Feb 21, 2009

Siapa Nikola Tesla?

Pertama-tamanya saya ingin memohon maaf kepada para pembaca sekalian kerana tidak dapat mengemaskini blog ini untuk jangka masa yang agak lama, disebabkan tuntutan 'tugasan-tugasan' untuk kursus saya di sini, dan tidak lupa 'tugasan-tugasan' dari-Nya yang perlu disiapkan sebelum 'dateline'. Apapun, untuk segmen sains dan teknologi pada kali ini, saya ingin mengajak para pembaca sekalian telusuri sejarah seorang saintis yang dikatakan merintis jalan kepada dunia keelektrikan kita dewasa ini, iaitu Encik Nikola Tesla. Dan tahukah anda unit SI bagi fluks magnet,Tesla mengambil sempena nama beliau?

Mengapa saya menulis rencana ini? Kerana saya mahu diri saya sendiri dan para pembaca sekalian tahu, kita boleh mencapai apa yang kita impikan, asalkan kita mampu bangkit dan belajar atas kesedaran bahawa kita masih jauh ketinggalan berbanding orang dan bangsa lain. Saya sering terbaca dan terdengar ada orang asyik membincangkan mengenai sejarah Yahudi dan mengapa mereka terlalu bijak, dan mengapa ramai di antara mereka adalah orang yang bijak2 ? Pada saya kebijaksanaan bukan genetik. Dan buat pengetahuan anda Nikola Tesla bukan seorang Yahudi! Dia hanyalah seorang rakyat Amerika yang berasal dari Serbia. Ya Serbia, ingatkah anda semua mengenai Perang Kosovo? Askar-askar Serbia telah membunuh kejam ramai rakyat Islam Kosovo atau etnik Albania yang tidak berdosa. Nikola Tesla berasal dari bangsa ini. Tetapi ingin saya jelaskan lagi sekali bahawa keganasan juga bukan genetik! Dan Nikola Tesla tidak membunuh orang , malah memberikan sumbangan kepada orang.

Pernahkah anda menonton filem animasi 'Meet The Robinsons'? Watak utama cerita kartun tersebut iaitu Cornelius Robinson a.k.a. Lewis mengingatkan saya mengenai sumbangan perekacipta ini. Nikola Tesla ini sezaman dengan Thomas Edison. Kalau Einstein terkenal dengan teori sainsnya, saintis ini terkenal dengan rekaciptanya. Pendek kata , beliau boleh dikatakan ahli praktikal berbanding teori.

Nikola Tesla

Nikola Tesla lahir pada 10 Julai 1856 di Smiljan, Lika, yang merupakan sebahagian dari Empayar Austro-Hungarian , di wilayah Croatia. Bapa dan ibunya masing-masing merupakan paderi Ortodoks Serbia dan perekacipta kelengkapan dapur. Tesla belajar di Realschule, Karlstadt dalam tahun 1873, Institut Politeknik di Graz, Austria dan seterusnya ke Universiti Prague. Pada mulanya , beliau berminat untuk mendalami fizik dan matematik, namun kemudian beralih minat kepada elektrik (khususiyah). Beliau memulakan kerjayanya sebagai jurutera elektrik dengan sebuah syarikat telefon di Budapest pada tahun 1881. Di situ , beliau mendapat ilham mengenai prinsip aruhan magnet dalam motor. Sebelum berhijrah ke Amerika, Tesla menyertai Continental Edison Company di Paris di mana beliau merekacipta dinamo. Semasa di Strassburg dalam tahun 1883, beliau secara sendirian telah mencipta prototaip untuk motor aruhan elektromagnet, dan ciptaan tersebut berjaya. Namun beliau tidak berjaya meyakinkan sesiapa pun di Eropah bagi mengeluarkan hasil rekaannya itu. Tidak lama kemudian, beliau mendapat tawaran untuk bekerja dengan Thomas Edison di New York. Impian kanak-kanaknya ialah ingin memanfaatkan tenaga dari air terjun Niagara.

Tesla berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1884 . Beliau menghabiskan 59 tahun hidupnya di sana . Beliau bercadang memperbaharui ciptaan-ciptaan dinamo Edison semasa bekerja di makmal Edison di New Jersey. Di situlah bermulanya percanggahan pendapat antara beliau dengan Edison mengenai arus terus dan arus ulang alik. Perselisihan ini memuncak ketika Edison gagal mempertahankan pelaburannya dalam perniagaan kelengkapan dan kemudahan berasaskan arus terus.

