Api mempunyai kepentingan yang besar dalam kehidupan seharian manusia. Dengan apilah kita memasak dan memanaskan badan di waktu sistem pemanasan pusat( English- central heating system) masih lagi sukar didapati atau mungkin belum dicipta. Api adalah salah satu dari empat unsur utama dunia yang diciptakan Allah Azza Wa Jalla di dunia ini. Tiga lagi ialah air , tanah dan udara.
Manusia purba menghasilkan api.
Penghasilan api pada era moden dipandang mudah. Kebanyakan kerja yang memerlukan haba dilakukan dengan bantuan tenaga elektrik. Di zaman awal sejarah manusia, api dihasilkan dengan menggosok dua objek yang keras seperti kayu atau batu. Jika menggunakan kayu, sebuah lubang kecil akan dikorek pada kayu yang besar , dan sebatang kayu kecil akan dipusingkan berulang-ulang kali pada lubang itu sehingga percikan2 api dihasilkan.Jika menggunakan batu, hanya perlu monggosok kedua-dua batu tersebut sehingga percikan api terhasil.
Bangsa Inuit mungkin lebih maju dalam teknologi penghasilan api. Mereka menggunakan batu kuarza. Ini kerana di kawasan yang sejuk dan berais, begitu sukar menghasilkan api dari kayu-kayan, tambahan pula sukar didapati. Maka untuk memasak makanan, mereka akan menggesekkan dua batu kuarza untuk menghasilkan percikan-percikan api. Fenomena penghasilan api dari baru kuarza ini kemudiannya dikenali oleh oleh ahli fizik sebagai fenomena piezoelectricity.
Batu kuarza; antara mineral paling sukar ditemui
Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan, misalnya pirit( iron pyrite) dengan besi. Apabila digesekkan kedua-duanya, maka terhasillah percikan api.Cara ini lebih murah berbanding batu kuarza, kerana kebolehdapatan( English-availabity) yang tinggi berbanding batu kuarza yang boleh dikategorikan dalam kategori permata itu.
Hampir kebanyakan teknik penghasilan api ialah geseran. Geseran memerlukan permukaan kasar. Maka kebanyakan objek penghasilan api mempunyai permukaan kasar dan keras. Dari geseran itu maka terhasilnya tenaga haba yang kecil. Apabila terdapat bahan aktif ( umpamanya fosforus) pada kawasan di mana terhasilnya haba, maka percikan-percikan api akan dihasilkan.Prinsip ini digunakan dalam pembuatan mancis kayu.
Dengan berasaskan teknologi geseran, kini manusia mampu menghasilkan teknik yang mudah dan paling murah selain mancis. Sejenis sebatian hablur aktif ditemui, dikenali sebagai ferrocerium.
Sebatian ini digunakan dalam pemetik api. Apa yang diperlukan hanyalah mana-mana permukaan yang kasar dan keras. Geserkan sahaja ferrocerium padanya, maka dengan mudahnya percikan api terhasil. Ferrocerium berupa seperti grafit( English-graphite) pensil dan berwarna hitam dan licin.
Terdapat juga pemetik api yang menggunakan batu kuarza, namun ini adalah dari jenis yang mahal.
Ferrocerium boleh dikeluarkan dari kotak pemetik api dengan mencabut roda bergerigi pada kepala penununya.
rod ferrocerium.
pelbagai jenis pemetik api.
“Dan mana satukah dari nikmat Tuhan kamu(jin dan manusia) yang dapat kamu dustakan?” (Ar-Rahman:18)
Sekian dahulu
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...