Aug 27, 2009

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami; dalang kejatuhan Abbasiyyah. (Bahagian 2)

Bersambung dari Bahagian 1...

.......................................................................................

Di waktu ini, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami selaku menteri kepercayaan Khalifah Al-Musta’shim Billah, mengeluarkan helahnya sekali lagi. Beliau menyarankan kepada Khalifah Al-Musta’shim Billah agar tidak membenarkan rakyatnya keluar berjihad. Beliau turut menawarkan dirinya untuk berunding dengan tentera Monggol kononnya agar mereka dapat menerima perdamaian. Khalifah Al-Musta’shim Billah sekali lagi berjaya dipengaruhi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Maka Umayiduddin Muhammad Al-Aqami pun dengan gembiranya keluar bertemu dengan Hulagu Khan.

Setelah pulang ke istana, beliau telah memaklumkan kepada Khalifah dengan bahawa Hulagu Khan setuju berdamai dan mahu agar Khalifah Al-Musta’shim Billah mengahwinkan puteranya Abu Bakar dengan puteri Hulagu Khan. Alangkah gembiranya Khalifah Al-Musta’shim Billah mendengarkan berita itu. Tambahan pula Umayiduddin Muhammad Al-Aqami menunjukkan cincin yang diberikan Hulagu Khan sebagai tanda perdamaian.

Lalu baginda pun menyuruh rakyat dan pekerja-pekerja istana bergotong-royong menghias kota Baghdad demi menyambut Hulagu Khan dan rombongannya. Di sebalik semua ini, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami sebenarnya telah merancang sesuatu bersama Hulagu Khan. Dalam rancangan tersebut, Hulagu Khan mahu Umayiduddin Muhammad Al-Aqami memastikan bahawa rakyat Baghdad menyambut kedatangan tentera Monggol bukan dengan senjata, tetapi dengan bunga-bunga. Dia mahu menakluk kota Baghdad dengan mudah. Umayiduddin Muhammad Al-Aqami bersetuju dan menerima rancangan tersebut. Sambil melihat rakyat Baghdad sibuk menghias kota, beliau tersenyum sinis. Namun tiada sesiapapun yang dapat menafsirkan apa yang tersembunyi di sebalik senyuman itu.

Pada hari Rabu, 18 Januari 1258, tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan menyerang kota Baghdad. Tentera Monggol datang dengan menunggang kuda mereka dengan laju seperti ombak besar yang datang mengganas. Mereka merempuh rakyat Baghdad yang sedang beratur di tepi jalan-jalan dan lorong-lorong di Baghdad dan membunuh mereka. Khalifah Al-Musta’shim Billah mula menyedari bahawa beliau telah ditipu oleh menterinya sendiri. Abu Bakar bersama seorang adiknya dan tiga orang pemuda lain yang merupakan putera kepada Syeikh Muhyiddin (ulama yang mengajar anak-anak khalifah) , berjihad bermati-matian menentang orang Monggol itu. Ramai orang Monggol yang gugur dipanah dan dipancung oleh mereka. Namun akhirnya mereka dibunuh oleh tentera Monggol tersebut selepas diugut meletakkan senjata. Orang Monggol turut membunuh isteri khalifah dan Syeikh Muhyiddin. Mereka turut membunuh semua pemuda lelaki, kaum ibu, orang tua dan kanak-kanak, dan menangkap anak-anak gadis, termasuk puteri-puteri Khalifah Al-Musta’shim Billah, untuk dihantar sebagai tawanan ke Monggol. Sementara anak kecil Khalifah Al-Musta’shim Billah dipelihara untuk dijadikan salah seorang tentera Monggol suatu hari nanti.


Hulagu Khan berjaya menjatuhkan Baghdad pada 1258. (Gambar hiasan)

Pemandangan di sekitar kota Baghdad amat mengerikan dan menyayat hati. Kota tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat bergelimpangan dan dicemari darah. Kaum lelaki, orang-orang tua dan bayi kesemuanya dibunuh. Kaum wanita diperkosa. Kitab-kitab ilmuwan Islam dibakar dan dicampakkan abunya ke dalam Sungai Tigris (Arab-Dajlah), sehingga air sungai tersebut bertukar hitam. Ada kitab yang disusun untuk dijadikan jambatan menyeberangi sungai tersebut, dan ada pula yang dijual kepada pedagang-pedagang Kristian Eropah, yang turut bersubahat dengan orang Monggol. Orang Eropah bertanggungjawab menghasut orang Monggol supaya membenci orang Islam. Oleh itu, penduduk Baghdad yang beragama Kristian dibiarkan hidup. Kebanyakan orang Islam yang masih selamat sedang bersembunyi di dalam bumbung rumah dan kawasan-kawasan tersembunyi yang lain.

Disebabkan adat orang Monggol yang melarang mereka menumpahkan darah raja, maka Khalifah Al-Musta’shim Billah dibunuh dengan cara dipijak dalam gulungan tikar oleh tentera Monggol. Berakhirlah sebuah kerajaan Islam yang telah bertahan selama lebih dari 500 tahun.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami keluar daripada tempat persembunyiannya. Beliau bertemu Hulagu Khan untuk menuntut janjinya kerana Hulagu Khan telah berjanji untuk melantik beliau sebagai khalifah setelah Khalifah Al-Musta’shim Billah digulingkan. Namun Hulagu Khan enggan menunaikan janjinya dan beliau bercadang untuk tidak membunuh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Pulanglah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami ke rumahnya dengan hampa. Setibanya di rumah, beliau terkejut kerana mendapati keluarganya dibunuh. Tidak syak lagi, keluarga beliau telah dibunuh oleh rakyat Baghdad yang menaruh dendam terhadapnya kerana mengkhianati khalifah. Namun beliau masih terselamat kerana dikawal oleh orang-orang Monggol yang diperintahkan oleh Hulagu Khan. Maka hiduplah beliau seorang diri tanpa keluarga dan pangkat kebesaran, dan terus menerus dibenci oleh rakyatnya sendiri. Itulah akibat dari perbuatan khianat beliau terhadap negaranya sendiri dan kerana terlalu menurut nafsu dendam terhadap khalifahnya.

Sumber: Abdul Latip Talib; Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur (Novel Sejarah Islam); PTS Litera; 15 Julai 2009

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.” (Al-Mumtahinah: 1)

“Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiq dan bersikap keraslah terhadap mereka.” (At-Taubah: 73)

Pengajaran daripada kisah ini:

a) Bersikap berkecuali dan adil dalam kepimpinan dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Salah satu punca kejatuhan Khalifah Al-Musta’shim Billah ialah kerana beliau mudah dipengaruhi orang bawahannya.

b) Menyelidik betul salah tindakan orang bawahan dan tidak membuat keputusan melulu dan bersikap terburu-buru yang akan menimbulkan dendam di kalangan mereka. Sikap Khalifah Al-Musta’shim Billah yang percaya Rukunuddin Ad-Daudar menjalankan tugas mematahkan pemberontakan dengan baik tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, menimbulkan kemarahan Umayiduddin Al-Aqami yang memegang bukti bahawa tentera Rukunuddin Ad-Daudar telah memperkosa penduduk Kirkuk. Umayiduddin Al-Aqami akhirnya menyimpan dendam terhadap khalifah.

c) Tidak mempercayai musuh-musuh Islam dan tidak bekerjasama langsung dengan mereka. Perbuatan Umayiduddin mempercayai janji-janji manis Hulagu Khan akhirnya memakan diri sendiri. Akhirnya, Hulagu Khan tidak menunaikan janji tersebut dan Umayiduddin Al-Aqami berada dalam kerugian yang nyata.

d) Semangat jihad dan tidak berputus asa meskipun musuh lebih kuat, atau meskipun negara seperti telur berada di hujung tanduk. Semangat ini ditunjukkan oleh anak-anak Syeikh Muhyiddin dan putera khalifah Abu Bakar ketika orang Monggol menceroboh istana khalifah.

e) Percaya kepada kebolehan diri dan tidak hanya percaya kepada khabar angin sahaja. Rukunuddin Ad-Daudar langsung tidak gentar meskipun tersebar kata-kata yang memberitahu bahawa orang Monggol tidak pernah dikalahkan.

f) Membuat perancangan terbaik dan realistik sebelum melakukan sesuatu. Rukunuddin Ad-Daudar tidak merancang taktiknya dengan baik. Ini kerana selepas mereka melarikan diri ke Mesir, tidak ada langsung tentera pelapis yang mempertahankan Baghdad. Akibatnya, Baghdad diserang dengan mudah oleh tentera Monggol. Beliau sepatutnya membahagikan tenteranya kepada dua; satu untuk memerangi orang Monggol dan satu lagi untuk mempertahankan Baghdad.

