia Muhammad

Dia Muhammad

Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya

Apr 24, 2009

Teori graviti .

Kenalkah anda dengan Newton? Ya, Newton, saintis yang suka termenung selain dari termenung di dalam jamban. Termenung beliau bukan termenung kosong, tetapi bak kata orang-orang melayu ‘ diam-diam ubi berisi’ atau dalam bahasa Manglish ‘ silent-silent , actually there is a potato in’.

Alkisahnya, maka tersebutlah kisah di mana dia duduk di bawah sepohon pokok epal dan termenung selepas penat membaiki mesin. Pokok ini merupakan pokok yang bersejarah dalam sejarah Inggeris. Mujur sahaja orang-orang Inggeris tidak memiliki kepercayaan keramat dan khurafat, maka tiadalah orang-orang Inggeris yang menyembah pokok epal sebegini. Tetapi orang-orang Melayu pula, selepas berjanji di bawah sepohon pokok di Perak, mereka mengupah pula orang membuat plak peringatan di bawah pokok itu. Aduh!

silent-silent, actually potato was in

Dan tidak semena-mena, buah epal yang masak ranum telah bedebuk jatuh menghentam kepala si Newton yang penuh dengan rambut yang serabai dan serabut seserabut pemikirannya. “ Op*c*t…. ! blab la bla” latah si Newton. (Newton mungkin tidak melatah agaknya). Dan apa yang si Newton ini fikirkan? Ya, sama seperti ilmuwan Islam yang beratus-ratus tahun sebelumnya, iaitu kewujudan suatu daya tarikan Bumi yang menarik setiap objek ke arahnya. Semua objek bergerak ke pusat Bumi dengan pecutan yang sama.

Ini bukan pokok epal Newton

Sebenarnya saya bukanlah mahu cerita dengan lanjut tentang penemuan beliau ini, kerana anda semua sudah sedia maklum bahawa perbincangannya akan membawa kepada penyakit kisaran otak dan kepeningan tahap moksya di mana anda akan tenggelam jauh ke dalam dunia dy/dx bla, bla, bla dan sebagainya, dan anda serta saya mungkin akan terpaksa dimasukkan ke wad Tanjung Rambutan dan yang sejenis dengannya.

Sebenarnya, Newton hanya membuat penemuan fizikal, tetapi beliau mungkin terlupa sesuatu. Ya, selain memiliki daya tarikan graviti, Newton tidak menyedari bahawa Bumi ini sebenarnya mempunyai satu lagi daya tarikan.

Bahawa Bumi ini sebenarnya mempunyai satu lagi daya tarikan.

Apakah yang dimaksudkan Bumi ini mempunyai satu lagi daya tarikan?

Tarikan ini dinamakan sebagai daya tarikan ‘al-wahnu’.

Tarikan ‘al-wahnu’ menarik rohani manusia ke Bumi, malah sehingga ke perut Bumi.
Sedang tarikan graviti hanya menarik jasmani manusia ke Bumi.

Kerana tarikan ‘wahnu’ maka manusia lupa pada Tuhannya, terlalu cintakan dunia yang binasa dan akhirnya takut mati.

Nabi pernah bersabda bahawa anak Adam itu jika diberikan dua lembah emas dan perak, tidak akan didatanginya melainkan juga bersama lembah yang ketiga dan dia tidak akan puas selagi tidak disumbatkan tanah ke dalam mulutnya. (ditanam dalam kubur selepas mati)- maksud hadis (au kama qaal- lebih kurang begitu)

Nabi juga pernah bersabda bahawa umat Islam amat ramai pada akhir zaman tetapi mereka seperti makanan yang dikerumuni atau seperti buih-buih di lautan. Ini kerana Allah akan mencabut kegerunan musuh-musuh Islam dan mencampakkan penyakit cintakan dunia dan takutkan mati dalam hati umat Islam. (maksud hadis-au kama qaal)

Begitu hebatnya penangan tarikan ‘wahnu’ berbanding tarikan graviti.

Bagaimana menangani daya tarikan ‘ al-wahnu’ ini?

Iaitu dengan berpegang teguh pada ‘tali’ Allah.

Kadangkala semasa bergayut, kita akan diuji. Tangan terasa penat dan melelas. Kita rasa untuk turutkan juga daya tarikan ‘al-wahnu’.

Kalau hari ini kita beriman, siapa tahu mungkin esok lusa kita akan penat diuji dan mungkin akan menjauhkan diri dari Tuhan. (naudzubillahiminzalik). Siapa tahu. Kerana hati ini penuh bolak-baliknya.

Bagaimanakah untuk mengukuhkan pegangan pada tali-Nya dan mengurangkan kelelasan tangan kita yang sedang bergayut?

Sudah tentulah dengan menambahkan daya tujah ke atas!

Sepertimana roket menghasilkan daya tujah yang membatalkan daya tarikan graviti.

Seperti itu juga kita menghasilkan daya tujah ke atas yang dapat mengurangkan lelas tangan, dan mengalihkan hati kita dari menerima tawaran daya 'al-wahnu' untuk menyelamatkan kita.

Caranya ada lima; ‘tombo ati’:
a) Membaca al-Quran dan maknanya
b) Perbanyakkan puasa
c) Solat malam
d) Berkumpul dengan orang-orang soleh
e) Perbanyakkan zikrullah.



Insya-Allah daya tujah yang besar akan terhasil jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Wassalam.

‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.’ (Al-Baqarah:256)

Apr 22, 2009

Siri mengambil pengajaran dari hidupan: Cicak basilisk

Pernahkah anda melihat cicak basilisk? Cicak basilisk ialah sejenis spesies cicak yang boleh berlari di atas air. Ini gambarnya:



Video cicak berlari di atas air:
video

Mengapa cicak ini boleh berlari di atas air? Ini disebabkan struktur kakinya yang dicipta untuk itu. Struktur kaki yang menyokong pergerakkannya di atas air merangkumi selaput pada jari kaki (seperti yang terdapat pada itik) dan panjang kakinya. Tidak lupa kekuatan kakinya juga turut memainkan peranan. Selaput kaki akan mengembang semasa cicak basilisk memukul permukaan air. Perbuatan ini sama seperti pendayung sampan. Ekornya yang panjang membantu mengimbangkan tubuhnya semasa berlari di atas air.



Satu persoalan yang timbul ialah mengapa cicak ini berlari dengan begitu laju sekali seperti berkejaran untuk ke tandas pula nampaknya? Ya, sudah tentulah untuk mengelakkan dirinya dari tenggelam ke dalam air. Cicak basilisk ‘telah mengambil kesempatan’ dalam setiap saat yang ada bagi mengapungkannya di atas air. Sama seperti manusia yang memanfaatkan setiap saat yang ada bagi membolehkannya terus dapat mengimbangkan badan ketika menunggang basikal. Kalau berhenti sudah tentu dia akan terjatuh.



Pergerakan cicak basilisk boleh diumpamakan seperti kehidupan kita. Lalai walau sesaat, maka musuh akan mengambil kesempatan ke atas kelemahan kita. Setiap saat kita yang dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, maka setiap saat itu juga mereka sedang memanfaatkan sehabis mungkin bagi meningkatkan kekuatan mereka dan ‘menenggelamkan’ kita.

Jika sesaat yang dibazirkan oleh cicak basilisk, maka dia akan tenggelam dalam kepungan musuh (air).

Maka jadilah seperti cicak basilisk, menggunakan segala kebolehan fizikal dan kebijaksanaan mental , memanipulasikan ‘musuhnya’ air pada setiap saat yang ada supaya peranan asalnya yang menenggelamkan jadi mengapungkan.

Supaya peranan asal yang menenggelamkan jadi mengapungkan,

Supaya peranan musuh yang menentang akhirnya menjadi pengikut,

Supaya peranan musuh yang menentang Islam akhirnya menjadi penolong Islam seperti orang kafir Quraisy yang memeluk Islam pada hari pembukaan Makkah.

Jadi seperti cicak, bukannya menjadi cicak!

Dahulu, Al-Fatih memanfaatkan sebaik mungkin masa satu malam yang ada dengan memindahkan 73 buah kapal perang mengikut jalan darat kerana terhalang dari melintasi Perairan Tanjung Emas. Kalaulah Al-Fatih tidak menghargai masa sesingkat itu…

Maka hargailah masa.

“Demi masa…”

Wassalam.

Apr 21, 2009

Berdebat dengan atheis.

Seorang atheis telah bertanyakan satu soalan:

Kalau Tuhan itu Maha Kuat, bolehkah Dia menciptakan Bumi yang Dia sendiri tidak mampu mengangkat dan menguruskannya?

Anda tidak perlu menjawab soalan tersebut, cuma anda tanyakan kembali soalan-soalan di bawah kepadanya :

- kalau infiniti ialah nilai paling tinggi, apakah nilai yang lebih tinggi dari infiniti?
- kalau segitiga mempunyai tiga bucu, bagaimanakah bentuk segitiga yang mempunyai lebih dari tiga bucu?
- kalau pintu terbuka apabila dibuka, bagaimanakah pintu boleh tertutup apabila dibuka?
- kalau perut akan kenyang selepas baru sahaja makan, bagaimanakah perut akan lapar selepas baru sahaja makan?
- kalau mengangkat tangan bererti tangan akan ke atas, bagaimanakah mungkin mengangkat tangan bererti tangan akan ke bawah?

dan sebagainya...

Anda boleh bina soalan-soalan anda sendiri dengan menggunakan bentuk-bentuk soalan di atas.

Dan sekiranya si atheis itu belum boleh menjawab soalan-soalan yang anda ajukan itu, katakan padanya:

“jangan harap aku akan jawab soalan kamu jika kamu masih belum dapat menjawab soalan aku!”

atau:

“sedangkan soalan tentang ciptaan Tuhan pun belum dapat dijawab, inikan pula nak bertanyakan tentang zat Tuhan yang mencipta!”

Jadi, biarkan sahaja si atheis itu gila meroyan seorang diri. Atau kalau ditanyakan lagi soalan pelik-pelik, jawab sahaja dengan penampar. (ingat cerita pendakwah yang melempang seorang pemuda setelah bertanyakan tiga soalan?)

Mengenai bentuk soalan yang saya kemukakan di atas itu, ia merupakan satu cara pemikiran, atau penaakulan mantik yang menjadi asas falsafah. Cara pemikiran ini menonjolkan kelemahan si pemikir itu sendiri yang akhirnya membawa kepada akurnya dia kepada kuasa yang lebih tinggi iaitu Tuhan.

Kerana itulah ramai ahli falsafah seperti Isaac Newton dan Socrates percaya pada Tuhan Yang Maha Esa.

Sebagai contoh, saya ambil soalan yang pertama:
Kalau infiniti merupakan nilai tertinggi, apakah nilai yang lebih tinggi dari infiniti?

