Sep 7, 2009

Obsessive-compulsive disorder.

Obsessive-compulsive disorder (OCD) ialah sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang . Tanda-tanda kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada seringan-ringan perkara seperti membasuh tangan berulang-ulang. Selain itu, berlaku halangan meluas dalam menumpukan otak ketika menerima impuls daripada hubungan kelamin, amalan agama dan serangan luar. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan hubungan sosial dan membuang masa. Ia juga seringkali menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri penghidapnya. Selain kelakuan pesakit-pesakit OCD mungkin kadangkala nampak gila dan kurang siuman, penghidapnya juga kerapkali mempercayai bahawa pemikiran dan tindakan susulan sesuatu perkara yang dilakukan sebagai tidak wajar, dan mereka akan berasa lebih tertekan selepas menyedari perkara tersebut.

OCD adalah penyakit mental keempat paling kerap dilaporkan dan dikesan sekerap penyakit lelah dan kencing manis. Di Amerika Syarikat, satu daripada 50 orang dewasa menghidapi OCD. Frasa ‘obsessive-compulsive’ telah menjadi sebahagian daripada kosa kata Inggeris, dan biasanya digunakan secara tidak rasmi atau secara karikatur bagi menerangkan seorang yang berhati-hati, pencari kesempurnaan atau ‘perfectionist’, teliti dalam mencari punca sesuatu perkara, dan terikat dengan seseorang atau suatu perkara. Walaupun ciri-ciri ini biasa berlaku dalam OCD, mereka yang mengalaminya tidak semestinya menghidap OCD. Mereka mungkin menghidap ‘obsessive-compulsive personality disorder’ (OCPD), sejenis kecelaruan dalam juzuk autisme.

Ketaksuban pemikiran dalam OCD boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
a) Was-was
b) Kebersihan
c) Kewaspadaan (melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan-slowness)

Kebiasaannya penghidap juga akan menghadapi simptom-simptom seperti kemurungan, sedih, kurang selesa, cepat letih, penurunan berat badan, cepat marah dan tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan. Simptom OCD akan menjadi lebih teruk jika penghidapnya menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, sekiranya masalah yang dihadapi berjaya diatasi dengan baik, simptom-simptom ini akan berkurangan.

Risiko untuk menghidap penyakit ini bergantung kepada:
a) genetik keturunan- risiko tinggi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapinya
b) personaliti si penghidap- seperti terlalu berhati-hati, cerewet, terlalu patuh pada peraturan.
c) masalah organ dan saraf- kecederaan di bahagian tertentu otak. Masalah saraf seperti meningitis dan enkefalitis juga boleh menjadi punca.
d) pengalaman lalu-kemalangan ngeri yang menimbulkan fobia dan seterusnya OCD
e) konflik- masalah hidup seperti kerja, rumah tangga dan sebagainya.

Bagaimana tindakan berulang (compulsions) boleh terjadi dan berkembang?
Model pemikiran-sikap (English-cognitive-behavoral model) menyatakan bahawa sikap bertindak secara berulang-ulang dilakukan bagi menghilangkan pemikiran yang datang menimbulkan gangguan. Malangnya ia hanya memberikan kelegaan sementara kerana pemikiran tersebut akan datang sekali lagi. Setiap kali pemikiran yang mengganggu ini berlaku, ia secara songsang diperkuatkan oleh perasaan lega daripada gangguan tersebut, lalu menjelaskan bagaimana aktiviti luar biasa pesakit OCD bertambah dari masa ke semasa. Sebagai contoh, selepas memegang tombol pintu, seseorang pesakit akan memikirkan dia akan mendapat penyakit daripada kotoran pada tombol pintu. Dia kemudian berasa kurang senang, di mana dia hanya akan berasa lega setelah membasuh tangannya. Ia akan diikuti dengan pemikiran “ adakah aku telah membasuhnya dengan betul?” lalu menyebabkan pertambahan rasa kurang senang, lalu membasuh tangannya sekali lagi bagi menghilangkan rasa tersebut. Kitaran ini diulang-ulang jika pemikiran tentang rasa tercemar ini berlaku sekali lagi. Pemikiran seperti ini akan merebak kepada kebimbangan pencemaran pada objek lain, sebagai contoh kerusi. (dia mungkin juga akan memegang kerusi setelah memegang tombol pintu tersebut).

