May 30, 2009

Siapa Muhammad bin Abdul Wahab?

Mukadimah.
Identiti MISTERI golongan Wahabi sering membuatkan saya tertanya-tanya akan siapakah mereka. Selalunya saya dapati mereka ini sering dilemparkan kutukan kafir,syirik serta sesat terutama dari ustaz-ustaz kampung dan jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia. Tidak kurang juga blogger yang konon-kononnya menggelarkan diri mereka 'ahli sunnah sejati', lalu menghentam habis-habisan golongan ini. Boleh klik di sini untuk ke salah sebuah blog tersebut.

Di sini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak dalil-dalil naqli tentang zat Allah, maka kita bolehlah jadikannya sebagai rujukan , namun tuduhan-tuduhan beliau yang dilakukan ke atas golongan Wahabi itu kita letakkan saja ke tepi.

Dari sisi yang lebih cerah, ada pula yang menyebelahi golongan Wahabi. Mereka ini biasanya ustaz-ustaz yang telah mendapat pendidikan dan pendedahan di negara-negara seperti Jordan dan Mesir.

Saya rasa mungkin rencana yang bakal saya lampirkan di bawah ini akan menjelaskan sedikit sebanyak mengenai asal-usul wahabi serta perkembangannya.

sumber: Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab, Maryam Jameelah

_____________________________________________________________________________________

Sebuah rencana mengenai seorang hamba Allah yang dikatakan mengasaskan gerakan Wahabi. Disalin semula dari sebuah buku kecil berjudul ‘Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab’ hasil tulisan Maryam Jameelah. Selamat membaca.

……………………………………………………………………………………………………………………..

Telah menjadi satu kenyataan,,awal abad ke 12 Hijrah merupakan masa di mana keruntuhan akhlak dan aqidah Islam berada pada tahap yang menghinakan di seluruh negara Islam. Keadaan umat Islam pada masa itu amat jauh berbeza dengan keadaan umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ia menjadi tandatanya buakn sahaja kepada orang Islam mala termasuk orang bukan Islam. Seorang penulis Amerika Lothdrop Stoddard telah menggambarkan dengan jelas keadaan keruntuhan Ummat Islam di zaman ini. Mengikut pendapat Amir Shakib Arsalan, ketegasan dan ketepatan gambaran yang diberikannya itu tidak dapat ditandingi oleh cerdik pandai Islam yang lain:

“Agama Islam hancur seperti hancurnya agama-agama lain. Keesaan Allah di dalam ajaran Islam telah dibebankan dengan pembiakan berjenis-jenis teori karut dan ajaran salah. Masjid-masjid kosong dan menanti runtuh, dipulau oleh si jahil yang sibuk dengan tangkal azimat, jampi serapah dan tasbih. Mereka lebih member perhatian kepada faqih dan tok lebai yang sesat. Mereka menunaikan haji di kubur-kubur ‘orang wali’ yang disembah sebagai perantaraan atau keramat. Ajaran Quran tidak dihiraukan sehingga Makkah dan Madinah menjadi tempat diasingkan. Boleh dikatakan hidup mereka sudah lari dari ajaran Islam . Jikalaulah Nabi Muhammad balik ke dunia, sudah tentulah baginda akan menganggap mereka sebagai murtad atau penyembah berhala” (The New World of Islam pp.22-26)

Di tengah keadaan yang tidak menggalakkan itu Muhammad bin Abdul Wahab dilahirkan dalam tahun 1703 di tengah sebuah keluarga yang terkenal dengan alim dan mulia di Najd. Di masa kanak-kanaknya beliau sudah menunjukkan sifat-sifat luar biasa dari orang lain. Apabila Muhammad bin Abdul Wahab meningkat dewasa, beliau sudah dikenali di seluruh Arabia sebagai seorang alim yang bijak. Dia mula dikerumuni oleh ramai murid-murid. Muhammad bin Abdul Wahab masih lagi dahagakan ilmu sehinggakan dia pergi ke Makkah, Madinah dan akhirnya ke Iran untuk belajar. Di Iran beliau menuntut ilmu dari beberapa orang ulama’ di sana.