Kita keratkan soalan ini kepada dua bahagian:
Pernyataan: Infiniti merupakan nilai tertinggi
Pertanyaan: Apakah nilai yang lebih tinggi dari infiniti?

Dalam bentuk soalan seperti ini, pertanyaan bercanggah dengan pernyataan yang telah dipersetujui. Dalam erti kata lain, pernyataan telah dipersetujui oleh hukum alam. Maka sebarang pertanyaan yang bercanggah dengannya akan terbatal dengan sendirinya.

Infiniti telah dipersetujui dalam hukum alam bahawa ia adalah nilai tertinggi.

Mengapa perlu mencipta soalan yang bercanggah dengan hukum alam?

Jika Tuhan itu Maha Kuat.

Mengapa kita perlu mempersoalkan kekuatannya yang Maha Tinggi?

Jadi soalan-soalan sebegini merupakan soalan-soalan yang dicipta secara sengaja oleh orang-orang yang perasan pandai atau berlagak bijak tapi bodoh sombong dalam diam. Mereka bertanya bukan dengan niat untuk tahu, tapi untuk menunjukkan yang mereka konon-kononnya lebih tahu.

Mereka bertanya bukan dengan niat untuk tahu.

Tapi untuk menunjukkan yang mereka konon-kononnya lebih tahu.

Kononnya mereka boleh mempermainkan umat Islam sekonyong-konyong mereka.

Pendek kata, persoalan-persoalan tersebut hanya dicipta oleh orang-orang gila.

Anda mungkin boleh jadi gila jika terlalu memikirkan jawapannya.

Maka awas! Zikir dahulu sebelum fikir.

Fikir-fikirkan. (zikir dahulu)

Apr 15, 2009

Ashabul Ukhdud.

Sebuah kisah kaum sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W. yang begitu teguh mempertahankan keimanan mereka kepada Allah S.W.T. .

Sumber: Sahih Muslim :: Buku 42 : Hadith 7148

(rujuk laman web untuk rujukan semula)

Suhaib R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Suatu masa dahulu tinggal seorang raja sebelum kamu dan dia mempunyai seorang ahli sihir. Ketika ahli sihir itu sudah tua dia berkata kepada raja tersebut: Aku sudah semakin tua, hantarkanlah kepadaku seorang pemuda supaya aku dapat mengajarkannya sihir. Raja tersebutpun menghantarkan kepadanya seorang pemuda supaya ahli sihir tersebut dapat melatihnya dengan sihir.

Dalam perjalanan pemuda tersebut berjumpa ahli sihir itu, dia bertemu seorang pendeta. Dia mendengarkan kata-kata pendeta itu dan merasa kagum dengannya. Dan akhirnya menjadi kebiasaan bagi pemuda tersebut dalam perjalanan berjumpa ahli sihir itu, dia akan singgah berjumpa dengan sang pendeta dan duduk di situ dan kemudian berjumpa dengan ahli sihir (lewat) untuk menuntut ilmu sihir. Ahli sihir itu memukulnya kerana lewat. Dia mengadukan hal tersebut kepada sang pendeta dan pendeta tersebut berkata: Apabila kamu berasa takut dengan ahli sihir itu, katakanlah: Ahli keluargaku menahanku. Dan apabila kamu berasa takut dengan keluargamu maka katakanlah: Ahli sihir menahanku.

Maka begitulah seterusnya sehinggalah pada suatu hari berlaku suatu peristiwa di mana seekor binatang buas yang besar (pemangsa) menyekat perjalanan sekumpulan orang, dan pemuda tersebut berkata : Aku akan ketahui pada hari ini siapakah yang benar, sama ada ahli sihir atau si pendeta. Dia mengambil seketul batu lalu berdoa: Wahai Allah, jika hal pendeta tersebut benar di sisi-Mu berbanding hal ahli sihir, maka Engkau sebabkanlah kematian binatang ini supaya orang-orang yang sedang tersekat dapat lalu-lalang dengan bebas. Dia pun melontarkan batu itu ke arah binatang itu dan membunuhnya dan orang-orang yang ada di situ dapat bergerak dengan bebas. Dia lalu datang kepada pendeta itu dan memberitahu hal tersebut dan pendeta tersebut berkata: Wahai anak, sekarang kamu lebih hebat dariku. Hal dirimu telah sampai ke satu tahap di mana pada firasatku, engkau akan diuji, dan jika engkau benar diuji, janganlah engkau memberitakan barang sedikitpun akan halku.

Kemudiannya, pemuda itu merawat orang buta dan orang yang berpenyakit kusta, dan dia mula merawat semua jenis penyakit. Dan apabila orang suruhan raja yang buta mendengarkan hal ini, dia datang kepada pemuda tersebut dengan hadiah yang banyak lalu berkata: Jika engkau dapat menyembuhkan aku, semua yang telah aku kumpulkan ini akan menjadi milikmu. Kata pemuda tersebut: Aku tidak menyembuhkan sesiapapun. Allah lah Yang Menyembuhkan dan jika engkau beriman kepada Allah, maka aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkanmu.

Orang itu lantas beriman kepada Allah dan Allah menyembuhkannya dan dia kembali kepada raja dan duduk di sebelahnya sepertimana kebiasaanya sebelum ini. Raja tersebut berkata kepadanya: Siapa yang menyembuhkan penglihatanmu? Orang suruhan itu berkata: Tuhanku. Kemudian raja bertanya: Ini bermakna Tuhanmu adalah yang selainku? Orang itu menjawab: Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah. Maka raja tersebut menangkapnya dan menyeksanya sehingga dia memberitahukan hal pemuda tersebut.

Pemuda tersebut ditangkap dan raja tersebut berkata: Wahai budak, telah dibagitahu kepadaku bahawa engkau menjadi sungguh mahir dalam sihirmu di mana engkau telah menyembuhkan orang buta dan berpenyakit sopak dan kamu melakukan hal-hal begitu dan begini. Pemuda tersebut menjawab: Aku tidak menyembuhkan sesiapapun, Allah lah Yang Menyembuhkan. Raja itu menangkapnya lalu menyeksa pemuda itu. Pemuda itu akhirnya memberitahu hal pendeta tersebut. Pendeta tersebut ditangkap dan dikatakan kepadanya: Kembalilah engkau kepada agama asalmu. Pendeta itu bagaimanapun enggan melakukannya. Raja itu mengarahkan agar diambilkan gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepala pendeta itu, dan digergajinya sehingga terbahagi dua dan salah satu bahagiannya jatuh. Kemudian orang suruhan raja itu tadi dibawa dan dikatakan kepadanya: Kembalilah engkau kepada agama asalmu. Dia juga enggan melakukannya, dan gergaji diletakkan di atas kepalanya dan digergajinya sehingga terbelah dua.

Kemudian pemuda tadi dibawa dan dikatakan kepadanya: Kembalilah kepada agama asalmu. Dia enggan melakukannya dan dia dihantar kepada sekumpulan orang-orang raja itu. Raja tersebut berkata: Bawa dia ke sebuah gunung, sehingga kamu sampai di puncaknya dan apabila kamu sampai di sana, suruh dia kembali kepada agama asalnya. Jika dia enggan, campakkan dia dari puncak gunung itu. Maka merekapun membawa pemuda tersebut ke sana. Pemuda tersebut berdoa: Wahai Allah, selamatkanlah aku dari mereka dengan apa jua cara yang Engkau kehendaki. Dan gunung tersebut mula bergoncang dan kesemua mereka jatuh dan pemuda tersebut berjalan kaki menemui raja tadi. Raja tersebut berkata: Apa yang telah berlaku kepada panglima-panglimaku yang mengiringimu? Pemuda itu menjawab: Allah telah selamatkan aku daripada mereka. Kemudian raja itu menghantar pemuda itu lagi kepada sekumpulan panglimanya dan berkata: Bawa dia dengan menaiki perahu, dan apabila kamu sampai ke tengah lautan, suruh dia kembali kepada agama asalnya dan sekiranya dia enggan, maka campakkan dia ke dalam lautan.

Maka mereka membawa pemuda itu dan pemuda tersebut berdoa: Wahai Allah, selamatkanlah aku daripada mereka dan dari apa yang mereka mahu lakukan terhadapku. Tidak lama selepas itu, perahu tersebut terbalik dan mereka semuanya lemas dan pemuda itu berjalan pulang menemui raja, dan sang raja kembali berkata kepadanya: Apa yang telah berlaku kepada panglima-panglimaku yang mengiringimu? Pemuda tersebut menjawab: Allah yang selamatkan aku daripada mereka, dan dia berkata kepada raja: Engkau tidak boleh membunuhku sehingga engkau lakukan apa yang aku suruh. Raja bertanya: Apakah yang perlu aku lakukan? Pemuda itu menjawab: Kau hendaklah mengumpulkan orang ramai di sebuah tanah lapang dan ikatkan aku pada sebatang pokok. Kemudian ambilkan anak panahku dan katakanlah: Dengan Nama Allah, Tuhan sekalian alam, dan kamu lontarkan ia kepadaku dan jika kamu lakukannya, nescaya kau akan dapat membunuhku.

Lalu raja itu pun memanggil orang ramai di sebuah tanah lapang dan mengikat pemuda itu pada sebatang pokok, dan dia mengambil anak panah pemuda itu dan meletakkannya pada busur lalu berkata: Dengan Nama Allah Tuhan pemuda ini, dan dia pun melepaskan anak panah itu lalu mengenai pelipis pemuda itu. Pemuda itu meletakkan tangannya pada pelipis di mana anak panah itu tertusuk lalu diapun terus mati. Orang ramai berkata: kami beriman kepada Tuhan budak ini, kami beriman kepada Tuhan budak ini, kami beriman kepada Tuhan budak ini.

Panglima-panglima raja datang kepada raja lalu berkata: Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah benar-benar melakukan apa yang engkau takuti selama ini? Mereka telah mengakui keimanan mereka kepada Allah. Raja itu memerintahkan agar digali parit di laluan-laluan penting di kawasan tersebut. Setelah parit-parit tersebut digali, dan api dinyalakan di dalamnya, maka dikatakan kepada orang ramai: Sesiapa yang tidak meninggalkan agama pemuda itu akan dicampakkan ke dalam api , atau dikatakan kepada mereka supaya terjun ke dalamnya. Seluruh rakyat memilih mati dan tidak menukarkan pegangan mereka hinggalah seorang wanita datang bersama bayinya dan dia berasa serba salah untuk terjun dan berkatalah bayi itu kepada ibunya:Wahai ibuku, bersabarlah sesungguhnya kita di pihak yang benar."


Dalam al-Quran, Allah telah melaknat raja dan kaum yang menggali parit itu dalam Surah Al-Buruj. (Qutila ashabul ukhdud- celakalah kaum yang menggali parit)

ashabul ukhdud - ahli parit, merujuk kepada raja dan kaum yang zalim yang menggali parit itu.