‘Pure-O’
OCD kadangkala berlaku tanpa tindakan berulang yang ketara. OCD jenis ini atau dikenali dengan nama ‘Pure-O’, berlaku dari 50 peratus hingga 60 peratus daripada kes OCD yang dilaporkan. Berbanding dengan melakukan tindakan berulang, seseorang dengan ‘Pure-O’ akan lebih berselindung, atau berasa terarah untuk mengelak daripada situasi-situasi yang boleh mendatangkan gangguan. Akibat daripada pengelakan ini, seseorang mungkin terpaksa bekerja keras untuk menyelesaikan peranan umum dan diri, walaupun mereka meletakkan nilai yang tinggi dalam peranan tersebut dan walaupun mereka telah menyelesaikannya dengan baik pada masa lepas. Dengan kata lain, penyakit OCD jenis ini timbul disebabkan pengelakan yang keterlaluan terhadap simptom-simptom OCD yang timbul. ‘Pure-O’ boleh menyebabkan bercambahnya sikap sambil lewa dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya. Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesannya ialah dengan bersederhana dalam menangani simptom-simptom OCD.

Penyebab biologi.
OCD dikatakan berpunca daripada ketidaknormalan paras serotonin dalam otak. Serotonin berperanan mengawal perasaan kurang senang atau perkara-perkara yang menimbulkan gangguan. Pesakit OCD menghadapi masalah di mana reseptor serotonin kurang dirangsang. Mereka diberikan ubat SSRi (English-selective serotonin reuptake inhibitor) untuk meningkatkan paras serotonin.

Keputusan penyelidikan terbaru pula menyatakan bahawa mutasi juga boleh menyebabkan OCD. Penyelidikan yang dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (AS), menyatakan terdapat mutasi pada gen pengangkutan serotonin manusia yang menghidap OCD. Namun, penyelidikan lanjut dalam aspek-aspek yang lain masih dijalankan dan keputusannya masih dalam perbincangan.

Para saintis di Duke University Medical Centre di AS pula mengesyaki striatum, sejenis bahagian otak sebagai penyebab OCD. Striatum ialah bahagian otak yang merancang dan memulakan tindakan-tindakan yang bersesuaian. Mereka telah mengubah secara genetik striatum dalam otak tikus dan mendapati bahawa tikus tersebut membersihkan bulunya tiga kali lebih lama berbanding tikus normal yang lain, sehinggakan bulu-bulu di badan mereka tertanggal.

Dalam bukunya, Brain Lock, Jeffrey M. Schwartz mencadangkan bahawa OCD disebabkan oleh bahagian otak yang bertanggungjawab menterjemahkan niat yang kompleks kepada tindakan-tindakan asas. (sebagai contoh menterjemahkan “saya akan mengambil cawan ini” kepada “gerakkan lengan ke depan, putarkan tangan 15 darjah, dan sebagainya”) dan gagal menyampaikan mesej kimia bahawa tindakan itu telah selesai. Ia dipercayai sebagai perasaan ragu-ragu dan ketidaksempurnaan, di mana ia akan membawa seseorang kepada berusaha secara sedar untuk meleraikan tindakan mereka yang sebelumnya - sebuah proses yang menimbulkan gangguan dan rasa kurang senang pada manusia, walaupun tidak menghidap OCD.

Terdapat berbagai-bagai lagi punca OCD yang masih dalam penyelidikan para saintis dan masih belum dipastikan lagi akan kesahihan keputusannya.

Rawatan dan ubat-ubatan.
Dalam proses soal selidik, doktor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
• Tempoh berlakunya masalah tersebut
• Punca sebenar tercetusnya masalah
• Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
• Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
• Peringkat keterukan yang dihadapi.

Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, jangkaan pemulihan mereka biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya. Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat tersendiri atau kesan penyakit mental yang lain.

Biasanya doktor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional atau ketaksuban pesakit. Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Pendekatan psikologi yang merangkumi terapi cara berfikir dan terapi tingkahlaku:-
a. Terapi cara berfikir - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
b. Terapi tingkah laku - terapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
• Keseriusan masalah yang dihadapi
• Kerjasama terhadap rawatan yang diberi
• Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
• Tempoh mengidap penyakit tersebut.

Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan sosial atau sebagainya.