Tesla membongkar ketidakberkesanan rumah kuasa berasaskan arus terus yang dicipta oleh Edison , yang telah dibina di kawasan pinggiran pantai menghadap Lautan Atlantik. Beliau memikirkan adalah lebih baik jika rumah kuasa tersebut dibina berasaskan arus ulang alik. Mengapa tidak dibina sebuah penjana yang boleh menghantar tenaga elektrik sepanjang laluan pengagihan, pertama satu arah, kemudiannya arah yang berlawanan mengikut prinsip polifasa?

Lampu ciptaan Edison lemah dan tidak berkesan apabila dibekalkan arus terus. Ia memiliki kelemahan di mana cahaya yang dihasilkan tidak dapat menjangkaui jarak lebih dari dua batu disebabkan ketidakbolehan mentol itu untuk bertahan pada voltan tinggi yang diperlukan untuk menghasilkan cahaya sekuat itu. Akibatnya, stesen kuasa arus terus diperlukan dalam lingkungan jarak dua batu bagi tujuan tersebut.

Arus terus mengalir berterusan dalam satu arah; arus ulang-alik mengubah arah pengaliran 50 hingga 60 kali sesaat dan boleh diinjak naik untuk meninggikan voltannya, mengurangkan kehilangan kuasa dalam jarak yang jauh. Masa depan kini beralih kepada arus ulang-alik.

Tesla juga membangunkan penjana, motor dan transformer sistem arus ulang-alik polifasa dan memegang 40 paten Amerika Syarikat untuk sistem tersebut. Edison pula tidak mahu kalah dengan industri arus terusnya, maka 'perang arus' berterusan. Namun kemenangan berpihak kepada Tesla kerana arus ulang alik merupakan teknologi yang menyeluruh dan paling sesuai dengan perkembangan industri semasa.

Dalam Februari 1882, Tesla menemui medan magnet yang berputar. Ia salah satu prinsip asas dalam fizik dan juga penciptaan kepada peralatan yang memerlukan arus terus untuk beroperasi.

Pada 1895, beliau merekacipta tapak kuasa hidroelektrik yang pertama di Air Terjun Niagara, kejayaan terakhir beliau dalam bidang arus ulang alik. Ini melayakkan beliau memenangi beberapa anugerah, umpamanya Order of Danilo daripada Raja Nikola dari Montenegro.

Tesla memperkenalkan motor dan sistem elektriknya dalam satu kertas kajian bertajuk " Sistem Terbaru; Motor dan Transformer Arus Ulang Alik" pada tahun 1888.

Pernahkah anda mendengar mengenai lingkaran Tesla (tesla coil)? Lingkaran Tesla merupakan salah satu ciptaan beliau yang termasyhur. Beliau mencipta lingkaran ini pada tahun 1891. Ciptaan ini digunakan secara meluas dalam radio dan televisyen, serta beberapa peralatan elektrik yang lain. Buat pengetahuan anda, Tesla juga menemui dan merekacipta alatan-alatan seperti lampu kalimantang, penghasil sinar laser, alat perhubungan tanpa wayar, penghantaran tenaga elektrik tanpa wayar, alat kawalan jauh, robotik (asas sahaja, kerana perintis robot humanoid sebenar ialah Jepun), turbin Tesla dan bebola plasma. Bebola plasma tercipta semasa beliau mengkaji kesan arus ulang-alik berfrekuensi tinggi ke atas campuran gas adi pada tekanan rendah.

Tesla telah mendaftar lebih 700 paten di seluruh dunia. Wawasan beliau termasuk meneroka tenaga suria dan kuasa lautan. Beliau memandang ke hadapan mengenai penciptaan teknologi perhubungan dan satelit.

Tesla juga menyumbang dalam bidang sinar-X. Majalah Electrical Review pada 1896 menerbitkan gambar salinan sinar -X tubuh seseorang , yang dihasilkan dari tiub sinar-X yang dicipta sendiri oleh Tesla. Dan pada masa yang sama saintis British Wilhelm Roentgen mengumumkan yang beliau baru menemui sinar-X. (buat pengetahuan anda, nama 'sinar-X' itu sendiri diberikan oleh saintis British ini).

Tesla mematenkan sistem asas bagi radio pada 1896. Beliau menerbitkan gambar rajah skematik yang menerangkan alatan2 dan komponen2 penting untuk pemancar radio, yang kemudiannya digunakan oleh Guglielmo Marconi( pencipta teknologi 'tanpa wayar' (English-wireless) selepas Tesla). Tesla tidak berhenti setakat itu sahaja, beliau mencipta pula alatan penerima gelombang radio pada tahun yang sama.