Al-Burooj

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; (1)

Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; (2)

Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; (3)

Celakalah kaum yang menggali parit, (4)

(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (5)

(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, (6)

Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. (7)

Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! (8)

Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (9)

Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). (10)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (11)

Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat. (12)

Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). (13)

Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. (14)

Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, (15)

Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya. (16)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)? (17)

(Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh). (18)

(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran; (19)

Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)! (20)

(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (21)

(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.(22)

Semoga mendapat pengajaran berguna dari kisah ini. Wallahualam.

Apr 9, 2009

Kejatuhan Uthmaniyyah. (Bahagian 5-bahagian terakhir)

Peristiwa yang menyedihkan apabila Khalifah Abdul Hamid dipaksa meletakkan jawatan

Selepas Sultan Abdul Hamid diberhentikan secara paksa lalu dikeluarkanlah konstitusi (perlembagaan) dasar Usmani. Parti ‘Al-Ittihad wa at-Turaqqi’ kemudian menguasai pemerintahan. Mehmed Kelima dilantik menggantikan beliau dan memerintah dari tahun 1909 hingga 1918.

Selepas penyingkiran Abdul Hameed daripada jabatan, banyak penulis mula menyerangnya (semasa bertugas) dan peribadi beliau. Sejarah beliau kemudian banyak ditulis oleh musuh-musuhnya baik di dalam mahu pun di luar Turki. Hanya beberapa orang pemikir dan ahli sejarah yang adil. Mereka melemparkan tuduhan busuk kepada beliau sama seperti yang mereka lakukan terhadap Adnan Mundaris iaitu orang yang memerintahkan dikembalikannya pengumandangan azan dalam bahasa Arab setelah mereka dipaksa oleh Mustafa Kamal untuk mengumandangnya dalam bahasa Turki. Ketika orang Turki dilarang mencaci atau mengkritik Mustafa Kamal kononnya beliau adalah pendiri Republik Turki Moden dan jika kritikan dilakukan, hukumannya adalah diasingkan tetapi pada masa yang sama kesempatan yang seluas-luasnya diberikan untuk melemparkan tuduhan keji terhadap Sultan Abdul Hameed.

Salah seorang daripada penulis yang berniat jahat adalah John Haslib, dalam bukunya "The Red Sultan" yang menjadi sangat mashyur, dan telah diterjemahkan kepada banyak bahasa seperti Arab (diterjemahkan sebagai ‘As-Sultan Al-Ahmar: Abdul Hameed) dan Turki. Buku berbahasa Turki yang bertajuk "Iki Me Min Perde Arkasi Yazan : Nafiz Tansu" oleh Ararat Yayinevi adalah sebahagian daripada propaganda yang membawa Negara Uthmaniah tenggelam dan semakin dalam dan hanya akan diselamatkan oleh Turki Muda yang telah menyingkirkan Abdul Hameed. Sebuah buku lagi oleh penulis Arab Kristian yang masyhur, Georgy Zaydan dalam bukunya "Cerita-Cerita Dalam Sejarah Islam Revolusi Uthmaniah (Riwayat Tarikh Al-Islami: Al-Inqilab Al-Uthmani)". Buku-buku ini tidak lain hanyalah penipuan-penipuan yang telah ditulis oleh orang-orang yang sangat benci kepada Islam dan Orang-orang Islam. Ia menceritakan bahawa Sultan Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam keseronokan hidup seperti perempuan dan alkohol, dan raja yang zalim dan tidak memaafkan musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak kekal kerana al-haq (kebenaran) sentiasa menang.

Akibat Menyingkirkan Khalifah Yang Jujur

Akhirnya, selepas Abdul Hameed, muncul segolongan pemimpin yang lemah, mereka tidak mampu mentadbir negara dan mereka hilang kuasa dengan mudah. Seperti yang Abdul Hameed jangkakan, Perang Dunia Pertama berlaku dan negara Uthmaniah telah dibahagi-bahagikan sesuai dengan taktik ‘Pecah dan Perintah’ (Divide and Rule) yang dijalankan oleh Barat. Orang-orang Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, ( British dan Perancis ) yang mana selepas itu telah mengkhianati mereka dan menguasai mereka dan menyerahkan tanah Islam Palestin kepada Yahudi. Ia tidak akan berlaku jika mereka mendengar nasihat Abdul Hameed.

Pada 21 November 1922, Turki telah mengadakan perjanjian dengan Britain untuk membahaskan penyelesaian masalah Turki. Britain mengambil kesempatan tersebut untuk mengemukakan syarat-syaratnya yang dikenali sebagai “Pensyaratan Curzon” jika Turki mahu pasukannya dikeluarkan dari wilayah Turki iaitu :-
(1) Turki mesti menghapuskan Khilafah Islamiyah serta mengusir Khalifahnya dan merampas semua hartanya.
(2) Turki mesti berjanji untuk menghalang setiap gerakan yang membela Khilafah.
(3) Turki mesti memutuskan hubungannya dengan dunia Islam.
(4) Turki mesti menerapkan undang-undang sekular yang dipanggil undang-undang ‘civil’ untuk menggantikan Syariat Islam.

Syarat-syarat itu diterima oleh agen Britain iaitu Mustafa Kamal dan beliau menandatangani perjanjian itu pada 24 Julai 1923.

Akhirnya setelah perdebatan hangat dan ugutan, Majlis Raya Kebangsaan menghapuskan jawatan Khalifah, membubarkan Khilafah dan Khalifah pada waktu itu iaitu Khalifah Abdul Majid II diusir keluar negeri. Dengan ini berakhirlah Kesatuan Kepimpinan orang-orang Islam dalam masa 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya. Pemerintah sekular Turki cuba menghapuskan pengaruh Islam dengan menutup masjid-masjid, melarang penggunaan bahasa Arab, tulisan Arab, melarang penutupan aurat dan pakaian yang dikira sebagai berunsurkan Islam, menghapuskan Mahkamah Syariah dan mengubah kalendar Hijriyah kepada kalendar Masihi. Apabila Turki menerima pembaratan selepas jatuhnya Khilafah Islamiah yang terakhir dengan dibatalkan undang-undang Islam dan diganti dengan undang-undang kafir sehingga Islam tidak lagi memerintah, maka Syeikh Al-Islam yang terakhir iaitu Almarhum As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ,” sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad.” (Rujukan: H-Net, 15 Mei 1998). Orang munafik mengharapkan, bercita-cita dan menunggu kehancuran dan hilangnya Negara Islam di tangan konco mereka orang kafir. (Mukhtasar Ibn Katsir, I/449).

Pada tahun 1926 seorang pemimpin bangsa Kurd bernama Sheikh Said telah melancarkan perang menentang pemimpin sekular Turki demi mengembalikan Khilafah. Ketika beliau dibicarakan, beliau jelas mengatakan beliau berjuang bukan kerana menegakkan negara Kurd atau memperjuangkan bangsa Kurd tetapi revolusinya itu adalah semata-mata kerana menegakkan hukum Allah SWT.

Pada hari ini, orang-orang Islam mula sedar daripada kesan Perang Arab-Israel pada tahun 1967, kesan perang Bosnia, perang Chechnya, dan perang Kashmir, orang-orang Islam mula menyedari bahawa mereka tidak akan dapat bangun melainkan jika mereka bersatu dan disatukan oleh ikatan Islam. Orang-orang Islam mula kembali kepada Islam dan Barat mula berwaspada terhadap kebangkitan Islam. Selepas beberapa tahun Azan dalam bahasa Turki, masjid-masjid di Istanbul kembali melaungkan "Allahu Akbar" dalam bahasa Arab yang jelas. Tanda -tanda kembalinya tamadun yang agung.

Sultan Abdul Hameed adalah seorang personaliti yang hebat dalam zamannya. Dengan stamina dan kewibawaannya yang teguh, beliau berjaya menerajui Khilafah yang berada dalam keadaan tenat. Beliau juga adalah seorang khalifah yang berpegang teguh kepada Islam. Beliau adalah seorang pemerintah yang sentiasa disebut namanya dalam khutbah-khutbah di seluruh dunia Islam. Dalam kesibukannya menguruskan hal ehwal umat Islam, beliau sentiasa mengingati Allah SWT. Setiap hari sebelum memulakan tugasnya, beliau membaca Quran dan menunaikan dua solat sunat di awal pagi. Kegagahannya dipamerkan melalui keupayaannya untuk bertahan dan memerintah selama 33 tahun walau pun beliau menghadapi pelbagai komplot jahat dan cabaran. Akhbar ‘Moniteur Oriental’ bertarikh 31 Ogos 1896 menyatakan tentang prihatinnya Sultan terhadap rakyatnya dalam kenyataan yang berikut: “Tidak ada sebarang perkara
yang tidak terlepas dari pengawasan dan aktiviti Yang Mulia Sultan. Sesungguhnya tidak ada pemerintah yang layak menerima keberkatan rakyatnya kecuali Yang Mulia Abdul Hamid.” (h. 313, ‘Constantinople’). Beliau juga menemui rakyatnya pada bila-bila masa sahaja tidak seperti pemerintah-pemerintah yang lain. (h. 315, ‘Constantinople)

Kita menyeru pembaca-pembaca Islam untuk mendoakan untuk roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang-orang Islam yang mengabdikan hidup mereka untuk kepentingan Islam dan seluruh Ummat Islam. Kami berharap kami telah dapat mempersembahkan sesuatu yang boleh membuat anda melihat secara jelas dan memperkuatkan kepercayaan anda kepada impian Islam dan membuang segala salah faham dan salah konsep jika ada.

Bersatu kepada ikatan Islam, semoga Tuhan merahmati Umat Islam dan memberi rahmat kepad roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang Islam yang Ikhlas. Matahari mungkin telah terbenam, tetapi ia akan terbit semula dengan kehendak Tuhan.

