Mar 2, 2009

Siapa Jabir?

Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan dilahirkan pada tahun 721 Masihi/ 103 Hijrah di Tus, Khurasan (Iran sekarang) dan meninggal dunia pada tahun 815 Masihi/ 200 Hijrah di Baghdad. Beliau dari suku Arab bernama Azd, dan Kufah merupakan tempat menetap beliau untuk beberapa lama sebelum berpindah ke Baghdad dan meninggal dunia di sana. Beliau juga dikenali sebagai al-Sufi kerana mengikuti salah satu perkumpulan ahli sufi pada zaman itu.

Jabir Ibnu Hayyan

Selepas kematian bapanya, Jabir dihantar ke tanah Arab di mana beliau menjadi murid kepada Harbi al-Himyari, berdasarkan kepada kenyataan Jabir dalam sebahagian dari hasil kerjanya. Beliau mempelajari al-Quran, matematik, dan ilmu sains, selain mempelajari bahasa Himyar. Jabir juga menyatakan beliau mempelajari *alkemia dari seorang rahib yang merupakan anak murid kepada Maryanus yang pernah mengajar Khalid Ibnu Yazid ( salah seorang cendekiawan Islam).

Kehidupan awal Jabir tidak diketahui dengan tepat, tetapi diketahui bahawa Jabir ialah seorang ahli kimia semasa pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid dari Kerajaan Abbasiyyah. Beliau adalah teman rapat dan belajar ilmu kimia dari salah seorang imam dari dua belas imam kepercayaan Syiah, iaitu Imam Jaafar As-Saddiq (imam keenam). Jabir menghormati dan menyanjungi hasil kerja gurunya ini dengan memanggilnya dengan gelaran ' As-Sayyidi'. Di sini telah nampak kepada kita bahawa salah satu rahsia kejayaan ilmuwan Islam ialah menghormati gurunya. (tapi zaman sekarang ni pelajar banyak main2 bila pensyarah bagi kuliah, macam contoh di universiti tempat aku belajar ni!). Jabir juga rapat dengan Barmakid, iaitu menteri2 kerajaan Abbasiyyah. Jaa'far al-Barmaki, seorang menteri, memperkenalkan Jabir kepada Khalifah Harun a-Rasyid. Semasa kemerosotan (English-misfortune) Barmakid pada 803 Masihi, Jabir tinggal di Kufah bersendirian sehingga hari kematiannya. Dicatatkan bahawa satu salinan Kitab al-Rahma ditemui di bawah bantalnya semasa kematiannya.

Erick John Holmyard, seorang sejarawan kimia dikatakan penyelidik kepada sejarah pengenalan Jabir dan beliau banyak menerangkan mengenai kefahaman tinggi dan sumbangan Jabir dalam membangunkan ilmu alkemia menjadi ilmu kimia moden berakarumbikan eksperimen. Holmyard menyedari kepentingan sumbangan Jabir menyamai apa yang disumbangkan oleh Boyle dan Lavoisier.

Ibn an-Nadim dalam bukunya Fihrist memberikan senarai hasil kerja Jabir. Beliau menjadikan dua daripada tiga katalog yang disediakan oleh Jabir sendiri untuk kajiannya. Satu daripada katalog itu menyenaraikan semua hasil kajian Jabir, dan yang satu lagi menerangkan hasil kerjanya dalam bidang alkemia. Ibn an-Nadim menyatakan beliau memilih buku-buku dari dua katalog itu hanya yang pernah dilihatnya sahaja atau yang pernah diberitahu kepadanya oleh saintis2 yang boleh dipercayai.

Terdapat banyak kitab yang dikatakan dikarang oleh Jabir. Paul Kraus memberikan maklumat terperinci mengenai hasil-hasil kerja itu yang mana berjaya ditemuinya , baik yang lama mahupun yang baru. Kemudian, Sezgin menambah lagi pada senarai Kraus beberapa naskhah baru yang baru ditemui.

