Pada tahun 1901 juga, Abdul Hameed mengeluarkan perintah melarang sebarang tanah di Palestin dijual kepada Yahudi. Tindakan Abdul Hameed ini menepati sabda Rasulullah SAW: “Imam adalah perisai (pelindung) yang dibelakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”
Sultan juga malah memperketatkan peraturan “Paspot Merah” yang mempersulitkan kewujudan pendatang-pendatang Yahudi di Palestin. (Majalah Inthilaq, 1994)
Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu 1902, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzl, mengetuai delegasi untuk mengunjungi Istanbul dan cuba untuk menemui Abdul Hameed. Dr Hertzl meminta Sultan Abdul Hameed menyerahkan Palestin kepada Yahudi dan sebagai mengenang jasanya, Yahudi akan memberinya 150 juta pound sterling. Ini adalah cubaan keduanya untuk mempengaruhi Abdul Hameed selepas cubaannya yang pertama dalam tahun 1896 menemui kegagalan. Abdul Hameed enggan untuk berjumpa dengannya. Maka mereka menemui Ketua Majlis Menteri, Tahsin Pasha dan mengemukakan cadangan mereka. Abdul Hameed menyuarakan ketegasannya melalui Ketua Majlis Menteri; " Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup" .
Theodore telah melakukan enam kunjungan ke Istanbul dalam usahanya untuk membeli Palestin tetapi semuanya menemui kegagalan. Jawapan Khalifah Abdul Hamid dalam bentuk telegram kepada Theodore Hertzl (daripada Kongres Zionis Kedua) pernah diterbitkan oleh Hertzl dalam akhbarnya ‘Die Welt’. Beberapa perubahan dalam telegram itu dilakukan oleh editor akhbar tersebut sebelum ia diterbitkan.
(http://www.abebooks.com/home/stillmanbooks/home.htm)
Theodore Herzl
Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam konflik itu maka barisan musuh semakin kuat. Hari-hari terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula. Wang Yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan Daulah Islam Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis di Palestin iaitu negara yang sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa jua pun risiko yang akan mereka hadapi.
Catatan
(Sedangkan zionisme politik bermula dari kedatangan orang-orang Yahudi-Arkenazim pada tengah abad ke-19. Selanjutnyua pada tahun 1881 berdiri gerakan Chovevei Zion (Pencinta Zion). Gerakan ini melakukan pemindahan orang-orang Yahudi Arkenazim ke Palestina, terutama pada tahun 1882-1884 dan 1890-1891. Upaya pemindahan Yahudi ke Palestina juga dibiayai oleh seorang pengusaha besar Baron de Rothschild.
Lanjutan persidangan pertama Yahudi di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897, gerakan-gerakan Zionis disatukan di bawah bendera Pertubuhan Zionis. Mereka membentuk Jewish Colonial Trust, sebuah bank yang merupakan instrumen finansial bagi organisasi zionis. Tahun 1902 dibentuk perusahaan bagian dari Jewish Colonial Trust, yaitu Anglo-Palestine Company. Institusi lainnya ialah Jewish National Fund, yang dicetuskan oleh Hermann Schapira pada kongres pertama dan disetujui pada kongres keempat di London tahun 1900.)
Selain strategi secara langsung menemui Khalifah Abdul Hamid dalam usaha untuk merampas Palestin, kaum Yahudi juga melancarkan strategi melalui gerakan Freemason. Gerakan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan perkembangan pertubuhan “Ittihat we Terrakki “ (IWT) (al-Ittihad wa al-Tarraqqi: Persatuan dan Kemajuan) yang berkembang amat pesat di Salonika Turki. Anggota-anggota jawatankuasa pertubuhan IWT itu dikenali dengan Turki Muda (Young Turks) yang berdampingan rapat dengan tentera dan banyak anggotanya yang merupakan orang Yahudi dan Cypto Yahudi Salonika. Untuk menjalankan aktiviti pertubuhan itu, mereka mendapatkan sokongan kewangan dari orang-orang Dunnama iaitu sekelompok Yahudi yang memeluk Islam tetapi secara sembunyi tetap mempertahankan keYahudiannya (Amini, 1978, h. 125) (Inthilaq, 1994). Para anggota persatuan itu juga menekan Khalifah supaya mengembalikan perlembagaan 1879 yang dirancang oleh Midhat Pasha seorang Dunnama anggota Freemason. Mereka berjaya melakukan demikian hingga perlembagaan itu dikembalikan semula oleh Khalifah Abdul Hamid dan parlimen yang dibubarkan diwujudkan semula.
Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah
Yahudi juga meminta bantuan Britain untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13 Mac 1909 maka perjalanan memudahkan penubuhan negara Yahudi di Palestin bermula apatah lagi dengan adanya revolusi Arab yang menentang Othmaniah pada 10 Jun 1916. Pada 2 November 1917 Arthur J Balfour, Menteri Luar Britain dengan persetujuan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Wilson menjanjikan kepada bangsa Yahudi tanah Palestin sebagai negara mereka kelak. Pada tahun 1917 itu juga, Britain berperang dengan Khilafah Uthmaniyah untuk merampas wilayah Gaza di Palestin.
Janji Balfor di atas selari dengan kenyataan pemimpin komunis Rusia, Lenin, sebulan sebelumnya (minggu pertama Oktober) iaitu ketika dia berhasil meruntuhkan (pemerintah) kekaisaran Russia ketika dia berkata: "Wahai Yahudi, sesungguhnya kemenangan kita sudah semakin hampir. Pada hari ini kita telah memegang kekuasaan dunia dengan menguasai Russia. Sebelum ini, Russia adalah tuan kami dan sekarang mereka menjadi hamba kami." (Dr Abdullah Azzam, Hamas, 14). Maka bermulalah penghijrahan Yahudi ke Palestin dengan pelbagai kemudahan yang disediakan Eropah, Russia dan Amerika.
Britain dan Perancis sejak lama lagi mahu menghancurkan Daulah Islam Uthmaniah, tetapi istilah ‘Jihad’ masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap ‘Orang Sakit Eropah’ (Daulah Islam Uthmaniah). Contohnya, Perancis pernah merancang mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah SAW. Drama itu bertajuk “Muhammad atau Kefanatikan” dan disamping mencaci Rasulullah SAW, ia juga menghina Zaid dan Zainab. Sebaik sahaja mengetahui berita pementasan itu, Abdul Hamid memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi oleh Perancis jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya. Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi Abdul Hamid memberi amaran kepada England. England menolak amaran itu dengan alasan tiket-tiket telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) rakyatnya. Perwakilan Uthmaniyah di England mengatakan kepada England bahawa walau pun Perancis mengamalkan ‘kebebasan’ tetapi mereka telah mengharamkan pementasan drama itu. England juga menegaskan bahawa kebebasan yang dinikmati oleh rakyatnya adalah jauh lebih baik dari apa yang dinikmati oleh Perancis. Setelah mendengar jawapan itu, Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran,“ Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan isytiharkan Jihad al-Akbar (Jihad yang besar).”
Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan “kebebasan bersuara” (freedom of speech) dan pementasan drama itu dibatalkan. Walau pun Khilafah Usmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena antarabangsa dan perkataan “jihad” menggerunkan kuasa-kuasa besar Barat. Abdul Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam urusan global. (Buletin Khilafah, Edisi 15, 23 Jun 1989, England & Ar-Raya, Jilid 3, Isu 4, Zul Qada’a April 1994). Kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, “ Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun.”
Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898. Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai ‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316, Constantinople)
Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah
Walaupun Turki pada masa sedang tenat, tetapi kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, “ Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun.” Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898.
Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai ‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316, Constantinople)
Walau bagaimana pun atas pengaruh Yahudi, Britain berusaha untuk mengadakan persidangan untuk menyiasat masalah rantau Balkan, Khilafah Uthmaniyah dan reformasi-reformasi dalam Khilafah. Pada 13 Jun 1878, persidangan Berlin diadakan yang diaturkan oleh kuasa-kuasa besar iaitu Britain, Perancis, Rusia dan Jerman. Benjamin Disraeli (berbangsa Yahudi) adalah Perdana Menteri Britain pada masa itu dan dia mewakili Britain di persidangan itu. Bismark mewakili Jerman dan menyokong Khilafah Uthmaniyah dengan menentang Britain di sepanjang persidangan. Persidangan itu berjalan selama 4 minggu dan di akhir persidangan, beberapa resolusi dibentangkan dan di antaranya adalah mendesak Khilafah Uthmaniyah untuk memperkenalkan reformasi-reformasi ‘moden’ ke atas sistemnya tetapi Sultan Abdul Hameed menolaknya dan menumpukan usahanya terhadap memperkukuhkan tenteranya untuk menghadapi Barat.
