Showing posts with label sains sosial. Show all posts
Showing posts with label sains sosial. Show all posts

May 2, 2012

Menilai berita

Di era internet sekarang, tidak sedikit individu yang mendengar berita dari dua sumber condong (English-bias) ataupun mungkin lebih dari dua.

Sebagai contoh, berita dapat diperolehi dari dua akhbar condong (umpamanya Utusan yang condong kepada parti pemerintah, dan Harakah yang condong kepada parti pembangkang) dan juga media bebas seperti Malaysiakini.

Dengan mendengar berita dari sumber yang berbeza-beza, seseorang dapat mengelak dari tersalah tanggap (English-misinterpret) dengan mengimbangi berita yang diterima dari satu pihak dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang pelbagai tentang berita tersebut dari pihak lain yang mungkin dia terlepas pandang. Selain itu, telinga penerima dapat dibuka bukan hanya kepada pihak pemerintah, tetapi juga kepada suara-suara dari pihak pembangkang. Ini ialah asas kepada demokrasi yang sihat.

Namun, mendengar berita dari dua atau lebih sumber berbeza sahaja tidak cukup utk melahirkan seorang penerima berita yang intelek. Apa yang lebih penting yang perlu ada pada seorang penerima berita yang intelek ialah satu kualiti yang dinamakan KEADILAN DALAM MENILAI dari sumber-sumber yang berbeza-beza.

Keadilan dalam menilai ialah salah satu ciri pemikiran intelektual, dan lahir daripada penapis pemikiran yang tidak condong kepada mana-mana pihak. Ia salah satu cara bersikap yang baik dalam menerima satu-satu berita.

Penerima berita yang tidak memiliki kualiti ini, meskipun mendengar berita dua sumber yang berbeza, akan berfikir dan berhujah secara kritikal apabila membahaskan berita dari pihak yang tidak disukainya tetapi menerima bulat-bulat atau berhujah secara ringan apabila membahaskan berita dari pihak yang satu lagi yang disukainya.

Penulis ambil satu contoh. Katakan sebuah parti politik A mendedahkan keburukan moral pemimpin parti politik B. Kemudian parti politik B mendedahkan pula keburukan moral parti politik A.

Seseorang penerima berita yang tidak intelek dan (katakan ) condong kepada parti politik A, setelah menerima berita dari kedua-dua belah pihak, akan bersikap kritikal terhadap berita dari parti politik B namun akan bersikap sebaliknya (bersikap lebih ringan) dengan berita dari parti politik A. Dia akan bertanya soalan-soalan kritikal kepada dirinya seperti ‘Dari mana parti B dapat berita itu?’, ‘Apa sumbernya?’, ‘Benarkah berita ini?’, ‘Sahihkah?’ dan sebagainya, tetapi soalan-soalan sebegini tidak pula diajukan kepada dirinya semasa menerima berita dari parti A yang disukainya. Ini adalah salah satu contoh penilaian yang tidak adil dan berat sebelah.

Seorang penerima berita yang adil dan intelek akan bertanya soalan-soalan sebegitu kepada dirinya apabila menerima apa-apa berita , tidak kira dari parti atau pihak mana sekalipun. Penerima berita yang adil dan intelek akan bertanya dan menyelidik sama teliti dan setara tanpa mengira sama ada pihak itu digemarinya ataupun tidak. Penapis pemikirannya mesti bebas daripada dipengaruhi oleh sama ada parti A mahupun B.

Menilai secara tidak adil (zalim) merupakan petanda bahawa penapis otak telah diracuni oleh pihak yang disukainya. Sangkaan-sangkaan seperti pihak yang tidak disukainya suka menipu, dan memporak-perandakan negara, adalah kekal sangkaan selagimana dia tidak memiliki rasa adil dalam mendengar dan menilai kata-kata dari pelbagai pihak. Pemikir yang intelek mesti membebaskan diri dari sangkaan buruk dan mesti menerima bahawa kedua-dua pihak adalah sama jujur dan sama pincang, dan merupakan manusia biasa yang tidak lebih dan kurang dari satu sama lain.

Apabila penapis otak diracuni dan pemikiran penerima berita mula condong kepada salah satu dari pihak-pihak pembawa berita, itu petanda bahawa daya pemikiran intelektual penerima sudah lemah.

Kesimpulannya, membaca internet, blog-blog pembangkang dan akhbar-akhbar pembangkang sahaja tidak cukup untuk mengimbangi apa yang anda peroleh dari media-media pro kerajaan. Yang lebih penting ialah SIKAP anda dalam menilai fakta-fakta dan khabar-khabar angin dari dua sumber (atau lebih) yang berbeza-beza.

Jun 12, 2010

Perkaitan antara bahasa dengan gaya pemikiran.

Hidup di dalam sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia membuatkan penulis melihat pelbagai perbezaan di antara setiap kaum tersebut. Misalnya masyarakat Cina lebih berkemahiran dalam teknik perniagaan, dan jika dilihat dalam bidang pendidikan, mereka lebih menyerlah dalam bidang matematik.

