Oct 22, 2008

Litar multipenggetar ( multivibrator )

Dalam kejuruteraan elektronik terdapat tiga jenis litar multipenggetar
a) multipenggetar tidak stabil ( astable multivibrator )
b) multipenggetar monostabil ( monostable multivibrator )
c) multipenggetar dwistabil ( bistable multivibrator )

Tentu pembaca sekalian sudah biasa melihat lampu kelip-kelip dipasang di mana-mana, sama ada di rumah atau di tiang-tiang lampu tatkala hari-hari perayaan utama hampir kunjung tiba. Namun terfikirkah para pembaca sekalian bagaimana lampu-lampu ini berfungsi? Tahukah para pembaca bahawa lampu-lampu ini berfungsi tidak semudah mencantumkan bateri, wayar dan lampu sahaja. Ia turut melibatkan bahan2 semikoduktor yang disusun mengikut peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang tertentu, iaitu apa yang diperolehi daripada penyelidikan mengenai litar penggetar.

Apakah yang dimaksudkan dengan litar multipenggetar? Litar multipenggetar ialah sejenis litar yang menghasilkan output yang berubah-ubah akibat daripada simetri litar.

Litar multipenggetar tidak stabil adalah litar yang menghasilkan dua output yang saling berubah-ubah pada tempoh yang sama. Litar ini mempunyai dua output, dan setiap satu output memiliki logik yang berbeza dengan logik pada satu lagi output. Jika sekiranya output A berlogik 1, maka output B berlogik 0, dan juga sebaliknya. Masa bagi setiap output adalah sama. Sebagai contoh, jika output A mengeluarkan logik pertama( kita ambil 1 sebagai logik pertama) selama 1 saat, maka ia juga akan mengeluarkan logik 0 selama 1 saat selepas tamat logik pertama, dan seterusnya disambung semula oleh logik 1 selama 1 saat, isyarat bergilir-gilir 0, 1 , 0 1.... dikeluarkan sehinggalah suis dimatikan. Output B juga mengeluarkan logik bergilir , tetapi berlawanan dengan output A.

Contoh litar multipenggetar tidak stabil yang paling ringkas ditunjukkan dengan menggunakan gambar rajah skematik di bawah-












Rajah 1

* Ganti R4 dengan output A, dan R1 dengan output B ( boleh juga diterbalikkan )
* Kita ambil kedua-dua output sebagai LED, dan nyalaan LED berlogik 1, dan kepadaman LED berlogik 0.

Perhatikan bahawa litar skematik dalam rajah 1 bersimetri ( abaikan input voltan, ia juga sebenarnya boleh disambungkan pada litar melalui garis simetri ). Keadaan bersimetri ini mewujudkan satu ketidakstabilan pembahagian arus dalam litar. Maka kedua-dua output akan berubah-ubah, dan tidak ada output yang tetap.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan litar multipenggetar monostabil? Kita sambung pada nukilan saya yang akan datang.

1 comment:

  1. salam
    ko tulis sendiri ke post ni?
    mantap siot!!!
    x sangka ko byk ilmu eh..:)
    bagus2..teruskan menulis.
    nnt aku promote blog ko.hehe
    tp lepas ko bg kebenaran la kan...
    wsalam

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...