May 4, 2009

Jalan yang lurus.

Salah satu sifat cahaya ialah pergerakannya yang lurus dalam keadaan vakum.

Pernahkah anda mengambil lampu suluh, kemudian menghalakannya ke langit pada waktu malam? Di sini satu persoalan timbul, ke manakah cahaya ini pergi selepas memulakan pergerakannya dari bumi? Adakah ia akan sampai ke langit dan dapat diterima oleh seseorang jika dia sedang berada di langit? Bukankah pergerakannya lurus?

Jawapannya: tidak sama sekali. Cahaya yang dipancarkan akan mencapah (English-propagate) apabila jarak yang dilalui semakin jauh. Ini kerana ia dibiaskan sedikit demi sedikit oleh medium yang dilaluinya itu, iaitu udara. Cahaya hanya bergerak lurus dalam keadaan vakum sahaja.

Cahaya hanya bergerak lurus dalam keadaan vakum sahaja.



Semakin tinggi tenaga yang dipunyai oleh cahaya itu, maka semakin jauh jarak yang diperlukan olehnya untuk mencapah sepenuhnya.

Cahaya laser adalah lebih kuat dan tenaganya lebih tinggi berbanding cahaya dari lampu suluh biasa.

Maka cahaya laser sukar mencapah , atau hanya mencapah selepas melalui suatu jarak yang jauh, berbanding cahaya dari lampu suluh biasa.



Akidah Islam adalah lurus, menuju kepada kenalnya seorang hamba terhadap Tuhannya.

Inilah jalan yang lurus.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."(Al-Fatihah:7)

Tiada capahan dalam berakidah. Sumber teragung hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Inilah sumber tenaga yang diperlukan bagi mengelakkan capahan.

Kita dicapahkan atau dibiaskan secara halus sepanjang menyusuri perjalanan hidup beragama. Tidak kiralah apa sahaja medium biasan itu, Wahabi, Salafi, Syiah, Asya’ariah, Maturidiah dan perkara khurafat (zodiak, tangkal, azimat, jampi syaitan dan sebagainya). Akidah yang sebenar-benarnya ialah akidah ahlussunnah wal jamaah.


"Berpecah umat Yahudi kepada 71 golongan atau 72 golongan dan terpecah golongan Nasrani (Kristian) sebagaimana di atas dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan."

(Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan sahih oleh Muhammad Nashr al-Din al-Albani rahimahullah (1999) dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2640 (Kitab al-Imam, Bab berkenaan berpecahnya umat ini).)

"Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran, semua mereka masuk Neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku."

(Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2641 (Kitab al-Iman).)

Carilah tenaga yang tinggi dari sumber, agar cahaya akidah kita tidak mencapah walau sedikit pun dari menuju Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam banyak-banyak ‘cahaya yang dipancarkan dari Bumi’, hanya ada satu sahaja cahaya yang betul-betul menuju ke destinasinya. Iaitu cahaya laser yang bertenaga tinggi dan paling kurang mencapah.

Dalam banyak-banyak jalan menuju Tuhan, hanya satu sahaja yang betul-betul menuju kepada Tuhan yang sebenar (Allah). Iaitu agama Islam dengan akidah yang mencengkam kuat pada al-Quran dan As-Sunnah.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya."(Ali-Imran: 19)

Cahaya yang paling kuat dan paling signifikan, sudah tentu dipandang oleh segenap manusia yang melihat.

Cahaya yang paling terang, sudah tentu akan dapat dikesan oleh orang yang sedang berada dalam kegelapan, beribu-ribu batu jauhnya dari cahaya itu.

Akidah Islam adalah akidah terunggul, mengatasi segala agama dan fahaman di dunia ini.

Sesiapa sahaja yang mencari kebenaran, maka pasti akan ditemuinya dalam agama ini.



Semoga akidah kita tidak dibiaskan sedikit demi sedikit semasa kita sedang berpegang pada agama dan akidah yang betul sepanjang hidup di dunia ini. Naudzubillahiminzalik.

Semoga ia sentiasa lurus sehinggalah hari pemergian kita dari dunia ini menuju alam yang kekal. InsyaAllah.

7 comments:

  1. terima kasih atas input berguna ni..
    seomoga kita terus di jalanNya yg lurus
    AMIN..

    ReplyDelete
  2. Indeed, Aqidah yg Sejahtera is the most important! Dalam 10 Muassofat Tarbiyyah yg digariskan oleh Imam Hassan al-Banna pon, Aqidah yg sahih diletakkan di tempat pertama, barulah diikuti oleh Ibadah yg Sahih, Akhlak yg Mantap dan seterusnya. Dan sesungguhnya, kita semua berukhwah dgn 'diikat' oleh ikatan TERKUAT iaitu AQIDAH lillahi ta'ala. Wallahua'lam. Nice post! =)

    ReplyDelete
  3. pujian yg baik oleh manusia adalah petanda pengiktirafanNya di dunia

    ReplyDelete
  4. cahaya yang terang jelas sudah kelihatan..
    tetapi wujud pula cahaya lain yang menyilaukan mata kita...dan kita tertarik padanya..
    dijadikan dunia ini indah, cahayanya berwarna-warni hingga kita terpesona dan terlupa pada cahaya yg sebenar..
    begitulah hidup di dunia..
    cahaya tauhid sudah jelas, tetapi godaan dunia tetap mempersonakan kita..
    berwaspadalah..

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...