OCD dalam konteks hidup beragama.
Dalam konteks umat Islam, penyakit OCD ini biasanya menyerang dalam amalan keagamaan atau ibadah. Jika penyakit ini berada pada tahap yang tidak genting, maka ia bukanlah OCD, sebaliknya penyakit was-was biasa yang berlaku dalam menjalani ibadah. Namun, jika penyakit was-was ini dilayan dan dibiarkan berterusan tanpa ada sebarang usaha bagi memulihkannya, ia boleh berubah tahap menjadi teruk dari masa ke semasa, dan akhirnya sampai ke tahap OCD.
Was-was muncul kerana rasa taksub dalam mencari kesempurnaan dalam menunaikan sesuatu ibadat. Penyakit ini biasanya berlaku ketika hendak berniat. Seorang pesakit akan taksub atau obses mencari niat yang sempurna lafaznya. Oleh itu, sebarang kesilapan kecil dalam lafaz akan menimbulkan rasa kurang senang, lantas mendorong untuk mengulanginya sehinggalah rasa kurang senang itu dirasakan benar-benar hilang.
Rasa taksub mencari kesempurnaan ini didorong oleh perasaan takut kalau-kalau amalan yang dilakukan tidak diterima Tuhan. Dari satu sudut, perasaan ini mungkin menampakkan suatu petanda yang baik kerana menunjukkan bahawa seseorang itu bertakwa dan takut kepada Tuhan kalau-kalau amalannya tidak diterima. Namun dari satu sudut lain, perasaan ini nampaknya menimbulkan fitnah dalam beribadat. Ini kerana salah satu kriteria penerimaan ibadat adalah khusyuk. Jika kita asyik berwas-was sahaja, bagaimana mungkin kita akan khusyuk? Selain itu, berlaku pembaziran dalam menggunakan sumber air. Tuhan juga membenci pembaziran. Maka tidak wajarlah ketaqwaan kepada Tuhan dijadikan alasan untuk kita terus melayan rasa was-was ini.
Maka di sinilah Islam menggesa umatnya mengambil jalan pertengahan. Ini kerana terlalu jahil dalam beragama boleh membawa kepada kekufuran, manakala terlalu fanatik atau taksub dalam beragama pula boleh membawa kepada fitnah-fitnah yang boleh menyebabkan amalan kita langsung tidak diterima.

Di sini saya memetik kata-kata Ibn Qayyim tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat:

“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

Semoga mendapat ilmu berguna daripada pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Wallahualam.

sumber:
http://www.mentalhealth.org.my/index.cfm?menuid=25&parentid=9
en.wikipedia.org/wiki/Obsessive–compulsive_disorder
http://drmaza.com/home/?p=704

26 comments:

  1. alhamdulillah syukur, terimakasih sangat2 atas info ini, saya seorang pengidap OCD yang telah terlalu lama mengidapnya. Tetapi baru jumpa bab tentang penerangan ibnu Qayyum ini. terimakasih sangat2. Cuma saya nak tahu, apakah sebagai seorang yang telah disahkan sebagai penghidap OCD ini, maka saya tergolong dalam golongan tidak waras, dan adakah kerana itu, maka makruh kah atau haramkah saya untuk berkahwin?

    husnulrizan

    ReplyDelete
  2. salam
    Tentang waras atau tidak, ia bergantung kepada tahap ocd yang sedang anda hidapi. Saya nasihatkan anda berjumpa pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan dan penerangan lanjut, sebelum membuat penilaian mengenai diri anda.

    Tentang hukum berkahwin tersebut,terus terang saya katakan bahawa saya tidak tahu. Anda bolehkan berjumpa orang-orang yang lebih arif untuk mendapatkan penjelasan hukum.

    Harap menjawab.

    ReplyDelete
  3. wsalam,

    saya memang telah pun menerima rawatan dari pakar psikology dan psikiatri, malah saya pernah juga tinggal di wad psikiatri. Diagnosi pada diri saya ialah OCD Primer. Disamping itu saya juga disahkan mempunyai simptom Anxiety Neuorosis (Kebimbangan Melampau) dan Kemurungan.

    Seluruh kehidupan saya samada peribadi atau sahsiah telah terjejas dan rosak akibat ini. Namun saya masih bernyawa dan menyimpan impian untuk merasai bagaimana rasanya kehisupan orang lain yang sihat dan normal. Bagaimanakah yang mereka rasa apabila ditegur, sedih, gembira, dan lain lain, kerana situasi saya dan respon diri saya pada perkara2 tersebut amatlah berbeza dari orang normal.

