Jan 30, 2009

Pesan dari cermin.

Pesan dari cermin.

cermin kaku membisikkan kata
bahawa rambutmu terlalu panjang
matamu penuh rona merah
wajahmu berparut jerawat
lenganmu terlalu keding
badanmu kurus kering
namun ia jua bicara
yang rambutmu masih ada
matamu cukup dua
wajahmu wajah manusia
yang punya lengan
dan mampu pula bekerja
jua nafasmu masih menghela
aku tidak mampu berkata apa
hanya mampu kugugurkan airmata
dan sujud mensyukuri-Nya

Diterjemah dan diolah dari puisi asal berbahasa Inggeris oleh seorang sahabat di US
(klik di sini untuk ke blog beliau)

Moga kita sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.

Letupan.(Bahagian 3)

Berikut dirumuskan daripada penerangan saya pada catitan-catitan yang lepas:
Jenis2 letupan:

Letupan kimia- letupan bahan kimia dan letupan nuklear
Letupan fizikal- letupan mekanikal, letupan magnetik, letupan elektrik.

Untuk catitan kali ini saya akan terangkan mengenai letupan kimia.
Letupan kimia terbahagi kepada dua iaitu letupan kimia biasa dan letupan nuklear. Saya tidak akan menyentuh mengenai letupan nuklear kerana saya sememangnya kurang berminat dengan bidang nuklear ( tanyalah pada ‘mereka yang lebih tahu’, atau pergi sahaja wikipedia ).

Kebanyakan letupan kimia yang bukan nuklear mempunyai satu sistem bagi memulakan letupan tersebut. Sistem ini dikenali sebagai sistem penyalaan (English- ignition system). Tanpa sistem penyalaan, bahan letupan tidak akan dapat meletup. Contoh sistem penyalaan adalah seperti sistem penyalaan kesan impak ( English- impact system), dan sistem penyalaan lengkungan elektrik (English- electrical arc system).

Sistem penyalaan kesan impak.
Sesetengah bahan hablur (seperti batu kuarza( quartz) , garam Rochelle dan sesetengah seramik) memiliki sifat piezoelektrik. Jika tekanan dikenakan ke atas bahan-bahan ini, pemisahan cas berlaku dalam hablur tersebut dan beza keupayaan merentas hablur yang sangat tinggi. Fenomena ini juga diaplikasikan dalam kelengkapan rumah, atau dikenali sebagai pemetik api pemanggang, (English-grill starter). Semasa menghidupkan alat ini, bunyi ’pop’ yang didengari sebenarnya datang dari penukul kecil berspring yang memukul hablur ( memberi kesan impak dengan ketukan pada hablur) dan menjana ribuan volt merentasi permukaan hablur. Beza keupayaan yang tinggi ini menyamai nilai yang diperlukan bagi menghidupkan palam pencucuh dalam enjin gasolin. Beza keupayaan pada hablur tadi menjana bunga-bunga api yang cukup untuk menyalakan gas pada pemanggang. Teknologi yang sama digunakan bagi menyalakan grenad dan ’warhead’ ( tolong carikan istilah bahasa melayunya).


Hablur garam Rochelle



Hablur kuarza


Sistem penyalaan lengkungan elektrik.
Apabila dua elektrod positif dan negatif didekatkan, cas-cas elektrik boleh bergerak merentasi dua elektrod tersebut jika voltan di antaranya melebihi had voltan tertentu. Cas-cas ini akan bergeser dengan molekul-molekul udara, lalu menghasilkan bunga-bunga api. Bunga-bunga api ini digunakan bagi menyalakan bahan letupan dalam sistem letupan kimia. Fenomena ini juga dikenali sebagai elektrostatik. Contoh aplikasi sistem penyalaan ini ialah dalam palam pencucuh. Sistem penyalaan ini juga digunakan dalam bom kereta dan bom telefon bimbit.

Bagi menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai letupan kimia, saya akan menerangkan bagaimana peluru berfungsi, kemudian saya akan teruskan dengan menghurai pula alatan-alatan lain yang memiliki aplikasi yang sama.

Apakah itu peluru (bukan Saudara Pel*ru )? Ini dia:



Peluru terdiri daripada badan peluru atau pelancar ( bahagian yang boleh bergerak keluar , merupakan bahagian utama struktur binaan peluru) , kelongsong ( English-bullet case), bahan pelancar (propellant), pemula (primer), dan birai (rim). –rujuk gambarajah –

Badan peluru dibuat daripada plumbum atau aloi plumbum. Sementara kelongsongnya pula diperbuat daripada kuprum atau aloi kuprum dan zink. Terdapat juga bahan lain yang digunakan, misalnya aluminium, gangsa, keluli, timah, getah dan plastik, bergantung kepada jenis peluru tersebut. Badan peluru merupakan bahagian pelancar( English-projectile) yang dilancarkan untuk mengenai sasaran bertujuan merosakkannya sama ada melalui pemusnahan tisu mahupun pemusnahan mekanikal dengan cara menembus sasaran tersebut. Sementara kelongsong peluru pula dijadikan bekas kepada serbuk senapang dan badan peluru. Kelongsong peluru memiliki ciri-ciri seperti tidak mudah terhakis (oleh serbuk senapang , atau oleh penyebab luaran) serta tahan tekanan dan suhu pembakaran yang tinggi.

Peluru mengaplikasikan sistem penyalaan kesan impak, di mana pemula perlu diketuk bagi menghasilkan letupan yang akan menyalakan serbuk senapang (English-gunpowder). Kedudukan pemula (atau dikenali juga sebagai topi pukulan ( English-percussion cap) diperkukuhkan dengan birai (English-rim). Ini penting bagi menghalang gas yang terhasil dari pembakaran daripada keluar melalui belakang kelongsong seterusnya menyebabkan badan peluru tidak dapat dilancarkan. Dalam topi pukulan atau pemula tersebut, terdapat sejenis bahan kimia yang peka kejutan (English-shock sensitive), iaitu raksa (II) fulminat, Hg(CNO)2. Bahan ini akan menghasilkan letupan apabila menerima pukulan atau impak disebabkan struktur kimianya. Terdapat juga bahan kimia lain yang dijadikan sebagai bahan peka kejutan seperti plumbum (II) azida, (Pb(N3)2), kalium perklorat, (KClO4) , plumbum 2,4,6-trinitroresorsinat, (C6HN3O8Pb), dan tetrazena ,( N4H4 ).

Berikut ditunjukkan struktur kimia bagi bahan-bahan kimia tersebut:


Kalium perklorat


Tetrazena


Plumbum 2,4,6-trinitroresorsinat


Plumbum(II)azida


Raksa fulminat

Apakah kaitan antara struktur kimia bahan-bahan ini dengan sifat peka kejutannya?
Fikirkan sendiri.


