Rencana disalin/tampal dari sebuah emel yang diterima. Selamat membaca.
___________________________________________________________________________________
Sultan Abdul Hameed Kedua dan Kejatuhan Khilafah Islam
Muqaddimah
Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah anak kedua kepada Sultan Abdul Majeed I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Farsi disamping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. (Muzakkarat (Diari) As-Sultan Abdul Hameed) Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.
Khalifah Abdul Hameed II
Sultan Abdul Hameed II
Pada 31hb. Ogos 1293Hijriyah (1876) , Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah menggantikan abangnya, Murad V. Ummat memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hinggalah ke tahun akhir beliau memerintah iaitu 1909, beliau menetap di Istana Yildiz. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).
Para sejarawan gemar mengkaji dengan amat mendalam tentang perwatakan Abdul Hameed. Dia telah diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam hasil karya dan sajaknya. Di sini dipaparkan contoh sajak tulisannya yang telah diambil daripada buku "Ayahku Abdul Hameed", hasil karya anak perempuannya, Aishah.
Terjemahan sajaknya,
"Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa,
Engkaulah Yang Mana Esa dan tiada yang lain
Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam masa kepayahan ini
Ya Tuhanku tolonglah aku dalam masa yang genting ini".
Pelbagai cabaran yang dihadapinya
Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha (1822-1885). Terdapat dakwaan bahawa Midhat adalah dari kaum Yahudi Dunnama, sama seperti Mustafa Kamal. Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang cekap tetapi keras kepala orangnya. Midhat juga merupakan seorang Dunama anggota Freemason (Inthilaq, Mei 1994)
Midhat Pasha
Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan dalam tahun 1876. Empat hari selepas beliau disingkirkan, beliau telah meninggal dunia. Para sejarawan merasa pasti bahawa beliau mati syahid disebabkan angkara golongan ‘Turki Muda’ yang telah berkumpul sebelum itu untuk membunuhnya dan kemudian membohongi rakyat dengan mengatakan beliau telah membunuh dirinya. Ketika pemerintahan Abdul Aziz, banyak kemajuan telah dicapai. Pasukan tentera Khilafah Usmaniyah membuat persiapan dengan segera untuk menjadi pasukan yang ketiga terkuat di dunia pada masa itu dan kekuatan tentera darat diperkuatkan hingga mencapai 700,000 orang tentera. Tentera Khilafah Usmaniyah menyusun kemunculan persenjataan askar dengan membina banyak sekolah yang penting contohnya sekolah yang mempersiapkan untuk peperangan ofensif dan defensif dan juga sekolah tentera (di peringkat menengah).
Sultan Abdul Aziz juga telah melawat Mesir, Perancis, Britain dan Prussia. Tujuan kunjungan ke Eropah ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak kepada Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia dan juga bertujuan untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang Rusia. Pada zamannya juga terbit ‘majalah al-ahkam al-adaliyah” yang dikelolakan oleh Ahmad Jaudat Pasha dan juga dibukanya Terusan Suez. (Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh)
Sultan Abdul Aziz
Tidak lama kemudian, Britain mengusulkan diadakan persidangan di Istanbul yang dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan ‘perdamaian’ di rantau Balkan dengan memperkenalkan beberapa cadangan baru . Persidangan itu telah memaksa Khilafah Uthmaniyah untuk melaksanakan beberapa reformasi. Maka, Midhat Pasha telah menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Beliau mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 16 orang pegawai awam, 10 orang ulamak dan 2 orang pegawai tentera berpangkat tinggi. Beliau mempertanggungjawabkan kepada jawatankuasa itu tugas untuk merangka perlembagaan negara. Setelah mengharungi pelbagai masalah, jawatankuasa itu akhirnya meluluskan draf perlembagaan yang mendapat inspirasi dari perlembagaan negara Belgium. Ia dikuatkuasakan di bawah tajuk Qanun Assas (iaitu Undang-undang asas) pada 23 Disember. Maka, ia menjadi perlembagaan rasmi negara iaitu perlembagaan negara Belgium dan dengan memberi pertimbangan terhadap beberapa aspek Islam, ia menjadi perlembagaan negara Islam.