    HusnulRizan

    ReplyDelete
  4. Salam

    Sukar juga untuk menjawab persoalan saudara/I, kerana saya bukanlah seorang ahli dalam bidang ini. (saya pelajar kejuruteraan) Artikel di atas pun ditulis demi memaklumkan pembaca bahawa penyakit ini wujud dan saya juga berasa terpanggil untuk menulisnya kerana gejala was-was yang ringan-ringan jika dibiarkan akan membawa kepada penyakit tersebut.

    Tetapi saya akan memberikan pandangan peribadi mengikut kemampuan saya.

    Apabila saudara/I menyatakan saudara pernah dihantar ke wad psikiatri, maka perkara pertama yang terbit dalam pemikiran saya ialah penyakit saudara sudah berada pada tahap kritikal.
    Tetapi persoalannya siapa yang memberi garis ukur kritikal tersebut? Adakah saudara masuk ke wad kerana percaya pada kata-kata doktor yang menyuruh saudara/I masuk ke wad, lebih daripada saudara/I mempercayai diri sendiri bermasalah? Atau memang saudara memilih untuk masuk ke wad kerana saudara/I sendiri mendapati memang diri sendiri bermasalah berdasarkan beberapa bukti ketika bergaul dalam masyarakat?

    Masuk ke wad psikiatri mestilah atas inisiatif sendiri, bukan daripada mana-mana paksaan hatta dari doktor sekalipun. Sebagaimana seorang pelajar ke dewan kuliah, dia mesti datang sendiri. Tidak perlu berasa terpaksa walaupun si pensyarah menyatakan ‘kamu mesti dating kuliah penuh dalam tahun ini demi lulus periksa’.

    Jika saudara/i merasakan bahawa tahap terkini penyakit saudara/i BENAR-BENAR membawa kepada masalah dalam hubungan sosial,dan saudara merasakan ia perlu kepada bantuan luar seperti wad psikiatri, maka eloklah saudara/i pergi. Jika saudara/I merasakan sebaliknya, maka tidak perlu ke wad meskipun doktor mengesyorkannya. Doktor hanya membuat penilaian berdasarkan cerita anda, dia tidak mengalami apa yang anda alami. Justeru saudara/I lah yang lebih berhak membuat penilaian mengenai diri saudara.

    Bagaimanakah caranya menilai diri sendiri? Iaitu dengan meluaskan pembacaan, bertemu dengan doktor –doktor lain dan kemudian selepas mendapat ilmu dari pelbagai sumber, saudara berfikir adakah saudara benar-benar ‘LAYAK’ masuk ke wad?

    Saudara/i lah yang lebih kenal diri saudara/i berbanding doktor-doktor , pakar-pakar psikiatri dan juga penulis blog seperti saya.

    Harap menjawab.

    ReplyDelete
  5. terima kasih. penulisan yg sangat bermaklumat..

    ReplyDelete
  6. saya pula selalu merasa was2 berkenaan air mani. saya konfius antara air mani dan air mazi. padahal saya tau saya tidak membuat apa yang tidak sepatutnya. penat lah rasa macam ni. kadang2 saya rasa saya telah terkeluar air mani, padahal tak pun. selalu saya nangis memikirkan benda ni.

    ReplyDelete
  7. Kepada Anonymous June 30, 2012 4:04 pm:

    Air mani dan air mazi memiliki ciri-ciri dan cara pengeluaran yang berbeza.

    Air mani (English-semen) ialah cecair likat berwarna putih kekuningan, memiliki bau seperti sesetengah pokok ketika ia mengeluarkan bunga, atau bau seperti tepung yang dibiarkan lama setelah diuli, dan keluar dalam kuantiti yang banyak, dan pada masa yang singkat.

