Mar 15, 2010

Amalan pemakanan yang menguatkan ingatan.

Mukadimah
Ketika penulis di bangku sekolah menengah, setiap kali pagi Isnin, sebagaimana sekolah-sekolah menengah yang lain akan diadakan perhimpunan rasmi. Dalam perhimpunan rasmi pagi Isnin akan diadakan satu slot tazkirah yang disampaikan secara bergilir-gilir oleh guru bertugas pada minggu tersebut. Pada suatu pagi Isnin ketika penulis berada di tingkatan empat/lima , tiba giliran seorang ustazah menyampaikan tazkirah paginya. Penulis ingat-ingat lupa nama ustazah ini. Akan tetapi apa yang disampaikannya pada pagi itu masih segar di ingatan, iaitu sebuah tazkirah bertajuk ‘ Amalan pemakanan yang menguatkan ingatan’.

Oleh sebab sepupu penulis telah meminta penulis menuliskan tip-tip persediaan menduduki peperiksaan, dan tambahan pula pelajar di seluruh dunia kini sememangnya belajar ‘untuk lulus periksa’ sahaja, maka daya ingatan yang tinggi amatlah diperlukan bagi menghafal nota-nota dan buku-buku pelajaran. Oleh itu penulis fikir adalah sesuai sekiranya penulis menulis tentang amalan pemakanan yang menguatkan ingatan berbanding menulis tentang amalan untuk lulus peperiksaan.

Isi tazkirah
Menurut guru a.k.a. ustazah tersebut, beliau telah mengumpulkan beberapa amalan pemakanan para ulama dan cendekiawan Islam era salaf as-soleh yang boleh menguatkan ingatan. Di sini diringkaskan isi kandungan tazkirah tersebut:
a) Makan buah sebelum makan hidangan utama. Masyarakat Barat kini memperkenalkan kaedah memakan buah selepas hidangan utama. Jadi, adalah lebih elok untuk daya ingatan sekiranya amalan memakan buahan didahulukan.
b) Jangan campur ayam dan ikan, atau daging dan ikan, atau sebarang haiwan darat dengan haiwan air. Makan ia secara berasingan.
c) Amalkan kismis, madu, susu, delima. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa di dalam madu terkandung penawar bagi segala penyakit.
d) Elakkan memakan organ dalaman seperti pedal, perut, hati, jantung dan sebagainya.
e) Makan daging merah seminggu sekali. Mengikut amalan Rasulullah SAW, setiap kali memakan daging baginda akan mengunyah daging tersebut sebanyak 40 kali sebelum menelannya.

Demikian sedikit sebanyak yang penulis masih ingat. Semoga mendapat ilmu yang boleh diamalkan.

“Genius adalah satu peratus ilham dan sembilan puluh sembilan peratus usaha” - Thomas Alva Edison

[“Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration”]

**Oleh sebab tip-tip di atas tiada alasan saintifik, anda bolehlah melakukan kajian lanjutan bagi mengenalpasti mengapa amalan tersebut boleh menguatkan ingatan.

No comments:

Post a Comment

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...