Pada bulan Julai lepas, hanya tiga sahaja rencana yang berjaya dimuatkan dalam blog ini, disebabkan talian internet yang sering terputus di era Malaysia melangkah ke zaman teknologi tinggi. Tiga rencana tersebut tidak memiliki kaitan ketara antara satu sama lain. Namun di ruangan rumusan ini saya cuba mengaitkannya antara satu sama lain.
Rencana ‘pepauh’ ditulis sebagai asas kepada rencana ‘sorbitol’ yang akan menyusulnya. Ini kerana pepauh adalah pembekal semulajadi sorbitol. Buahan jenis pepauh berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai pembekal sorbitol yang tersendiri. Industri sorbitol agak memberangsangkan kerana digunakan sebagai pemanis tiruan dalam menghasilkan bahan-bahan seperti ubat gigi, minuman ringan, gula-gula getah serta bahan-bahan yang manis. Ini kerana sorbitol memberikan rasa manis yang kuat dengan kuantitinya yang sedikit. (sorbitol mampu memberikan rasa manis 500 kali lebih kuat berbanding gula sukrosa biasa dengan kuantiti yang sama). Tambahan pula, pergantungan terhadap gula tiruan seperti sorbitol dewasa ini semakin meningkat nampaknya gara-gara perbuatan sesetengah peniaga dan pemborong kapitalis yang menyorokkan gula bukan tiruan.
Rencana nuklear pula ditulis bagi mengutarakan pandangan saya terhadap pembangunan senjata nuklear. Tidak ada apa-apa kaitan dengan sorbitol dan pepauh kerana kedua-dua bahan ini tidak mampu menghasilkan kuasa nuklear.
Secara keseluruhannya, saya hanya sempat menulis tentang sains sahaja pada bulan ini. Diharapkan saya sendiri dapat membaca semula apa yang saya tulis dan dapat pula mengamalkannya, Insya Allah.(atau ringkasannya iA)
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...