Apabila beliau balik ke Najd, pemerintah kawasan itu merasa bimbang terhadap pengaruhnya yang mungkin akan menghancurkan kuasanya. Kerana kebimbangan inilah salah seorang dari pemimpin Najd telah mengirim amaran kepada gabenor di situ:

“Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab melakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak dan kesukaanku. Ole itu kamu mesti bunuh dia sekarang. Jika tidak kami tidak akan membayar subsidi kepada kamu.”

Mendengar khabar itu, Sheikh Muhammad dengan beraninya mengatakan:

“Pendirian yang saya pegang dan risalah yang saya laungkan kepada setiap orang ialah ‘La ilaha illallah-Tiada Tuhan melainkan Allah’ Aku menyeru kepada prinsip asas Islam iaitu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Jikalau kamu memegang teguh risalah ini, InsyaAllah, Allah akan mengalahkan musuh-musuh kamu”.

Dengan sikap hati batu itu, Gabenor di situ telah mengusir Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab kelaur dari daerahnya sehingga beliau terpaksa berjalan kaki menyeberangi padang pasir yang panas menuju ke tempat buangan.

Di dalam perjalanan , Sheikh telah disambut oleh Amir Muhammad Ibnu Saud yang berjanji untuk bekerjasama menjayakan rancangan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sheikh Muhammad binAbdul Wahab tidak berpuas hati dengan hanya berdakwah. Beliau bercita-cita untuk menubuhkan sebuah masyarakat di mana Islam dalam keadaan tulen menjadi perlembagaan hidup. Di bawah pemerintahan Amir Muhammad Bin Saud, cara hidup, aqidah, dan perangai rakyatnya bertukar dengan sepenuhnya. Belum pada itu, sebahagian besar dari penduduk Makkah dan Madinah hanyalah Islam pada nama sahaja. Mereka tidak mengetahui apa-apa melainkan mengucap dua kalimah syahadah. Sekarang mereka diperintah untuk sembahyang berjemaah, puasa bulan Ramadhan dan membayar zakat. Tembakau, sutera dan symbol kemewahan telah dihapuskan sama sekali. Cukai yang tidak berunsurkan Islam juga dihapuskan. Inilah pertama kali dalam berabad-abad lamanya, orang Badwi dapat hidup dalam aman dan bersenang-lenang. Mereka tidak perlu lagi risau tentang lembu atau harta mereka dicuri orang. Sehinggakan hamba kulit hitam berani membuat pengaduan di hadapan kaum yang terberani serta yang tergagah dan si hamba itu disuruh membilang kesalahannya begitu saja dengan ikhlas hati. Perbalahan mazhab berkurangan apabila ulama’ dari setiap mazhab yang diktiraf bergilir-gilir menjadi imam sembahyang berjemaah di masjid.

Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab terbukti seorang mujaddid yang terkenal yang boleh dianggap sebagai pengganti kepada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taymiyyah. Seperti mereka ini, Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab menolak fahaman akal Muktazilah. Beliau menekankan supaya isi Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang sahih mestilah diterima dan diikuti menurut makna ayat yang ringkas dengan tidak bersoal. Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya Quran itu tidak disertakan dengan tafsir yang berunsurkan mistik. Beliau juga menentang amalan mewarna Quran dengan warna berkilat-kilat. Sheikh Muhamamd bin Abdul Wahab juga merasa kurang senang melihat ramai orang terlalu memberi ketaatan kepada isi tafsiran isi Quran berbanding dengan isi Quran itu sendiri serta hadith-hadith Rasulullah. Padahal, tafsiran ialah karangan manusia, yang berkemungkinan salah. Beliau menjelaskan,jika teks Quran dicampuradukkan dan dikucarkacirkan dengan tafsiran-tafsiran maka kemungkinan Ummat Islam tidak lagi dapat menikmati keaslian teks Quran yang asal. Mereka akan terjerumus ke dalam kesesatan yang telah diamalkan oleh Yahudi dan Nasrani.

