Nov 3, 2009

Doom merchant.

Tahukah anda apakah ia ‘doom merchant’? Dari segi bahasa, ‘doom’ bermaksud bencana, dan ‘merchant’ bermaksud penjaja atau pedagang. Jadi secara bahasanya, ‘doom merchant’ bermaksud penjaja bencana. Golongan yang menjaja bencana ini menggunakan daya intelektual yang dimiliki untuk menipu orang lain. Mereka menggunakan ketakutan orang ramai terhadap ‘worst case scenario’ (kesan terburuk) sebagai modal mereka. Mereka ini bukanlah orang-orang yang tidak berpelajaran, namun mereka terdiri dari kalangan ahli perniagaan, saintis, penulis dan wartawan, karyawan (umpamanya pengarah filem), bahkan ahli politik.

Seperti yang diketahui zaman berzaman, manusia sangat takut kepada bencana dan segala perkara yang menyusahkan. Namun dari satu sudut, perkara abstrak seperti ketakutan dan kesusahan ini dipandang oleh satu golongan lain sebagai aset atau modal yang boleh diniagakan. Ya, ketakutan dan kesusahan boleh diniagakan! Percaya atau tidak, dengan bermodalkan ketakutan, golongan ini mampu meraih berjuta-juta dolar keuntungan.

Bagi memudahfahamkan para pembaca, saya ambil satu contoh. Katakan seorang peniaga A membeli kesemua beras yang boleh didapati dalam satu pasaran kecil perniagaan. Akibatnya, harga beras meningkat kerana kekurangan beras akibat dibeli oleh peniaga A tadi. Peniaga A sedang bercadang untuk menjual semula beras tersebut dengan harga pasaran yang sedang mencanak naik. Namun muncul seorang peniaga B yang bermodalkan beras, terlebih dahulu menjual beras sehingga harga beras turun mendadak dan peniaga B meraih untung berkali ganda.

Kini harga beras turun mendadak sehingga kurang daripada harga ketika peniaga A membelinya dahulu. Kini peniaga A berasa sangat rugi kerana lambat bertindak. Peniaga B pada ketika ini sedia maklum bahawa peniaga A berada dalam keadaan takut. Mengapa? Kerana jika peniaga B melambakkan lagi beras dalam pasaran, maka harga beras akan turun lebih rendah dan rugi peniaga A semakin teruk. BERMODALKAN KETAKUTAN PENIAGA A ini, maka peniaga B mengumumkan bahawa beliau akan melambakkan lagi beras melalui rakan-rakan kongsinya. Ya, peniaga B HANYA MENGUMUMKAN, tetapi tidak melakukan apa yang diumumkannya itu. Pendek kata, peniaga B sedang menipu. Peniaga A yang takut mengalami kerugian yang lebih teruk, berfikir begini, “ lebih baik aku jual beras aku sekarang, kerana jika aku jual selepas si B melambakkan berasnya, maka rugi aku akan bertambah”.

Maka peniaga A pun menjual semula beras-berasnya. Perbuatan peniaga A ini telah menyebabkan harga beras menjunam sehingga ke pusat bumi. Maka peniaga B pun dengan senang lenangnya membeli beras-beras tersebut dengan harga yang terlalu murah berbanding dengan harga ketika beliau menjual beras tersebut sebelum ini. Peniaga B sangat bijak kerana beliau bukanlah seorang peniaga beras. Beliau ialah seorang peniaga berita bencana atau DOOM MERCHANT. Bencana yang dimaksudkan di sini ialah kerugian peniaga A. Dalam konteks ini, peniaga B adalah ‘doom merchant’ peringkat kecil. Terdapat ‘doom merchant’ lain yang ingin saya ceritakan.

Pernahkah anda mendengar ramalan-ramalan sebegini?
-Pada tahun 1999, UFO akan turun ke Malaysia (padahal tak turun pun)
-Pada tahun 2010, telaga petroleum akan kekeringan
-Pada tahun 2020, matahari akan mati seperti selayaknya bintang-bintang yang lain.

Dan banyak lagi…(anda bolehlah cari sendiri)

Kesemua ramalan-ramalan di atas dibuat oleh para saintis. Jika anda teliti betul-betul, kesemua ramalan-ramalan tersebut mirip sebuah berita sebagaimana yang dibuat oleh peniaga B dalam perenggan terdahulu tulisan ini. Dan berita-berita ini tidak lain mempunyai tujuan yang sama; iaitu untuk mempergunakan ketakutan orang ramai bagi mencapai motif tertentu, atau mungkin berbeza; mungkin ia benar dan menuntut penduduk dunia agar berwaspada dan berjaga-jaga. Adakah anda percaya ramalan-ramalan sebegini? Terpulanglah kepada anda untuk percaya atau tidak.