Serbuk senapang (atau dikenali juga sebagai serbuk hitam) terdiri daripada sulfur, ketulan arang dan kalium nitrat, KNO3 mengikut nisbah tertentu. Kalium nitrat (juga dikenali dengan nama ’saltpetre’) bertindak sebagai pembekal oksigen bagi membolehkan pembakaran berlaku, sementara ketulan arang adalah sebagai bahan api . Bagi menurunkan suhu serta meningkatkan kepantasan pembakaran , sulfur turut dicampurkan sekali. Walaubagaimanapun, terdapat juga senjata api lain yang menggunakan serbuk senapang lain , umpamanya serbuk tidak berasap (English-smokeless powder) dan nitroselulosa (English-nitrocellulose).


Berikut adalah persamaan kimia bagi proses pembakaran tersebut:

2 KNO3 + S + 3 C → K2S + N2 + 3 CO2.

Lebih tepat lagi:
10 KNO3 + 3 S + 8 C → 2 K2CO3 + 3 K2SO4 + 6 CO2 + 5 N2.

Apabila bahan peka kejutan dalam topi pukulan meletup, serbuk senapang akan dibakar. Tindak balas kimia berlaku dan gas-gas terhasil. Suhu yang tinggi serta isipadu gas yang meningkat secara mendadak menghasilkan tekanan tinggi ke atas badan peluru, lalu menolaknya keluar dari kelongsong sebagai peluru terlancar.

Demikian bagaimana caranya peluru dilancarkan dengan mengaplikasikan letupan kimia. Saya akan sambung pula mengenai penggunaan letupan kimia dalam alatan dan kelengkapan peperangan yang lain pada catitan yang akan datang.

Moga mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Jan 28, 2009

Letupan (Bahagian 2)

Seperti yang telah dijanjikan saya akan terangkan serba-sedikit mengenai letupan fizikal.

Contoh letupan fizikal yang paling mudah ialah belon yang ditiup angin kemudian dilepaskan. Letupan jenis ini dikenali sebagai letupan mekanikal. Selain angin, spring juga digunakan dalam letupan mekanikal, di mana tenaga keupayaan spring yang disimpan dalam spring termampat dilepaskan bagi menghasilkan daya yang besar pada masa yang singkat. Terdapat alatan yang mengaplikasikan letupan mekanikal iaitu pistol paku (English-nail gun), dan senjata ‘flintlock gun’. Letupan mekanikal juga banyak diaplikasikan dalam barangan permainan kanak-kanak, umpamanya kereta mainan berspring. Cuba bayangkan sekiranya letupan kimia digunakan dalam alat permainan kanak-kanak. Sudah tentu tiada lagi kanak-kanak di muka bumi ini.


Inilah spring...


...dan ini pula kereta mainan.

Contoh letupan mekanikal yang lain ialah letupan yang berlaku pada sekumpulan tumbuhan yang memencarkan biji benihnya, umpamanya pokok leletup dan pokok bunga keembung. Pengembangan dan pengecutan jasad oleh haba seperti cecair dan gas ( selagi tidak melibatkan tindak balas kimia) juga boleh menghasilkan letupan mekanikal. Contohnya seperti letupan gunung berapi, dan letupan pada wayar elektrik apabila gas yang terperangkap di dalamnya dipanaskan secara mendadak oleh arus litar pintas.


Pokok bunga keembung memencarkan biji benihnya melalui mekanisme letupan

Letupan elektrik merupakan letupan fizikal, selagi tidak melibatkan sebarang tindak balas kimia. Contohnya ialah wayar elektrik yang meletup apabila berlaku litar pintas. (letupan ini mengaplikasikan letupan mekanikal dan letupan elektrik). Ini berlaku disebabkan gas yang terperangkap dalam wayar dipanaskan oleh lengkungan elektrik (lengkungan elektrik ( English-electrical arc) berlaku akibat pergerakan cas yang bergeser dengan molekul udara semasa melakukan rentasan antara wayar-wayar dalam litar pintas. Contoh paling mudah ialah kilat) , seterusnya menghasilkan tekanan tinggi yang membawa kepada berlakunya letupan. Namun, letupan elektrik tetap boleh berlaku, walaupun tiada gas yang terperangkap. Apabila lengkungan elektrik terlalu besar, ia mampu membakar atau meleburkan wayar elektrik, seterusnya membolehkan letupan berlaku.


Lengkungan elektrik

Letupan magnetik juga merupakan letupan fizikal. Letupan ini berlaku juga pada wayar elektrik dan di permukaan matahari. Letupan magnetik berlaku apabila medan-medan magnetik di sekitar Matahari diubah akibat dari pengeluaran gas-gas plasma dan zarah-zarah bercas hasil tindak balas nuklear di terasnya. Pengeluaran gas-gas plasma ini menghasilkan medan-medan magnetik yang baru, dengan memotong medan-medan magnetik sedia ada. Medan-medan yang baru ini bersentuhan dengan medan-medan yang ada, lalu terjadilah penggabungan , penceraian dan penyambungan semula medan-medan ( English- magnetic reconnection). (bayangkan dengan mendekatkan dua magnet bar, sudah tentu bentuk medan magnet akan berubah akibat pertembungan dua medan dari punca yang berlainan). Medan-medan yang menghala keluar dari Matahari akan menghasilkan ’solar flare’( tolong carikan istilah bahasa melayunya). Dari ’solar flare’ inilah maka terjadinya aurora seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini. (rujuk artikel aurora)


1


2

Penerangan: dalam (1), ditunjukkan gegelung plasma yang bersinar mengilaukan struktur medan magnet di sekitar tompok suria. (lihat 2)Sentiasa dalam pergerakan( mengikut pergerakan matahari), garisan-garisan medan ini memotong , menyentuh dan menyongsangkan arahnya antara satu sama lain. Garisan medan yang mengunjur keluar hasil dari aktiviti ini akan dilalui oleh gas-gas plasma, yang menyebabkan ia turut terkeluar dari matahari sebagai 'solar flare'.

Sekian untuk catitan kali ini , saya akan sambung pada catitan akan datang pula mengenai letupan kimia dengan lebih terperinci.