Berikut dirumuskan beberapa ciptaan Tesla seumur hidupnya (korang translate lah sendiri):

Tesla coil
Tesla turbine
Teleforce
Tesla's oscillator
Tesla electric car
Tesla principle
Tesla's Egg of Columbus
Alternating current
Induction motor
Rotating magnetic field
Wireless technology
Particle beam weapon
Death ray
Terrestrial stationary waves
Bifilar coil
Telegeodynamics
Electrogravitics

Akhirkata, pembaca boleh meneruskan membaca rencana mengenai Nikola Tesla ini dari laman web asalnya (klik di sini), kerana saya hanya mengambil apa yang penting sahaja dari rencana tersebut. Ini kerana pada pandangan saya secara keseluruhannya rencana tersebut pro-Amerika dan terlalu mengagung-agungkan Tesla berbanding para perekacipta2 yang lain. Tambahan pula, tiada bukti yang ditulis bagi menerangkan bahawa penemuan2 Tesla adalah tulen dan tidak dipengaruhi oleh perekacipta2 sebelumnya. Pada pandangan saya, Tesla mungkin tidak dapat meneruskan barang sedikitpun dari penemuan2 anehnya itu, jika tiada usaha dari saintis2 terdahulu, seperti Isaac Newton dan Michael Faraday (abad ke-17-18), dan yang paling penting, usaha terbesar dari saintis-saintis Islam terkemuka Al-Farabi dan Al-Jaziri (fizik), Ibnu Sina , Ar-Razi, dan Ibnu Hayyan Jabir( kimia dan biokimia), dan Bapa Matematik Dunia Abu Jaafar Al-Khawarizmi, yang kajian mereka datang dari ilham setelah mendalami ilmu wahyu dan al-Quran, yang datangnya bukan dari pemikiran manusia, tapi dari secebis dari selautan ilmu Allah Yang Maha Bijaksana.

Wassalam.

Semoga mendapat dapatan berguna dari pelayaran internet anda walaupun sedikit.

5 comments:

  1. usaha terbesar dari saintis-saintis Islam terkemuka Al-Farabi dan Al-Jaziri (fizik), Ibnu Sina , Ar-Razi, dan Ibnu Hayyan Jabir( kimia dan biokimia), dan Bapa Matematik Dunia Abu Jaafar Al-Khawarizmi, (Sila sertakan bukti kajian2 mereka)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku-buku yang ditulis oleh tokoh2 ini:
      Al-Jaziri- Book of ingenious mechanical devices menghimpunkan sejumlah rekaan mesin-mesin mekanikal asas termasuk omboh dan aci engkol yg digunakan dalam enjin oleh saintis barat.

      Ibnu Sina-canon of medicine

      Alkhwarizmi-hisab al jabr wa al muqabl (book of algebra) menjadi asas kepada kaedah algebra yang digunapakai sehingga kini

      Lain-lain tokoh, saya lupa akan bukunya. Boleh cari sendiri.

      Delete
  2. Tesla memang mengkagumkan tetapi sayang semua sumbangannya kepada wireless free electricity telah dikambus dan ditolak oleh foundernya sendiri iaitu JP Morgan. Antara ayat JP Morgan adalah "jika sesuatu itu tidak boleh diletakan meter keatasnya, saya tidak berminat". Idea free ilectricity ini telah ditentang sekerasnya kerana Morgan dan golongan elit yang lain tidak akan dapat mengaut wang atau kekayaan.
    http://www.youtube.com/watch?v=OhpIb_rEOUI

    ReplyDelete
  3. tesla memang mengkagumkan tetapi sayang semua sumbangannya kepada wireless free electricity telah dikambus dan ditolak oleh foundernya sendiri iaitu JP Morgan. Antara ayat JP Morgan adalah "jika sesuatu itu tidak boleh diletakan meter keatasnya, saya tidak berminat". Idea free ilectricity ini telah ditentang sekerasnya kerana Morgan dan golongan elit yang lain tidak akan dapat mengaut wang atau kekayaan.
    http://www.youtube.com/watch?v=OhpIb_rEOUI

    ReplyDelete
  4. Saintis-saintis Islam juga dipengaruhi oleh cendikiawan-cendikiawan terdahulu seperti dari Greece dan India.

    Nikola Tesla bukan seorang saintis. Beliau seorang jurutera. Tesla tidak mencipta induction motor. Ia dicipta oleh Galileo Ferraris dari Itali. TETAPI Tesla menjadikan motor itu sangat berguna kepada orang ramai sehingga ke hari ini.
    Manakala Ferraris tidak meneruskan setelah mebuktikan induction motor itu tidak efisien


    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...