Walaupun dalam perkara Syariah, beliau mengikuti Hanbali, namun begitu, beliau tidak mengikuti dengan membuta tuli dalam semua perkara. Di dalam tulisannya, dia tidak membangkang sesiapa sahaja dari orang Islam yang ingin berpegang kepada mazhab yang tiga itu. Sheikh Muhammad berpendapat, mengikut kajiannya, keruntuhan umat Islam pada masa itu berpunca dari kaitan mereka dengan mistik dan tasawuf. Walaupun begitu Sheikh tidak menentang tasawuf dengan membuta tuli. Pada masa mudanya beliau telah belajar dengan teliti dan perasaan simpati dengan seluruh cabang ajaran Sufi di Iran. Apabila umurnya meningkat tua, beliau menyedari bahawa penyalahgunaan tasawuf telah tersebar luas dan dianuti oleh ramai umat Islam. Ianya adalah seperti air yang berseih dan halal tetapi terpaksa diharamkan oleh doctor jika ianya membahayakan pesakit. Tasawuf dari segi prinsipnya halal tetapi jika ia boleh membawa bahaya maka ianya hendaklah ditolak ke tepi. ‘Warnakanlah tikar sembahyang kamu dengan arak jika ketua tasawuf kami memerintahkannya’. Dengan terang dan jelas, pemikiran seperti ini adalah syirik. Mereka tidak dapat membezakan kepada siapa yang perlu diberi ketaatan, Allah atau ketua tasawuf.

Sheikh-sheikh di Arabia pun telah sedar bahawa umat Islam telah ketagih dengan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Inilah perkara yang menidurkan mereka dan menahan mereka dari kecergasan dan pergerakan. Itulah sebabnya Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab memilih strategi untuk menentang penyelewengan dalam soal mistik yang terang-terangan bercanggah dengan prinsip aqidah dan keesaan Allah. Prinsip aqidah dan keesaan Allah amatlah penting dalam Islam. Beliau menentang dengan keras sekali perkara-perkara seperti bidaah, menyembah keramat, menyembah berhala, menyembah tanda-tanda dan menyembah kubur. Di samping itu, Sheikh juga menentang amalan yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah yang lazim dilakukan pada masa itu seperti mendirikan masjid dan bangunan di atas kubur. Beliau memerintah supaya semua ini diruntuhkan. Walaupun begitu, beliau tidak membantah menziarahi kubur untuk mengingati mati. Perkara seperti menyembah datuk nenek, meminta pertolongan dari orang dalam kubur dan membuat orang mati sebagai perantaraan dengan Allah ditentang hebat oleh Sheikh.

Sudah menjadi sunnatullah, Sheikh mendapat tentangan hebat dari semua penjuru. Musuh-musuhnya cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa apa yang diajar oleh Sheikh itu ialah agama rekaan baru yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Mereka memfitnah bahawa Sheikh Muhammad cuba mereka-reka mazhab baru dan akan melabelkan sesiapa yang enggan menurut mazhabnya sebagai kafir. Fitnah ini tidak mempunyai kebenaran langsung. Musuh-musuhnya mula menamakan pengikut-pengikut Sheikh Muhammad sebagai ‘Wahabi’.

Selepas Amir Abdul Aziz meninggal dunia, anaknya menggantikannya. Amat malang sekali, anaknya itu tidak mempunyai banyak ilmu dalam soal kenegaraan dan diplomasi. Beliau telah mengapi-apikan pengikut Wahabi supaya melawan kerajaan Islam Turki yang wujud pada masa itu. Kalaulah dia seorang yang bijaksana, dia patutlah mengelakkan diri dari menumpahkan darah sesama Islam. Semua ini berlaku kerana sifat mementingkan diri sendiri di mana mereka ini ingin menjadi pemerintah. Di mata Turki, nama Wahabi amatlah dibenci.