Pengisytiharan perintah khas diraja mengenai Qanun Asasi itu dilakukan dalam tahun 1876. Suatu perhimpunan diadakan pada petang hari pengisytiharan itu di kediaman Midhat Pasha bukan untuk membincangkan tentang urusan negara tetapi untuk berpesta minum arak dan mereka yang menghadiri pesta itu membuat bising akibat mabuk. Midhat Pasha juga dalam kemabukan dan beliau memang dikenali sejak zaman mudanya lagi sudah lazim minum arak.(halaman 58, Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh)
Oleh kerana perlembagaan itu dikira sebagai sistem demokrasi iaitu undang-undang kufur dan sebagai sistem demokrasi yang bercanggah dengan Islam dan oleh kerana undang-undang itu sendiri bertentangan dengan Islam, jika ia dilaksanakan, pelaksanaannya bermakna penghapusan sistem Khilafah dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara Eropah lain seperti Belgium yang mempunyai perlembagaan yang menjadi sumber perlembagaan. Maka, perlembagaan itu tidak dilaksanakan dan Abdul Hameed, para ulamak serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah mula mengelak dari melaksanakan perlembagaan itu dan mengelak dari memenuhi desakan kuasa-kuasa besar. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum)
Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kekalahan disebabkan daripada peperangan tersebut yang tidak dirancang dengan baik. Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut. Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan. Abdul Hameed juga dapat mengesan tipu helah dan permusuhan Britain. Beliau juga mendapati bahawa Britain telah menghubungi pegawai-pegawai Khilafah. Midhat Pasha sering berurusan dengan Britain dan beliau adalah orang yang mendalangi dasar untuk bergantung kepada negara-negara Barat.
Konsul British di Beirut menghantar telegram ke London pada 28 Julai 1880 mengatakan, "Risalah-risalah pemberontakan telah tersebar, Midhat Pasha didakwa menjadi puncanya, sementara itu keadaan masih tenang, laporan terperinci akan diposkan".
Kuasa-kuasa besar khasnya Britain berusaha gigih untuk menghancurkan Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan pelaksanaan perlembagaan sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum) .Abdul Hameed menggunakan pertelingkahan di antaranya dengan Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat. Midhat dibicarakan di sebuah taman dalam Istana Yildiz dalam tahun 1881. Beliau telah didakwah kerana mengatur pembunuhan Sulan Abdul Aziz. Ibu Sultan Abdul Aziz turut menjadi saksi dalam perbicaraan itu. Akhirnya, Midhat didapati bersalah dan dipecat dalam bulan Februari 1877. Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Ada sumber yang mengatakan beliau dibuang negeri ke Taif, di selatan Makkah. Rakyat dan ahli politik menyambut baik langkah itu.
Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia telah mampu meramalkan bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan ia akan membuatkan Rusia lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu rantau Balkan yang merupakan sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Rusia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk membangkitkan penduduk rantau Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal dihadapi. Dia hampir berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan tetapi bila perjanjian mencapai peringkat akhir, empat buah negeri Balkan mengambil keputusan yang berasingan dan mengenepikan Daulah Islam Uthmaniah. Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia . Dengan bantuan kewangan Barat, dalam tahun 1878 rantau Balkan mendapat ‘kemerdekaan’ (Daulah Islamiyah, Taqiyuddin an-Nabahani).
Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ia melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Pada sangkaannya beliau berjaya menghapuskan sepenuhnya ancaman dari dalam selepas menyingkirkan Midhat Pasha dan orang-orangnya tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua Majlis Para Menteri (Alsadr Alazam ) dan juga salah seorang Ketua Tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Britain dan terlibat dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.
Awni Pasha cuba mengheret Daulah Islam Uthmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui jika peperangan berlaku, Rusia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.
Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa terdapat 200,000 orang askar yang bersiap sedia tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 orang askar, untuk menghadapi lebih 300,000 orang askar musuh. Pada masa itu, rakyat menyukai Awni dan Abdul Hmeed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah.
Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi Khilafah Uthmaniah dengan sokongan daripada empat buah negara Balkan (Romania, Serbia, Montenegro,Austria-Hungari). Akibatnya, Bosnia dan Greek terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.
Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England.
Perancangan Jahat Yahudi untuk Menghancurkan Khilafah
Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) tidak dapat dielakkan. (Gelaran ‘Orang Sakit Eropah’ telah diberikan oleh pemerintah Rusia, Tsar Nicholas 1 dalam tahun 1833) Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya dan tidak ketinggalan juga Yahudi. Orang-orang Yahudi yang menjadi warga Daulah Islamiah adalah pelarian daripada negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Portugal selepas pemerintah Islam di Andalus dikalahkan oleh tentera Kristian dan seterusnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang Islam dan Yahudi. Di bawah undang-undang yang kejam yang dilaksanakan oleh raja-raja kristian di Sepanyol, lebih dari 4,000 orang Yahudi telah dibunuh di bandar Seville sahaja dalam bulan Jun 1391. Dalam bulan April 1482, orang-orang Yahudi dikenakan perintah berkurung di penempatan mereka dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal di luar. Pada bulan Mac 1492, suatu perintah dikeluarkan yang mengarahkan orang-orang Yahudi di Sepanyol sehingga 31 Julai untuk menerima agama kristian atau diusir keluar dari Sepanyol. Dianggarkan 50,000 Yahudi memeluk kristian dalam keadaan dipaksa akibat perintah itu dan antara 165,000 dan 400,000 Yahudi dipaksa meninggalkan Sepanyol tanpa dibenarkan membawa barang-barang kepunyaan mereka.
Yahudi melarikan diri ke Daulah Islamiah. Mereka menyedari bahawa Daulah Islamiah melaksanakan undang-undang Allah SWT, menjamin perlindungan, keamanan dan kemakmuran ke atas mereka . Umat Islam menyambut kedatangan mereka dan membantu mereka menetap dalam Daulah Islamiah serta mengambil berat terhadap mereka. Layanan ke atas Yahudi oleh Daulah Islamiah menarik minat Yahudi dari seluruh Eropah barat untuk berhijrah. Seorang sejarawan mengatakan,”Dalam tempoh masa yang pendek, ketika kekejaman pasukan salib (kristian) mencapai kemuncaknya, sebuah dunia baru yang gemilang telah terbuka kepada mereka di bawah sinaran perak bulan sabit (Daulah Islamiah) yang berkilauan.” Sejumlah masyarakat Yahudi yang besar di Istanbul, bekas ibukota Khilafah Uthmaniyah menjadi saksi kepada penghijrahan secara besar-besaran yang berlaku dalam Khilafah malah Khalifah pada ketika itu menggambarkan kekejaman orang-orang Sepanyol sebagai tindakan “bodoh” dan sebagai “ memperkayakan wilayahku”. (Political Views On Palestine, Abu Ghazi) Malangnya, mereka telah mengkhianati perlindungan yang diberikan oleh Khilafah.
Israel sebagai 'tanah air' bangsa Yahudi dengan lambang 'David Star' berdiri secara rasmi pada 1948 dengan sokongan PBB sepenuhnya. Tetapi secara tidak rasmi, mereka sudah merencanakan untuk mendapatkannya kembali selepas tanah Palestin dimiliki umat Islam sejurus penaklukannya pada zaman Umar ibn al-Khattab pada 13 Hijrah. Ia dikuasai bangsa Eropah selama tujuh abad bermula dari 63 Masehi (Ibn Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, jld 12).
Ada tiga tempat pilihan bagi Yahudi Eropah untuk dijadikan tanah air tempat berdiri negara mereka yang dijanjikan Eropah sebagai kuasa dunia ketika itu iaitu Palestin, Uganda di Afrika dan Surinam di Amerika Latin. Dengan pelbagai pertimbangan di antaranya tanah asal mereka, akhirnya mereka memilih Palestin.
