Jan 1, 2009

Bingkisan buat sang pejuang ( al-fatihah buat rakyat Palestin yang telah syahid dibunuh Zionis laknatullah...)

Harga terlalu tinggi.

hoi pengecut!
andai kau berani
turunlah ke sini
buangkan senjatamu
hentikan hentaman roket
bom dan peluru berpandu
kita bertarung
satu lawan satu
engkau dan aku
siapa lebih kuat
siapa lebih hebat
kita buktikan sendiri

apalah gunanya
kau korbankan jiwa tak berdosa
hanya kerana
kau dicubit sedikit
digertak roket sedikit
kau mengamuk sehabis mungkin
segala macam peluru
dari besar gajah
hingga sekecil-kecilnya
kau muntahkan sesuka hati
pada jiwa yang tak mengerti
pada anak kecil
yang baru bertumbuh gigi
pada wanita-wanita
pada orang2 tua
yang tak mampu lagi berdiri
apatah lagi berjalan berlari
bingkas selamatkan diri

hoi pengecut!
biar sejuk mencengkam
biar panas menghunjam
biar berkecai mimpi badai menikam
aku tidak pernah gentar
berdiriku di sini tegar
walau kau mara,ke depan kau menganjak
setapakpun aku tidak akan berganjak
malah lagi ke depan kakiku menjejak
pantas kan ku berarak
rela aku berkubu tubuh
dari duduk berpeluk tubuh

biarkan aku sendiri menjadi saksi
memancung kepala-kepalamu
dan tangan-tangan lancangmu
atau ingin sekali aku
menyumbat peluru ke dalam kepala otakmu
agar dapat kau rasa barang sedikit
betapa derita mati itu terlalu perit.

hujan emas di negeri orang,
berhujan PELURU di negeri sendiri
lebih baik sahaja syahid di sini
tumpah darah pertahankan pertiwi
kerana aku meyakini
bahawa Tuhan menjadi saksi
harga yang bakal dibayar terlalu tinggi.










mohdsyafiqbinsabri 10:35a.m. tiverton rd, selly oak, uk

1 comment:

  1. wah wah..ko wat sendiri ke ni...syabas..best tul leh tangkap leleh ni...

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...