Kemasyhuran Jabir banyak dikaitkan dengan sumbangannya dalam bidang kimia, namun beliau juga menulis dalam kimia perindustrian dan kejuruteraan kimia, perubatan, fizik, matematik, falsafah dan semua cabang sains yang diketahui pada masanya.

Sejarawan kimia telah mengkaji hasil-hasil kajian yang dikaitkan dengan Jabir, dan dipercayai bahawa Jabir telah menulis sebahagian besar daripadanya, sementara bakinya ditulis oleh cendekiawan2 yang lain dan dikaitkan dengannya. Keseluruhan korpus Jabir (English- Jabirian corpus)(korpus adalah himpunan buku-buku dan kertas-kertas hasil kajian yang ditulis oleh hanya seorang penulis) berjaya dihimpunkan antara abad kelapan hingga kesepuluh Masihi.

Hasil-hasil kajian yang paling penting dalam korpus tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
1- Himpunan " Seratus Dua Belas Kitab". Terdapat kitab-kitab lama dalam himpunan ini, namun sebahagian besarnya masih belum ditemui.
2- Himpunan " Tujuh Puluh Kitab" . Sebahagian dari anak buku (English-booklet) atau artikel dari himpunan ini diterjemah ke dalam bahasa Latin dan dikenali sebagai Septuaginta. Buku asal berbahasa Arab masih belum ditemui sehinggalah pada dua dekad pertama pada abad ke dua puluh. Himpunan buku2 ini membincangkan mengenai falsafah, kimia , kedoktoran dan alam semulajadi.
3- Himpunan " Kitab Keseimbangan" (Kitab Al-Mizan-keseimbangan jisim dalam bidang kimia). Menghimpunkan 144 kertas kerja dan beberapa daripadanya kertas-kertas kajian yang telah lama.
4- Himpunan " Kitab Pembetulan". Menghimpunkan sepuluh kertas kajian di mana Jabir mengkritik dan membetulkan semula hasil-hasil kerja penulis-penulis kuno dan hasil kerja pada masa itu termasuk hasil kerja beliau sendiri. Hanya satu kertas kajian yang masih bertahan ( Musahhahat Iflatun), dan sebahagian yang lain.
5- Kitab a-Khawass al-Kabir.

Senarai ini tidak menggambarkan kesemua hasil2 kajian terpenting Jabir. Sebahagian hasil2 kajian yang lama tidak didalami dan masih dalam bentuk manuskrip; dan bahagian- bahagian utama dan beberapa tajuk2 masih belum ditemui.

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kertas kerja Latin yang menggunakan nama Geber (nama Latin Jabir) di mana naskhah Arabnya masih belum dikenalpasti. Ini memberi peluang kepada sejarawan alkemia dan kimia Latin mengaitkan kertas-kertas kerja ini dengan penulis-penulis Latin pseudo (penulis2 yang bukan penulis sebenar kertas kerja tersebut).

Antara karya-karya terkenal beliau yang lain termasuklah Kitab Al-Malik Ar-Rahmat, Kitab At-Tajmi, Kitab Az-Zuhra (buku berkenaan alkemia), Kitab Al-Asrar, Kitab As-Sab'in, Kitab Al-Ahjar (Buku Batu-Batuan-English-Book of Stones) dan Kitab Al-Kimya. Kitab Al-Kimya dan As-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Penulisan beliau telah mempengaruhi perkembangan ilmu kimia dan membuka jalan kepada saintis-saintis Islam selepasnya seperti al-Kindi, al-Razi, al-Tughrai dan al-Iraqi.

Sumbangan Jabir.
Jabir mengenalpasti dengan betul bahawa unsur2 berpadu pada peringkat zarah untuk membentuk sebatian baru tanpa kehilangan struktur asalnya. Penemuan ini dilakukan lebih sepuluh abad sebelum John Dalton 'menemui' teori atomnya. Beliau juga telah membina skala yang membolehkan berat disukat sehingga serendah-rendah 1/6480 daripada satu paun jisim. Beliau juga menyedari pembakaran sebagai pelepasan tenaga terpendam dari bahan yang mudah terbakar apabila berpadu dengan oksigen pada suhu yang sesuai.