......................................................................................

Semoga mendapat ilmu berguna dari rencana ini.

Wassalam.

Aug 26, 2009

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami; dalang kejatuhan Abbasiyyah. (Bahagian 1)

Jika kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah didalangi Mustafa Kemal, kejatuhan kerajaan Abbasiyyah pula didalangi oleh lelaki ini.

Siapakah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami? Beliau ialah menteri berbangsa Parsi yang berkhidmat untuk khalifah terakhir kerajaan Abbasiyyah, iaitu Khalifah Al-Musta’shim Billah. Beliau ditugaskan menguruskan perbendaharaan negara, umpamanya menguruskan baitulmal, zakat, dan menggaji tentera.

Suatu ketika, berlaku pembunuhan ketua tentera yang bernama Hurnain. Dalam memilih bakal pengganti ketua tentera tersebut, berlaku perbalahan antara menteri-menteri yang berbangsa Turki, Parsi dan Arab. Masing-masing berkeras mahu melantik pengganti dari kalangan kaum yang diwakili mereka. Bagi mengelakkan persengketaan daripada berlarutan, maka Khalifah telah melantik rakan kepada puteranya, iaitu Rukunuddin Ad-Daudar sebagai ketua tentera yang baru.

Rukunuddin Ad-Daudar seorang Arab yang membenci golongan Syiah. Dalam empayar Abbasiyyah, golongan Syiah kebanyakannya berbangsa Parsi. Ketika berlaku rusuhan kaum antara Syiah dan Sunni di Kirkuk, dia telah mengarahkan tentera kerajaan membunuh golongan Syiah. Tentera beliau bukan sahaja membunuh orang-orang Syiah, bahkan merampas harta benda mereka serta melakukan perkosaan ke atas perempuan-perempuan mereka.

Apabila berita pembunuhan beramai-ramai golongan Syiah sampai ke telinga Umayiduddin Muhammad Al-Aqami yang merupakan menteri berbangsa Parsi, beliau berasa amat marah lalu mengadukan perkara tersebut kepada khalifah. Namun khalifah menegaskan bahawa pembunuhan itu wajar dilakukan demi menjaga keamanan negara, tanpa menyedari bahawa pembunuhan itu turut melibatkan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa dan perkosaan ke atas kaum wanita. Meskipun Umayiduddin memiliki bukti, namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan khalifah terlalu meyakini bahawa Rukunuddin menjalankan tugas tersebut semata-mata demi menyelamatkan negara daripada pemberontakan.

Atas rasa tidak puas hati dan dikuasai oleh dendam yang membara, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami merancang mahu menjatuhkan khalifah. Beliau pada mulanya bercadang untuk membina pakatan dengan kerajaan Parsi, namun utusan yang dihantar olehnya telah ditahan oleh tentera Monggol dan suratnya kepada kerajaan Parsi telah dirampas oleh mereka. Demi mengelakkan surat tersebut diserahkan oleh orang Monggol kepada khalifah dan seterusnya menyebabkan rancangan belotnya terbongkar, maka dia beralih arah dan bercadang berpakat dengan tentera Monggol. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tentera Monggol sememangnya sedang menanti masa untuk menakluk kota Baghdad. Pada masa itu tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan sedang berkhemah dan melakukan latihan perang di pinggir kota Baghdad. Setelah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami berpakat dengan tentera Monggol, maka bermulalah episod pengkhianatannya terhadap Khalifah Al-Musta’shim.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami telah menipu Khalifah dengan mengatakan bahawa perbendaharaan negara tidak cukup untuk menampung gaji tentera dan menyarankan kepada baginda agar memberhentikan 90 000 tentera daripada 100 000 jumlah keseluruhannya. Alasannya lagi, tentera-tentera tersebut kebanyakkannya telah tua. Di sebalik saranan tersebut, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami sebenarnya memiliki muslihat tersendiri. Beliau sebenarnya mahu agar tentera-tentera berpengalaman (kebanyakannya dari golongan tua) dilenyapkan dari pasukan tentera, dan beliau juga sebenarnya mahu mengurangkan bilangan tentera. Ini kerana beliau telah bersepakat dengan tentera Monggol untuk melemahkan angkatan tentera Bani Abbasiyyah. Hasilnya, tentera Abbasiyyah yang berjumlah 100 000 pada asalnya hanya tinggal 10 000 orang sahaja, dan kebanyakan anggotanya terdiri daripada golongan muda yang kurang berpengalaman. Khalifah Al-Musta’shim begitu mudah menerima cadangan tersebut kerana Umayiduddin Muhammad Al-Aqami adalah menteri yang paling dipercayainya.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami juga telah melarang Khalifah dari menyiapkan pasukan tentera ketika Baghdad sedang dikepung tentera Monggol. Beliau mahu Khalifah menganjurkan perdamaian antara kerajaan Abbasiyyah dengan orang Monggol. Sedangkan mereka sendiri sudah sedia maklum, tentera Monggol bukanlah manusia yang boleh menerima perdamaian. Pada mereka (tentera Monggol), musuh hanya diberikan dua pilihan sahaja, menyerah atau berperang. Sekiranya musuh memilih untuk berdamai, bererti mereka menyerah diri kepadanya. Oleh itu, perdamaian dengan orang Monggol merupakan perkara yang amat mustahil untuk dilakukan. Namun, oleh kerana Khalifah begitu mempercayai kata-kata Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, maka beliau bercadang untuk berdamai. Di sini satu kesilapan yang amat besar telah dilakukan oleh Khalifah Al-Musta’shim Billah.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami telah mengaturkan satu pertemuan antara Hulagu Khan dengan Khalifah Abbasiyyah. Dalam pertemuan tersebut, lebih 700 pengiring Khalifah Al-Musta’shim Billah telah dibunuh oleh tentera Monggol. Orang Monggol sememangnya berniat untuk membunuh pengiring Khalifah yang terdiri daripada golongan agama awal-awal lagi, disebabkan itu mereka merancang mengasingkan khemah yang menempatkan Khalifah Al-Musta’shim dengan khemah yang menempatkan para pengiringnya. Setelah semua pengiring dibunuh, Hulagu Khan memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Al-Musta’shim dan memberikan alasan tenteranya membunuh mereka akibat perselisihan faham antara tenteranya dengan mereka. Sebelum Khalifah Al-Musta’shim dilepaskan pulang ke istana, beliau diberi amaran oleh Hulagu Khan agar tidak mengumpulkan bala tenteranya untuk berperang dengan mereka. Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, demi mengelakkan dirinya daripada dicurigai oleh Khalifah Al-Musta’shim, telah berpura-pura kononnya menyelamatkan nyawa khalifah ketika khalifah diugut hukum bunuh oleh Hulagu Khan yang juga berpura-pura ketika Khalifah Al-Musta’shim Billah berada di dalam khemah tersebut. Kesemua ini dirancang dengan rapi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami dan Hulagu Khan.


Anda bolehlah membayangkan rupa orang Monggol seperti ini. (Ehsan: Disney Mulan)

Khalifah Al-Musta’shim Billah sering murung selepas kejadian itu. Rakyat-rakyatnya yang kematian ahli keluarga telah datang ke istana. Mereka mahu Khalifah Al-Musta’shim Billah mengeluarkan perintah memerangi orang Monggol. Mereka mahu menuntut bela di atas kematian ahli keluarga mereka yang telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Monggol. Namun Khalifah Al-Musta’shim Billah masih kebingungan dan beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih sedih dan terkejut dengan kejadian itu. Tambahan pula, beliau telah diugut sendiri oleh Hulagu Khan agar mendiamkan diri. Dalam hati beliau, Hulagu Khan lebih ditakuti berbanding Allah S.W.T. (sebagaimana kata puteranya Abu Bakar).