Kesilapan ini telah mencetuskan peristiwa malang di mana Mesir telah menyerang Arabia untuk menghancurkan pergerakan Wahabi. Muhammad Ali ialah pemerintah Mesir yang berbangsa Albania. Selepas peperangan yang sengit di Taif, Muhammad Ali menyerang dan mengalahkan Wahabi. Lebih dari 50000 pengikut Wahabi dibunuh. Mayat-mayat bergelimpangan di seluruh bandar. Selepas kekalahan ini, orang-orang Wahabi sekali lagi dizalimi. Semua ketua-ketua Wahabi dikumpul dan dibunuh di khalayak ramai. Mayat-mayat mereka diberi makan kepada anjing. Bandar-bandar yang berdekatan telah diceroboh, pohon kurma ditebang, tanaman dan binatang ternakan dibunuh serta rumah-rumah dibakar hangus. Orang-orang tua, orang sakit, perempuan dan kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan. Mendengar berita tersebut kerajaan British yang takut kepada kebangkitan Islam itu amatlah gembira sekali dengan perbuatan Muhammad Ali dan anaknya Ibrahim. Kerajaan British telah menghantar satu delegasi khas India untuk mengucapkan syabas kepada Muhammad Ali dan anaknya Ibrahim. Rombongan itu diketuai oleh Captain George Forester Sadlier.

Dalam tahun 1900 seorang paderi Kristian Samuel Zwemer menulis: “Pergerakan Wahabi telah dapat dihapuskan. Kesan politik akibat dari pergerakan Wahabi hanyalah kejutan sementara. Kekuatan bangsa Saudi hanya tinggal dalam sejarah sekarang”.

Ramalan itu didapati salah kerana kurang daripada suku abad selepas itu, Sultan Abdul Aziz telah menakluki seluruh Semenanjung Tanah Arab melalui usahanya sendiri. Pada peringkat awalnya, bukan saja orang-orang di Tanah Arab malah seluruh umat Islam di merata dunia tidak sabar-sabar lagi ingin melihat kebangkitan Islam sedunia di bawah pimpinannya.

Malang sekali, harapan ini jatuh berkecai. Apabila beliau mengisytiharkan bahawa beliau akan menegakka sistem beraja, teranglah bahawa Raja Ibn Saud menggunakan Wahabi sebagai alat untuk mencari kuasa bagi dirinya.

“Di sepanjang hidupnya, Ibn Saud suka bercakap tentang Islam sebagai tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya tetapi menjadi jelas sekarang bahawa kepentingan dirinya untuk menjadi raja mengatasi kesungguhannya untuk memperjuangkan Islam. Kata-katanya yang manis telah dapat menipu ramai orang termasuk dirinya sendiri. Dia seorang sederhana, bersopan santun tetapi dia membiarkan dirinya menyertai orang yang di sekelilingnya dalam hidup membazir dan kemewahan yang berlebihan. Dia kuat beragama tetapi jarang sekali dia memikirkan tentang tujuan upacara-upacara ibadat. Beliau menunaikan sembahyang lima kali sehari dengan sempurna dan menghabiskan masa berjam-jam beribadat di malam hari tapi dia tidak mengetahui bahawa sembahyang hanyala jalan bukannya matlamat. Beliau bercakap tentang kebesaran cara hidup Islam tetapi beliau tida membuat apa-apa usaha untuk membentuk sebuah masyarakat maju yang berlandaskan cara hidup Islam. Beliau tidak pernah cuba untuk mencari kesilapan dirinya sendiri tetapi menggunakan segala helah akal untuk menganggap apa yang dibuatnya semuanya betul, walaupun terang-terang salah. Pengampu-pengampu di kelilingnya tidak membuat apa-apa untuk memperbaiki kelemahannya. Masing-masing merebut-rebut untuk mencari harta pemberian.” (The Road To Mecca, Mohammad Asad, op. cit.)

Yang sebenarnya, Ibn Saudlah yang menghancurkan harakah Islam di Arabia dengan mengizinkan carigali minyak oleh syarikat-syarikat minyak Amerika pada tahun 1932. Kalaulah beliau masih berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam sudah tentulah beliau menolak syarikat itu. Dengan cara ini, ianya dapat menahan atau melambatkan untuk beberapa kurun pengaruh kebudayaan barat dari bertapak di Saudi Arabia. Akhirnya, perjuangan untuk menegakkan masyarakat Islam tertimbus dalam ketamakan harta dunia.