Dalam kalangan saintis yang mengeluarkan ramalan-ramalan ini, terdapat antara mereka yang merupakan penjaja berita bencana. Bagi saintis yang jujur mereka akan menyatakan kebenaran. Namun bagi yang sebaliknya, yang menyatakan perkara bohong bagi memanfaatkan ketakutan orang ramai, mereka inilah ‘doom merchant’ yang dimaksudkan. Dalam kalangan saintis ‘doom merchant’ ini, ada yang menerima rasuah dari ahli politik, dan ada yang memiliki kepentingan peribadi. Sebagai contoh, berita mengenai petroleum akan kehabisan mungkin dikeluarkan oleh ‘doom merchant’ yang dirasuah oleh ahli politik sebuah negara maju, dengan motif agar negara-negara yang ‘cuak’ menahan minyak mereka daripada dijual dan dengan itu menyebabkan harga minyak naik dan seterusnya menguntungkan negara maju tersebut yang merupakan pengeluar minyak utama.

Dari satu sudut, dapat dilihat bahawa orang-orang yang ‘rambang mata’ dengan jajaan ‘doom merchant’ ini tidak lain hanya takut kepada ramalan tersebut sahaja. Tidak ada ketakutan lain yang lebih besar berbanding ketakutan yang sedang mereka alami. Ini kerana dunia ini adalah segala-galanya bagi mereka. Padahal, mungkin mereka akan mati sebelum ramalan itu berlaku jika ajal telah sampai.

‘Doom merchant’ tidak lain hanyalah penyebar fitnah yang mencari keuntungan di sebalik berita yang disebarkan. Meskipun ada baiknya di sebalik ramalan-ramalan ngeri yang dinyatakan, misalnya dengan ramalan pemanasan global dan ramalan bumi akan banjir kerana kutub mencair, maka orang ramai akan berusaha mengurangkan pelepasan karbon dioksida dari kenderaan, kilang, pembakaran sampah dan sebagainya, namun dari satu aspek lain, ia menyusahkan orang ramai seperti kenaikan harga minyak yang membebankan dan sebagainya. Selain itu, langkah-langkah yang disarankan kepada orang ramai untuk diambil tampak tidak realistik dan jelas menunjukkan motif sebenar si pengeluar berita. Misalnya , antara langkah-langkah yang diambil seperti mengitar semula sehelai kertas A4 dapat mengurangkan paras karbon dioksida dalam atmosfera sebanyak 2gram setahun (contohnya), adalah tidak realistik kerana semua hidupan di dunia juga mengeluarkan gas tersebut. Padahal motif sebenarnya hanyalah untuk menguntungkan kilang-kilang kitar semula. Banyak lagi saranan-saranan bertopengkan promosi barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat perniagaan demi menguntungkan perniagaan mereka. Mungkin ada benarnya seloroh yang mengatakan:
“Jika anda bijak berbohong, maka jadilah seorang ahli perniagaan”

Jadi hanya ada satu sahaja cara bagaimana untuk melepaskan diri daripada godaan ‘doom merchant’ ini, iaitu dengan menjadi seorang yang berani dan memfokuskan ketakutan anda bukan kepada makhluk .

Akhirkata, saya ada satu ungkapan rekaan sendiri:
“Hanya orang Islam yang beriman sahaja dapat melepaskan diri daripada penipuan ‘doom merchant’”

Mengapa? Fikirkan sendiri.

Wallahualam.

Rencana saya yang terdahulu ada memaparkan situasi ‘worst case scenario’ yang diramalkan oleh ‘doom merchant’. Klik sini untuk baca.

2 comments:

  1. Menarik artikel ni..Doom Merchant, first time dengar walopon kite saban hari 'jumpe' hasil kerje mereka..So any mesej drp penulis kpd pembaca? xkan sekadar tau yg golongan ni nama die Doom Merchant? ape kite boleh buat ek?

    Apa yg boleh sy kongsikan, penulis menggalakkan pencarian ilmu agar tidak mudah 'tertipu' dgn 'fakta-fakta' yg diberikan oleg Doom Merchant ni..indeed, Allah urges us to deepen our knowledge so that we're not cheated and teased easily..dlm al-Quran, anjing 'berilmu' i.e. terlatih utk berburu pon Allah bezakan dgn anjing yg 'x berilmu'..(al-Maidah,5:4)

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. ttg mesej kepada pembaca, sy mungkin akan tulis atau tidak tulis, kerana tujuan utama blog ini ditulis ialah sebagai stor simpanan ilmu terbuka atau penulisan berbentuk fakta, bukan huraian ilmu(respons). Jadi segala huraian, perbincangan, dan tambahan, maka pembacalah yang lakukan dengan menulis di ruangan komen. Apa yang kamu telah buat adalah betul, iaitu memberi tambahan atau respons di sini.

    Komen kamu betul. Ilmu dapat dijadikan senjata menangani tipu daya doom merchant. Tapi ilmu tersebut mesti disertai dengan pemahaman.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...