Kewajiban Mendirikan Daulah Islamiyah

Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah menyuruh kalian menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kalian menetapkan dengan adil ...” (an-Nisa’ 58)Friman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah) (al-Maidah 55)

Sabda Rasulullah saw, "Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran". Ada sahabat bertanya, "Bagaimana menyia-yiakannya ?". Baginda saw menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". (al-Bukhari)

Banyak ulamak silam dan ulamak kontemporer (masa kini) yang menyatakan tentang kewajipan untuk mematuhi peraturan Islam dengan cara mendirikan Khilafah. Di antara ulamak-ulamak silam yang menegaskan tentang kewajipan
mendirikan Khilafah ialah :-
(1) Ibnu Hazm dalam kitabnya ‘Al-Fasil fil Milal’.
(2) At-Tabari dalam kitabnya ‘Tarikh at-Tabari’.
(3) Al-Waqidi dalam kitabnya ‘Al-A’kd al-Farid.
(4) Ibnu Kathir dalam kitabnya ‘Al-Sirah’.
(5) Al-Baihaqi dalam kitabnya ‘Al-Sunan al-Kubra’.
(6) Ibnu Hisham dalam kitabnya ‘Sirah Ibnu Hisham’.
(7) Imam al-Mawardi dalam kitabnya ‘Al-Ahkam As-Sultaniyah’, halaman 9.
(8) Imam Nawawi dalam kitabnya ‘Mughni Al-Muhtaj’, juzu’ 4, halaman 132.
(9) Imam Al-Qalqashandi dalam kitabnya ‘Subhul Al-Asha’, juzu’ 9, halaman 277.
(10) Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya ‘Al-Muhalla’, juzu’ 9, halaman 360.
(11) Imam Al-Sha’arani dalam kitabnya ‘Al-Mizan’, juzu’ 2, halaman 157.
(12) Imam Al-Qadhi Abdul Jabber dalam kitabnya ‘Al-Mughni Fi Abwab Al-Tauhid’, juzu’ 20, halaman 243.
(13) Imam Abu Ya’ala dalam kitabnya ‘Al-Ahkam As-Sultaniyah, halaman 9 dan 25.
(14) Imam Al-Juzairi dalam kitabnya ‘Al-Fiqh alal Mazahib al-Arba’a (Fiqh 4 Mazhab), juzu’ 5, halaman 416.
(15) Kitab berjudul ‘Matalib Ulil Amr’.
(16) Kitab berjudul ‘Maqalat Al-Islamiyyin’, juzu’ 2, halaman 134.
(17) Kitab berjudul ‘ Al-Mughni Fi Abwab Al-Tauhid’, juzu’ 20, halaman 58 - 145.

Berkata Imam al-Mawardi, "Tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama’bahawa hukum menegakkan khilafah (daulah) adalah fardhu kifayah, seperti jihad dan sebagainya..."

Berkata Sheikh Taqiyuddin an Nabhani, "Tanpa adanya daulah, kewujudan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan akan menjadi pudar, yang ada hanya Islam sebagai upacara peribadatan serta sifat akhlakiyyah semata-mata. Kerana itu daulah Islam harus tetap ada dan keberadaannya bukan untuk sementara".

Berkata Abdul Qadir Audah, "Sesungguhnya Islam mewajibkan seluruh manusia mematuhi seluruh hukum yang diturunkan Allah dan mewajibkan mereka supaya berhakimkan kepada hukum itu dan menjalankan hukuman dan pemerintahan dengan hukum yang diturunkan Allah sahaja, bukan dengan hukum lain. Pengertian dan kesimpulan dari semuanya ialah bahawa hukum dan pemerintahan itu adalah salah satu dasar dan sumber asli Islam, yang merupakan tiang tempat tegaknya dan doktrin Islam".

Imam Al-Ghazali telah berkata, "Agama itu asas, pemerintah adalah penghulunya. Maka apa yang tidak ada asas akan runtuh dan apa yang tidak ada penghulu akan hilang".

Imam Ibnu Taimiyyah dalam hubungan ini menjelaskan bahawa, "Memimpin dan menguasai umat adalah antara kewajipan agama yang terbesar . Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu . Oleh kerana agama Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan Hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teraju kepimpinan". ['As-Siasah Asy-Syar`iyyah' - Ibnu Taimiyyah, hal. 172-175]

Ibn Taymiyah dalam kitabnya al-siyasah al-syar'iyah bahawa, "Urusan masyarakat dan kenegaraan adalah kewajipan agama yang terbesar (min a'zam wajibat al-din)."

Dunia Islam hari ini secara realitinya adalah kosong dari daulah dan khilafah Islamiyyah. Dr Shalah as Showi menyebutkan : Yang dimaksudkan dengan kekosongan dari imam atau khilafah adalah ketiadaan pemerintahan syari’yyah yang melaksanakan seluruh aturan syari’yyah pada sesuatu zaman atau tempat. Begitu juga dengan ketiadaan imam kalau imam itu murtad atau menganti beberapa hukum dan merubah hukum-hukum Islam, maka dengan itu gugurlah baia’h terhadap imam atau khalifah itu.

Berkata Dr Muhammad Naeem Yassin, "Tetapi sekiranya seorang hakim atau pemerintah itu mentadbir hal ehwal rakyatnya tanpa berpandukan kitab Allah maka tidak wajib ditaati dan berdosa pula orang yang melihatnya tetapi mendiamkan diri (tidak berjuang merubah keadaan)".

Berkata al-Ustaz Abdul Rahman Muhammad Khalid, "Termasuk dalam konteks maaruf yang paling agung ialah mendirikan khilafah dan tegaknya hukum Allah, juga mengoreksi para penguasa pengkhianat dan zalim. Jadi ini merupakan amal jamaiy yang sama sekali tidak dapat dilakukan secara individu. Maka menjadi kewajiban kaum muslimin untuk mendirikan jamaah yang mampu menegakkan khilafah dan mampu mengoreksi pemerintah. Begitu juga halnya jika jamaah yang mereka bentuk itu tidak mampu melaksanakan tujuan untuk menjadi khilafah atau mengoreksi pemerintah maka mereka tetap berdosa. Sebab yang diwajibkan itu bukan sekadar membentuk jamaah sahaja, tetapi membentuk gerakan dakwah yang mampu melaksanakan gerakan tadi dan bukannya semata-mata jamaah sosial kemasyarakatan atau ikatan cendekiawan atau kelompok-kelompok thoriqah atau sebagainya yang tidak mampu untuk melaksanakan kewajiban syara’ bagi menegakkan khilafah atau mengoreksi pemerintah.

Tidak diragukan setiap muslim haram berbaiah (ikrar taat setia) kepada pemerintah manapun yang tidak taat kepada Islam. Baiah yang boleh membebaskan seseorang dari dosa (mati jahiliyyah) ialah baiah terhadap pemerintah yang melaksanakan Islam. Jika pemerintah seperti itu tidak ada, maka setiap umat Islam adalah berdosa sehingga adanya khalifah yang menegakkan hukum Islam dan ianya boleh diberi baiah. Setiap muslim tidak terlepas dari dosa melainkan berusaha secara berterusan untuk mewujudkan khilafah Islam sehingga tertegaknya kehidupan yang menepati kehendak Islam yang sebenar.

InsyaAllah, Islam akan mencapai kemenangan dan menghapuskan segala kezaliman sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan RasulNya.

Rasullullah saw bersabda yg maksudnya, "Masa kenabian akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang masa kekhalifahan atas manhaj kenabian, selama beberapa masa hingga Allah mengangkatnya, kemudian datang masa kerajaan buruk (zalim) selama beberapa masa, selanjutnya datang masa kerajaan diktator dan totaliter dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah, setelah itu akan (terulang kembali) kekhalifahan atas manhaj kenabian". Kemudian Rasullullah saw diam. (Riwayat Imam Ahmad)


Abi Qubail berkata,"ketika kami sedang bersama Abdullah bin 'Amru bin 'As, ditanyakan,"Kota mana yang akan dibebaskan terlebih dahulu, Konstatinopel atau Romawi? Untuk menjawabnya, Abdullah mengambil kotaknya dan mengeluarkan sebuah kitab dari kotak tersebut. Kemudian dia berkata,"ketika kami bersama Rasullullah saw kami mencatatkan pertanyaan yang diajukan kepada Rasullullah saw, "Kota mana yg akan lebih dahulu dibebaskan Islam, Konstatinopel (Istanbul) atau Romawi? Rasulullah saw menjawab (maksudnya), "Kota Heraklius-lah yg akan dibebaskan terlebih dahulu. (Riwayat Imam Ahmad)

Pada hari ini, orang-orang Islam mula sedar daripada kesan Perang Arab-Israel pada tahun 1967, kesan perang Bosnia, perang Chechnya, dan perang Kashmir, orang-orang Islam mula menyedari bahawa mereka tidak akan dapat bangun melainkan jika mereka bersatu dan disatukan oleh ikatan Islam. Orang-orang Islam mula kembali kepada Islam dan Barat berwaspada semula, selepas beberapa tahun Azan dalam bahasa Turki, masjid-masjid di Istanbul kembali melaungkan "Allahu Akbar" dalam bahasa Arab yang jelas. Tanda -tanda kembalinya tamadun yang agung.

Mujaddid abad kelima, imam al-Ghazali berkata di dalam Ihya' Ulumuddin, Jld. 2, "Kehancuran rakyat disebabkan kehancuran raja-raja (/pemerintah), kehancuran raja-raja disebabkan kehancuran ulamak, kehancuran ulamak disebabkan kecintaan mereka kepada harta dan kedudukan. Barangsiapa yang dikuasai oleh dunia, maka tidak akan mampu menghapus kekejian, lalu bagaimana terhadap para pembesar dan raja? Kepada Allah kita memohon pertolongan."

Rujukan

(1) Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh - Darul Bayariq, Beirut, Lubnan - Buku yang tebal ini disamping mengisahkan tentang Sejarah hidup Sultan Abdul Hamid juga membentangkan sejarah tentang mereka yang terlibat dalam usaha untuk menghancurkan Khilafah seperti golongan Nasionalis Arab dan Nasionalis Turki.

(2) Kaifa Hudimat Al-Khilafah (Bagaimana Khilafah dihancurkan) - Abdul Qadim Zallum.

(3) Ittijaahaat At-Tafsir Fi Al-Ashri Ar-Rahin, Dr. Abdul Majid Abdus Salam Al-Muhtasib, Darul Bayariq, Beirut, Lubnan, 1982. Sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia sebagai ‘Visi dan Paradigma: Tafsir Al-Quran Kontemporer, Al-Izzah, Cetakan Pertama, Mei 1997.

(4) Daulah Islamiyah, Taqiyuddin An-Nabahani

(5) Filistin, Asma’ Abdul Hadi Fa’ur, Darul Ummah, Beirut, Lubnan, 1995.

(6) As-Siyasah Asy-Syariah, Ibnu Taimiyyah.

(7) Muzakkarat As-Sultan Abdul Hameed, Darul Ansar, Qaherah, Cetakan 1, 1978

(8) Halaman web http://www.ummah.org.uk/sultan

(9) Asrar Al-Inqilab Al-Uthmani, Mustafa Turan, Darus Salam, Cetakan Pertama, 1977.

(10) Al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibnu Kathir.

(11) Buletin Khilafah, Edisi 15, 23 Jun 1989, England.

(12) Ad-Daulah al-Uthmaniyah wa asy-Syarqu al-Arabi.

(13) Political Views On Palestine (Pandangan-pandangan Politik Mengenai Palestin), Abu Ghazi, Al-Khilafah Publications, London, 1998.

(14) Mukhtasar Ibn Kathir.