Ketua tentera Abbasiyyah yang baru beberapa bulan dilantik, iaitu Rukunuddin Ad-Daudar telah banyak kali menggesa Khalifah Al-Musta’shim Billah agar membenarkan beliau mengumpulkan bala tentera untuk memerangi orang Monggol, sejak dari mula beliau dilantik lagi. Namun gesaan itu tidak diendahkan Khalifah Al-Musta’shim Billah, malah dipandang remeh kerana dipengaruhi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Namun Rukunuddin Ad-Daudar tidak berdiam diri, lebih-lebih lagi selepas berlakunya peristiwa pembunuhan 700 orang pengiring khalifah itu. Beliau telah mengumpulkan rakyat jelata yang terdiri daripada anak-anak muda yang sanggup berjihad demi Islam. Beliau juga menyebarkan arahan berjihad ke setiap masjid di Baghdad. Akhirnya beliau berjaya mengumpulkan 20 000 tenteranya. Bilangan ini memang jauh lebih sedikit berbanding bilangan tentera Monggol (200 000), namun itu tidak mematahkan semangat mereka. Bilangan mereka yang sedikit itu bukanlah kerana rakyatnya tidak berani dan takut mati. Bahkan seruan jihad itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Perbuatan Umayiduddin Muhammad Al-Aqami menyuruh khalifah memecat sebahagian besar tentera Abbasiyyah sebelum ini menyebabkan bilangan mereka menjadi amat sedikit, dan kebanyakan ahlinya adalah anak muda yang bersemangat tetapi kurang pengalaman. Tentera-tentera yang telah dipecat oleh Khalifah Al-Musta’shim yang terdiri daripada bangsa Parsi dan Turki pula enggan kembali memberikan khidmat mereka kerana berasa marah dengan Khalifah. Mereka mahu agar khalifah digulingkan. Mereka juga telah pulang ke tanah air masing-masing kerana tidak mahu menjadi mangsa serangan tentera Monggol.

Rukunuddin Ad-Daudar berjaya mendapatkan kebenaran khalifah untuk memerangi tentera Monggol. Itupun selepas Khalifah Al-Musta’shim Billah puas dipujuk oleh puteranya iaitu Abu Bakar. Khalifah sememangnya benar-benar tertekan selepas peristiwa pembunuhan pengiringnya itu, maka beliau pun bercadang menyerahkan isu tersebut kepada Rukunuddin dan bala tenteranya. Rukunuddin telah melancarkan serangan ke atas tentera Monggol. Serangan mereka tidak kurang hebatnya kerana tidak kurang tentera Monggol yang terkorban. Namun disebabkan tentera mereka turut sama terkorban dan bilangan mereka semakin berkurangan, Rukunuddin Ad-Daudar menamatkan serangan (mengambil teladan Khalid Al-Walid R.A. dalam peristiwa di Yarmuk) dan membawa mereka semua lari ke Mesir untuk bergabung dengan tentera Mamalik Mesir dan tentera Berke Khan (orang Monggol yang memeluk Islam). Mereka kembali berperang dengan tentera Monggol di ‘Ain Jalut di Palestin kira-kira dua tahun kemudian dalam Pertempuran Ain Jalut.

Tentera Monggol berasa amat gembira setelah berjaya mengalahkan tentera Rukunuddin Ad-Daudar. Mereka bercadang untuk menakluk Baghdad secepat mungkin. Mereka berasa amat marah kerana ramai tenteranya gugur dibunuh tentera Rukunuddin Ad-Daudar. Sementara itu, rakyat Baghdad berada dalam keadaan bimbang kerana tentera Rukunuddin telah melarikan diri ke Mesir dan tidak ada sesiapa lagi yang mempertahankan kota Baghdad. Namun mereka telah berkumpul dan bercadang untuk berjihad menentang tentera Monggol sehingga ke titisan darah yang terakhir. Oleh itu, mereka telah menyuarakan hasrat mereka itu kepada Khalifah Al-Musta’shim Billah. Mereka benar-benar mahu berjihad mempertahankan agama dan tanah air mereka.

......................................................................................

Bersambung di bahagian kedua.

Wassalam.

Aug 25, 2009

Rumusan : Julai 2009

Pada bulan Julai lepas, hanya tiga sahaja rencana yang berjaya dimuatkan dalam blog ini, disebabkan talian internet yang sering terputus di era Malaysia melangkah ke zaman teknologi tinggi. Tiga rencana tersebut tidak memiliki kaitan ketara antara satu sama lain. Namun di ruangan rumusan ini saya cuba mengaitkannya antara satu sama lain.

Rencana ‘pepauh’ ditulis sebagai asas kepada rencana ‘sorbitol’ yang akan menyusulnya. Ini kerana pepauh adalah pembekal semulajadi sorbitol. Buahan jenis pepauh berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai pembekal sorbitol yang tersendiri. Industri sorbitol agak memberangsangkan kerana digunakan sebagai pemanis tiruan dalam menghasilkan bahan-bahan seperti ubat gigi, minuman ringan, gula-gula getah serta bahan-bahan yang manis. Ini kerana sorbitol memberikan rasa manis yang kuat dengan kuantitinya yang sedikit. (sorbitol mampu memberikan rasa manis 500 kali lebih kuat berbanding gula sukrosa biasa dengan kuantiti yang sama). Tambahan pula, pergantungan terhadap gula tiruan seperti sorbitol dewasa ini semakin meningkat nampaknya gara-gara perbuatan sesetengah peniaga dan pemborong kapitalis yang menyorokkan gula bukan tiruan.

Rencana nuklear pula ditulis bagi mengutarakan pandangan saya terhadap pembangunan senjata nuklear. Tidak ada apa-apa kaitan dengan sorbitol dan pepauh kerana kedua-dua bahan ini tidak mampu menghasilkan kuasa nuklear.

Secara keseluruhannya, saya hanya sempat menulis tentang sains sahaja pada bulan ini. Diharapkan saya sendiri dapat membaca semula apa yang saya tulis dan dapat pula mengamalkannya, Insya Allah.(atau ringkasannya iA)

Aug 24, 2009

Otak remaja; perkembangan sedang dilaksanakan.

The Adolescent Brain: A Work in Progress

By Lisa K. Schkloven.

If you’re living with an adolescent it’s a good idea to understand what’s going on. Adolescence is a time of rapid physical, cognitive, emotional, social and moral development and change.

As the parent of a teenager, how many times have you either thought or said the following: “What were you thinking ?!” Until recently, conventional wisdom held that early childhood was the time when a person’s brain grew the most. It was “thought” that by the time a child reached the age of twelve, the brain for the most part had finished its development.

Then in 1991, Dr. Jay Geidd, a neuroscientist and chief of brain imaging in the child psychiatry branch at the National Institute of Mental Health (NIMH), began using magnetic resonance imaging (MRI) to study the brains of some 1,800 children and adolescents over a period of thirteen years. Geidd discovered that, not only is the adolescent brain far from mature, but adolescence is a time when extensive structural changes occur in both the gray and white matter of the brain. The reality is that the teenage brain is undergoing continuous restructuring throughout the adolescent years and into early adulthood. To better understand what your teen is and is not thinking, here is a “Reader’s Digest” version of your teenager’s brain.

The brain develops in stages, from the back of the brain to the front, through a process of neural proliferation and pruning. The first part of the brain to mature is the back part. This area of the brain controls the senses such as touch, sight and hearing. The next parts of the brain to develop are the areas that help organize and allow the senses to make order out of its environment. Over the ensuing years, the brain continues to develop, back to front. The last part of the brain to develop is the front, specifically the prefrontal cortex of the brain. That is the part of the brain that governs what is called “executive functioning”.

Located right behind the forehead, the prefrontal cortex is the CEO of the brain. The prefrontal cortex is responsible for a person’s ability to organize thoughts, think things through, set priorities, weigh one’s options, consider the consequences of one’s actions, delay gratification, suppress impulses and make sound decisions. This thinking, rational part of the brain is truly a work in progress that will not be completed until a person is in his or her mid 20s.