Beliau mengenepikan mereka yang melaungkan pergantungan terhadap negara-negara Barat dan yang melaungkan supaya diketepikan Islam dan dilaksanakan sistem Barat. Maka, golongan sekular terpaksa meninggalkan Khilafah dan mewujudkan markas mereka di Paris, Perancis dan Geneva, Switzerland.
Negara-negara Barat juga telah mengapikan dan membantu perjuangan penduduk Kristian di rantau Balkan supaya ‘memerdekakan’ diri mereka dari Khilafah dan ini sudah tentu menggugat kesatuan Khilafah. Gerila-gerila yang memberontak terhadap Khilafah melancarkan taktik serangan provokatif terhadap penduduk Islam yang sengaja bertujuan untuk membuatkan Khilafah bertindak untuk mengekang pemberontak-pemberontak tersebut dan ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campur tangan.
Banyak bukti boleh dibentangkan untuk membuktikan campurtangan barat dalam mengapikan pemberontakan.
Bangsa Armenia telah mendirikan parti Hunchak dalam tahun 1887 di Geneva, Switzerland. Ia merupakan parti Marxis komunis dan terpengaruh dengan Rusia. Di Istanbul, ia merekruit sejumalah 700 orang anggota khasnya di kalangan orang-orang Armenia yang bekerja dengan syarikat-syarikat asing. Dalam tahun 1890, sebuah lagi parti revolusi Armenia didirikan di Tiflis yang dikenali sebagai Dashnak. Kedua-dua parti itu telah membunuh beberapa orang Armenia yang bertugas dengan Khilafah. Pada hari Ahad, 27 Julai 1890, suatu kekecohan berlaku di luar ‘patriarchate’ Armenia di Kumkapi. Sebuah kumpulan revolusi Hunchak yang kebanyakannya datang dari Caucasus telah mengepung sebuah gereja, mengganggu Patriach dan membaca manifesto penentangan mereka terhadap Khalifah. Pembunuhan berlaku selepas itu dan ia merupakan serangan pertama terhadap umat Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian di Istanbul sejak tahun 1453. Sesetengah orang Armenia memang mengharapkan supaya berlaku pembunuhan untuk membolehkan negara-negara barat campur tangan. Pada 25 Mac 1894, Patriarch sekali lagi dicederakan oleh sekumpulan pengganas muda Armenia di Kumkapi. Pada 18 September 1895, selepas persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya oleh jawatankuasa revolusi Hunchak, sejumlah 2,000 orang Armenia, yang bersenjatakan pisau dan pistol, berarak dari Kumkapi menuju ke istana sambil melaungkan ‘kebebasan atau kematian!’ dan mereka menyanyikan lagu-lagu revolusi. Partriarch dipaksa mengikut perarakan itu. Mereka juga menuntut negara-negara barat campurtangan untuk membantu mereka.
Sebelum itu pada 10 September 1895, sekumpulan orang Armenia telah menyerang bangsa Greek di Ortakoy. Beberapa pembunuhan berlaku di bahagian timur. Ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campurtangan. Duta-duta negara barat menghantar memorandum bantahan kepada Khalifah.
Pada 26 Ogos 1896, kekejaman berlaku lagi di Istanbul. Anggota-anggota revolusi Armenia dari parti Dashnak melancarkan satu siri serangan bom yang telah dirancang dengan rapi di seluruh kota Istanbul khasnya di Galata dan Samatya. Kejadian paling dramatik berlaku pada pukul 1 petang. 25 orang Armenia yang menyamar sebagai ‘porter’ merampas salah satu markaz kuasa di Istanbul iaitu pejabat utama Bank Uthmaniyah di Galata. Ia dipilih oleh orang Armenia kerana binaannya yang teguh akan membolehkan mereka menangkis sebarang kepungan dan kedudukannya sebagai pejabat kewangan akan mempastikan mereka mendapat publisiti meluas di Eropah. Setelah membunuh dua orang pekerja dan mengambil 150 orang pekerja dan pelanggan sebagai tebusan, mereka mengancam akan meletupkan bank itu kecuali jika permintaan mereka untuk mendapatkan autonomi di bawah perlindungan Eropah akan dipenuhi.