    Air mazi (English-pre-ejaculate/Cowper fluid) pula ialah cecair likat yang tidak berwarna dan tidak berbau, dan hanya dikeluarkan sedikit, ukurannya dalam beberapa titik sahaja atau mungkin kurang lagi. Ia dihasilkan oleh kelenjar cowper di belakang pangkal zakar. Air mazi ialah cecair normal yang keluar ketika zakar menegang akibat rangsangan seksual atau tanpa apa-apa rangsangan seksual tetapi akibat :
    a) tekanan di bawah kelenjar prostate (akibat duduk di atas kerusi atau menunggang basikal/motosikal terlalu lama) atau sebab-sebab lain.
    b) meneran ketika membuang air besar
    c) berdehem selepas membuang air kecil (faktor mengapa ramai lelaki merasakan bahawa kencing mereka tidak lawas/ memiliki 'lebihan2' yang tidak habis keluar)
    d) gugup akan sesuatu (seperti gugup di depan khalayak ramai, gugup sebelum menduduki peperiksaan dan lain lain)

    Jika ia dikeluarkan ketika rangsangan seksual (zakar menegang),ia bertujuan melincirkan saluran zakar agar air mani yang bakal dikeluarkan tidak menyakitkan zakar. Untuk sebab-sebab lain, ia mungkin akibat tekanan dalam saluran darah yang melalui kelenjar cowper (boleh rujuk pakar untuk ini).

    Cara keluar air mani dan mazi juga berbeza. Air mani dikeluarkan HANYA apabila seorang individu lelaki mencapai kemuncak syahwat (English-orgasm) sama ada melalui mimpi (English-nocturnal emission), beronani (English-masturbation) atau hubungan kelamin (English-sexual intercourse). Air mani hanya keluar pada satu-satu tempoh masa sahaja (tempohnya amat singkat) dan bukan mudah untuk dikeluarkan, melainkan jika individu tersebut memiliki masalah pancutan awal (English-premature ejaculation). Individu yang mengalami pengeluaran ini sedar akan apa yang dialaminya, sedar dan yakin ciri-ciri cecair ini (seperti yang telah dinyatakan di atas), dan sedar ia mendatangkan rasa nikmat.

    Sedangkan air mazi boleh keluar pada bila-bila masa meskipun tanpa apa-apa rangsangan seksual (seperti yang telah dinyatakan) dan ia boleh dikeluarkan berterusan, titik demi titik, untuk satu tempoh masa yang lama bergantung kepada individu. Kebanyakan individu yang mengalaminya tidak menyedari pengeluaran ini, dan pengeluarannya tidak mendatangkan rasa nikmat sepertimana air mani. Kadangkala pengeluarannya boleh dikelirukan dengan pengeluaran air kencing yang tidak tus, yang juga keluar secara titik demi titik dan berterusan.

    Dalam Islam , air mani tidak najis tetapi air MAZI ialah najis.

    Hadis mengenai air mani:
    Dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW hanya mengikis kesan air mani yang sudah kering pada pakaiannya dan kemudian baginda mengambil wudhu’ lalu bersolat tanpa menukarkannya dengan pakaian lain (sila rujuk sumber hadis menerusi Google atau ustaz dan ulama’2. Paling penting pastikan sanad dan perawinya sahih. Ayuh berfikir secara intelektual Islam !).

    Hadis mengenai air mazi:
    Dalam sebuah hadis yang lain juga ada diriwayatkan bahawa Saidina Ali Karamallahu Wajhah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa beliau kerap mengeluarkan air mazi, dan Rasulullah menjelaskan bahawa pakaian yang terkena air mazi beserta kemaluan mesti dicuci dengan air mutlak sebelum boleh dibawa bersolat (sila rujuk sumber hadis menerusi Google atau ustaz dan ulama’2. . Paling penting pastikan sanad dan perawinya sahih. Ayuh berfikir secara intelektual Islam !).

    ReplyDelete
  8. Sambungan dari atas...

    Sekarang telah jelas beza antara air mazi dan air mani. Sepatutnya tidak ada unsur tidak yakin dalam menentukan salah satu di antara keduanya, kerana dua cecair ini sangat berbeza dari segi ciri dan cara keluar. Jika air mani yang keluar, maka anda mesti tahu bahawa ia air mani dan begitu juga air mazi. Anda mesti yakin dan jelas. Jika tidak yakin, maka mulakan dengan menghidu bau cecair ini. Jika berbau maka ia air mani dan jika tidak, maka ia bukan. Selebihnya yang tidak kita ketahui, kita serahkan kepada Allah SWT kerana Dia tidak memberatkan kita dengan apa yang di luar pengetahuan kita. Dengan cara ini, insya-Allah penyakit was-was dapat dihindari dan juga dapat mencegah diri dari mengalami OCD.

