Apr 21, 2009

Berdebat dengan atheis.

Seorang atheis telah bertanyakan satu soalan:

Kalau Tuhan itu Maha Kuat, bolehkah Dia menciptakan Bumi yang Dia sendiri tidak mampu mengangkat dan menguruskannya?

Anda tidak perlu menjawab soalan tersebut, cuma anda tanyakan kembali soalan-soalan di bawah kepadanya :

- kalau infiniti ialah nilai paling tinggi, apakah nilai yang lebih tinggi dari infiniti?
- kalau segitiga mempunyai tiga bucu, bagaimanakah bentuk segitiga yang mempunyai lebih dari tiga bucu?
- kalau pintu terbuka apabila dibuka, bagaimanakah pintu boleh tertutup apabila dibuka?
- kalau perut akan kenyang selepas baru sahaja makan, bagaimanakah perut akan lapar selepas baru sahaja makan?
- kalau mengangkat tangan bererti tangan akan ke atas, bagaimanakah mungkin mengangkat tangan bererti tangan akan ke bawah?

dan sebagainya...

Anda boleh bina soalan-soalan anda sendiri dengan menggunakan bentuk-bentuk soalan di atas.

Dan sekiranya si atheis itu belum boleh menjawab soalan-soalan yang anda ajukan itu, katakan padanya:

“jangan harap aku akan jawab soalan kamu jika kamu masih belum dapat menjawab soalan aku!”

atau:

“sedangkan soalan tentang ciptaan Tuhan pun belum dapat dijawab, inikan pula nak bertanyakan tentang zat Tuhan yang mencipta!”

Jadi, biarkan sahaja si atheis itu gila meroyan seorang diri. Atau kalau ditanyakan lagi soalan pelik-pelik, jawab sahaja dengan penampar. (ingat cerita pendakwah yang melempang seorang pemuda setelah bertanyakan tiga soalan?)

Mengenai bentuk soalan yang saya kemukakan di atas itu, ia merupakan satu cara pemikiran, atau penaakulan mantik yang menjadi asas falsafah. Cara pemikiran ini menonjolkan kelemahan si pemikir itu sendiri yang akhirnya membawa kepada akurnya dia kepada kuasa yang lebih tinggi iaitu Tuhan.

Kerana itulah ramai ahli falsafah seperti Isaac Newton dan Socrates percaya pada Tuhan Yang Maha Esa.

Sebagai contoh, saya ambil soalan yang pertama:
Kalau infiniti merupakan nilai tertinggi, apakah nilai yang lebih tinggi dari infiniti?

Kita keratkan soalan ini kepada dua bahagian:
Pernyataan: Infiniti merupakan nilai tertinggi
Pertanyaan: Apakah nilai yang lebih tinggi dari infiniti?

Dalam bentuk soalan seperti ini, pertanyaan bercanggah dengan pernyataan yang telah dipersetujui. Dalam erti kata lain, pernyataan telah dipersetujui oleh hukum alam. Maka sebarang pertanyaan yang bercanggah dengannya akan terbatal dengan sendirinya.

Infiniti telah dipersetujui dalam hukum alam bahawa ia adalah nilai tertinggi.

Mengapa perlu mencipta soalan yang bercanggah dengan hukum alam?

Jika Tuhan itu Maha Kuat.

Mengapa kita perlu mempersoalkan kekuatannya yang Maha Tinggi?

Jadi soalan-soalan sebegini merupakan soalan-soalan yang dicipta secara sengaja oleh orang-orang yang perasan pandai atau berlagak bijak tapi bodoh sombong dalam diam. Mereka bertanya bukan dengan niat untuk tahu, tapi untuk menunjukkan yang mereka konon-kononnya lebih tahu.

Mereka bertanya bukan dengan niat untuk tahu.

Tapi untuk menunjukkan yang mereka konon-kononnya lebih tahu.

Kononnya mereka boleh mempermainkan umat Islam sekonyong-konyong mereka.

Pendek kata, persoalan-persoalan tersebut hanya dicipta oleh orang-orang gila.

Anda mungkin boleh jadi gila jika terlalu memikirkan jawapannya.

Maka awas! Zikir dahulu sebelum fikir.

Fikir-fikirkan. (zikir dahulu)

4 comments:

  1. Salam, terima kasih kerana berkongsi ilmu ini. Kami di sini selalu kena jawab soalan2 pelik pasal Ketuhanan. Kadang-kadang yang tiada kaitan langsung pun ditanya macam pendapat saya tentang persahabatan. Kenapa ada kawan yang buruk dan kenapa ada akwan yang baik. Kalau Tuahn itu adil, tentu dia akan beri kawan yang baik sahaja. (Apakah?) Tak ker soalan itu sangatlah obvious?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan kepada persoalan yg dia ajukan begini, kalau semua org diberi kawan yg baik macam mna hg nak rasa kawan tikam belakang. Jadi perbuatan tikam belakang takkan wujud. Kalau perbuatan tikam belakang tak wujud maka org yg selalu sedih sbb member tikam belakang takkan wujud. Jadi bila takdak org yg kecewa dengan member dia yg tikam belakang, takdak laa hamba yg Allah ciptakan memohon ketenangan dan bersujud kepadaNya. Jadi takdak laa hamba Allah yg merintih masalah kepadaNya. Jadi semua manusia lalai dengan kawan yg baik dan terlupa untuk bersujud kepadaNya. Jadii Allah maha Adil sbb jadikan seorang itu jahat dan baik. Tapi yg jahat tak semestinya akan kekal jahat. Bergantung pada diri sendiri sma ada dia nak berubah atau tak. Sbb Allah takkan ubah seseorng itu jika org itu mahu berubah. Sekian kalau salah mohon perbetulkan sbb maybe ada org beza pandangan

      Delete
  2. Terbaik....Jazakullah

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...