Jan 27, 2009

Letupan.( bahagian 1)

Teknologi berasaskan letupan merupakan teknologi yang paling penting dalam bidang pertahanan dan ketenteraan sesebuah negara atau tamadun, selain dari teknologi yang dikenali sebagai baji (senjata tajam seperti pedang, tombak, panah, lembing) dan teknologi impak ( manjanik atau dalam bahasa Arab-al-manjaniq ). Dari teori letupan, terhasilnya pelbagai jenis peluru, pistol, senapang, mesingan (English-machine gun), meriam, dan segala macam senjata yang memusnahkan. Penciptaan senjata-senjata ini kebanyakannya bukanlah dimanfaatkan untuk kebaikan umpamanya dibawa pergi berburu atau latihan menembak, tapi digunakan oleh orang-orang yang bukan orang untuk membunuh orang-orang lain yang tidak berdosa. Contoh paling nyata ialah peristiwa yang telah dan sedang berlaku di Palestin (Gaza) sekarang ini. Peristiwa sadis di Mumbai pada penghujung tahun lepas juga tidak terkecuali. Senjata api menjadi alat samseng dan pengganas bermaharajalela.

Tujuan saya menulis catitan ini bukanlah kerana ingin menggalakkan para pembaca sekalian berperang dan menggalakkan pembaca supaya menggalakkan orang lain berperang, tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu sahaja. Dengan mengetahuinya, mungkin kita dapat mengeluarkan senjata sendiri UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI dan tidak perlu lagi bergantung pada bekalan senjata dari luar sahaja. Dengan memahami bagaimana letupan kimia berlaku, mungkin juga kita dapat mencipta teknologi yang dapat menangkisnya atau merencatkannya, yang mungkin lebih berkesan berbanding apa yang telah dicipta pada masa ini.

Letupan wujud dalam dua bentuk, iaitu letupan kimia dan letupan fizikal. Dalam kimia, letupan ditakrifkan sebagai tindak balas kimia dengan kadar tindak balas yang sangat tinggi. Graf hasil tindak balas melawan masa menunjukkan graf hampir-hampir mendekati garis lurus menegak. Dalam fizik, letupan yang berlaku mempunyai jumlah momentum akhir yang sama dengan sifar.

Contoh letupan kimia sangat banyak. Contoh yang paling mudah ialah peluru, bom dan grenad. Pendek kata kebanyakan senjata api dan senjata pemusnah besar-besaran (English- mass-destructive weapon) mengaplikasikan letupan kimia. Dalam teknologi pelancaran roket, letupan kimia diaplikasikan dalam pembakaran hidrogen dan oksigen bagi menghasilkan daya tujah ke atas .

sebuah roket terlancar

Letupan kimia bukan setakat digunakan dalam bidang persenjataan sahaja, malah turut diaplikasikan dalam bidang kehidupan yang lain. Umpamanya dalam enjin dalaman empat lejang ( English- four strokes internal engine) atau dikenali juga sebagai enjin kitaran Otto ( English- Otto cycles engine). Letupan berlaku semasa lejang letupan, iaitu di mana campuran bahan api (English-fuel) dan udara dibakar oleh bunga-bunga api yang terhasil pada palam pencucuh. Letupan ini penting bagi menghasilkan kesan pergerakan berterusan dalam enjin tersebut, iaitu pergerakan tanpa henti selepas enjin dihidupkan.





Letupan kimia diaplikasikan juga dalam lombong kauri dan dalam bidang pembinaan bagi meletupkan struktur-struktur yang tegar dan sukar dimusnahkan dengan menggunakan tenaga jentera dan manusia. Di sini bahan letupan yang dikenali sebagai TNT (trinitrotoluena atau English-trinitrotoluene) digunakan. Buat pengetahuan anda , bahan letupan ini dicipta oleh seorang ahli kimia Sweden bernama Alfred Nobel, iaitu pengasas kepada Anugerah Nobel.

TNT atau trinitrotoluena

Encik Alfred Nobel

Letupan nuklear juga merupakan letupan kimia. Ini kerana tindak balas kimia berlaku semasa penghasilan tenaga nuklear (buktinya, terdapat dua unsur yang bertindak balas, iaitu zarah subatom, dan zarah bahan radioaktif, dan atom baru terhasil dari tindak balas itu). Atom logam radioaktif dihentam oleh zarah-zarah tertentu untuk menghasilkan perlakuran dan penceraian yang akan membebaskan tenaga yang sangat besar.

tindak balas berantai perlakuran nuklear

Sekian dahulu untuk nukilan kali ini. Saya akan sambung pula mengenai letupan fizikal pada nukilan yang akan datang.

Semoga mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Malaysia diserang...

Pernahkah terbayang bagaimana rupanya jika sekiranya Malaysia diserang? Mungkin para pembaca boleh mengetahui dengan menghayati petikan pendek di bawah.

... ketika rakyat Malaysia sedang berbaring rehat di ruang tamu menonton TV, sedang tengok cerita ‘Sarjan Hasan’ lakonan P Ramlee yang selalu di ulang tayang sempena hari kemerdekaan, si Hussin juga sedang lepak di depan TV sambil hisap rokok layan TV cerita ‘Sarjan Hassan’, oleh kerana watak hero dalam cerita tu bernama Hassan, Hussin sedikit sebanyak, terimbas kembali akan kesusahan hidup Hassan saudara kembarnya dan betapa sedihnya Hassan di saat kematiannya...

Tiba tiba siaran terganggu dengan berita terkini yang mengatakan Malaysia telah di serang, kemudian nampak pulak gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., ada visual bangunan KLCC runtuh, tugu negara pecah, dan masjid Syah Alam terbakar.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out,

Kemudian Hussin terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, rumah terbakar dan terdengar juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..

Dalam kegelepan, si Hussin merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, Hussin merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Hussin kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..

3 hari kemudian, bekalan makanan di rumah Hussin dah habis, biskut, Maggie, dan kacang semua dah habis dimakan, Hussin yang tak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak pergi tengok wayang, lalu dengan terpaksa, Hussin keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anaknya, tapi dah di anggap macam anak sendiri, dah sayang gila, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..

Dari luar rumah, Hussin terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta MPV serta skuter berhias yang diwarisinya pula, nampaknya sudah hancur berkecai..

Dalam kesamaran pagi, Hussin masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai dah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah Hussin perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan Hussin yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, juruwang, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, sipolan sipolan..

Tiba tiba Hussin terdengan bunyi tembakkan lagi, dan Hussin sempat lari ke bangunan berhampiran, dan terus lari dan bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Hussin bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..

Dari tingkap bangunan persembunyian, Hussin dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah bermula, yang mana rumah dipecah masuk dan semua penghuni rumah dipaksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan Hussin sangat panik tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahnya ditendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri Hussin diseret keluar dalam keadaan rambutnya dicekak, isteri Hussin cuba mengelumpur meronta tapi disepak dan diterajang membuatkan isteri Hussin terus pengsan, air mata Hussin terus tumpah apabila melihat anaknya juga di layan dengan cara yang sama kejam..

Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah ditembak sehingga mati, anak anak juga di tembak dan dipijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri Hussin juga di rogol dan ditembak, anak Hussin juga mati dipijak..

Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru dilepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur..

Pada waktu petang itu, Hussin terjaga dari tidur, Hussin dapati dirinya bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat lari buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru Hussin perasan akan kakinya yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kaki telah tiada, dan rupanya Hussin dah pengsan akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang membantu memapah Hussin lari ke hutan, dan kaki Hussin putus akibat terkena bom...

Hussin menangis, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Hussin makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh..

Belum sempat Hussin habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membahasi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Hussin campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Hussin mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba Hussin menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut, Hussin yang tenggelam timbul cuba menggapai apa yang patut sebab tak mampu beranang dengan satu kaki...

Akhirnya Hussin dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., dan Hussin dapat lihat bersama kayu yang hanyut itu terdapat beratus ratus mayat yang juga sedang hanyut ke muara, dan Hussin bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal, dan Hussin menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anaknya juga sedang hanyut menuju muara..., sungai sudah lama menjadi merah..

Keesokkan hari, dipinggir sebuah tebing sungai, terlihat darah yang membahasahi di sana sini, terlihat ada tiga jasad, dua tidak bernyawa dan satu masih hidup..

Terlihat mayat isteri Hussin dan anak Hussin terlantar di tebing sungai, dan Hussin sedang berbaring di antara mereka..

Tiada kawan kawan yang hadir, jika ada yang hadirpun adalah kawan kawan yang hanyut dalam bentuk mayat berlalu tanpa singgah menjenguk Hussin, tak macam ketika kematian Hassan dahulu, ramai yang datang menjegah.., Hussin mulai cemburu pada ‘kematian’ Hassan.. Hussin menangis lagi.

Maaf lah bang Hussin, masa dah nak sampai, abang Hussin ketika berbaring di tebing sungai itu juga tanpa sebelah kaki.., sedang tangan kiri menggenggam tangan anak yang dah jadi mayat, dan tangan kanan menggenggam mayat tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran anak dan isteri telah menjadi mayat sejuk, dan antara dua mayat itu, Hussin teringat pada Hassan, kematian Hassan penuh meriah. Hassan dimandikan oleh AJK surau, lepas tu Hassan dibungkus dengan kain kapan dan di solatkan…

Tapi Hussin, sebentar lagi akan menjadi mayat yang berulat, atau mungkin mayat Hussin akan di makan oleh haiwan liar…

2 hari kemudian, mayat isteri dan anak sudah mulai membusuk dan berulat, Hussin yang masih nyawa-nyawa ikan dan sudah banyak pendarahan itu mulai cemburu pada meraka yang mati sebelum Malaysia di serang, Hussin mulai mengeluh kenapa aku tak mati dulu?, kena kencing manis ke?, darah tinggi ke?, kenapa aku mati begini?

Hussin, dalam keadaan cemburu.., akhirnya mati jua…


(catitan ini dipetik dari catitan asal dari blog ini )

Moga mendapat pengajaran berguna dari catitan ini walaupun sedikit.


Dirgahayu Malaysia

Jan 23, 2009

Antara rindu dan daun kering.

Beruntunglah aku.


September lalu
masih segar di hati
mendaratnya aku
di bumi sebelah sini

bersama aku mendarat
adalah daun-daun kering
jauh meninggalkan dahan dan ranting
padahal sudah terlalu lama
sejak kau baru berputik lagi
bercita benar ingin kau menjejak bumi
sedang selama ini ranting itulah
yang setia kau jadikan rumah
tempat mengadu sakit dan lelah
tempat berlindung panas dan hujan
riang bersama rimbunan dedaunan
namun bila takdir-Nya tiba
tiada masa lagi untuk kau berlengah
bergegaslah kau meninggalkannya
merempuh onak dan duri dunia

bila kau menggigil
kerana musim beralih dingin
tatkala itu baru kau rasa
betapa sukarnya hidup sendiri
tiada ranting untuk berpaut
bercerita panjang mengadu sejuk
tiada lagi dedaun lain
untuk dijadikan selimut
buat menutup tubuhmu yang menggigil
maka merenunglah kau ke atas
melihat ranting dan dahan
sedang kau tidak mampu pulang ke sana
mungkin sekali-sekala mendengar suara
laungan rindu dan tangisan hiba
seakan-akan ingin sahaja
kau terbang ke atas berjumpa mereka
namun apakan daya
kerana angin musim luruh
seakan malu-malu untuk meniupkan kau
terbang pulang meninggalkan bumi
maka bersemadilah engkau di situ
sebelum sempat kau merasa
akan panasnya renungan mentari

beruntunglah aku menjadi manusia
kerana masih dapat merasa
akan indahnya nikmat rindu
kerana di dalamnya ada mimpi
tentang hari-hari kepulangan
yang mungkin terjadi atau sebaliknya
sedang bagimu rindu adalah rasa
yang akan kau kuburkan bersama
kerana andai gugur kau ke bumi
tiada harapan lagi untuk kembali

sesekali aku merenung pohon itu
dan tatkala rantingnya
kembali memutikkan daun dan bunga
dan terus mekar menghiasi hari
tatkala itu
rindu semakin mekar di hati




Ini bukan Birmingham.

Jan 20, 2009

Memali...

Bukan sahaja di Gaza, di negara kita juga ada kezaliman yang dilakukan oleh 'orang-orang'tertentu, tetapi mereka sangat bijak menyembunyikannya.

"Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru."

(aku yang tidak tahu apa-apa pasal cerita ni sebelum ni pun akhirnya tahu juga...)

Jan 18, 2009

Menghirup nasihat.

Puisi pendek yang ditujukan kepada diri sendiri. Sengaja saya persembahkan di sini, mungkin boleh diambil pengajaran bagi sesiapa yang dapat tangkap maksudnya (penulis bajet puitis di sini...). Amaran kepada para pembaca, nasihat bukanlah cecair pada keadaan tekanan atmosfera dan suhu bilik ok! Jadi jangan pula mencuba menghirup sebarang nasihat, tetapi terimalah seadanya dan sedaya yang termampu untuk memperbaiki diri.(nasihat pada diri sendiri tu...)


menghirup nasihat.

menghirup nasihat
adalah seperti kau menjamah kuah lemak cili api
dan seperti kau menghirup kuah Maggi
dan seperti kau menghirup sup Bunjut Adabi
dan seperti kau menghirup kopi di waktu pagi
dan seperti kau meneguk air sinki
pedasnya diharung
masinnya ditelan
pahitnya ditahan
tawarnya ditelan
manisnya dinikmati jua
isinya dihadam
walau kuahnya penuh membanjir
dan isinya sukar diasing
namun bukan untuk mengenyangkan
bukan jua untuk menghilangkan laparmu
tapi sekadar
untuk kau jadikan 'alas perutmu' cuma
agar ia tidak sakit
agar ia tidak menyakitkan
agar ia tidak dijangkiti kuman
dan agar ia tidak pula menjangkiti hati
dan kelak jasadmu

Jan 14, 2009

Guru baru.