Because the CEO area of the brain is not fully functioning, another part of the brain steps in to take its place. Called the amygdala, this almond shaped part of the brain is situated deep in the back of the brain. Whereas adults use the prefrontal cortex in making their decisions, adolescents rely on the amygdala, the emotional and instinctual center of the brain, in making their decisions. That’s why even with teens who seem to have relatively good judgmental skills, the quality of the decision making ability declines dramatically in moments of high emotional arousal. Emotions such as happiness, anger and jealousy override logic. Even more, the intensity of emotional arousal and response increases when teens are with their peers.

To complicate things further, one has to add to the mix the hormonal influences and fluctuations that occur during adolescence. In her 2004 article for Time magazine, reporter Claudia Wallis sums up this phenomenon this way, “For years, psychologists attributed the intense, combustible emotions and unpredictable behavior of teens to this biochemical onslaught. And new research adds fresh support. At puberty, the ovaries and testes begin to pour estrogen and testosterone into the bloodstream, spurring the development of the reproductive system, causing hair to sprout in the armpits and groin, wreaking havoc with the skin, and shaping the body to its adult contours. At the same time, testosterone-like hormones released by the adrenal glands, located near the kidneys, begin to circulate. Recent discoveries show that these adrenal sex hormones are extremely active in the brain, attaching to receptors everywhere and exerting a direct influence on serotonin and other neuro-chemicals that regulate mood and excitability. The sex hormones are especially active in the brain’s emotional center…”

According to Dr. Ronald Dahl, professor of psychiatry and pediatrics at the University of Pittsburgh School of Medicine, this hormonal mixture in the brain creates a “tinderbox of emotions”. This helps to explain why teenagers display a high rate of emotional reactivity as well as why they seek a high level of emotional stimulation. According to Dahl, “Adolescents are actively looking for experiences to create intense feelings,” says Dahl. “It’s a very important hint that there is some particular hormone-brain relationship contributing to the appetite for thrills, strong sensations and excitement.”

Therein lies the crux of the age old adolescent behavior and the crux of the age old parental dilemma. Teenagers, because of brain development and hormonal surges and fluctuations, have had the thrill seeking parts of the brain activated well before the rational part of the brain is up to the challenge of controlling it. It’s not that teenagers are stupid; it’s just that teenagers do not think like adults.
So why do teenagers appear unmotivated to do one thing yet highly motivated to do another?

According to Dr. James Bjork, author of NIH’s National Institute of Alcohol Abuse and Alcoholism study published in the February 25, 2004 issue of the Journal of Neuroscience, “Adolescents show less activity than adults in brain regions that motivate behavior to obtain rewards.” Dr. Bjork concludes, “If adolescents have a motivational deficit, it may mean that they are prone to engaging in behaviors that have either a really high excitement factor or a really low effort factor, or a combination of both.” Bjork advises parents, “When presenting suggestions, anything parents can do to emphasize more immediate payoffs will be more effective.”

sumber: http://parentsofteens.info/archives/the-adolescent-brain-a-work-in-progress

.....................................................................................

Cuba kaitkan rencana di atas dengan rencana saya sebelum ini mengenai kesan bahan lucah kepada kanak-kanak.

Apa pendapat anda?

Aug 22, 2009

20 sumbangan utama sarjana Muslim. (Bahagian 2)

Bersambung dari bahagian 1...

.....................................................................................

11) Kincir angin dibina pada tahun 634 atas arahan seorang Khalifah berbangsa Parsi dan digunakan untuk mengisar jagung dan mengangkut air untuk pengairan tanaman. Di kawasan padang pasir yang besar di Tanah Arab, apabila sungai-sungai mongering, satu-satunya sumber kuasa yang boleh digunakan adalah kuasa angin yang sentiasa bertiup berterusan selama beberapa bulan. Kincir pada pengisar memiliki enam hingga 12 layar yang ditutup dengan kain fabrik atau daun palma. Kesemua ini dibangunkan 500 tahun sebelum kincir angin pengisar pertama dilihat di Eropah.

12) Kaedah inokulasi (menyuntik vaksin, serum atau organisma lain untuk menentang virus penyakit dalam badan) bukanlah dicipta oleh Jenner dan Pasteur namun dihasilkan di dunia Muslim dan dibawa ke Eropah dari Turki oleh seorang isteri kepada duta Inggeris pada tahun 1724. Kanak-kanak di Turki telah menerima suntikan virus cacar lembu bagi melawan penyakit cacar ayam sekurang-kurangnya 50 tahun sebelum Barat berjaya menemuinya.

13) Pena dakwat cair (English-fountain pen) dicipta atas arahan Sultan Mesir pada tahun 953 selepas beliau meminta pena yang tidak mengotorkan tangan dan bajunya. (pena pada masa itu adalah pena celup, di mana batang pena dicelupkan ke dalam bekas dakwat sebelum digunakan untuk menulis). Pena dakwat cair membawa dakwat bersama di dalam sebuah bekas simpanan, dan sebagaimana pena moden, ia membekalkan dakwat ke mata pena dengan bantuan graviti dan tindakan kapilari.


Pena dakwat cair jenama Pelikan.

14) Sistem angka yang digunakan di seluruh dunia mungkin berasal dari India namun gaya tulisan dan susunan angka (terutama peranan sifar ) berasal dari Arab dan mula muncul dalam tulisan hasil kerja ahli matematik Islam al-Khwarizmi dan al-Kindi sekitar 825. Algebra dinamakan bersempena tajuk buku al-Khwarizmi , ‘al-Jabr wa-al muqabilah’, di mana kebanyakan isi kandungannya masih digunakan. Hasil kerja sarjana matematik Muslim diimport ke Eropah 300 tahun kemudian oleh seorang ahli matematik Itali, Fibonacci. Algoritma dan kebanyakan teori trigonometri datang dari dunia Muslim. Dan penemuan al-Kindi mengenai kaedah kajian kekerapan (suatu cara menyahkod sekumpulan kod rahsia dengan menganalisis kekerapan huruf yang digunakan) menyebabkan kebanyakan kod-kod kuno berjaya diselesaikan, seterusnya menyediakan asas kepada kriptologi moden.

15) Ali Ibn Nafi, dikenali dengan nama panggilan Ziryab (burung hitam-English-blackbird) mengembara dari Iraq ke Cordoba pada kurun ke 9 dan membawa bersamanya konsep hidangan tiga peringkat – sup, diikuti ikan atau daging, kemudian buahan dan kekacang. Beliau juga memperkenalkan kaca hablur (dicipta setelah kajian mengenai batu hablur dilakukan oleh Abbas Qasim Ibnu Firnas)

16) Permaidani lazimnya dianggap sebahagian daripada syurga oleh orang-orang Muslim pada zaman pertengahan Islam, terima kasih kepada kaedah anyaman yang maju, bahan pewarna tinktur (English-tincture) baru hasil penyelidikan kimia Islam, dan corak serta arabes (English-arabesque, corak bungaan, ranting dan dedaun yang saling bersimpulan, biasa terdapat dalam seni Islam) yang dibangunkan , di mana kesemua ini adalah asas kepada seni tampak (seni gambaran atau visual, bukan seni tulisan seperti puisi dan bukan seni bunyian seperti lagu) dalam Islam. Dalam pada lain, lantai-lantai di Eropah pula kebanyakannya lantai daripada tanah, sehinggalah permaidani orang-orang Arab dan Parsi diperkenalkan di sana. Di England, sebagaimana yang dirakamkan oleh Erasmus, lantainya ‘ditutup dengan tikar rumput cacabian (English-rushes), sekali-sekala akan diganti, namun lapisan bawahnya dibiarkan tidak disentuh, kadangkala sehingga 20 tahun, menyimpan pelbagai kotoran daripada tumpahan ubat batuk, muntah, buangan anjing dan manusia, arak, sisa ikan dan perkara jijik lain yang tidak patut dinyatakan’. Permaidani sebagaimana dijangkakan, menjadi tumpuan permintaan dalam masa singkat.


Permaidani

17) Cek moden berasal daripada ‘saqq’ orang-orang Arab, sebuah sumpah bertulis yang digunakan pembeli sebagai ganti wang untuk membayar barangan kepada penjual, bagi mengelakkan wang daripada terpaksa dibawa oleh penjual melalui kawasan muka bumi yang berbahaya. Pada kurun ke 9, seorang pedagang Muslim boleh menunaikan ceknya di China selepas mengeluarkan cek tersebut di bank Baghdad.