“Semangat perjuangan Islam Wahabi mati di hari Amerika menemui minyak dengan banyak di Saudi Arabia. Semenjak 1912, berterusan selama 30 tahun seluru hidup dan aktiviti negara dikawal oleh prinsip-prinsip Islam. Tepat masuk waktu sembahyang, semua perniagaan dihentikan, pintu kota ditutup dari keluar masuk sekian penduduk lelaki berduyun-duyun ke masjid. Sekarang semuanya sudah bertukar. Minyak member kesan kepada social ekonomi rakyat berkali ganda. Kekayaan yang melimpah telah menyebabkan anak-anak raja dan orang kaya bersenang lenang mengikut cara hidup Barat. Mereka mula biasa dengan perlancongan keluar negeri, pakaian rekaan asing, dan kemewahan cara asing yang berbagai rupa. Minyak jugalah yang menyebabkan berlaku proses perpindahan dari negara menyebabkan masyarakat Saudi Arabia bertukar dari yang asal. Pendatang-pendatang terdiri dari pegawai-pegawai dan buruh-buruh yang memburu kerja, peniaga-peniaga yang mencari keuntungan cepat dan pengilang-pengilang yang ingin melabur. Yang membimbangkan sekali, terdapat guru-guru dan ahli teknikal yang memberi sumbangan yang besar dalam usaha memBaratkan generasi muda. Mereka berpakaian seperti orang Eropah dan berkelakuan tidak berbeza dari orang Barat. Adalah tidak lama masanya di mana Saudi Arabia akan diBaratkan seperti yang berlaku pada negara jirannya”. (Riyadh:Ancient and Modern ‘Harry St. John Bridge Philby, The Middle East Journal, Washington DC sring 1959)

Walaupun pergerakan Wahabi dari segi politiknya berpusat di Saudi Arabia, tapi semangatnya telah member kesan yang menyegarkan ke setiap penjuru dunia Islam. Perjuangannyalah yang akhirnya menjadi inspirasi kepada pergerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Dengan pertolongan mujaddid-mujaddid seperti Muhammad bin Abdul Wahab inilah, Islam dapat dihidupkan kembali dan diselamatkan dari malapetaka.

_____________________________________________________________________________________

Apa kesimpulan anda? Fikirkan sendiri.

Wassalam

24 comments:

  1. Thаnκs for discussing your idеas heгe.
    Τhe othеr iѕsue is thаt when a prоblem comes uр ωith a computeг motherbοaгԁ, peoрlе shοulԁ not takе thе risκ сοnnecteԁ wіth repаiring thіs themѕelves
    beсause if іt is nοt done сoгrectly it can leaԁ to
    peгmanent damage to the ωhοle laρtoρ.
    In most cases, it іs safe to apрroaсh the
    dealеr of уоur lаptοp ωith thе геρаіr of the motherboaгd.

    Thеу will have tеchnісіаnѕ who've an skills in dealing with mobile computer motherboard troubles and can make right analysis and perform repairs.

    Take a look at my blog; is quibids really legit

    ReplyDelete
  2. apa itu wahabbi??..
    1 fahaman yg diasakan oleh muhammad ibnul wahab..fahaman ini dinisbahkan kepada bapanya al wahab..muhammad al wahabi lahir d kpg ainiyah arab saudi..seorg yg lemah fikiran dan gagap sehingga ayah dan abgnya anggap dia ni anak tak siuman..sgt terpengaruh dgn ajaran taimiyah yg mengasaskan fahamn mujasimah..kemudian dia mengembara dan beljar di basrah guru kepada sheikh al majmuie iaitu mr.hemperiaitu seorg orientalis dan ejen yahudi dr british..mr hemper seorgpakar ilmuan islam dan boleh bertutur bhs arab,turki dan parsi dan telah lama mempelajari islam di turki dan iraq..mr hemper merasuah ibnul abdul wahab dengan hadia kahwin mutaah 2 org ejen yahudi perempuan yahudi yg menyamar sebagai muslimah..

    ringkasannya..muhammad ibnul al wahab mempelajari ajaran ini kepada mr hemper iaitu ajaran yahudi dan bersepakat dengan mr hemper untuk menyebarkan jaran sesat yg bertentangan dengan ajaran rasulallah s.a.w

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak kurang pandai jawapan ini dan menyerlahkan kejahilan diri sendiri. semoga Allah merahmati Muhammad Abdul Wahhad atas usahanya membersihkan aqidah ummat Islam dan memberi kamu hidayah sedang yang kamu lakukan hanya menghina orang berjasa pada Islam dan waktu yang sama, kamu tidak berusaha membaiki diri sendiri.