Apr 8, 2009

Kejatuhan Uthmaniyyah. (Bahagian 4)

Beliau memandang serius terhadap kebangkitan Islam sebagaimana dalam perutusan beliau kepada ketua setiausahanya dalam tahun 1892,’ Hanya terdapat satu cara sahaja untuk memerangi mereka (mubaligh yang ditaja oleh penganut kristian) iaitu dengan menambah bilangan penduduk umat Islam dan menyebarkan keimanan kepada aqidah yang paling suci (Islam).’ Di bawah pemerintahannya, Istanbul menjadi semakin termasyhur sebagai ibukota umat Islam dan menarik perhatian pelarian-pelarian umat Islam yang melarikan diri dari penjajahan Rusia dan Britain.

Umat Islam di bawah naungan Khalifah menerbitkan akhbar-akhbar, mendapat pembiayaan dan pembelaan dari Khilafah dan melancarkan jihad terhadap kuffar. Selepas tahun 1876, ramai pendakwah, para ulamak dan pelajar-pelajar Islam datang ke Istanbul. Di bawah ar-Raya (bendera) Islam, mereka dihantar sehingga ke tempat-tempat yang jauh seperti Zanzibar, Siberia dan kepulauan Jawa.

Masjid-masjid juga dibina seperti Masjid Hamidiyah yang dibina dalam tahun 1886 di bawah bukit Istana Yildiz. Ia dibina oleh Sarkis Bey Balian dengan memakai senibina Uthmaniyah dan juga mempunyai beberapa persamaan dengan Alhambra di Sepanyol. Dindingnya dicat dengan kombinasi corak-corak ‘arabesque’ warna merah, biru dan keemasan serta dipasang dengan seni khat. ‘Lectern’ masjid itu diukir sendiri oleh Sultan Abdul Hamid. (h. 320, Constantinople)

Khilafah Uthmaniyah juga menjalin hubungan dengan Jepun pada akhir abad ke19. Khilafah menghantar kapal perang ‘Ertugrul’ ke Jepun untuk menjalin hubungan rapat. Ketika dalam perjalanan pulang ke Istanbul, kapal itu dilanda taufan. Daripada 656 orang di atas kapal itu, hanya 69 orang terselamat. Mereka diselamatkan oleh penduduk-penduduk Jepun yang bertungkus lumus menyelamatkan mereka di tengah malam. 2 orang wartawan sukarela Jepun, Torajiro Yamada (1866-1957) dan Osofora Noda telah berkunjung ke Istanbul dalam tahun 1892 untuk menyerahkan sumbangan derma yang telah dikumpulkan dalam kempen-kempen seluruh Jepun untuk keluarga mangsa-mangsa malapetaka itu. Sultan abdul Hameed meminta kedua-dua orang wartawan itu untuk tinggal selama 2 tahun di Istanbul untuk mengajar bahasa Jepun kepada beberapa orang pegawai tentera Khilafah. Dalam tempoh itu mereka telah menganut Islam dan dikatakan mereka adalah orang Jepun yang pertama memeluk Islam. Dalam tahun 1902, seorang wakil Uthmaniyah, Mohammed Ali, datang ke Jepun dan berunding dengan pegawai-pegawai pemerintah Jepun untuk membina sebuah masjid di pelabuhan Yokohama untuk pedagang-pedagang Islam yang berjumlah 30 orang atau lebih yang menetap di Jepun. Malangnya, usaha itu tidak berhasil. (The Fountain, April-Jun 1997, Juzuk 2, No. 18, Turki)

Taring-taring Barat bertindakbalas dengan cepat. Dalam tahun 1873, Belanda menawan Sumatera, Indonesia. Britain menceroboh pulau Cyprus dalam tahun 1876 dengan cara membohongi Sultan Abdul Hamid iaitu dengan meminta kebenaran dari beliau untuk bertapak di pulau itu untuk menempatkan tenteranya untuk menghadapi Rusia dengan alasan Rusia bercadang untuk menyerang al-Dardaneel dan seterusnya menuju ke Mediterranean. Barat juga menggalakkan gabenor Tunisia di utara Afrika untuk memberontak terhadap Daulah Uthmaniah dalam tahun 1877 dan malangnya beliau telah mengikut hasutan itu dan seterusnya memberontak. Dalam tahun 1877 dan 1878, Rusia menyerang Khilafah dan pihak Serbia mengambil kesempatan menyebelahi Rusia.

Umat Islam di Chechnya bangkit menentang Rusia dalam tahun 1877 tetapi mereka dikalahkan. Seterusnya dalam tahun 1901, 700 keluarga dari Chechnya melarikan diri ke Khilafah kerana mengelakkan dari kezaliman Rusia. Dalam tahun 1878 juga, gabungan pasukan tentera Austria dan Hungary telah menakluk wilayah Bosnia-Herzegovina. Pada tahun 1881, Perancis menduduki Tunisia, pada tahun 1882, Britain pula menduduki Mesir dan menakluk Sudan dalam tahun 1898 setelah Kitchener memimpin Britain mengalahkan umat Islam di Omdurman.

Gabernor Jeneral Britain, Charles George Gordon, berjaya dibunuh oleh umat Islam ketika Britain menyerang Khartum, Sudan dalam tahun 1885. Kemudian Belanda menakluki Indonesia, Russia menakluki Asia Tengah dengan menawan Turkistan dalam tahun 1884 dan kemudian menjajah Qafqas (Daulah Islamiyah, Taqiyuddin Nabahani).Belanda menawan ibukota Aceh, Indoneisa di awal 1870an tetapi menghadapi penentangan yang hebat lagi berterusan.Belanda melancarkan serangan ke atas Aceh bertubi-tubi sejak tahun 1896 dan menundukkannya menjelang tahun 1902.

Britain juga mengembangkan penguasaannya ke atas India. Itali merampas Zayla di Somalia dalam tahun 1885. Dari tahun 1894-1896, Khilafah terpaksa memerangi kaum Armenia yang dihasut oleh negara-negara Barat untuk memberontak terhadap Khilafah. Dalam tahun 1896-1897 berlaku pemberontakan di Crete yang seterusnya mengakibatkan peperangan dengan Greece (Yunani). Britain (Inggris) membantu keluarga Ibnu Saud di bawah pimpinan Abdul Aziz yang bergabung dengan pengikut aliran Wahabi untuk merampas Riyadh dalam tahun 1902. Raja Ferdinand I mengisytiharkan Bulagaria keluar dari Khilafah dalam tahun 1908 dan seterusnya dalam tahun 1912, beliau menyertai Liga Balkan untuk menentang Khilafah. Barat kelihatannya mahu memusnahkan dunia Islam sama sekali.

Penyingkiran dan usaha memburukkan Abdul Hameed

Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, negara menghadapi ancaman internal (dalaman). Ia tampak pada munculnya gerakan-gerakan nasionalisme yang didalangi oleh barat khususnya gerakan Al-Ittihad Wa At-Turaqqi. Gerakan inilah yang disebut-sebut sebagai gerakan kemerdekaan di Turki. Di antara visi mereka adalah cita-cita utama mereka kononnya untuk menyelamatkan Khilafah Usmani.

Ketika musim bunga 1908, Britain melantik seorang duta ke Istanbul bernama Gerald Luther. Apabila dia sampai ke Istanbul, sekumpulan orang dari jawatankuasa “Ittihad Wa At-Turaqqi” telah menyambutnya dengan baik hinggakan mereka memisahkan kuda-kuda dari ‘chariot’nya dan menarik ‘chariot’ itu sendiri. Kesemuanya ini diberi inspirasi oleh jawatankuaa “Ittihad Wa At-Turaqqi” dan dari inisiatifnya sendiri. Kumpulan ini begitu kagum dengan idea-idea Barat hingga sampai ke peringkat di mana mereka tidak sedar bahawa idea-idea itu bertentangan dengan negara yang mereka tadbir. Disamping itu mereka tidak nampak akan percanggahan idea-idea Barat dengan Islam. Kejahilan dan kelemahan wawasan mereka menarik perhatian orang-orang Eropah hinggakan salah seorang diplomat yang bertugas di Istanbul pada ketika itu memberi gambaran tentang mereka, “Mereka selalu melakukan langkah kedua sebelum melakukan langkah pertama.” Aktivis-aktivis dalam kumpulan itu terburu-buru menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada mereka yang telah mendalami undang-undang dan pemikiran Barat dan golongan pro-Barat ini akhirnya menguasai parti ‘Turki Muda’ itu. Apabila mereka sedar bahawa penguasaan ke atas tentera akan seterusnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya (ke atas negara), mereka berusaha menjadikan sebarang perlantikan baru berdasarkan kepada dasar parti. Maka, mereka mewajibkan semua pegawai menjadi anggota parti ‘Turki Muda’ dan mereka tidak mengambil berat sama ada pegawai tentera itu adalah pakar atau orang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan. Mereka juga memperkenalkan perundangan yang menyatakan bahawa mengikut undang-undang, setiap warga Khilafah Uthmaniyah adalah berhak mendapat hak-hak yang sama yang dinikmati oleh bangsa Turki dan sepatutnya memenuhi tanggungjawab yang sama. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah)

Cita-cita mereka ialah untuk melakukan reformasi ke atas sistem pemerintahan di sana. Caranya dengan merombak negara dengan konstitusi dasar model konstitusi negara-negara Eropah moden. Pelopor gerakan ini ialah Midhat Pasha yang disebut-sebut sebagai Bapa Kemerdekaan Turki. Pada awalnya, gerakan ini berhasil membuat konstitusi (perlembagaan) dasar. Namun, Sultan Abdul Hamid menghapuskan konstitusi tersebut dan tetap berpegang kepada hak-hak Khalifah. Akhirnya meletus revolusi pada tahun 1908 Masihi dengan semboyan yang dinamakan sebagai kemerdekaan di Turki. Ketika berlaku ketidakstabilan politik di Istanbul, kuasa-kuasa barat mengambil peluang untuk merampas wilayah-wilayah Khilafah. Austria menakluk Bosnia-Herzegovina sejurus selepas berlakunya revolusi 1908 itu.

Pada 17 November 1908, perasmian parlimen Uthmaniyah menjadi mudah dan Abdul Hameed tunduk buat sementara waktu kepada parti ‘Turki Muda’. Beliau bagaimana pun berusaha untuk mengenepikan perlembagaan itu dan untuk mengembalikan Shariah Islam. Perlaksanaan semula perlembagaan 1879 yang dirintis oleh Midhat Pasha telah mengakibatkan berlakunya revolusi pada 13 April 1909 terhadap pemerintah-pemerintah baru (parti ‘Turki Muda’) yang menunjukkan penolakan majoriti umat Islam terhadap kekuasaan Turki Muda. Para ulamak juga mendapati bahwa perlembagaan 1879 itu akan mengheret Khilafah Uthmaniyah ke arah sekularisme dan perlanggaran terhadap syariat Islam. Pasukan tentera memberontak dan mengepung pegawai-pegawai mereka (yang pro-Barat). Mereka melaungkan: “Hancurkan Turki Muda! Hancurkan Turki Muda”. Maka, Deen Islam telah memberi inspirasi untuk menentang reformasi pro-Barat dan kebanyakan penduduk berarak membantah perlembagaan ala-Barat. Untuk memulihkan keamanan, pegawai-pegawai tentera Macedonia mengirimkan Harekat Ordusu dari Salonika tetapi pasukan yang diketuai oleh seorang Dunama-Freemason bernama Ramzi Bey telah menyerang kedudukan Khalifah dan menghancurkan benteng-benteng pertahanan pasukan yang mempertahankan Syariat Islam.