Salah satu modul wajib pelajar kejuruteraan kimia di sini ialah Aliran Bendalir, Termodinamik dan Pemindahan Haba (English- Fluid flow, Thermodynamic and Heat Transfer). Salah seorang pensyarah modul ini yang menarik perhatian saya ialah pensyarah yang namanya agak pelik dan panjang dari biasa. Namanya Athanasios Tsolakis, atau nama 'glamour'nya, Dr. Thanos. Beliau sudah lama di sini, cuma baru sahaja mengambil alih modul ini dari pensyarah sebelumnya, Dr. Mark Sterling pada hari semalam. Dari cara beliau bercakap saya sudah tahu beliau bukan orang Inggeris. Kenapa beliau menarik? Kerana namanya yang pelik dan panjang dari biasa. Itu sahaja.Tapi pensyarah ini sangat bagus cara penerangannya. Sayang saya tidak berapa faham kerana edaran yang diberi semalam masih belum dibuka walhal syarahannya pada hari ini. Dan puisi yang tidak berapa jadi ini bakal menceritakan segala-galanya.



Guru Baru

aliran bendalir,
gerakan haba,
pemindahan haba,

telah aku berusaha memahami
akan butir bicara yang kau celotehkan
ke hulu ke hilir engkau di hadapan
tidak jemu menulis dengan kapur
walau entah nampak entah tidak
oleh kami yang duduk jauh di belakang ini
aku tahu telinga engkau
terkadang begitu menahan ngilu ketawa
kekekan sinis dari belakang
suara-suara anak muridmu
sedang jasadmu tegar menerangkan ilmu
dengan dialek Inggerismu yang pelik
aku terkadang turut sama ketawa
dalam hati sahaja berbunyi
di mulut tidak berani

bukan tidak mahu aku dalami syarahanmu
kelopak mata terlalu berat ditarik syaitan
anak mata terkapai-kapai kelemasan
rumus-rumus baru seakan berputar
seperti mengisar otak
bagai sebuah mesin pengisar
yang baru kubeli dari Morrison's
ah, rindu pula pada masakan!
kerana sejenak akal teringat bebawang kisar!

maafkan aku guru baru
kerana bukan aku sengaja lena di kelasmu
bila dikenang tanah tumpah darah
yang masih aman , jauh di tenggara sana
kau sebenarnya sedang menabur benih ilmu
untuk aku kumpul dan semaikan
buat menuai kembali buah kekuatan
yang sejak dahulu kala lagi sebenarnya
menjadi milik bangsaku

selly oak, birmingham





Jan 13, 2009

Aurora.

Seperti yang telah saya janjikan saya akan kupas sedikit sebanyak mengenai aurora. Harap para pembaca mendapat maklumat berguna, lebih2 lagi buat kita semua yang sememangnya malas melayari Wikipedia.

Perkataan ‘aurora’ berasal dari nama salah satu dewa mengikut kepercayaan Rom iaitu ‘dewa fajar’. Aurora berlaku di kawasan berhampiran dengan kutub utara dan selatan. Di hemisfera utara, aurora dikenali dengan nama Aurora Borealis (Boreal-utara dalam Greek) dan di hemisfera selatan dikenali sebagai Aurora Australis (Australis-selatan dalam Greek). Dalam sains, fenomena aurora merujuk kepada garisan-garisan cahaya berwarna yang cantik, yang terbentuk di kaki langit di kawasan tundra. Kejadian ini berlaku akibat dari tindak balas antara gas-gas plasma yang terlepas dari permukaan Matahari dengan medan magnet Bumi.

Bumi yang kita diami ini sebenarnya merupakan sebatang magnet bar yang besar, dan memiliki kutub-kutub magnetiknya sendiri, dan medan-medan magnetik yang keluar dari Kutub Utara magnetik menuju ke Kutub Selatan magnetik( rujuk gambarajah di bawah). Dari manakah medan magnetik ini terhasil? Ia terhasil daripada aliran arus elektrik dalam teras luar Bumi yang terdiri daripada logam cair. Semakin jauh dari permukaan Bumi, semakin lemah medan-medan magnet ini. Dan medan magnet Bumi yang paling kuat adalah di kedua-dua kutub magnetiknya. Buat pengetahuan anda, Kutub Selatan magnetik terletak berhampiran dengan Kutub Utara geografi, dan Kutub Utara magnetik terletak berhampiran dengan Kutub Selatan geografi. (rujuk gambar yang sama). Oleh itu, jika sebatang magnet bar digantung, kutub selatannya akan menghala berhampiran dengan kutub selatan Bumi kerana ditarik oleh kutub Utara magnetik.




Selain itu, paksi magnetik Bumi tidak sama dengan paksi geografi Bumi. Kedua-dua paksi ini mencapah 11.5 darjah antara satu sama lain.(rujuk gambar di bawah) Paksi geografi Bumi adalah garis yang menghubungkan kedua-dua pusat kutub geografi dan melalui pusat Bumi, manakala paksi magnetik Bumi adalah garis yang menghubungkan kedua-dua pusat kutub magnetik dan melalui pusat Bumi. Apakah yang membezakan antara kutub magnetik dan kutub geografi? Kutub geografi adalah kutub yang menentukan arah bermula dan berakhirnya latitud dan longitud, dan menandakan paksi putaran Bumi, manakala kutub magnetik Bumi adalah kutub di mana arah jarum kompas menghala.



Di Matahari, tindak balas nuklear di terasnya menghasilkan letupan di permukaan yang dikenali sebagai pencaran jisim suria ( English-coronal mass ejection) sehinggakan gas-gas boleh menjulang naik beratus-ratus bahkan berjuta-juta kilometer dari permukaannya. Sebahagian daripada gas-gas ini (juga dikenali sebagai angin suria) terlepas dari permukaan Matahari akibat dari tenaga letupan tersebut, lalu keluar meninggalkan Matahari ke angkasa lepas. Gas-gas yang terlepas ini (terdiri daripada radiasi dan zarah-zarah bercas) ditarik oleh medan magnetik Bumi apabila mendekati Bumi.

