Pernahkah anda menonton cerita ‘Independence day’? Dalam cerita tersebut ditunjukkan bagaimana bangsa manusia berjaya mengalahkan makhluk asing dengan menghantar virus ke dalam sistem kawalan komputer ibu dalam pesawat induk makhluk asing itu.
Diulang, bukan tentera bergerombolan, tetapi hanya beberapa orang tentera dari kalangan manusia untuk menjangkitkan virus itu ke dalam sistem komputer makhluk asing itu.
Akhirnya, keseluruhan makhluk asing yang sedang memerangi bangsa manusia dimusnahkan setelah sistem komputer mereka yang mengawal segala-galanya, dimusnahkan.
Dalam sejarah peradaban manusia, berapa ramaikah tentera dalam peperangan yang hancur bukan disebabkan pembunuhan oleh tentera musuh, tetapi disebabkan oleh serangan penyakit? Jawapannya: terlalu ramai. Ketika Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte menyerang Britain, ramai tenteranya gugur akibat serangan virus hawar.
Ketika zaman Nabi Adam (sejahtera ke atas baginda), syaitan berusaha sedaya upaya agar Nabi Adam dan isterinya Hawa menjaga anaknya Khannas sehingga tiga kali percubaan menghelah mereka. Akhirnya, Nabi Adam dan Hawa telah memakan Khannas bagi melenyapkannya. Buat pengetahuan anda, syaitan sebenarnya merancang agar Adam dan Hawa memakan Khannas, supaya??
Supaya Khannas menjadi musuh dalam selimut.
Supaya Khannas menjadi virus yang akan merosakkan sistem induk (tubuh manusia).
Supaya Khannas menjadi syaitan yang tersembunyi, berjalan menyusuri pembuluh darah manusia.
Kerana syaitan tidak mahu kalah kepada manusia yang berpegang teguh kepada Allah kalau dia hanya menyerang dari hadapan atau luaran sahaja.
Maka jadilah manusia yang diserang dari dalam ini manusia yang penuh dengan hasad dengki, prasangka, ujub, riak dan berbagai lagi penyakit hati, meskipun dia seorang yang kuat iman dan sentiasa beribadat kepada Allah. Inilah serangan syaitan yang tersembunyi.
Bagaimanakah anai-anai meruntuhkan suatu binaan kayu? Iaitu dengan memamahnya dari dalam! Anai-anai hanyalah suatu yang kecil, bersendirian tidak mungkin dapat memusnahkan binaan kayu yang kuat dari luar. Dengan memusnahkannya dari dalam (bahagian dalam kayu lebih lemah dari kulit luarannya), maka binaan kayu akan musnah sedikit demi sedikit, runtuh tanpa disedari.
Musuh Islam tidak akan berani menentang Islam secara terang-terangan.
Ini kerana kita, orang Islam itu sendiri menggetarkan hati mereka dengan pegangan dan kesatuan kita. Itulah apa yang mereka dapat lihat mengenai luaran kita.
Lalu mereka bertindak secara halus. Mereka merancang menghancurkan kita melalui dalaman.
Iaitu dengan menghantar virus-virus ke dalam sistem kita bagi menggoyahkan pegangan akidah kita, kemudian barulah menghancurkan luaran kita dari dalam agar kita berpecah-belah. (ingat analogi bola besi? insyaAllah kalau ada sesiapa yang tidak pernah mendengar analogi ini, saya akan cuba menerangkannya dalam catitan yang akan datang)
Virus-virus ini boleh dirumuskan dalam bentuk 3 S:
Sex, Sport, Song
Selain itu, terdapat juga virus dalam bentuk lain umpamanya soalan-soalan yang diajukan mereka yang tidak mampu dijawab oleh kita, umpamanya soalan-soalan pelik dari golongan atheis yang menggoncang akidah.
Tidak perlulah saya hurai dengan lebih lanjut mengenai 3 S itu. Anda bolehlah fikirkan sendiri.
Di mata mereka, kita adalah makhluk asing yang asing (ghuraba’) yang perlu dimusnahkan dengan menghantar virus-virus untuk memusnahkannya seperti dalam cerita ‘Independence Day’.