Pada 15 April 1909, Sultan melantik Taufiq Pasha sebagai ‘Wazir Besar’ dan menyerahkannya tanggungjawab untuk mengembalikan Shari’ah Islam dan peraturan-peraturan Islam dalam aspek pelaksanaan serta memansuhkan perlembagaan ala-Barat tetapi tentera di Salanik memberontak sekali lagi terhadap Sultan, merampas kuasa dan memecat pemerintah. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah)

Pertubuhan ‘Al-Ittihad wa At-Turaqqi’ telah menjadikan Salanik sebagai pusatnya. Salanik atau Makedonia pada ketika itu memiliki ciri alami yang berbeza dengan wilayah keKhalifahan Uthmani yang lain. Separuh daripada penduduknya adalah orang Yahudi yang berhijrah dari Andalusia (yang ketika ini dikenali sebagai Sepanyol). Mereka ingin menemukan toleransi keberagamaan di bawah payung Islam. Kebanyakan daripada mereka memeluk Islam pada abad ke-17. Salanik juga lebih banyak berinteraksi dengan dunia Eropah jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah Uthmani yang lain. Baik dengan warna Asia mahu pun Eropah. Di Salanik inilah lahir Mustafa Kamal. Di Salanik ini pula terdapat tentera Uthmani yang ketiga. (Ad-Daulah Al-Uthmaniyah Wa As-Syarqu Al-Arabi, halaman 254). Yahudi khasnya Yahudi Dunamah terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Abdul Hameed, memberhentikannya lalu menghancurkan Khilafah Islam untuk membuka jalan bagi mereka untuk mendirikan negara mereka di Palestin, bumi Islam yang penuh
berkat.

Akhirnya, pada hari Selasa 27hb. April 1909, 240 ahli senat Uthmaniah bersetuju di bawah tekanan golongan Turki Muda Kebangsaan (Natonal Youth Turks) untuk menyingkirkan Abdul Hameed daripada kuasa. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali di Istanbul menulis fatwa penyingkiran itu. Senat Uthmaniah pula mengesahkan penyingkiran itu. Ini adalah terjemahan fatwa tersebut (Asrar Al-Inqilab Al-Uthmani, Mustafa Turan) :-

"Jika Imam orang-orang Islam menangani isu-isu Ad-Deen (cara hidup, agama) yang penting daripada buku-buku syar’iyah (perundangan) dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan baitul mal (perbendaharaan negara) dan terlibat dalam perjanjian yang menyalahi syar’iyah (undang-undang Islam), membunuh, menangkap dan membuang negeri terhadap rakyat tanpa sebab, kemudian berjanji untuk tidak melakukannya lagi tetapi masih melakukannya untuk merosakan keadaan orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Maka pemimpin ini perlu disingkirkan dari jawatannya. Jika penyingkirannya akan mendatangkan keadaan yang lebih baik daripada pengekalannya, maka dia mempunyai pilihan untuk berhenti atau disingkirkan daripada jawatannya".

At-Tauqi’
(Tandatangan)
Sheikh Al Islam Mohammad Dia'Ad-Din Afandi

Fatwa ini sangat aneh dan sesiapa sahaja boleh melihat keterangan-keterangan di dalamnya tidak menepati perbuatan dan tindakan Abdul Hameed, selepas itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha telah dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan itu. Dia (Abdul Hameed) enggan untuk berbuat demikian (berhenti). Maka mereka menghantar sekumpulan empat orang ke Istana Yildiz iaitu Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), Asad Tobatani dan Emanuel Croussow (Yahudi). Apabila mereka masuk ke dalam pejabatnya, mereka mendapatinya sedang berdiri dengan tenang. Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, kemudian Asad Tobatani maju ke hadapan dan berkata "Ummah telah menyingkirkan tuan dari jabatan", Abdul Hameed marah dan berkata "Ummah telah menyingkirkan aku dari jabatan , ia tak mengapa.. tetapi mengapa kamu membawa Yahudi ke pejabat Khalifah?", sambil menunjuk kepada Cruossow.

Jelas sekali itu adalah titik tindakbalas kepada keengganan Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada Yahudi, dan sekarang mereka menunjukkan kepadanya (Abdul Hameed) bahawa mereka (Yahudi) terlibat dalam penyingkirannya. Ini merupakan cabaran kepada maruah Abdul Hameed dan maruah ummat Islam.

Emanuel Cruossow juga adalah seorang pemimpin gerakan Free Mason di Salanik. Sebelum ini beliau pernah diusir oleh Abdul Hameed dari Istana Yildiz setahun sebelum Abdul Hameed diberhentikan. Ketika itu ia meminta Sultan beberapa hak istimewa di Palestin untuk orang-orang Yahudi. Cruossow juga adalah anggota parti ‘Al-Ittihad wa At-Turaqqi’. Yang menyedihkan dan menyakitkan hati adalah bodohnya kaum Muslimin dan rendahnya taraf berfikir mereka kerana diamnya mereka terhadap jenayah dan pengkhianatan orang-orang ‘Ittihad’ ketika memberhentikan Khalifah dengan cara rekayasa dan mengasingkannya ke Salanik, tempat yang menjadi pusat Yahudi dan berkumpulnya orang Free Mason. Abdul Hameed telah dikenakan perintah berkurung hinggalah kematiannya dalam tahun 1918. Beliau adalah Khalifah yang Uthmani mutaakhir yang paling berwibawa. Beliau amat pintar dan ikhlas berkhidmat untuk umat Islam. Beliau juga mengambil berat dalam menguruskan hal ehwal umat Islam. Orang-orang ‘Ittihad’ memberhentikan beliau semata-mata kerana mereka melihatnya sebagai penghalang dalam rangka mewujudkan cita-cita mereka.

Berkenaan dengan peristiwa pemecatan beliau, Sultan Abdul Hamid menyalahkan orang Yahudi sebagai pihak yang bertanggungjawab. Hal ini terungkap dalam surat beliau kepada salah seorang gurunya, Syeikh Mahmud Abu Samad yang berbunyi: -

“... Saya meninggalkan keKhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu melainkan kerana tipu daya dengan berbagai ancaman dari tokoh-tokoh Organisasi Persatuan yang dikenali sebagai Cun Turk (Jeune Turk) sehingga saya terpaksa meninggalkan keKhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulangkali agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan berulangkali yang memalukan ini. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pound sterling emas. Saya tetap bertegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan kata-kata, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. 30 tahun lebih aku mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniyah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”

":etelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawapan saya itu, mereka dengan kekuatan rahsia yang dimiliki memaksa saya menanggalkan keKhalifahan dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniyah dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negara Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulangi rasa syukur kepada Allah Ta’ala yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia, mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, anda berserta jama’ah yang anda bina boleh memaklumi semua itu".

Wassalamualaikum wr. wb,
22 September,
tandatangan
Pelayan Kaum Muslimin,
Abdul Hamid bin Abdul Majid

(Carr, 1991, ms 21) (Inthilaq, 1994)

Apr 7, 2009

Kejatuhan Uthmaniyyah. (Bahagian 3)

Dalam Perang Dunia Pertama, Negara-negara Arab berpakat dengan British dan Perancis menentang Daulah Islam Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh Britain dan Perancis dan kemudiannya ditakluki.

Perbuatan mereka ini sangat bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalam al-Quran:

"Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu! Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta. (11) Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya, Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan; (12) (Kerana) sesungguhnya kamu dalam hati mereka, sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).(13)" (Al-Hasyr: 11-13)


Negara-negara Barat juga
meracuni pemikiran umat Islam supaya memberontak terhadap Khilafah dan menimbulkan keraguan tentang keupayaan (potensi) Islam dalam menangani berbagai masalah. Di antara pemikir-pemikir yang berjaya mereka racuni ialah Ziya Gokalp (1875-1924) iaitu seorang pemikir Turki. Bapa saudaranya banyak mendidik beliau dalam berbagai bahasa iaitu Turki, Arab dan Farsi disamping mengajarnya ilmu-ilmu yang lain. Di sepanjang kehidupan beliau, beliau cuba menanamkan di kalangan umat Islam tentang apa yang dianggap beliau kegagalan Islam dalam menyelesaikan masalah umat Islam dan beliau merasakan dengan meniru Barat sahajalah umat Islam dapat keluar dari masalah tersebut. Oleh kerana beliau dirasakan sebagai ancaman kepada umat Islam, beliau telah di ‘arraigned’ dalam tahun 1897 dan kemudian dibuang ke tempat asalnya di Diyarbakir.

Menjelang tahun 1908, beliau diiktiraf sebagai seorang penulis liberal yang pro-Barat dan menjadi pensyarah di kampungnya. Beliau menetap di Istanbul dari tahun 1912 hingga 1919. Ketika tempoh ini, beliau muncul sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan nasionaslime Turki yang menggunakan pendekatan Barat. Bapa sekular Turki, Mustafa Kamal kemudian melibatkan beliau dengan pergerakan nasionalisnya.

Usaha Sultan Abdul Hamid Dalam Pembangunan dan Kesatuan Umat

Sultan Abdul Hamid berpandangan bahawa “tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan kita mempunyai mutu dan kekuatan yang membolehkan kita mencapai pemulihan yang sepenuhnya. Kita tidak mempunyai ramai rakan tetapi negara ini mestilah menjadi negara yang terbaik kerana banyak negara yang ingin merebutnya dan menjalankan dasar yang semata-mata untuk memburukkan kita sehingga kita mudah menjadi mangsa mereka.” Beliau tekun menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara. Semua surat yang dikirim kepadanya dibacanya sendiri dan beliau menyusun sebarang dokumen dengan teratur hinggakan dikatakan beliau boleh mencari dokumen-dokumen tersebut dengan mudah walau pun dalam keadaan gelap. (h. 317, Constantinople)

Beliau memerintah dengan baik dan sering berbincang dengan berbagai lapisan masyarakat, sama ada birokrat, intelektual mahu pun rakyat jelata. (Shaw, 1977). Sikapnya yang prihatin terhadap umat Islam membuatkan beliau popular. Penggalangan kekuatan umat Islam dan ketaatan mereka kepada beliau berhasil mengurangkan tekanan Eropah terhadap Khilafah Islam (Majalah Inthilaq, No. 7, Th. 2, 16 Mei 94, Jakarta).