18) Sebelum kurun ke 9, ramai sarjana Muslim memandang bahawa perkara Bumi berbentuk sfera adalah suatu yang mudah. Buktinya, kata Ibnu Hazm , ahli astronomi, ialah ‘ matahari sentiasa berdiri tegak pada titik-titik tertentu (khatulistiwa) di atas muka bumi’. Ia berlaku 500 tahun sebelum Galileo menyedarinya. Pengiraan yang dilakukan ahli astronomi Muslim sangat tepat sehinggakan pada kurun ke 9 mereka mampu menganggarkan ukurlilit bumi adalah 40,253.4 km- kurang 200km daripada ukurlilit sebenar. Sarjana Islam al-Idrisi pernah membawa glob mewakili bumi ke istana King Roger di Sicily pada 1139.


Bumi sememangnya berbentuk sfera.

19) Walaupun orang-orang Cina mencipta ubat bedil saltpetre, dan menggunakannya di dalam bunga-bunga api mereka, orang Arab telah membuktikan bahawa ia boleh ditulenkan menggunakan kalium nitrat bagi kegunaan tentera. Senjata api Muslim mampu menakutkan tentera Salib. Sebelum kurun ke 15, orang Islam mencipta dua buah roket, di mana mereka menggelarkannya ‘ bebola api terlancar sendiri’ dan sebuah torpedo – bom ‘pear’ terlancar sendiri dengan anak panah di hadapannya di mana ia akan menembusi kapal musuh dan meletup.

20) Eropah pertengahan memiliki dapur dan taman herba, namun orang-orang Arab telah membangunkan idea bahawa taman adalah tempat untuk kecantikan dan perubatan. Taman diraja pertama dibuka pada abad ke 11 oleh Muslim Sepanyol. Bunga yang berasal dari taman orang-orang Muslim termasuklah bunga telukis dan bunga tulip.

Diterjemah dan diubahsuai dari:
http://traditionalislamblog.wordpress.com/2009/04/27/how-islamic-inventors-changed-the-world/

....................................................................................

Semoga mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Wassalam.

Aug 21, 2009

20 sumbangan utama sarjana Muslim.(Bahagian 1)

Dari kopi kepada cek kewangan dan hidangan ‘three-course’ atau tiga peringkat, dunia Islam telah menyumbang pelbagai inovasi teknologi yang dipandang mudah dalam kehidupan masa kini. Paul Vallely menyenaraikan 20 tokoh genius dan paling berpengaruh di sebalik kemajuan yang disumbangkan oleh tamadun unik ini.

1) Suatu ketika dahulu, ketika seorang pengembala Arab bernama Khalid sedang menjaga kambing-kambingnya di suatu kawasan bernama Kaffa di selatan Habsyah, beliau mendapati ternakannya itu lebih cergas dan bertenaga selepas memakan sejenis beri. Beliau kemudian merebus beri tersebut, seterusnya menghasilkan minuman yang diberi nama kopi pada hari ini. Rekod pertama mengenai minuman ini mencatatkan bahawa ia didagangkan dalam bentuk bijian dari Habsyah ke Yaman dan menjadi minuman para Sufi untuk membolehkan mereka berjaga malam untuk beribadat dan bersolat. Pada lewat kurun ke 15 bijian ini sampai ke Makkah dan Turki dan dari situ, ia diperkenalkan di Venice pada 1645. Ia kemudiannya diperkenalkan di England pada 1650 oleh seorang Turki bernama Pasqua Rosee yang membuka kedai kopi pertama di Lombart Street di Bandaraya London. Perkataan Arab ‘qahwa’ menjadi perkataan Turki ‘kahve’ , kemudian kepada perkataan Itali ‘caffe’ dan seterusnya kepada bahasa Inggeris ‘coffee’.

2) Orang-orang Yunani kuno berpendapat bahawa mata kita memancarkan cahaya seperti laser dan membolehkan kita melihat. Orang pertama yang menyedari bahawa cahaya memasuki mata berbanding dipancarkan oleh mata ialah seorang ahli matematik, ahli astronomi dan fizik Muslim abad ke 10 iaitu Ibnu al-Haitham. Beliau mencipta kamera lubang jarum yang pertama selepas menemui bagaimana cahaya melalui sebuah lubang kecil pada penutup tingkap. Semakin kecil lubang tersebut, semakin jelas gambar yang terhasil. Beliau melakukan penyelidikan ke atas fenomena ini dan berjaya menghasilkan Camera Obscura (daripada perkataan Arab ‘qamara’ bermaksud gelap atau bilik peribadi). Beliau juga dikatakan sebagai orang pertama yang memisahkan fizik daripada falsafah kepada bidang eksperimental berasaskan kajian empirikal.


Rajah sinar Camera Obscura

3) Sejenis permainan catur pernah dimainkan di India pada suatu ketika dahulu, namun permainan tersebut dibangunkan kepada bentuk yang dikenali kita pada hari ini di Parsi. Dari situ, ia dikembangkan ke Barat yakni Eropah- di mana ia diperkenalkan oleh orang-orang Moor di Sepanyol pada kurun ke 10 – dan juga disebarkan ke Timur sehingga sejauh-jauh Jepun. Perkataan ‘rook’ berasal dari bahasa Parsi ‘rukh’, bermaksud pedati (English-chariot).


'Rook' dalam catur

4) Seribu tahun sebelum Wright bersaudara dilahirkan, seorang pemuisi, ahli astronomi, ahli muzik, dan jurutera bernama Abbas Qasim Ibn Firnas melakukan beberapa percubaan bagi menghasilkan mesin terbang. Pada tahun 852 beliau terjun dari menara Masjid Utama di Cordoba menggunakan jubah (English-cloak) yang ditegangkan oleh topang-topang kayu. Beliau berharap dapat meluncur seperti burung, namun perkara sebaliknya berlaku. Kain tersebut memperlahankan jatuhnya, menjadi payung terjun pertama ciptaannya dan beliau kembali dari percubaan tersebut dengan kecederaan ringan. Dalam tahun 875, ketika beliau berusia 70 tahun, setelah selesai menambahbaiki sebuah mesin dari sutera dan bulu burung helang beliau mencuba sekali lagi, dengan terjun dari puncak sebuah gunung. Beliau terbang pada ketinggian yang ketara dari bumi dan kekal di atas selama 10 minit namun akhirnya terhempas ketika mendarat- kerana beliau tidak memasang ekor pada mesinnya supaya ia dapat mendarat dengan betul. Akibat kemalangan tersebut, beliau menderita kecederaan di bahagian punggung. Namun, penderitaan itu tidak menghalang beliau untuk terus menyumbang kepada peradaban saintifik apabila beliau berjaya mencipta jam berkuasa air Al-Maqata dan mengkaji fenomena kilat. Beliau meninggal dunia 12 tahun selepas kemalangan itu. Sebagai menghargai pengorbanan saintis agung ini, namanya diabadikan pada sebuah lapangan terbang di utara Baghdad ( Lapangan Terbang Antarabangsa Ibnu Firnas), dan pada setem buatan Libya, dan juga pada sebuah kawah di permukaan bulan.

5) Bersuci dan mandi adalah tuntutan kepada setiap Muslim, dan mungkin inilah penyebab mengapa mereka berjaya menyempurnakan ramuan sabun yang kita gunakan pada hari ini. Orang-orang Mesir purba memiliki sabun mereka yang tersendiri, begitu juga dengan orang-orang Rom yang banyak menggunakannya sebagai minyak rambut pekat (English-pomade). Namun, orang-orang Arab telah menggabungkan minyak sayuran bersama natrium hidroksida dan bahan aromatik seperti minyak ‘thyme’ (minyak dari pokok genus ‘Thymus’ terutama Thymus vulgaris). Salah satu sifat tentera Salib yang ‘merengsakan deria hidu’ orang-orang Arab ialah mereka tidak bersuci. Syampu diperkenalkan di England oleh seorang Muslim yang membuka Mahomed’s Indian Vapour Baths di kawasan pinggir laut di Brighton pada 1759 dan dilantik menjadi juru syampu kepada Raja George IV dan William IV.