      Delete
    2. saudara ana muslim... dari mana anda mendapat maklumat berkenaan? jika hanya mendengar apa yang orang lain kata ia tidak boleh dijadikan bukti/dalil... berhujahlah secara ilmiah.... untuk mengenal apa itu wahabi bacalah kitab2 karangan syeikh muhammad Abdul wahab. terdapat lebih kurang 40 karya beliau dalam bentuk kitab dan risalah. saya telah membaca 2 kitab beliau berjudul Thulatha al Usul (tiga landasan utama) yang menerangkan mengenal Allah, mengenal Utusannya dan mengenal Islam. Dan kitab kedua berjudul Masail al Jahiliyyah (Perilaku dan Akhlak Jahiliyah) menerangkan amalan jahiliyah yang sesat. Hasil bacaan kedua2 buku berkenaan langsung tiada kandungan yang menyeleweng, sesat atau terkeluar dari landasan islam. Semua hujahnya disertkan dalil2 samada dari alquran, hadis atau fatwa dari imam mazhab ahli sunnah waljamaah termasuk dari imam Syafie sendiri. Di akhir zaman terlalu banyak fitnah ibarat malam yang gelap sehingga tidak dapat dibezakan antara kebenaran dan kebathilan... semoga Allah melindungi kita dari fitnah akhir zaman...

      Delete
    3. Saya lebih percaya tulisan maryam jameela da penyamun tarbus

      Delete
  3. wahabbi ajaran sesat dan ajaran kafir yahudi dr mr hemper...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni mesti murid ust.Zamihan..hahaha kesian!

      Delete
    2. sah! ko ni mesti pengikut ust. Zamihan

      Delete
  4. bermasalah pada waktu kecil tak semestinya bermasalah pada waktu dewasa.

    albert einstein dyslexic pada waktu kecil.

    Satu lagi, ajaran sesat ialah ajaran yang diada-adakan, yang Nabi tak ajar dan tiada dalam alquran.

    Apa yang muhammad ibnu abdul wahab ada-adakan? berikan saya senarainya...

    ReplyDelete
  5. Ramai yg mengatakan Syeikh Muhammad Ibnu Abdul Wahab mengasaskan Wahabi yakni aliran yg sesat..,, bg saya, mereka yg menuduh itu sebenarnya mereka tidak mengetahui kisah sebenar syeikh.., Mereka hye membaca kitab karangan musuh2 syeikh tanpa melihat kitab karangan syeikh.. pada hakikatnya syeikh adalah Mujaddid..

    ReplyDelete
  6. Sunnah sejati dari ajaran Sheikh Muhammad,mengapa mereka tidak melihat kesilapan sendiri,mari lah mengetahui ilmu islam sebenar dari rasullalah .