Ketua perkhidmatan Istana daripada tahun 1878 hingga kematiannya dalam tahun 1900 adalah Field Marshall Gazi Osman Pasha. Beliau adalah seorang yang kuat menentang negara-negara Barat dan juga merupakan seorang jaguh yang mempertahankan Khilafah ketika tentera Khilafah dikepung di Plevna. Dua orang anaknya telah mengahwini anak-anak perempuan Sultan Abdul Hamid.

Setiausaha pertama Sultan adalah Sureyya Pasha, berbangsa Turki dan digantikan dalam tahun 1894 oleh seorang lagi bangsa Turki bernama Tahsin Pasha yang tekun bertugas dan taat kepada Khalifah. Tahsin Pasha tidak pernah bercuti selama 12 tahun dan ketekunannya bekerja membuatkan hanya menyadari ketibaan musim panas hanya kerana buah-buah strawberi dibawa kepadanya untuk dimakan. Di bawah kepimpinan Tahsin, 12 orang setiausaha yang merupakan graduan-graduan dari sekolah pentadbiran awam bekerja keras siang dan malam. Pejabat-pejabat khas dalam istana mentadbir hal ehwal Albania, rantau Balkan dan bekerjasama dengan tentera dan perisik untuk mengawai sebarang musuh-musuh Negara Islam.

Kakitangan istana Yildiz adalah dari berbilang kaum seperti bangsa Turki, Greek, Armenia, Arab, Jerman, Poland dan Itali. Alexander Karatheodory Pasha adalah orang Greek paling penting dalam istana. Beliau dilahirkan dalam tahun 1833, anak kepada Stephane Karatheodory, doktor Sultan Abdul Majid. Beliau bertugas sebagai penterjemah pertama kepada Sultan Abdul Hamid. Sultan Abdul Hamid memberi kepercayaan kepadanya dan menggambarkan Alexander sebagai ‘seorang yang mempunyai bakat yang tinggi, bukan sahaja beliau seorang diplomat paling pintar dalam Khilafah tetapi yang paling pintar di Eropah’.

Alexander menetap dalam sebuah apartmen dalam istana Yildiz. Tuduhan yang mengatakan bahawa Khilafah Uthmaniyah hanya mengambil orang-orang Turki untuk memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan dan tentera adalah tidak tepat. Justin McCarth (h. 124) mengatakan, “ Beberapa tugas ketenteraan dikendalikan oleh askar-askara ‘freeborn’. Seluruh perkampungan bertindak sebagai pengawal-pengawal ‘derbend’. Tujuan mereka adalah untuk melindungi jalan-jalan utama, laluan-laluan pergunungan dan gudang-gudang perniagaan. Orang-orang kristian dan Islam memainkan peranan sebagai pengawal-pengawal ‘derbend’.”

Penulis Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh dalam bukunya “Kebangkitan Orang Sakit” (h. 32) mengatakan, “ Abdul Hamid mengambil orang-orang Arab sebagai anggota rombongannya, orang-orang Kurd sebagai penyokongnya dan orang-orang Chechenia sebagai para pengawalnya. Banyak pengkaji-pengkaji sejarah yang mengira terdapat beratus-ratus orang Arab dalam tentera Khilafah Uthmaniyah.”

Selepas 1895, Ahmed Izzet al-Abid dari Damsyiq, Syria, dinaikkan pangkat dan menjadi setiausaha kedua dalam istana Yildiz. Pemimpin Zionis, Theodor Herzl, menggambarkan Ahmed sebagai seorang yang pintar. Beliau juga mengetuai sebuah lembaga yang bertanggungjawab untuk memperbaiki perbendaharaan. Salah satu pencapaian Sultan dan Ahmed ialah pembinaan landasan keretapi untuk membawa jemaah-jemaah haji dari Damsyiq ke Makkah.

Dalam tahun 1872, pemerintah Belanda secara resmi telah mengarahkan konsulnya di Jedah di bawah Jabatan Luar Negeri supaya menghantar laporan perisikan ke Den Haag tentang jemaah haji dari Indonesia. Dari jabatan tersebut, laporan itu dikirimkan ke Jabatan Koloni yang selanjutnya melaporkannya ke Gabenor Jeneral. Tugas utama konsul ini, melalui informannya, ialah untuk mengawasi perkembangan di tanah jajahan ‘Jawa’ (istilah umum di dunia Arab untuk semua orang dari daerah yang sekarang meliputi Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand, yang bermukim di Makkah. Namun lembaga ini tidak berhasil. Pegawai-pegawai Khilafah tidak mahu menyerahkan kembali orang ke Indonesia yang dianggap pemberontak oleh Belanda malah kalau ada orang dari Indonesia yang lari dari daerah pemerintahan Belanda ke Makkah (daerah bebas kafir), mereka sering diterima sebagai pahlawan dan ada yang diberi tunjangan (bantuan) dari Khilafah. (Republika, 15/3/2000; Snouck Hurgrinje, 1959: 1446-1509)

Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan di dalam negaranya, dia telah membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada umum seperti pasar Hamedi, Istana Al-Azm di Damsyiq, Syria. Dia juga membina banyak masjid, tempat mandi umum, pasar-pasar dan hospital-hospital di Kaherah (Mesir) , Damsyiq, Sana (Yemen) , Baghdad (Iraq) dan bandaraya-bandaraya Islam yang lain. Khilafah Uthmaniah cuba untuk meniru sistem pendidikan Eropah tetapi gagal kecuali dalam dua bidang iaitu perubatan dan ketenteraan.

Tentera Uthmaniah tidak selemah seperti yang disangkakan oleh masyarakat sekarang. Pasukan meriam Uthmaniah adalah yang terkuat di dunia. Angkatan Laut Uthmaniah terurus dengan baik dan berada di tempat yang ketiga terkuat selepas Britain dan Perancis. Jerman terlibat dalam proses mengukuhkan tentera Khilafah. Voi Moltke, pemimpin tentera Jerman dalam perang Jerman melawan Perancis telah diberi tanggungjawab untuk menyusun semula tentera Khilafah dan mengukuhkan bahagian timur Daulah Islamiah untuk menghadapi sebarang pencerobohan Rusia. Abdul Hamid juga mewujudkan pasukan ‘gendarmarie’ di Macedonia. Banyak industri seperti pembuatan senjata, tenunan dan gula diwujudkan.

Dalam tahun 1886, kilang sutera yang didirikan oleh bapa Sultan Abdul Hamid telah membuka kedainya sendiri di Grande Rue de Pera (h. 313, Constantinople). Pembukaan kedai itu juga menandakan terdapatnya pembaikpulihan (recovery) dalam pengilangan yang juga turut berlaku dalam industri-industri lain. Dalam tahun 1893, sebuah kilang ‘china’ dibina di Istanbul. Di kilang itu, pakar-pakar dari Switzerland dan Perancis mengajar rakyat Khilafah tentang teknik-teknik untuk membuat dan melukis ‘porcelain’. Di Istana Yildiz terdapat makmal fotografi, perpustakaan dan bengkel pertukangan yang sering digunakan oleh Sultan Abdul Hamid di masa lapangnya. Beliau merupakan seorang tukang yang mahir dan telah mereka kerusi-kerusi untuk anak-anak perempuannya dan mencipta kayu-kayu untuk membolehkan askar-askar yang cedera berjalan. Dalam Istana Yildiz juga terdapat empat buah hospital, sebuah ‘observatory’, sebuah makmal farmasi, sebuah kilang percetakan, sebuah bengkel ‘embroidery’ dan sebuah zoo. (h. 314, Constantinople). Menjelang tahun 1891, di Istanbul terdapat beberapa kilang membuat tekstil, fez, ‘gunpowder’, sutera, batu-bata, ‘tile’, kaca dan dua buah kilang gas.(h. 329, Constantinople)

Rakyat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan makmur di bawah pemerintahannya. Ini digambarkan oleh seorang pakar arkaelogi Barat, Karl Grafen Lanckoronski yang menjalankan penyelidikan di Antalya, Turki. Ulasannya tentang kunjungannya ke Antalya dalam tahun 1885 adalah seperti berikut: “Di Adalia, 25,000 hingga 26,000 penghuni mendiami lebih kurang 4,500 buah rumah. Dari keseluruhan penduduk di situ, 7,000 terdiri dari bangsa Greek, 50 Armenia, 250 Yahudi dan majoriti selebihnya adalah orang-orang Islam bangsa Turki. Di kalangan orang-orang Islam terdapat juga bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain. Terdapat 10 buah masjid, 8 gereja Kristian, 1 gereja Armenia, 1414 kedai, 13 rumah tumpangan dan 13 tempat mandi umum yang dikenali sebagai ‘Turkish baths’. Masjid-masjid itu juga berfungsi sebagai sekolah dan di masjid-masjid itu 1,500 orang pelajar lelaki menerima pendidikan. Disamping itu, terdapat sebuah sekolah untuk 120 orang pelajar dan 6 buah institusi pengajian tinggi yang menampung 300 orang pelajar. Masyarakat Greek mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi dan 2 buah sekolah untuk pelajar-pelajar lelaki, sebuah sekolah untuk pelajar perempuan dan sebuah lagi untuk kanak-kanak. Di kesemua sekolah ini, 450 orang pelajar lelaki dan 300 orang pelajar perempuan mendapat pendidikan. Bandar itu juga mempunyai sebuah hospital Turki dan sebuah hospital Greek.” (Risalah pelancongan mengenai Antalya, Turki, yang dikeluarkan oleh Antalya
Golden Orange Art & Cultural Foundation, 1997).

Sejak abad ke 16, ramai tenaga pengajar, penyair dan saudagar-saudagar bangsa Arab lebih gemar berada di Istanbul dari berada di Baghdad dan Kaherah (Mesir) (h. 322, Constantinople).