Beliau juga mencipta kertas tidak terbakar, dakwat kemilau (florescent ink- glow in the dark ink), bahan saduran nirkarat, dan bahan saduran kalis air untuk fabrik.

Jabir menekankan pendekatan sistematik dalam alkemia dan bersungguh-sungguh menukarkan alkemia dari kekarutan kepada sains. Beliau dikaitkan dengan penciptaan lebih dari dua puluh jenis radas asas dalam makmal kimia, seperti alembik (Arab-Al-anbiq), dan kaki retort, dan turut memperkenalkan proses2 seperti penyulingan dan penghabluran garam. Antara sebatian2 yang ditemui Jabir ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik. Dengan mencampurkan dua jenis asid (hidroklorik dan nitrik) beliau mencipta aqua regia, iaitu larutan pelarut emas, yang amat penting dalam pengekstrakan emas. Selain itu, beliau turut menemui kumpulan asid organik seperti asid sitrik ( unsur masam dalam buah lemon dan buahan muda), asid asetik atau asid etanoik (dari cuka), dan asid tartarik (dari sisa pembuatan wain). Jabir turut memperkenalkan cara memisahkan sebahagian unsur-unsur kimia seperti arsenik, antimoni dan bismuth. Beliau juga orang pertama yang mengelaskan sulfur dan raksa (English-mercury) sebagai unsur dan juga orang pertama menulenkan dan memisahkan sulfur dan raksa sebagai unsur tulen. Pada pendapat beliau, setiap logam berbeza kerana kandungan sulfur dan raksanya yang berbeza.

Jabir menggunakan kepakaran kimianya dalam menambahbaikkan kebanyakan proses pengeluaran, umpamanya proses pengeluaran keluli dan logam lain, mencegah pengaratan, menyadur emas, dye dan pakaian kalis air, pengawetan kulit haiwan, dan analisis kimia mengenai pigmen. Beliau membangunkan penggunaan mangan oksida dalam industri pembuatan kaca bagi memberikan warna hijau pada kaca.

Benih-benih kepada pengelasan moden unsur-unsur kimia kepada unsur logam dan bukan logam dapat diperhatikan pada catitan beliau. Beliau mencadangkan tiga kumpulan unsur:
1) 'Spirit' - bahan yang mengewap apabila dipanaskan seperti arsenik, camphor, raksa, sulfur, sal ammoniac, dan ammonium klorida.
2) 'Logam' - emas, perak, plumbum, timah, tembaga, besi
3) 'Bahan rapuh' - bahan2 yang boleh ditukar kepada serbuk, sebagai contoh batu.

Beberapa perkataan Inggeris yang digunakan dalam kimia berasal dari perkataan Arab yang diperkenalkan oleh Jabir dalam bukunya. Sebagai contoh:

al-anbiq (English-alembic)
al-qaliy (English- alkali)
al-khul (English-alcohol)

alembic

Sekian dahulu rencana saya untuk kali ini. Semoga para pembaca mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda walaupun sedikit.
Wallahualam.


*alkemia- ilmu kimia tua ,yang lebih kepada kepercayaan mistik dan karut tanpa sebarang alasan eksperimental yang boleh dijadikan sokongan, dan dipenuhi dengan unsur-unsur sihir dan falsafah kuno. Ilmu kimia tua ini merangkumi seni penukaran logam biasa kepada emas, dan pembuatan posyen dan 'cecair kekebalan' (English-elixir of immortality). Jabir menyumbangkan peranan besar dalam menukarkan ilmu ini kepada ilmu kimia moden.

1 comment:

  1. We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
    Your web site provided us with valuable information to work on. You've done an impressive job and our whole community will be thankful to you.


    my web page ... Handphone Dengan Kamera Depan Terbaik

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...