    Kekeliruan mengenai air mazi dan air kencing yang tidak tus

    Pengeluaran air mazi hanya boleh dikelirukan dengan pengeluaran air kencing yang tidak tus sahaja. Ini kerana kedua-duanya memiliki cara keluar yang sama, cuma ciri-ciri cecairnya sahaja yang berbeza.

    Namun kekeliruan ini tidak sepatutnya menjadi isu besar. Ini kerana kedua-duanya juga najis.

    Jika keluar salah satu dari kedua-dua ini, maka pakaian yang terkena perlu dibersihkan dengan air mutlak sebelum boleh dibawa bersolat.

    Unsur penting dalam penentuan sama ada cecair-cecair ini keluar atau tidak ada tiga, iaitu bau, warna (kuning /tidak berwarna) dan rasa (basah, licin, dan lain-lain). Jika tiga unsur ini tidak dapat disahkan, maka ia sudah cukup meyakinkan untuk menganggap bahawa ia TIDAK DIKELUARKAN. Tidak perlu lagi berfikir itu dan ini kerana ia hanyalah bisikan was-was syaitan yang boleh membawa kepada OCD dan tidak waras. Dengan kata lain, berpada-padalah!

    Senjata terpenting memerangi OCD dan was-was ialah YAKIN. Anda YAKIN dengan keluarkan kedua-dua najis ini, maka benarlah ia keluar. Jika anda was was dan tidak pasti, anda mesti menentukan sama ada anda yakin atau tidak SECEPAT MUNGKIN atau lupakan sahaja. Jika membiarkan diri terlalu lama di dalam tempoh tersebut, unsur yakin dan tidak yakin dalam diri anda akan sentiasa berputar dan bertukar-tukar, sepertimana lampu kelip-kelip yang tidak tetap nyalaan lampunya yang sekejap padam dan sekejap bernyala.

    Sekian, hanya Allah yang lebih Mengetahui.

    [Nota: penulis seorang yang bukan ulama'. Sila rujuk ulama' demi menjaga disiplin pemikiran intelektual]

    ReplyDelete
  9. Malaysia & Singapore & brunei ultimate on-line blogshop for wholesale & quantity korean add-ons,
    accessories, earstuds, choker, rings, bracelet, hair & trinket accessories.
    Offer 35 % wholesale markdown. Ship Worldwide
    Check out my page :: programas de memória

    ReplyDelete
  10. Do you have a spam issue on this blog; I also
    am a blogger, and I was curious about your situation; we have
    developed some nice procedures and we are looking to trade solutions with other folks, why not shoot me an e-mail if interested.


    Also visit my web site ... blu-ray

    ReplyDelete
  11. Terima kasih. Saya baru menyedari yg saya sebenarnya penghidap OCD sejak berumur 16 tahun dan sekarang saya sudahpun berusia 18 tahun.Penyakit ini menyebabkan saya sentiasa berasa was-was terutamanya ketika beribadat.Contohnya seperti yg penulis nyatakan dlm artikel ni. Saya akan mengulangi wuduk disebabkan berasa ragu" dan terfikir adakah sy sudah berniat.Hal ni juga terjadi ketika sy hendak mulakan solat.Ketika hendak bersolat, saya sampai berimaginasi utk mmbuktikan yg sy sudah berniat. Contohnya,sy hendak solat zohor, dan ketika berniat sy akan membayangkan perkataan zohor, nombor 4 sebagai rakaat solat tersebut.Saya mohon penjelasan penulis drpd masalah yg sy hadapi memandangkan sy masih muda dan apakah risiko yg bakal menimpa sy pd masa hadapan ?

    ReplyDelete
  12. Just desire to say your article is as astounding.
    The clearness in your post is just excellent
    and i could assume you are an expert on this subject.

    Well with your permission allow me to grab your RSS feed to keep
    updated with forthcoming post. Thanks a million and please continue the rewarding
    work.

    Have a look at my web-site ... disabled dating website

    ReplyDelete
  13. sy bru menyedari sy slh seorg penghidap ocd..sy terlalu cerewet bkaitan kebersihan, suka membuat sesuatu perkara berulang, was2 ketika solat, dan curiga kpd sesuatu perkara..penyakit ini telah sy alami ketika kecil lg..dan ia turut di warisi oleh kembar sy.. :(

    ReplyDelete
  14. Hello! Do you know if they make any plugins to safeguard against hackers?
    I'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard on.