Mengenai percubaan hijrah bangsa Yahudi ke Palestin atau Sina dari Eropah, sudah banyak dicatat sejarah Islam bermula dengan larangan penghijrahan berkenaan oleh Khalifah Salim al-Awwal dari Khilafah Othmaniah pada 1517 Masehi. Ia diikuti anaknya Sulaiman pada 1566. Sultan Abdul Hameed mengetahui perancangan jahat Yahudi. Ketika Yahudi Russia mahu berhijrah ke Palestin dalam tahun 1882, Persatuan Rakan-rakan Zion membuat permohonan kepada majlis Uthmani di Rusia untuk menetap di Palestin. Ia dihalang oleh Sultan Abdul Hamid II bahkan beliau mengisytiharkan larangannya secara umum pada 28 April tahun itu juga dengan mengatakan: “Dengan ini Khilafah Uthmaniyah mengisytiharkan kepada semua Yahudi yang berniat untuk berhijrah ke Turki bahawa mereka tidak akan dibenarkan tinggal di Palestin. “ Larangan ini dibantah oleh Duta Besar Amerika ke Othmaniah bahkan beliau meminta dibatalkan. Yahudi semakin marah dan mereka mula menghantar beberapa delegasi untuk menemui Abdul Hameed tetapi setiap delegasi pulang dengan tangan kosong malah setiap delegasi diberi tamparan lebih hebat jika dibandingkan dengan delegasi sebelumnya.
Pada tahun 1895/6, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) karangan Dr Theodore Hertzl (1869-1904) , seorang Zionis dari Hungary, diterbitkan demi memadamkan api anti-Yahudi di Eropah.Dalam buku itu beliau berhujjah bahawa orang-orang Yahudi mesti mempunyai negara sendiri yang menerima kedatangan semua Yahudi dari negara-negara yang menolak atau menindas mereka. Yahudi mengadakan persidangan pertama di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897 demi meletakkan batu asas penubuhan negara Yahudi di Palestin. Persidangan itu berjaya diadakan hasil penat lelah Herzl dan Weizmann dan dihadiri oleh 204 para jemputan. Dalam persidangan itu mereka memutuskan untuk menubuhkan Israel di Palestin. (Rujuk, sebagai contoh, Dr Jamal A Hadi, At-Tariq ila Bait al-Maqdis, II/17-21. Buku ini mengandungi tiga jilid dan cetakan pertamanya pada 1987. Ia adalah buku sejarah umat Islam dan penulisnya adalah profesor sejarah di Institusi Pengajian Tinggi di Mesir). (a) Theodore Hertzl : Pelopor Gerakan Yahudi (b) Buku yang ditulis olehnya (c) makamnya
Selepas persidangan itu, pergerakan Yahudi menjadi semakin aktif dan ini menyebabkan Sultan Abdul Hameed mengeluarkan pengisytiharan dalam tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang datang ke Palestin untuk tinggal lebih dari 3 bulan.
Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua orang pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang menemui Abdul Hameed. Mereka menawarkan kepadanya untuk:-
(1) Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah yang berjumlah 23 juta pound emas Britain.
(2) Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah untuk melindungi Khilafah yang menelan belanja 230 juta Franc emas.
(3) 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.
(4) Membina sebuah universiti Uthmaniyah di tanah suci.
Sebagai tukarannya:
(1) Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu "untuk melawat tempat-tempat suci"
(2) Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Al-Quds (Jerusalem).
Abdul Hameed enggan menerima tawaran itu dan enggan berjumpa dengan mereka. Dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:-
"Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan. Perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Al-Quds (Jerusalem) menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Al-Khattab menakluk bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka. Pemerintah Othmaniah tidak akan berlindung di dalam istana yang dibuat dengan wang musuh-musuh Islam.”
Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya.
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...