Lawatan ke Turki pada penghujung bulan Mac yang lepas mencatatkan seribu satu kenangan manis bersama-sama pengalaman baru dan ilmu yang ditimba. Maka, dengan penuh rasa berkobar-kobar ruangan rencana diisi dengan sejarah khilafah Uthmaniyyah dan para pendukungnya serta rahsia mengapa mereka mampu bertahan beratus-ratus tahun lamanya, melalui rencana Siapakah Al-Fatih dan lima siri rencana potong tampal mengenai detik-detik mencemaskan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah serta dalang-dalang di sebaliknya.
Cerita ashabul ukhdud pula mengenai keimanan seorang pemuda. Buat pengetahuan anda terdapat dua orang pemuda yang dibincangkan dalam bulan ini iaitu Sultan Muhammad II (Al-Fatih) dan pemuda dalam cerita Ashabul Ukhdud. (tidak diketahui namanya).
Satu pembaharuan telah dilakukan dalam blog ini di mana penulis memulakan penulisan rencana dakwah berteraskan pemikiran perumpamaan. Idea-idea kebanyakannya diambil dari orang lain, namun tidak kurang yang dihasilkan sendiri. Objektif utamanya ialah bagi memudahfahamkan sesebuah konsep agama tanpa mengabaikan peranan sumber teragung iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, di samping menjadikan kaedah dakwah lebih menarik dan kurang membosankan.
Sebagai seorang manusia, penulis tidak lari dari melakukan kesilapan. Maka tegurlah penulis, akan penulis cuba betulkan apa yang tidak betul. Penulis mengucapkan tahniah kepada pelawat-pelawat yang sudi menegur kesilapan penulis. Kepada pelawat yang mungkin tersilap menegur, tidak mengapa, jangan berputus asa, teruskan menegur. Mungkin niat anda baik, namun hanya tersilap kerana terlepas pandang maksud sebenar tentang apa yang ingin penulis sampaikan.
Akhirkata, penulis mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat rakan-rakan penulis dan diri penulis sendiri. Semoga mujahadah dalam mencapai kejayaan. Insya-Allah.
Selamat menduduki peperiksaan musim panas Mei/Jun 2009 !
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...