Pokok thymus vulgaris

6) Penyulingan, suatu kaedah memisahkan cecair dengan memanfaatkan perbezaan takat didih setiap juzuk yang terkandung dalam campuran cecair itu, dicipta sekitar tahun 800 oleh saintis Islam ulung, Jabir Ibnu Hayyan, seorang saintis yang menukar alkemia karut kepada kimia moden. Beliau juga mencipta kebanyakan proses asas dan radas yang masih digunakan sehingga ke hari ini- peleburan, penghabluran, penyulingan, penulenan, pengoksidaan, penyejatan, dan penurasan. Selain menemui asid sulfurik dan nitrik, beliau turut mencipta radas suling alembik (Arab- al-anbiq), menyumbang kepada dunia bauan harum dari air mawar, wangian lain dan spirit beralkohol. (Perhatian: arak dan sebarang minuman berasaskan alkohol adalah haram di sisi Islam). Ibnu Hayyan menekankan eksperimen bersistematik dan beliau adalah pengasas kimia moden.

7) Aci engkol adalah sejenis alat yang menukarkan gerakan putar kepada gerakan linear (lurus) dan merupakan intipati kepada gerakan dan mekanisme bermesin dalam dunia moden, termasuk dalam enjin pembakaran dalaman. Merupakan salah satu ciptaan mekanikal terpenting dalam sejarah peradaban manusia, ia dicipta oleh seorang jurutera terbilang Muslim bernama al-Jazari bagi membolehkannya mengangkut air untuk aktiviti pengairan tanaman. Bukunya yang ditulis pada 1206, Kitab mengenai Pengetahuan tentang Alat Mekanikal Terpenting (al-Ilm Wal-Amal al-Nafi Fi Sina'at al-Hiyal ) menunjukkan bahawa beliau juga mencipta dan menambahbaikkan penggunaan injap dan omboh, menghasilkan beberapa jam mekanikal berkuasa air dan graviti. Beliau merupakan Bapa Robotik dunia moden. Dalam buku beliau yang terkenal itu juga, terkandung lebih daripada 50 hasil rekacipta beliau dan di antaranya ialah mangga-mangga gabungan. (mangga bernombor seperti yang banyak digunakan hari ini)


Anatomi aci engkol


Aci engkol dalam enjin pembakaran dalaman

8) ‘Quilting’ ialah satu kaedah menjahit atau mengikat bersama-sama dua lapisan kain dengan lapisan tengahnya merupakan bahan penebat haba.(proses ini juga dikenali sebagai proses menjahit ‘duvet’ atau selimut tebal) Tidak dapat dijelaskan sama ada kaedah ini dicipta oleh Muslim atau diimport dari India dan China. Namun ia tiba di Eropah melalui tentera salib. Mereka melihat baju ‘quilt’ ini digunakan oleh pahlawan-pahlawan Saracen, yang memakainya dengan diisikan bahan penebat daripada jerami, berbanding memakai baju perisai biasa. Selain bertujuan melindungi tubuh dari serangan musuh, ia juga melindungi daripada kesan melecet yang diakibatkan oleh perisai besi dan merupakan penebat yang berkesan- sehinggakan ia menjadi asas kepada industri perumahan berpenebat di negara-negara sejuk seperti Britain dan Holland.


Kuda Saracen yang dipakaikan quilt

9) Binaan arca tajam amat biasa dilihat pada gereja Gothic Eropah dan ia merupakan ciptaan yang diilhamkan daripada ilmu senibina Islam. Binaan arca ini lebih kuat daripada arca bulatan yang digunakan oleh orang-orang Rom dan Norman (orang Perancis Utara yang menakluk England pada 1066), lantas membolehkan pembinaan bangunan yang lebih besar, tinggi, kompleks dan luas. Selain itu, antara yang diilhamkan dari ilmu senibina Islam termasuklah kekubah berangkai (English-ribbed vaulting), tetingkap mawar (English-rose windows), dan teknik pembinaan kubah. Istana-istana di Eropah juga meniru dunia Islam- pada binaan celah panah (English-arrow slits), baluarti (English-battlement), gerbang bermenara (English-barbican) dan dinding pada cucur atap (English-parapet). Menara-menara berbentuk segiempat digantikan dengan menara berbentuk bulatan yang lebih mudah dilindungi dan dipertahankan. Buat pengetahuan, arkitek Istana Henry V ialah seorang Muslim.


Baluarti


Celah panah


Kekubah berangkai


Tingkap mawar


Barbican


Parapet

10) Kebanyakan alatan pembedahan moden memiliki rekabentuk yang serupa dengan rekabentuk yang diperkenalkan oleh pakar bedah Muslim bernama al-Zahrawi pada kurun ke 10. Pisau skalpel, gergaji tulang, forsep, gunting kecil untuk pembedahan mata dan kebanyakan daripada 200 alatan bedah yang direkanya digunakan dalam pembedahan moden. Beliaulah juga yang menemui benang jahitan pembedahan (English-catgut) yang digunakan untuk menjahit organ dalaman, melarut secara semulajadi dalam tisu badan. (penemuan ini berlaku ketika monyet peliharaan beliau memakan tali kecapi (English-lute, sejenis alat muzik) kepunyaan beliau. Tali kecapi tersebut diperbuat daripada usus binatang). Bahan tersebut juga digunakan bagi menghasilkan kapsul perubatan. Pada kurun ke 13, seorang ahli perubatan Muslim Ibnu Nafis menerangkan mengenai peredaran darah dalam badan, 300 tahun sebelum William Harvey melakukan perkara yang sama. Doktor Muslim juga mencipta ubat bius daripada candu dan campuran alkohol dan memperkenalkan jarum berongga bagi menyedut katarak dari mata sepertimana teknik yang digunakan pada hari ini.


Peralatan bedah.

...................................................................................

Sekian dahulu untuk kali ini. InsyaAllah (atau ringkasannya iA), saya akan menyambung rencana ini dengan menceritakan 10 lagi sumbangan yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Muslim.

Semoga mendapat ilmu berguna daripada pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Wassalam.

Aug 17, 2009

Kesan bahan lucah kepada kanak-kanak.

Ketika berkunjung ke KIBAR di Kelantan pada akhir bulan lepas, saya telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang pendakwah dari Indonesia yang saya ingat-ingat lupa akan namanya. Saya cukup tertarik dengan salah satu kata-kata beliau yang memberitahu laporan saintis tentang kesan bahan lucah kepada pemikiran kanak-kanak. Bahan lucah berupaya mengganggu penghasilan dan peranan dopamina (English-dopamine) sebagai neuropengalir dalam otak (English-neurotransmitter, pengukuh jalinan antara sel-sel neuron; atau anda rujuk wikipedia sahajalah), sekaligus menyebabkan pengecutan pada salah satu bahagian otak kanak-kanak. Sebuah fakta yang mengerikan. Terfikir apa akan terjadi dengan kanak-kanak yang membesar dengan bahan-bahan lucah. Tambahan pula maklumat dan media berada di hujung jari sahaja pada abad Internet ini.

Ketika saya berusaha mencari asas kepada kata-kata penceramah itu, saya bertemu rencana di bawah. Mungkin inilah rencana yang menjadi asas hujah beliau kerana apa yang disampaikannya pada malam itu memang seiras dengan apa yang diperbincangkan dalam rencana di bawah.

Sebuah laporan oleh seorang saintis Barat. Selamat membaca.

.....................................................................................

Pornography Addiction May Cause Brain Damage in Kids?

from JAKARTA GLOBE

Addiction to pornography among children can cause brain damage leading to depression and behavioral problems that can be just as serious as those caused by illegal drugs, doctors told a seminar on the effects of pornography on Monday.

Jofizal Jannis, a doctor who heads the Intelligence Development Center at the Ministry of Health, said on Monday that addiction to pornography likely harms both the function and structure of the brain.

“Although we don’t have statistics yet about children whose brains have been damaged by pornography addiction, such damage is likely to exist considering that our children are very familiar with pornography,” Jofizal said. “Our brain is adaptive and very flexible. It records every single thing that happens in our life.”

Children are particularly susceptible to brain damage because their brains absorb information faster than those of adults, and a pornography addiction is likely to degrade their intelligence potential, Jofizal theorized.

Donald Hilton Jr., a neurosurgeon from the Methodist Specialty and Transplant Hospital in San Antonio, Texas, told the seminar that pornography addiction could cause changes in the brain’s neurotransmitters and may interrupt oxygen metabolism in the brain.