    ReplyDelete
  7. beratus kali saya mendengar si fulan itu dan si fulan ini dituduh wahabi. setelah dikaji, dan diteliti satu persatu saya dapati yg menuduh itu hanya berhujah di atas apa yang dia rasakan bertentangan dgn amalan dan fahamannya sendiri saja, sedangkan yg dituduh itu bersungguh-sungguh berhujah berdasarkan nas Quran dan hadis2 sahih. kitab2 rujukan pula dari ulama2 ASWJ sendiri terutamanya imam nawawi, Muhammad bin Idris-syafie dan lain2. sedangkan ustaz2 yg menuduh tersebut menggunakan dalil2 umum utk membolehkan amalan2 dalam masyarakat kita. contohnya ust kazim, ust sahul hameed dan ust azhar idrus berhujah bahawa boleh dilakukan kenduri arwah atau tahlil kerana dalil diharuskan memberi makan kpd org ramai, dalil membaca quran dan dalil doa anak soleh kpd org tuanya yg telah mati. digabungkan semua dalil2 umum ini dan dibolehkan utk kita mengadakan kenduri arwah yg tak pernah sekalipun dilakukan oleh Rasullah, sahabatnya dan tabien. demikian juga dengan berzikir menari dan nyaring. para habib dan tarekat mendakwa mereka berpandu kpd ayat al-quran yg menyuruh umat islam mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur mengiring. lalu mereka menari dan berzikir atas alasan ini. sedangkan mereka sebenarnya mengetahui maksud ayat tersebut adalah supaya kita sentiasa cuba mengingati Allah dalam apa saja yg kita lakukan agar kita sentiasa terpelihara dari dosa. bertahun lamanya saya mengakaji sendiri dan bertanya kpd bijak pandai. kini saya saya telah faham sedikit apa yg terbenak di hati para pendakwah salaf yakni mereka mahu kita beribadat 100 peratus secara yg pernah dibuat oleh Rasullah dan sahabatnya. serta meninggalkan semua amalan2 yg tak pernah diketahui dilakukan oleh Rasulallah dan sahabat2nya. para pendakwah salaf juga mahu kita secara jamaah menjalani kehidupan dan beribadat berpandukan kpd Nas, Hadis sahih dan ijmak ulama2 dari kitab2 yg sangat detail dan mudah utk difahami. saya secara peribadi melihat lebih banyak positif dari sisi wahabi berbanding dari sisi yg menuduh wahabi itu sendiri. Wallahualam............

    ReplyDelete
  8. please click below link to ear side income
    http://bit.ly/1co8XKI

    ReplyDelete
  9. Ԍreat post. I was cɦecking constantly this blog and I am
    impressed! Extremelү useful information particularly
    the last part :) I care for suϲh information much. I was looking for this certain info
    for a long time. Thank you and good lucҟ.


    my site garcinia cambogia extract

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan pendapat Tuan mengenai tuduhan wahabi itu sendiri...

    ReplyDelete
  11. saya bersetuju dengan pendapat Tuan diatas menegnai wahabi... masih terlalu banyak yg harus di kaji dan dikhususkan dalam penelitian mengenai wahabi dan tuduhan kesyirikan wahabi itu sendiri.. Penulisan Prof Hamka juga boleh di rujuk mengenai keadaan dan situasi tuduhan2 sebegitu yang mana org lama melebalkan org wahabi ini adalah golongan org muda... Wallahualam... (harap di buat kajian teliti sebelum membuat tuduhan)

    ReplyDelete
  12. sayangnya gerakan ini melayani umat islam dengan cara yg lebih hina dari orang kuffar musyrikin, bahkan meperakui bahawa kaum musyrikin lebih baik dari umat islam. Inilah puncanya yg mencetuskan huru hara di dunia sahingga kini ,oleh itu gerakan ini perlu memperbaiki cara pendekatan dakwahnya dan jangan terlalu ghuluw dan ekstrim sehingga berlaku permusuhan dan peperangan sesama umat islam di dunia kini

    ReplyDelete

  13. Sayangnya gerakan ini melayani umat islam tidak ikut cara rasulullah s,a.w.,bahkan mrk terus mengkapir umat islam yg bertawassul dan berziarah kubur ,pada hal tawassul atau ziarah kubur itu di suruh dalam agama,tapi kerana mrk bersikap terlampau ghuluw dan ekstrim mrk memusuhi umat islam dan melayani mrk lebih hina dari kaum musyrikin, sahingga kata mrk kaum musyrikin lebih bertauhid dari umat islam fikiran mrk dah jadi karut.Inilah punca tercetus huru hara di dunia sampai kini,sedarlah pendekatan dakwah depa macam ini tetap salah dan bid'ah sebab tak ikut cara dakwah nabi Muhammah Rasulullah yg bersikap raouf lagi rahim terhadap umat islam dan para sahabatnya,krn mrk sediri adalah alat ciptaan musuh islam yg berniat jahat untuk merosak islam dari dalam,oleh itu berhati-hatilah dari gerakan seperti iniyg telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. sejak lima belas abad yg lalu, lihat hadis Bukhari &Quran surah taubah:97danal hujurat:14