    Any suggestions?

    My web site dating disabled men ()

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas infonya ^^ saya baru tau kalo ada penyakit mental seperti ini. ada beberapa orang di sekitar saya yang berperilaku seperti yang dituliskan di atas. semoga bermanfaat bagi orang banyak

    http://nurainiayu.student.ipb.ac.id/

    ReplyDelete
  16. salam,saya adalah pesakit OCD.Saya sedari banyak perkara yg berlaku di sekeliling saya banyak mempengaruhi daya pemikiran saya untuk berfikir akan sesuatu benda itu dengan terlalu mendalam...Saya juga akan terlalu risau apabila memikirkan sesuatu perkara kepada sya seperti memegang tombol pintu kerana takutkan kuman or virus di situ dan sebagainya..saya rasa kekadang saya bodoh bila melakukan perkara sebegitu dan ia buat saya letih...saya ingin berubah dan saya kerap mencari maklumat berkaitan artikel2 ocd...Apakah kaedah untuk merawat penyakit ocd mengikut ajaran Islam?

    ReplyDelete
  17. trima kasih atas info trsbt.. br2 ni saya rasa saya sentiasa was2 utk buat sesuatu..
    contohnye bile hndk mandi wajib, saya perlu berulang-ulangkali buat..
    bagaimana nk atasi? saya malu nk bgtau keluarga..

    ReplyDelete
  18. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. Saya seorang penghidap ocpd yg telah didiagnosis oleh psikiatri. Ada beza antara ocd dan ocpd. Seeloknya jgn diagnos sdri n buat kesimpulan sdri yg anda hidal ocd / ocpd. Sbb byk kriteria yg dianalisa oleh psikiatri sblm betul2 mengeluarkan kenyataan anda ada ocd / ocpd. Cthnya kekerapan anda stress,faktor anda stress, pergaulan anda dgn org ramai, cara anda belanjakan wang, apa yg anda selalu fikir. Dan ada beberapa soalan wajib yg ditanya..

    ReplyDelete
  19. rupenye sy ocd..sy alami ocd sjak lhirnye ank sy 3 thun yg lalu..tp trbw2 smpai skang..dlu ank sy ad ekzema n asma..sring sgt msuk wad..dsbbkn itu sy jd lbh dtail bab kbrshan..wlupn ank da ok tp prangai sy msh sme obses dgn brsh..sbb sy tkut ank akn skit smula..kalo org kmas umh corner lot 3 blik,2 blk air ambl ms 2-3 jam..tp sy akn brkmas 6-7 jam stp hr..hr2 nk mop umh..dhsyat x..huhu..keadaan ni buat sy jd pnat n slalu lmbt g keje..pnh cube control tp xblh ble fkirkn ank..kdg2 trase jgk sy ni gle ke..kalo mnd mst stgh jam..stiap stu anggota sy akn repeat bsh 6 kli..brg2 spt btl susu ank pn sy akn rebus dlm air pnas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama puan..saya pun ada penyakit ni..saya bukan takat kebersihan, susunan barang, and punctuality pun bleh buat saya stress..saya kena jumpa pakar rasanya..makin lama dah mkin teruk

      Delete
  20. saya berharap tuan dapat share email address kepada saya kerana sy perlukan pandangan tuan

    ReplyDelete
  21. info yang berguna untuk psikologi abnormal. lagi2 nak exam hehe

    ReplyDelete
  22. Try amalkan ruqyah semasa tidur.. InshaAllah penyakit mental ini akan beransur pulih.. Yakin lah akan keizinan Allah dan berdoalah selalu untuk kesembuhan InshaAllah..

    ReplyDelete
  23. " Allohumma innii i'udzu bika minashshomami wal bukmi wal junuuni wal judzaami qal baroshi wa sayyiil asqoom "
    " YaAlloh, Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu adri tuli, bisu, gila, kusta/lepra, sopak, & penyakit-penyakit yang ganas lainnya. "
    (HR. Hakim)

    ReplyDelete

  24. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

    Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 👉🏼 En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

    2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
    Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital👍🏻

    3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

    4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
    - Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
    Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
    - Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
    - Masalah Keputihan
    - Darah Tinggi
    - Buah Pinggang

    5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

    -Sy share mlalui
    pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

    Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼

    Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
    Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
    Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
    Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
    ~~~~
    Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

    💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
    In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...