Pengawal-pengawal Istana Yildiz juga terdiri dari berbilang bangsa yaitu Arab, Turki dan Albania yang ditempatkan dalam ‘barrack’ di sekitar istana. Pengawal dalaman istana terdiri dari bangsa Albania yang tingginya mencapai enam kaki. Komander pengawal , Tahir Pasha, adalah berbangsa Albania. (h. 315, Constantinople). Abdul Hamid juga melantik pegawai-pegawai politik dari kalangan orang Arab. Beliau melantik seorang ulamak , Abul Huda, dari Aleppo, Syria, sebagai pengajar aqidah di istana Yildiz dan sebagai ‘Rumeli kadiasker’ (ketua hakim untuk wilayah Eropah). Abul Huda menulis sejumlah 212 buah buku dan nasyrah (risalah) Islam. Syeikh Zafir al-Madani dari Tripolitania dipertanggungjawabkan dengan tugas penyebaran dan penyatuan umat Islam khasnya di utara Afrika. (h. 322, Constantinople)

Beliau juga mengambil berat terhadap bidang pendidikan. Kolej-kolej yang sudah sedia wujud seperti Akademi Tentera (Harbiye), Kolej Ilmu Politik (Mulkiye) dan kolej perubatan (Taibiyye) diperbaiki sedemikian rupa hingga berjaya membentuk struktur yang kekal. Salah sebuah kolej termasyhur ialah Sekolah Perubatan Tentera Haydar Pasha yang telah direka oleh arkitek dari Itali bernama Raimondon d’Aroncon yang telah disiapkan dalam tahun 1895 di Istanbul. Bilangan pelajar bertambah dengan drastik. Selain dari kolej-kolej yang telah sedia wujud, 18 buah kolej telah dibina lagi dan universiti yang pertama di Turki telah dibina di Istanbul. Sekolah-sekolah rendah (Rutiye) telah dibina di setiap wilayah dan pendidikan peringkat sekolah menengah selama 7 tahun yang dikenali sebagai Idadi telah disediakan di pusat-pusat wilayah yang besar. Bilangan Kolej Latihan Guru-guru telah ditambah dari sebuah menjadi 31 buah. Graduan-graduan terbaik dari sekolah pentadbiran awam bertugas sebagai kakitangan di Istana Yildiz membantu menguruskan hal ehwal rakyat. Sebuah sekolah untuk kaum-kaum yang menetap di pedalaman telah didirikan di Dolmabahce dalam tahun 1892. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka menikmati kemakmuran dan perkembangan dalam ilmu dan peradaban serta mengukuhkan aqidah dan kefahaman mereka terhadap Khilafah Islamiyah. Selepas lima tahun belajar di Istanbul, mereka akan pulang ke tempat asal mereka sebagai guru atau pegawai. Anak-anak muda dari wilayah yang jauh seperti kepulauan Jawa, Maghrib, Iran dan Bulgaria telah diberi pendidikan dengan dibiayai sepenuhnya oleh Khilafah. (h. 323, Constantinople)

Suatu lagi usaha penting yang dilakukan ialah dalam bidang akhbar dan penerbitan. Ketika pemerintahan Sultan Mahmud hanya 11 buah buku diterbitkan setiap tahun. Angka ini meningkat sehingga 285 di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Bilangan kilang-kilang percetakan meningkat daripada 59 menjadi 99 buah di bawah pemerintahannya. Penerbitan Ykdam dan Sabah mencapai angka 15,000 dan 12,000 masing-masing iaitu angka yang agak tinggi pada ketika itu. Banyak akhbar diwujudkan dan sebelum Perang Dunia Pertama; Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih 1300 akhbar dan majalah.

Abdul Hamid menggalakkan pembangunan komunikasi. Rangkaian landasan keretapi yang meliputi hanya beberapa ratus kilometer sahaja ketika dia baru dilantik menjadi Sultan telah ditambah menjadi 6,000 kilometer di akhir pemerintahan. Beberapa landasan menghubungi Istanbul dengan Eropah dalam satu arah dan dengan Hijaz dalam arah lain yang disiapkan oleh jurutera-jurutera dan pekerja-pekerja Muslim. Rangkaian telegraf telah dipertingkatkan hingga mencapai kawasan-kawasan pedalaman. Sistem jalan raya diperbaharui dan pelabuhan diperbesarkan. Landasan keretapi yang menghubungkan Damsyiq dengan Makkah untuk membawa para jamaah haji dibiayai oleh umat Islam seluruh dunia dan walau pun terdapat masalah untuk membinanya merentasi padang pasir, umat Islam berjaya menyiapkannya malah menjelang tahun 1908 landasan itu sudah menjangkau sehingga Madinah.

Dalam tahun 1894, Abdul Hameed menghadiahkan satu salinan kajian pembangunan Khilafah kepada Perpustakaan Kongres. Kajian itu melibatkan lebih dari 6 studio fotograf. Kajian itu dikendalikan oleh pakar-pakar fotograf Sultan yang terdiri daripada 3 adik beradik bangsa Armenia yang menubuhkan sebuah firma bernama Abdullah Ferres di Istanbul. Kajian itu kelihatannya dirancang oleh Abdul Hameed sebagai gambaran pembangunan Khilafah untuk Ekspo Columbia
Dunia dalam tahun 1893 tetapi akhirnya tidak dipamerkan. Kajian itu termasuklah gambar-gambar bersejarah tentang kejayaan dan pembangunan yang dilaksanakan semasa pemerintahannya seperti tentera yang disusun dan dilengkapi dengan sempurna, briged penyelamat dan bomba yang canggih, birokrasi kastam dan kehidupan di Istana. (Web page) Sultan Abdul Hamid juga telah mewujudkan sistem statistik paling tepat dalam sejarah Khilafah Uthmaniyah (h. 328, Constantinople)

Pembangunan tersebut seolah-olah menunjukkan dalam sedikit masa sahaja ia memperlihatkan seperti Orang Sakit Eropah akan bangkit akhirnya tetapi sekutu-sekutu Barat memastikan Kesatuan Islam hancur dengan apa cara jua sekali pun. Penduduk minoriti bukan Muslim dalam negara Uthmaniah digunakan oleh Barat untuk membuat kacau dan mewujudkan ketidakstabilan terutamanya warga Kristian. Negara-negara Barat sering campur tangan ke dalam dasar dalaman Khilafah Uthmaniah atas alasan "Melindungi minoriti Kristian".

Barat juga menyebarkan dakyah Kristian dalam dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan gereja-gereja. Matlamatnya untuk memesongkan orang-orang Islam jauh dari Islam dan menyebarkan pemikiran-pemikiran dan tabiat sosial yang bercanggah dengan Islam. Banyak akhbar diterbitkan untuk tujuan yang sama, iaitu untuk meracuni pemikiran orang-orang Islam dan mengembangkan idea-idea yang rosak dan konsep-konsep yang salah dikalangan mereka. Barat juga mahu membuatkan negara Uthmaniah sibuk menguruskan pelbagai masalah dan oleh itu sekali lagi ia memperalatkan golongan minoriti.

Barat menggalakkan dan membiayai revolusi penentangan bangsa Armenia terhadap Khilafah Uthmaniah. England membantu kaum Druz dan Perancis membantu kaum kristian Maronit di Lubnan dan kedua-duanya terlibat dalam pertempuran yang besar dan ia diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniah. Semakin banyak masalah di antara orang-orang Islam dan Kristian berlaku dan pernah terjadi suatu ketika penduduk Islam di Damsyiq, Syria hampir menghapuskan penduduk Kristian di Bandaraya itu. Tentera Uthmaniah campurtangan pada saat-saat akhir dan mengelakkan pembunuhan beramai-ramai berlaku. Era ini adalah pertempuran antara konspirasi Barat dan pertahanan tentera Abdul Hameed bersama orang-orang Islam yang taat setia.

Perkara penting yang perlu dinyatakan adalah hutang Khilafah Uthmaniah, semasa Abdul Hameed mula berkuasa adalah 2528 juta Lira emas. Semasa dia disingkirkan daripada berkuasa, hutang negara hanya tinggal 106 juta Lira emas. Ini bermakna, dia telah mengurangkan hutang kepada 1/20 daripada nilai asalnya. Golongan Turki Muda yang mengambilalih kuasa selepasnya menaikkan semula hutang hingga menjadi 1300%. Pencapaian Abdul Hameed seperti ini mungkin memberikan gambaran bahawa dia tidak boleh membelanjakan untuk pembangunan tetapi ia tidak benar. Abdul Hameed mewujudkan talian faks diantara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki. Dia kemudian menghubungkannya
dengan talian faks di Iran dan India. Dia berjaya mendapat pulangan modal projek hanya dalam masa dua tahun saja. Ini adalah disebabkan penggunaan secara meluas talian ini oleh mereka yang mengerjakan haji. Tenaga elektrik juga disalurkan ke beberapa buah kota seperti Izmir, Salonika dan Istanbul.

Abdul Hameed menyedari bahawa hanya satu-satunya harapan untuk orang-orang Islam ialah dengan membentuk Kesatuan Islam yang utuh. Abdul Hameed berpandangan Barat akan cuba memecahbelahkan negara Islam dan kemudian berurusan dengan setiap wilayah (negara bangsa) secara berasingan seperti yang berlaku pada hari ini di mana umat Islam telah berpecah belah menjadi 50 buah negara. Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah melalui Kesatuan Islam. Abdul Hameed membuat keputusan untuk memperkenalkan kekhalifahan Uthmaniah sebagai pemimpin dunia Islam.

Rancangan Abdul Hameed telah memberi kesan kepada orang-orang Islam di India dan Pakistan dan dia menyebabkan banyak masalah kepada British di kawasan tersebut. Rancangan beliau juga dapat membangkitkan umat Islam di Rusia dan republik di selatan Rusia untuk bangkit menentang penjajahan Rusia. Abdul Hameed juga menggunakan orang-orang Islam untuk menekan Russia pada ketika itu, Abdul Hameed menyatakan dalam diarinya bahawa dia merasakan tembok sedang runtuh menimpanya dan dia berasa keseorangan dan dia tidak mampu untuk memerangi musuh-musuh negara Islam berseorangan. Dia kemudian memulakan pakatan dengan Jerman tetapi cara itu tidak mencukupi kerana Jerman juga mahukan sebahagian dari Daulah Uthmaniah.

Sultan Abdul Hameed merasakan pada masa itu, peperangan besar semakin hampir. Adalah jelas bahawa pihak-pihak yang bertelagah mahu merampas saki baki Daulah Uthmaniah. Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar yang boleh menaikkan semangat Kesatuan Islam di dalam hati orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Abdul Hameed cuba mencari penyelesaian dan akhirnya membuat keputusan untuk mewujudkan landasan keretapi Hijaz (1900) yang menghubungkan Damshiq, Syria ke Madinah dan dari Aqabah ke Maan yang menjadi simbol Kesatuan Islam. Semua orang Islam yang pernah mengerjakan haji merasakan Abdul Hameed cuba untuk menyatukan mereka melalui sistem landasan keretapi yang baru dan salah satu sistem faks yang tercanggih pada ketika itu. Pembiayaan landasan keretapi dapat dilunaskan dalam masa beberapa tahun sahaja dan ia berfungsi sebagai alat yang utama untuk menghubungkan wilayah-wilayah dalam Daulah Islam. Ia juga digunakan sebagai laluan pantas untuk pengangkutan dan menempatkan unit ketenteraan. Abdul Hameed juga melancarkan kempen untuk menyebarkan idea kesatuan umat Islam dan membantu umat Islam di Selatan Russia, India, Pakistan dan Afrika. Dia mula menjemput banyak Ulama Islam dari Indonesia, Afrika, dan India ke Daulah Uthmaniah, dan dia mewujudkan program untuk membina masjid-masjid dan institusi-institusi Islam di seluruh dunia Islam.