‘I’ve found that porn addiction is the hardest to escape’
Donald Hilton Jr., neurosurgeon

Hilton said such changes would cause the brain to focus too much on pleasure receptors, thus failing to control behavior.

“Just like other addictions, pornography addiction will interrupt dopamine, which functions as a neurotransmitter, and it will cause a part of the brain to shrink,” Hilton said. The shrinkage occurs in the Ventral Tegmental Area, or VTA, at the front of the brain.

At the seminar, the We and Our Children Foundation presented a 2008 survey claiming that 66 percent of fourth through sixth-grade students in Greater Jakarta had seen pornography from various media, including comics, games, the Internet, movies and magazines.

Meanwhile, a 2007 survey by the government’s Child Protection Commission of 4,500 teenagers in the 12 biggest Indonesian cities found 97 percent of those surveyed had seen a pornographic movie, the seminar was told.

Hilton said there was little difference between addictions.
“The brain doesn’t care what the addiction is, it just can’t stop the process,” Hilton said.

Hilton said children were susceptible because the part of the brain that controls memory is not yet fully developed.

Children exposed to pornography could lack appropriate boundaries and might have a tendency to poor social behavior, depression and sexual abuse in later life, he said.
“From all the addictions I’ve handled, I’ve found out that porn addiction is the hardest to escape, even harder than drug addiction,” Hilton said.

Hilton proposed creating a safe environment by drastically reducing access to pornography and setting up support groups to help children deal with the issue of addiction.

He said with time the porn-damaged brain can heal itself but will never return completely to normal.

Aug 11, 2009

Bagaimana serat optik dihasilkan?

Serat optik diperbuat daripada kaca optik yang sangat tulen. Kita menganggap bahawa kaca pada tingkap adalah lutsinar, namun hakikatnya apabila ketebalannya ditingkatkan, semakin berkuranglah kelutsinarannya kerana peningkatan bendasing di dalam kaca tersebut. Walaubagaimanapun kaca dalam serat optik mengandungi jauh lebih sedikit bendasing berbanding kaca pada tingkap. Sebuah syarikat pernah menerangkan kualiti kaca serat optik seperti berikut, “ Jika kamu berada di atas permukaan sebuah lautan yang terdiri daripada pepejal kaca serat optik, kamu dapat melihat dasar lautan tersebut dengan jelas. ”

Terdapat tiga langkah utama dalam membuat serat optik:
1) Membuat silinder kaca asas (preform glass)
2) Membentuk serat daripada silinder kaca asas
3) Menguji serat yang terhasil (kawalan mutu)

Membuat silinder kaca asas.

Silinder kaca asas dihasilkan melalui proses pemendakan wasap kimia terubahsuai ( English- modified chemical vapour deposition- MCVD) di dalam sebatang tiub kaca (silikon sintetik atau kuarza) yang telah siap dibekalkan.





Dalam proses ini, :
a) oksigen dibekalkan kepada larutan silikon klorida, germanium klorida dan bahan-bahan kimia yang lain. Campuran yang betul akan menentukan ciri-ciri fizikal dan optik serat kaca yang akan dihasilkan ( indeks pembiasan, darjah pengembangan (English- coefficient of expansion), takat lebur, dan sebagainya).

b) Wasap gas yang mengandungi campuran silikon klorida, germanium klorida dan oksigen kemudian akan dialirkan ke bahagian dalam tiub silika sintetik atau tiub kuarza yang telah dilekatkan pada sebuah mesin pelarik khas (English- special lathe).

c) Semasa mesin pelarik dipusingkan, sebuah penunu digerakkan ke kiri dan ke kanan pada bahagian luar tiub tersebut. Haba yang tinggi daripada penunu menyebabkan silikon dan germanium dalam wasap bertindak balas dengan oksigen, lalu membentuk silikon dioksida dan germanium oksida. Haba yang berterusan dari penunu juga menyebabkan silikon dioksida dan germanium oksida termendak pada dinding dalam tiub tersebut dan melakur bersama-sama (English-fused together) untuk membentuk sebuah silinder kaca asas. Germanium oksida dan silikon dioksida yang termendak pada dinding dalam tiub tersebut akan bertambah ketebalannya seiring dengan perjalanan masa proses.

d) Mesin pelarik berpusing berterusan bagi menghasilkan salutan yang seragam. (salutan yang seragam bermaksud mendakan yang terhasil menyalut dengan seragam pada dinding dalam tiub kaca dan seterusnya membentuk silinder kaca asas yang sempurna)

e) Ketulenan kaca dikekalkan dengan menggunakan bahan binaan daripada plastik tahan hakisan dalam sistem penghantaran gas ( blok injap, paip, pembalut) dan dengan mengawal aliran dan kandungan dalam campuran gas dengan berhati-hati. Selepas silinder kaca asas tersebut disejukkan, ia diuji untuk kawalan mutu.

Menghasilkan serat/gentian daripada silinder kaca asas.






Selepas kaca diuji, ia dimuatkan ke dalam menara penghasilan serat.Kaca asas ini akan dilalukan ke dalam sebuah relau grafit (1900 hingga 2200 darjah Celsius. Ketika hujungnya mencair, bebola kaca cair terbentuk. Bebola kaca ini akan bergerak ke bawah hasil tindakan graviti. Semasa ia bergerak ke bawah, ia menarik gentian kaca asas, lalu menyejuk dan membentuk bebenang halus kaca di belakangnya (di atasnya). Bebenang kaca inilah serat optik yang dikehendaki. Setelah bebenang ini berjaya dibentuk, bebola kaca akan digunting daripadanya. Hujung benang kaca tersebut akan ditarik ke sebuah gelendongan (English-spool) oleh pengendali.

Sebelum sampai ke gelendongan kawalan kuasa motor, bebenang kaca tersebut dilalukan menerusi satu deretan cawan pembalut (bagi menyediakan salutan penampan) dan ketuhar rawatan cahaya ultraungu terlebih dahulu. Mekanisme motor pada gelendongan berputar secara perlahan-lahan, menarik serat daripada kaca asas panas dan melilitnya pada gelendongan. Mikrometer laser digunakan bagi mengukur diameter serat dan menghantar maklumat tersebut ke mekanisme motor yang mengawal putaran gelendongan. Serat ditarik daripada kaca dengan kelajuan 33 hingga 66 kaki sesaat.

Menguji serat optik

Serat yang sudah selesai akan diuji bagi memastikan:
a) Kekuatan tensil
b) Indeks pembiasan
c) Geometri serat
d) Pelemahan cahaya.
e) Muatan pembawaan maklumat
f) Serakan juzuk warna cahaya
g) Suhu kendalian
h) Kesan suhu ke atas pelemahan cahaya
i) Kebolehan membawa cahaya di bawah air

Selesai melalui proses kawalan mutu, serat optik akan dijual kepada syarikat telefon, syarikat kabel, dan penyedia jaringan. Kebanyakan syarikat menggantikan sistem lama berasaskan wayar kuprum dengan sistem berasaskan serat optik yang baru bagi meningkatkan kelajuan, muatan dan kejelasan isyarat.

Bagi memudahfahamkan lagi rencana yang telah saya tulis, maka saya letakkan sebuah video tentang bagaimana serat optik dihasilkan. Selamat menonton.



Sekian dahulu untuk kali ini. Akan bersambung mengenai bagaimana pantulan dalam penuh dilakukan dalam serat optik. InsyaAllah.

Aug 5, 2009

Serat/ gentian optik.

Jaluran serat optik adalah juraian halus kekaca yang tulen optik (English-optically pure glass) bersaiz senipis rambut manusia yang membawa maklumat digital melalui jarak yang jauh. Serat optik banyak digunakan dalam pengimejan perubatan dan pemeriksaan kejuruteraan mekanikal.

Serat-serat optik disusun dalam satu berkas yang dinamakan kabel optik dan digunakan untuk memancarkan isyarat cahaya melalui jarak yang jauh.



Jika diperhatikan dengan lebih dekat pada satu serat optik, terdapat bahagian-bahagian berikut:
Teras- pusat kekaca nipis dalam serat di mana cahaya bergerak
Penyalut (English-cladding)- Bahan optik di luar yang mengelilingi teras kaca, berfungsi memantulkan cahaya kembali ke teras
Salutan penampan (English- buffer coating)- Salutan plastik yang melindungi serat daripada kerosakan dan lembapan.