Ketika terjadinya aurora, medan magnetik Bumi dipesongkan oleh medan magnetik Matahari (rujuk gambar di bawah), lalu ‘dimampatkan’ (juga dikenali sebagai ‘kesan busur’ (English- bow shock)) pada bahagian yang menghadap Matahari, sementara pada bahagian lawannya medan ini diunjurkan menjauhi Matahari. Oleh itu, medan magnetik Bumi dan Matahari dihubungkan antara satu sama lain dengan garisan-garisan medan.
Akibat pertemuan garisan medan magnetik Bumi dan Matahari, zarah-zarah pada angin suria akan bergerak di sepanjang garis medan tersebut. Sebahagian dari zarah-zarah tersebut dipesongkan ke sekeliling Bumi, manakala sebahagian yang lain akan berhubung dengan garisan-garisan medan magnetik, menghasilkan arus zarah bercas dalam medan magnetik yang melalui kedua-dua kutub. Disebabkan itulah kedua-dua aurora berlaku pada masa serentak.



Apabila zarah-zarah bercas memotong medan-medan magnetik, ia menjana arus elektrik. Apabila zarah-zarah ini bergerak turun ke dalam lapisan atmosfera mengikut garis medan, ia mengumpul lebih banyak tenaga. Semasa melalui lapisan ionosfera, arus ini melanggar ion-ion oksigen dan nitrogen. Kesan perlanggaran ini menyebabkan pemindahan tenaga berlaku dari zarah bercas kepada ion-ion tersebut. Penyerapan tenaga ini merangsang elektron dalam ion oksigen dan nitrogen bergerak merentas petala, iaitu dari petala bertenaga rendah menuju ke petala bertenaga tinggi. Apabila elektron-elektron ini kembali ke petala asal, ia akan memancarkan semula tenaga dalam bentuk cahaya. Cahaya inilah yang kita lihat sebagai aurora.





Semoga mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda.


kita singkap tabir ilmu-Nya seluas mungkin

Siapa umat Islam? Siapa Yahudi?

Catitan ini adalah terjemahan dari catitan asal di laman web ini. Terjemahan bukan dibuat oleh saya, tapi dibuat oleh pihak Utusan Malaysia. Mungkin berguna untuk kita mengukur diri kita dan umat Islam sekarang.

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


Kita perlu ingat, ilmu tidak hanya terbatas dengan mengaji agama sahaja, dan tidak cukup dengan membaca kitab dan duduk di dalam masjid sahaja. Sains dan teknologi juga ilmu fardhu kifayah yang wajib dituntut oleh umat Islam. Kerana hanya dengan ilmu fardhu kifayah inilah kita dapat membina kembali kekuatan umat Islam menghadapi tentangan orang2 yang zalim.

Semoga mendapat sesuatu dari pelayaran internet anda.

Jan 10, 2009

Unik.

Perkataan ‘unik’ dalam bahasa Melayu merupakan perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris ‘unique’ yang membawa maksud ‘tersendiri’ atau ‘tidak sama dengan yang lain’. Konsep ‘unik’ ini secara sedar atau tidak sebenarnya telah banyak digunakan dalam bidang sains dan teknologi. Kewujudan struktur DNA, cap jari, bau badan, bentuk muka dan tangan manusia yang unik memberi peluang kepada ahli forensik mengesan penjenayah sebenar dalam kebanyakan kes jenayah, dan turut membantu dalam teknologi alat pengenalan individu seperti pengimbas muka, cap jari elektronik dan pengimbas bau badan bagi merekodkan data-data individu ke dalam pangkalan data (English-database). Dalam bidang pengeluaran, kod-kod bar serta nombor siri digunakan bagi melabelkan barang-barang yang dikeluarkan untuk mengelakkan peniruan jenama .

heliks ganda dua DNA

cap jari manusia yang unik telah mencetuskan satu revolusi dalam teknologi penyiasatan jenayah

struktur susun atur kod bar

Bidang kewangan turut tidak ketinggalan apabila turut menggunakan konsep unik ini dengan mencetak kod-kod nombor dan abjad (English-alphanumeric code) yang unik pada wang-wang kertas yang dicetak untuk mengelakkan penipuan dan pengeluaran wang-wang kertas palsu. Selain kod, hologram unik juga digunakan pada wang kertas jenis polimer. Dalam aktiviti perbankan, konsep unik sangat meluas penggunaannya. Kita sudah pasti memerlukan kata laluan untuk mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik. Dalam bidang komunikasi, konsep unik digunakan dalam siaran radio dan televisyen. Setiap stesen hebahan radio mempunyai kumpulan frekuensinya yang tersendiri. Jadi, pendengar yang ingin mendengar siaran dari satu-satu stesen perlu melaraskan frekuensi ayunan pada radionya supaya sama dengan frekuensi stesen berkenaan. Dengan ini, resonans akan berlaku, dan gelombang pada radio akan bergetar sama dengan gelombang pemancar di stesen itu, lalu membolehkan pemindahan data bunyi dan gambar ( televisyen ) dilakukan.

kod-kod abjad-angka (alphanumeric codes) banyak digunakan dalam bidang elektronik

Keunikan wujud dalam dua bentuk:
a) maksud tersendiri objek atau simbol individu yang terlibat
b) susunan simbol atau objek dalam kumpulannya


a)Maksud tersendiri simbol atau objek yang terlibat
Di mana simbol atau objek memiliki maksud yang tersendiri. Contoh yang paling mudah bagi simbol ialah nombor-nombor asas sepuluh. Setiap satu daripadanya adalah berlainan antara satu sama lain. Keunikan setiap nombor-nombor ini amat penting kerana dengan cara ini kita dapat membezakan nilai-nilai dalam matematik, beza satu dan dua , tiga dan lima, dan sebagainya. Dan lagi contoh, huruf rumi 26 abjad. A tidak sama dengan B, C tidak sama dengan D , dan sebagainya. Oleh itu , pengiraan algebra dapat dijalankan dengan mudah, kerana perbezaan antara anu dapat ditentukan . Dalam dunia ini terdapat bahasa yang menggunakan satu atau sekumpulan simbol-simbol bagi menggambarkan sesuatu maksud, umpamanya bahasa Cina dan bahasa Jepun. Dalam bahasa Jepun, simbol-simbol ini disebut sebagai ’kanji’. Dan tulisan ini kebanyakannya dikongsi oleh orang-orang Cina di dalam bahasa mereka, dan sangat berguna dalam komunikasi perdagangan antara dua bangsa tersebut suatu ketika dahulu. Berikut ditunjukkan contoh-contoh kanji dan maksudnya.

病院 – hospital
電気 – elektrik
学生 – pelajar universiti

Maka, wujudlah beribu-ribu simbol dan tulisan dalam bahasa mereka. Kewujudan simbol yang banyak ini meningkatkan daya pengecaman mereka, ertinya mereka berupaya membezakan antara satu simbol dengan simbol yang lain dengan cekap dan pantas. Oleh itu tidak hairanlah mereka berupaya membezakan nombor-nombor asas sepuluh dengan begitu mudah, dan tidak hairan juga mengapa mereka amat jarang sekali melakukan kesilapan dalam pengiraan matematik.