    ReplyDelete

  14. saudara syafiq! apa yg diadakan syaikh muhammad bin abd. wahab dalam agama terlalu banyak,antara lain 1- mensyirikkan umat islam yg melakukan ziarah kubur dan bertawassul,2- melayani umat islam seperti kaum bukan islam,dengan mengatakan kuffar musyrikin makkah itu lebih bertauhid drpd umat islam berdalilkan ayat quran yg menceritakan tentang jawapan mrk "bila ditanya siapakah yg menciptakan langit dan bumi jawab mrk Allah" tetapi mrk tidak menyembahNya ,bagaiman mrk boleh terpisong begitu. ini krn mrk tidak bertuhan kpd Allah, bagaimana dikatakan kaum musyrikin itu lebih bertauhid dari umat islam kita,3- menganuti tauhid rububiah uluhiyyah asma wassifat dllbid'ah yg tak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w.4-mengisbatkan kpd Allah itu angguta pacaendera,seperti tangan, mata, muka,dll lalu dikatakan pacaendera tersebut sabit bagi Allah 5-dia tidak dapat membezakan antara sifat kemalat yg wajib dan sabit pada zat Allah dan mana sifat kekurangan(naqais)yg mustahil dan tidak pernah wujud, bagaimana dikatakan kekurangan itu boleh diisbatkan kpd Allah.6-menulak majaz dalam agama, sedang kan majaz itu wujud dalam quran hadis cuntohnya quran kata "tanyalah kampong itu"hadis kudsi kata Aku sakit tapi hambaku tidak datang menziarahiKu Aku lapar tapi hambaku tak beriKu makan jawab hamba tersebut bagaimana Engkau sakit dan lapar sedangkan Engkau itu tuhan rabbul 'alamin ....hingga akhir quran dan hadis tadi di sini jelas majaz itu perlu diterima pakai dalam agama,tapi mrk tulak dan menyalahkan ulama yg mentakwilkan ayat yg mutasyabih dengan makna yg datang dalam quran sendiri untuk mudah difahami orang awam dan menulak syubhat atau pitnah ,bukan untuk mencari pitnah dan semata-mata tawil ikut pikiran mrk, malah ikut maksud quran sendiri dan banyak lagi cuntoh boleh saudara safiq bertanyakan ulama .semuga Allah hidayatkan kita semua kpd fahaman dan jalan yg lurus amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara diyak uddin, dari mana saudara mendapat maklumat berkenaan?... cuba anda lihat tokoh2 yang dituduh wahabi? adakah amalan mereka selari dengan tuduhan2 berkenaan?... tuduhan2 berkenaan telah berlaku sejak syeikh muhammad masih hidup, dan beliau telah menjawab semua tuduhan2 itu... didalam kitab2 nya, semuahujahnya disertakan dalil2 dari Quran, hadis dan imam mazhab ahli sunnah waljamaah termasuk imam Syafie.. mengapa beliau boleh dituduh menolak imam mazhab... saya menjawab bukan berdasarkan apa yang orang kata, tetapi hasil bacaan saya terhadap 2 kitab syeikh muhammad Abdul wahab iaitu Thulatha al Usul (tiga landasan utama) dan Masail al Jahiliyyah (Perilaku dan Akhlak Jahiliyah)... saya tidak nampak ia ajaran yang menyeleweng, sesat dan terkeluar dari landasan islam....

      Delete
  15. Seharus nya admin selidiki dahulu ....jgn dengar komen2 dan penulisan yang dibuat oleh ejen-ejen yang tertentu. Sudahkah anda baca buku2 karangan SMAW ?? Berlaku adil lah jangan tuduh sebarang kepada seorang yang telah tiada...sumbangan nya tetap ada. Mahukan anda menjawab di padang mahsyar nanti jika tuduhan anda tidak benar...Dan majoriti para pembaca mengiayakan pula tulisan anda....Kalau anda buat sedikit kajian anda akan terjumpa siapakah sebanarnya yang membelitkan FAKTA. Jangan kita tertipu dengan Dakyah mereka ini sehingga menyebabkan orang Islam berpecah belah.

    ReplyDelete
  16. Hello would you mind letting me know which webhost you're utilizing?
    I've loaded your blog in 3 completely different browsers and I must say
    this blog loads a lot faster then most. Can you recommend
    a good web hosting provider at a honest price?
    Thank you, I appreciate it!

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...