Ratusan atau ribuan serat optik ini disusun seberkas dalam kabel optik. Berkas serat-serat optik ini kemudian dilindungi oleh penutup bahagian luar kabel iaitu jaket.

Serat optik terdapat dalam dua jenis:
Serat satu mod (English-single mode fibre)
Serat pelbagai mod (English-multi mode fibre)

Serat satu mod mempunyai teras yang kecil (sekitar 3.5 x 10-4 inci atau 9 mikron diameter)dan memancarkan cahaya laser infra (panjang gelombang 1300 hingga 1550 nanometer). Serat pelbagai mod memiliki teras besar (2.5 x 10-3 inci atau 62.5 mikron diameter) dan memancarkan cahaya infra (panjang gelombang 850 hingga 1300 nm) daripada cahaya diod pemancar cahaya (LED).

Sebahagian serat optik diperbuat daripada plastik. Serat ini memiliki teras yang besar (0.04 inci hingga 1 mm diameter) dan memancarkan cahaya merah nampak (panjang gelombang= 650 nm) daripada LED.

Bagaimana serat optik memindahkan cahaya?
Cahaya dalam kabel optik bergerak melalui teras dengan dipantulkan secara berulang-ulang antara penyalut bercermin (cladding), satu prinsip yang dikenali sebagai pantulan dalaman keseluruhan. (English-total internal reflection). Disebabkan penyalut bercermin tidak menyerap sebarang cahaya, gelombang cahaya tersebut mampu bergerak dalam jarak yang jauh.



Walau bagaimanapun, sebahagian dari isyarat cahaya berkurang keamatannya kerana terdapat ketidaktulenan dalam kaca. Tahap penurunan keamatan ini bergantung kepada tahap ketulenan kaca dan panjang gelombang cahaya yang melalui serat.

Sistem geganti serat optik.
Bagi memahami bagaimana serat optik digunakan dalam sistem perhubungan dan komunikasi, contoh sistem geganti serat optik diambil. Dalam contoh ini, komunikasi berlaku antara dua buah kapal. Seorang kelasi menukarkan arahan kapten kapalnya kepada kod Morse dan memancarkan cahaya limpah kepada satu lagi kapal mengikut kod Morse tersebut. Kapal yang satu lagi akan menerima kod tersebut dan menukarkannya kembali kepada arahan kapten kapal yang memancarkannya.

Jika di antara dua buah kapal tersebut terdapat serat optik yang dapat digunakan dalam perhubungan, maka peranan cahaya limpah digantikan dengan serat optik. Sistem yang menggunakan serat optik ini dikenali sebagai sistem geganti serat optik.

Dalam sistem ini, kod Morse dalam bentuk cahaya berjujukan akan dipancarkan dari kapal pertama melalui serat optik, dan diterima dengan baik oleh kapal penerima. Kebaikan menggunakan sistem ini ialah, isyarat kod cahaya dapat dihantar meskipun kedua-dua kapal dipisahkan oleh jarak beribu-ribu batu.

Sistem geganti serat optik terdiri daripada :
Pemancar
Pemancar menerima dan mengarahkan alat optik untuk menghidupkan dan mematikan cahaya mengikut turutan yang betul, dan seterusnya menghasilkan isyarat cahaya. Pemancar terletak berdekatan dengan serat optik dan mempunyai kanta bagi memusatkan cahaya ke dalam serat. Laser memiliki kuasa yang lebih besar berbanding LED, tetapi berubah ketara dengan perubahan suhu dan lebih mahal. Panjang gelombang biasa bagi isyarat cahaya adalah 850 nm, 1300 nm dan 1550 nm (diinfrakan)

Penjana semula optik

Sebahagian daripada isyarat hilang semasa ia dipancarkan melalui serat, terutamanya sepanjang jarak yang jauh ( lebih dari setengah kilometer, atau sekitar 1 kilometer) seperti kabel bawah laut. Oleh yang demikian, satu atau lebih penjana semula optik disambungkan di antara kabel bagi menguatkan semula isyarat yang sudah lemah.
Penjana semula optik terdiri daripada serat optik dengan salutan yang didopkan dengan bahan tertentu. Bahagian yang didopkan akan ‘dipam’ dengan laser. Apabila isyarat lemah melalui serat dalam penjana ini, tenaga daripada laser membenarkan molekul yang didopkan berfungsi sebagai laser. Molekul tersebut akan memancarkan cahaya baru yang lebih kuat dengan ciri yang sama dengan isyarat lemah yang telah masuk. Secara mudahnya, penjana semula optik adalah penguat atau amplifier terbantu laser untuk isyarat optik lemah.

Penerima optik
Penerima optik boleh diumpamakan seperti kelasi di atas kapal penerima isyarat optik (rujuk contoh mula-mula tadi). Penerima optik akan menerima isyarat digital cahaya, menyahkodkan dan menghantar isyarat elektrik kepada komputer, TV dan telefon dalam kapal penerima. Penerima optik menggunakan fotosel atau fotodiod bagi mengesan isyarat cahaya.

Faedah penggunaan serat optik.
Berbanding wayar kuprum biasa, serat optik:
- Murah: Beberapa batu kabel optik lebih murah berbanding wayar kuprum dengan panjang yang sama
- Lebih halus: Serat optik boleh dikeluarkan dengan diameter yang lebih kecil berbanding wayar kuprum.
- Muatan pembawaan yang tinggi: Oleh sebab serat optik lebih kecil berbanding wayar kuprum, maka lebih banyak serat boleh diberkaskan dalam suatu diameter yang ditetapkan pada sebuah kabel. Ini membenarkan lebih banyak talian telefon melalui kabel yang sama atau lebih banyak saluran dapat melalui sebuah kabel untuk ke kotak kabel TV anda.
- Kehilangan isyarat yang sedikit: Kehilangan isyarat dalam serat optik adalah sedikit berbanding dalam wayar kuprum.
- Isyarat cahaya: Tidak seperti isyarat elektrik dalam wayar kuprum, isyarat cahaya dari satu serat optik tidak bertembung atau terganggu dengan cahaya dari serat lain dalam sebuah kabel yang sama. Ini bermakna perbualan telefon atau siaran televisyen yang lebih jelas dapat dilakukan.
- Kuasa rendah: Oleh sebab isyarat dalam serat kurang mengalami pengurangan keamatan, pemancar berkuasa rendah boleh digunakan berbanding pemancar berkuasa tinggi yang diperlukan untuk wayar kuprum.
- Isyarat digital: Serat optik sangat sesuai untuk digunakan bagi membawa isyarat digital yang sangat diperlukan dalam jaringan komputer. (internet)
- Tidak mudah terbakar: Kerana tiada arus elektrik, maka tiada bahaya kebakaran.
- Ringan: Serat memiliki berat yang rendah berbanding wayar kuprum. Oleh itu,serat optik mengambil ruang yang lebih kecil di dalam tanah.
- Mudah dibentuk: Oleh sebab serat optik mudah diubah bentuk (English- flexible), maka ia digunakan dalam kebanyakan kamera untuk:
1)pengimejan perubatan – bronkoskop, endoskop, laparoskop
2)pengimejan mekanikal – memeriksa kimpalan mekanikal dalam paip dan enjin
3)perpaipan- memeriksa aliran pembetungan

Sekian dahulu mengenai gentian optik. InsyaAllah (atau ringkasannya iA), saya akan sambung catitan tentang bagaimana pula gentian ini dihasilkan.


Serat optik.


Aneka pilihan kabel optik.


Boleh digulung-gulung dan tidak rapuh atau mudah pecah seperti kaca biasa.


Sarung tangan bercahaya daripada serat optik.

Semoga mendapat ilmu berguna dari pelayaran internet anda walaupun sedikit.

"Menyokong usaha kerajaan menaikkan peratusan isi rumah menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi dari 26 peratus kepada 50 peratus"
muhandisul kimya- meluaskan gerbang ilmu dan minda

-Gentian optik asas pembangunan teknologi jalur lebar-

sumber-http://electronics.howstuffworks.com/fiber-optic.htm