Terdapat banyak lagi contoh yang boleh dikaitkan dengan simbol yang memiliki maksud tersendiri. Warna? Bentuk geometri? Cuneiform? Hieroglif ? Bintang lima? Terlalu banyak untuk disebutkan. Para pembaca bolehlah fikirkan sendiri.

cuneiform digunakan dalam tamadun Mesopotamia

Selain simbol, objek juga boleh wujud secara individu dengan maksud atau pengenalan tersendiri. Contohnya ialah komponen protein dalam rantai asid amino. Setiap komponen ini berbeza antara satu sama lain . Cystein berbeza dengan arginine, dan sebagainya. Selain itu, unsur-unsur dalam alam juga berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, setiap satu darinya mesti dibezakan dengan simbol-simbol yang unik. Maka disebabkan itulah Jadual Berkala Unsur dicipta oleh ahli kimia.

Fenomena kewujudan objek individu dengan pengenalan yang tersendiri ini juga berlaku kepada objek yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, seperti gelombang radio. Gelombang pada suatu frekuensi adalah berbeza dengan gelombang pada frekuensi yang lain. Ini menjadi asas kepada resonans sepertimana yang telah saya jelaskan pada perenggan pertama tadi.

Terdapat banyak lagi contoh lain yang boleh difikirkan.


b) susunan simbol atau objek dalam kumpulannya

Kadangkala berlaku kekurangan simbol-simbol unik bagi menghasilkan keunikan. Sebagai contoh, sistem binari atau sistem nombor asas dua yang hanya terdiri daripada nombor 1 dan 0. Nombor ini hanya terhad untuk mewakili nilai satu dan sifar sahaja. Maka, untuk kali ini, kaedah penyusunan digunakan bagi menambahkan seberapa banyak mungkin keunikan bagi mewakili nilai-nilai lain seperti dua , tiga dan seterusnya.

Terdapat dua jenis susunan : 1) susunan sebaris 2) susunan bebas. Susunan sebaris merupakan susunan kod-kod unik individu dalam satu baris, manakala susunan bebas merupakan susunan kod-kod unik individu dalam bentuk yang bebas, seperti bulatan, segitiga, bentuk lencana dan sebagainya yang bukan menjajar atau tersusun seperti garis lurus.

Contoh susunan sebaris ialah nombor binari. Berikut ditunjukkan susunan-susunan nombor binari bagi nilai-nilai pernomboran.

nilai susunan binari
0 0
1 1
2 10
3 11
4 100
5 101
6 110
7 111
8 1000
9 1001
10 1010

Jika diperhatikan , semakin tinggi suatu nilai pernomboran,semakin
banyak nombor binari yang diperlukan dalam satu baris. Bagi mengurangkannya ,sistem nombor asas sepuluh digunakan. Dengan menggunakan nombor asas sepuluh, maka bilangan simbol unik yang digunakan akan bertambah dari dua (1,0) kepada sepuluh ( 0, 1,2,3,4,5,6,7,8,9). Oleh itu, susunan-susunan binari yang panjang dapat digantikan dengan susunan-susunan asas sepuluh yang lebih pendek.

nilai susunan asas sepuluh
0 0
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6
7 7
8 8
9 9
10 10

Terdapat berbagai lagi penggunaan kaedah susunan dalam kehidupan kita, seperti susunan bes dalam rantaian DNA, kata laluan perbankan, kod bar barangan dan sebagainya. DNA hanya mempunyai 4 jenis bes unik, iaitu Adenine, Thymine, Guanine dan Cytosine. Oleh itu, pelbagai kaedah susunan digunakan bagi menambahkan bilangan keunikan yang boleh dihasilkan.

Susunan tidak semestinya wujud dalam bentuk susunan sebaris sebagaimana yang telah diterangkan. Susunan juga boleh terhasil dengan menyusun objek atau simbol secara bebas. Contohnya bendera. Semua bendera negara di dunia berbentuk segiempat tepat. Apa yang menyebabkan setiap daripadanya unik? Jawapannya ialah susunan warna dan bentuk geometri dalam segiempat tersebut. Di sini kaedah susunan bukan sebaris digunakan.

Susunan tidak sebaris juga berlaku pada wajah manusia. Kedudukan mata, telinga, hidung dan mulut, serta kecerahan kulit wajah setiap orang adalah berbeza-beza. Inilah yang menjadikan setiap wajah manusia di dunia ini tidak serupa dan unik antara satu sama lain. Terlalu banyak lagi contoh yang boleh para pembaca fikirkan. Tahukah anda, susunan juga berlaku dalam bentuk tiga matra (English-third dimension)?. Bagaimana dengan permukaan enzim? Atau struktur tetulang sebatian kimia? Terlalu banyak. Anda boleh menyumbang idea di ruangan komen jika mahu. Jika tidak mahu, apa saya peduli. Suka hati kau orang la yerr.

Semoga mendapat ilmu bermanfaat dari pelayaran internet anda.


Islam tidak pernah memusuhi sains dan teknologi


(al-fatihah buat rakyat Palestin yang gugur syahid dibunuh Zionis laknat...Amin...)

Jan 8, 2009

Ke tepi.

ke tepi ("ke tepi, ke tepi, bagi laluan kepada Yahudi,"kata Amerika dengan angkuhnya)

ke tepi ke tepi
askar laknat mahu lalu
ke tepi ke tepi
zionis bangsat rakus memburu
habis semua dimakan peluru
masjid hancur empat penjuru
rumah berkecai tinggal debu
bangunan kedai tinggal kayu
yang ini dan yang itu
tidak ada pilih bulu
anak iblis tembak melulu
penduduk dibelasah satu persatu
orang tua habis ditinju
anak kecil turut diserbu

PBB sedia tarik diri
OIC pula hanya menyaksi
negara Arab sepakat merestui
anak-anak syaitan beraksi
menekan butang sesuka hati
melancar peluru bertubi-tubi
mengikut nafsu membuta tuli
habis merah bersimbah tumpah
bumi suci dicemar darah
negara jiran tak boleh diharap
takut turut sama ranap
harapkan saudara, tiada upaya
bermukim sejauh pandangan mata
hidup terkepung sepanjang masa
hanya menunggu ajal tiba
malaikatul maut mencabut nyawa

dimana letak rasa manusia
andai hanya melihat semata
yang sedang enak di tampuk kuasa
usahlah duduk sahaja
mengapa,
mulut tidak mampu bersuara?
atau takut dilucut kuasa?

mohdsyafiqbinsabri tiverton rd, birmingham

seorang kanak-kanak dijumpai mati tertimbus dalam runtuhan akibat bedilan askar-askar laknat itu.Kejam, kejam!


mayat-mayat yang ditemui.semakin hari semakin bertambah. manusiakah orang-orang yang mampu menghalang tetapi hanya membiarkan sahaja?



tunggulah balasan dari Tuhan

Jan 6, 2009

Kemilauan

Kemilauan adalah satu fenomena pancaran cahaya yang terhasil pada suhu rendah, atau dengan kata lain, tanpa memerlukan pembakaran dan tenaga yang tinggi.