Edgar Vincent, gabenor bank itu berjaya melepaskan diri dari pejabatnya yang terletak di tingkat atas melalui tingkap yang terletak di bumbung bangunan. Selepas berlaku perundingan yang lama, pengganas-pengganas itu dibenarkan meninggalkan Istanbul menggunakan kapal layar Vincent. Mereka kemudian menuju ke Marseilles dengan sebuah bot kedutaan Perancis dan kemudian dilepaskan.
Rusia juga inginkan minyak yang banyak terdapat di kawasan yang didiami oleh sejumlah besar penduduk Islam. Salah satu harapan terbaik Rusia untuk menangkis penguasaan Amerika ke atas minyak dunia ialah dengan menguasai wilayah Baku. Menjelang tahun 1884, seluruh wilayah Tajikistan (yang majoriti penduduknya adalah Muslim) telah dirampas oleh Rusia dan ini melengkapkan penaklukan Rusia ke atas kawasan Asia Tengah yang kebanyakan penduduknya adalah umat Islam dan ini membolehkannya terus memenuhi permintaan minyaknya sehingga dekad ini. Sebelum rangkaian paip minyak dibina dalam kurun ke20 ini, minyak sampai ke bandar-bandar di Levant, Iran dan Asia Tengah melalui karavan unta, kuda dan kapal. Menjelang 1903, wilayah Baku membekalkan separuh dari bekalan minyak dunia dan di sinilah syarikat Nobel Brothers Petroleum memodenkan prinsip penyulingan yang sebenarnya telah direka lebih awal dalam dunia Islam.
Britain telah memutuskan untuk mengunakan polisi luarnya yang terpenting, "Pecah dan Perintah" (Divide and Rule). Ia mengapikan semangat nasionalisme dengan menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda. Apabila Turki Muda dan Arab Muda menjadi kuat di dalam Daulah Islam Uthmaniah, Britain tidak perlu berbuat apa-apa lagi, Turki Muda akan melakukan seterusnya. Mereka memulakan arus kebangsaan dan prasangka di kalangan warga Turki di dalam Daulah Islamiah. Sebagai tindakbalasnya bangsa Arab, Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa lain membina jenama kebangsaan mereka sendiri. Masyarakat mula merasai bahawa mereka adalah sebahagian daripada bangsa mereka dan bukan sebahagian daripada warga Negara Islam. Contohnya ,seorang bangsa Inggeris dalam tahun 1880 mengatakan tentang kenyataan seorang bangsa Arab yang mengatakan, ‘sikap tidak puas hati terdapat di kalangan orang-orang Arab di semua wilayah Khilafah Utsmaniyah. Beliau mengisytiharkan bahawa mereka bersedia untuk membebaskan diri mereka jika mereka mendapat bantuan daripada England... semua orang Islam yang tulen menganggap Sharif Makkah (agen Britain) sebagai pemimpin mereka.’ (h. 324, Constantinople) Ini merupakan detik-detik berakhirnya Negara Islam.
Lieutenant-Jeneral Sir John Glubb yang juga digelar ‘Glubb Pasha’ yang memimpin ‘Arab Legion’ dari tahun 1938 hingga 1956 sendiri mengakui peranan nasionalisme dalam menghancurkan Khilafah. Dalam bukunya “The Changing Scenes of Life-An Autobiography: Sir John Glubb’, terbitan Quartet Books, halaman 54, beliau mengatakan, "Nationalisme adalah satu kecelakaan yang dibawa masuk dari Eropah. Khilafah Utsmaniyah telah memerintah berbagai bangsa selama beberapa kurun lamanya tanpa berat sebelah (kepada mana-mana bangsa). Kaum-kaum di Euphrates (Iraq) tidak mempunyai sentimen nasionalisme - bangsa Turki atau Arab semuanya pada pandangan mereka.”
Negara-negara Barat membuat perancangan yang rapi untuk memusnahkan Khilafah. Sebagai contohnya dalam telegram yang dihantar oleh duta Rusia di London kepada menteri luar negeri Rusia dalam tahun 1915 berbunyi, “ Pemerintah Itali menyokong pendapat pemerintah Rusia tentang pentingnya memisahkan pemerintahan Islam yang akan diwujudkan di Hijaz (Arab Saudi pada hari ini) dari Khilafah dan meletakkannya di bawah penguasaan mutlak Britain. Pemerintah Itali menyokong penuh usaha untuk merampas Khilafah dari orang-orang Turki dan menghapuskannya jika perlu.”
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...