Maka apa yang perlu kita lakukan bagi menghadapi virus-virus mereka?
Iaitu dengan mengukuhkan dalaman, iaitu pegangan akidah dalam hati kita dengan suntikan imunisasi akidah yang betul, selain berusaha sedaya-upaya merawat mereka yang telah parah dijangkiti (murtad).
Dengan berpegang kepada akidah yang unggul sahaja, barulah kita dapat mencipta kekuatan luaran yang menggentarkan hati mereka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang yang selepasnya seperti Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih. (rujuk analogi bola besi)
Inilah pertahanan atau imunisasi orang Islam yang paling menakutkan mereka, iaitu pegangan akidah yang unggul. Dengan berpegang kepada akidah yang unggul, maka orang Islam tidak akan gerun melihat musuhnya dan hanya gerun kepada Allah semata-mata.
Imunisasi akidah bukan sahaja mampu mempertahankan umat Islam dari serangan virus musuh, tetapi menimbulkan kegerunan dalam hati musuh-musuh mereka.
Sebagaimana para doktor gerun kerana imunisasi virus AIDS dan SARS terlalu kuat sehingga vaksin yang dicipta tidak mampu menewaskan virus-virus ini.
“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).” (Al-Hasyr:14)
Semoga mendapat ilmu berguna dari rencana ini walaupun sedikit cuma.
p/s: Sekarang ini terdapat sejenis virus baru yang sedang membawa wabak maut di Mexico dan dijangkakan akan direbakkan ke seluruh dunia jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Tahukah anda apa virus itu? Itulah dia virus selesema babi, yang mempunyai ciri-ciri virus selesema burung, babi dan manusia. Sangat berbahaya. Sehingga rencana ini ditulis, 68 orang telah maut di Mexico akibat serangan virus ini.
Jadi, kepada orang-orang kafir di luar sana, beranikah lagi makan daging babi? Mahu mempersoalkan lagi mengapa Islam melarang umatnya memakannya?
Babi adalah sejenis binatang yang berupaya memutasi sebarang virus yang tidak berbahaya menjadi amat berbahaya. (merujuk kepada tulisan Dr. Daniel)
Lihat sahajalah, berapa banyak penyakit yang disebarkan oleh ‘haiwan haram’ dan pengotor ini. Dari JE, Nipah E. , selesema burung, SARS, sehinggalah kepada yang terbaru iaitu selesema babi.
Sudah hampir tiba masanya binatang babi akan dihapuskan dan mungkin telah hampir dekat masa turun Nabi Isa (sejahtera ke atas baginda) kerana ada hadis Rasulullah (selawat dan sejahtera ke atas baginda) yang memberitahu bahawa salah satu perkara yang akan dilakukan Nabi Isa (sejahtera ke atas baginda) setelah diturunkan ke Bumi ialah membunuh babi. Wallahualam.
What a nice, creative post..masyaAllah! Nak tambah sikit kpd Virus 3S tu..Screen (TV, internet, wayang dll), Smoke (rokok!)..so ade 5S!hehe..dan byk lg sbnrnye..semuanya perancangan jahat kafir yg Allah dah bg warnig dlm Quran; "xkan redha selama-lamanya org Yahudi n Nasrani hingga kamu masuk ke dlm agama mereka!"..JADI, bangun3!jom sama2 tinggalkan JAHILIYYAH moden yg jauh lebih teruk dr JAHILIYAH zaman Nabi dulu.. Btw, about babi ni, still dia adalah ciptaan Allah..looking at d bright side, sbb die,rasenye la, kita(Muslim)percaya dan yakin dgn perintah Allah melalui agama suci-Nya ini, ISLAM! wallahua'lam..
ReplyDeletetq tq tq... memang byk2 terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...alhamdulillah, ada juga orang yang sudi berkongsi ilmu di sini.
ReplyDeletehmm, betul. kalau Allah tak cipta babi, sudah tentu tiada perintah pengharaman babi. dan dengan perintah pengharaman ini, maka dapat mengajar umat Islam supaya taat pada perintah Allah.
"Kami dengar dan kami taat"