Kemilauan boleh berlaku pada bahan-bahan tertentu apabila berlaku pergerakan zarah-zarah subatom( contohnya pergerakan elektron merentas petala), tindak balas kimia, tenaga elektrik dan juga tekanan ke atas hablur.

Cahaya yang terhasil dari fenomena ini juga dikenali sebagai ’cahaya sejuk’, atau ’radiasi jasad sejuk’. Contoh objek-objek yang mengalami kemilauan ialah seperti skrin LCD komputer riba, skrin set tangan dan skrin TV, Kayu cahaya atau gelung cahaya, dan pen berkilau dalam gelap. Hanya sesetengah jasad atau bahan kimia sahaja yang mengalami fenomena ini. Bahan-bahan ini dikenali sebagai ’pengilau’ ( English-luminant).

skrin lcd

skrin sebuah osiloskop

Adakah bahan-bahan seperti arang berbara, besi cair, wayar yang dipanaskan oleh arus elektrik, dan ceper panas ( English-hot plate) itu bahan-bahan pengilau? Tidak sama sekali kerana mereka memerlukan haba yang tinggi untuk menghasilkan cahaya dari bara pembakarannya. Fenomena penghasilan cahaya yang terjadi dengan membakar bahan-bahan ini dikenali sebagai ’incandescence’. Incandescence adalah lawan makna bagi luminescence.

Secara ringkas, incandescence menghasilkan cahaya dari jasad panas manakala luminescence dari jasad sejuk.

Kilat dan aurora juga merupakan salah satu dari fenomena kemilauan. Dalam lampu berpendarflour pula, kedua-dua fenomena ini diaplikasikan , di mana filamen pada elektrodnya akan dibakar oleh tenaga elektrik( ini adalah incandescence), dan haba yang terhasil mengewapkan raksa (English-mercury) dalam tiub lampu. Wap dari raksa dan elektron dari filamen berlanggaran dengan fosfor pada dinding dalam tiub tersebut, dan terhasillah cahaya pada suhu rendah( ini pula adalah luminescence). Fenomena zarah-zarah melanggar fosfor ini juga adalah fenomena yang sama berlaku dalam skrin televisyen.

keratan dari lampu berpendarfluor

Fenomena kemilauan juga berlaku pada haiwan? Satu contoh paling mudah adalah kunang-kunang (English-fireflies), dan juga sejenis cacing dikenali dgn nama ’glowworms’. Cacing ini sebenarnya ialah larva kunang-kunang. Terdapat juga binatang laut yang memiliki kebolehan luar biasa ini, seperti sejenis krustasia (binatang laut berkulit keras) yang tinggal di Laut Jepun (Cypridina hilgendorfii). Fenomena kemilauan dalam benda-benda hidup dikenali sebagai biokemilauan (English-bioluminescence).Bagaimana fenomena ini berlaku dalam badan kunang-kunang? Saya akan terangkan selepas ini.

Terlalu banyak jenis-jenis kemilauan yang terdapat di dunia ini. Berikut adalah senarainya:

• Chemoluminescence (dari tindak balas kimia)
o Bioluminescence (dari tindak balas kimia dalam hidupan)
• Crystalloluminescence (dari hablur)
• Electroluminescence (dari tenaga elektrik)
o Cathodoluminescence
• Mechanoluminescence (dari pergerakan mekanikal)
o Triboluminescence
o Fractoluminescence
o Piezoluminescence (dari tekanan mekanikal)
• Photoluminescence (dari rangsangan cahaya-cahaya berwarna terhasil apabila cahaya dikenakan ke atas bahan tersebut)
o Phosphorescence
o Fluorescence
• Radioluminescence (dari rangsangan radiasi)
• Sonoluminescence
• Thermoluminescence (dari tindakan haba)

Catitan ini hanya akan mengulas mengenai kemilauan kimia.

Kemilauan kimia berlaku dari tindak balas kimia antara bahan-bahan pengilau. Contoh termudah ialah kayu cahaya.:


Kayu cahaya

Bagaimanakah cahaya boleh terhasil daripadanya? Gambar di bawah menerangkannya.



Apabila kayu cahaya dibengkokkan, tiub kaca berisi larutan hidrogen peroksida pecah. Larutan tersebut bercampur dengan ester fenil oksalat(English-phenyl oxalate), bertindak balas secara kimia dan membebaskan tenaga dalam julat gelombang cahaya nampak ( rujuk spektrum gelombang electromagnet). Jadi, tenaga yang dibebaskan adalah dalam bentuk tenaga cahaya. Dye memberikan warna-warna tertentu pada cahaya yang dihasilkan.

formula struktur untuk fenil oksalat. Fenil oksalat sejenis ester yang disintesis daripada asid oksalik.Asid oksalik adalah sejenis asid karboksilik yang banyak terdapat dalam sayur bayam, yang dipercayai punca utama penyakit batu karang

struktur kimia hidrogen perosida.

spektrum gelombang elektromagnet

Biokemilauan berlaku dalam jasad hidup. Contoh termudah ialah kunang-kunang.

kunang-kunang

Cahaya ini dihasilkan pada satu organ istimewa yang dikenali sebagai fotofor (English-photophore) yang terletak pada bahagian bawah abdomennya. Fotofor ini terdiri daripada beberapa lapisan sel-sel pemantul yang kecil dan lapisan tunggal yang mengeluarkan cahaya. Sel-sel pengeluar cahaya mengandungi saraf, tiub udara dan dua jenis bahan kimia; luciferin dan enzim luciferase.

luciferin

Apabila luciferin diaktfkan oleh ATP ( adenosina trifosfat) dan luciferase, ia bergabung dengan oksigen dalam tiub udara, menghasilkan cahaya sebagai produk tindak balas dalam bentuk cahaya kuning kehijauan atau jingga kemerahan. Apa yang menariknya mengenai cahaya ini ialah, ia langsung tidak mengeluarkan sebarang haba walaupun sedikit. Luciferin dan luciferase digunakan oleh saintis bagi mengesan kehadiran ATP dalam ujian biokimia dan sains forensik.

Semoga mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda.

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." An-Nur:45