Masyarakat Melayu pula lebih berkemahiran dalam aktiviti pertanian dan walaupun ada yang terlibat dalam bidang perniagaan, jumlahnya sedikit. Masyarakat India pula ramai yang bijak menguasai bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dan bahasa Jepun, hinggakan memudahkan mereka memperolehi pekerjaan seperti peguam dan doktor.

Penulis mula memikirkan apakah faktor yang mempengaruhi situasi begini? Bagaimana boleh suatu kemahiran itu dikuasai lebih oleh suatu bangsa berbanding suatu bangsa yang lain? Bagaimana boleh muncul pengutuban kemahiran (English-skill polarization) mengikut bangsa?

Penulis berpendapat bahawa kemahiran dibentuk bukan melalui genetik atau IQ. (sila rujuk artikel penulis terdahulu- semulajadi atau dibentuk?) Genetik hanya berperanan dari segi masa sahaja, iaitu masa yang diambil untuk suatu kemahiran dibangunkan. Selebihnya adalah usaha, minat serta semangat yang ada pada bangsa atau individu tersebut, yang mana perkara-perkara ini timbul hasil didikan dan pengaruh luaran.

Maka apakah yang menyebabkan persekitaran yang menggalakkan pembangunan kemahiran itu wujud dalam suatu bangsa jika tidak kerana keturunan dan genetik? Tekanan pemerintah adalah salah satu kemungkinan. Perlembangan sebuah negara yang bersifat ‘kebangsaan’ dan lebih kepada menekankan ‘hak istimewa’ suatu bangsa hanya kerana mereka golongan ‘bumiputera’ , adalah suatu tindakan yang zalim. Tekanan pemerintah bukan sahaja terhad kepada zaman ini, malah ketika zaman penjajahan British. Dasar ‘pecah dan perintah’ juga adalah faktor yang membawa kepada pengutuban kemahiran sebegini. Ini kerana kemahiran yang dikuasai oleh nenek moyang diperturunkan kepada generasi baru tahun demi tahun.

Namun selain dari alasan-alasan di atas, terdapat satu lagi alasan yang menarik untuk dibincangkan. Satu lagi alasan mengapa pengutuban kemahiran boleh wujud mengikut identiti bangsa ialah kerana kemahiran tersebut dibentuk oleh gaya pemikiran suatu bangsa (ini sudah terbukti sepanjang sejarah) yang mana gaya pemikiran tersebut dipengaruhi oleh bahasa yang dituturkan oleh bangsa tersebut.

Alasan sebegini muncul oleh sebab penelitian rawak bahawa jika perbezaan kemahiran wujud antara kaum, sudah pasti ia disebabkan oleh perbezaan yang wujud di antara kaum tersebut. Salah satu dari perbezaan tersebut ialah BAHASA.

Alasan di atas telahpun diuji oleh dua orang saintis Barat dalam bentuk hipotesis. Hipotesis Sapir-Whorf yang dikemukakan oleh saintis tersebut iaitu Benjamin Lee Whorf dan Edward Sapir menganggap bahawa gaya pemikiran manusia dipengaruhi oleh bahasa pertuturannya.

Contoh kepelbagaian bahasa.

Bahasa lahir hasil dari pemerhatian sekumpulan manusia terhadap alam sekelilingnya. Sekumpulan manusia yang menuturkan bahasa yang sama ini adalah bangsa kepada bahasa tersebut.

Setiap bahasa memiliki ciri-ciri tersendiri yang membezakan bahasa tersebut dengan bahasa-bahasa yang lain.

Misalnya sesetengah bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa Jepun mengambil kira soal masa dalam penggunaannya, iaitu ‘past tense’ dan ‘present tense’, sementara sesetengah bahasa seperti bahasa Melayu pula tidak mengambil kira soal tersebut.

Jika dikhususkan lagi pemerhatian, didapati bahasa Jepun mengambil kira soal masa sehingga ke dalam penggunaan kata sifat (English-adjective) sedangkan bahasa Inggeris hanya mengambil kira soal masa hanya dalam penggunaan kata kerja (English-verb) sahaja.

Contoh:

Sejuk(semalam) = sa-mu-ka-tta (Jepun,日本語 - 寒かった) = cool (English)
Sejuk (hari ini) = sa-mu-i (Jepun, 日本語 - 寒い) = cool (English)

Perhatikan bahawa bahasa Inggeris tidak mengalami perubahan perkataan.

Manakala ada bahasa seperti bahasa Arab dan Inggeris mengambil kira soal jantina (English-gender) sedangkan bahasa Melayu dan Jepun tidak. (walaupun bahasa Jepun juga mengambil kira soal jantina dalam situasi tertentu)

Setiap bahasa juga berbeza dari segi susunan kata kerja, kata sifat, subjek-predikat dan hukum diceritakan-menceritakan. (Hukum DM). Contohnya, bahasa Melayu memiliki hukum DM yang sama dengan bahasa Arab, sedangkan tidak dengan bahasa Inggeris. Contoh keterbalikan hukum DM ialah seperti di bawah:

Bas biru (bahasa Melayu) - blue bus (bahasa Inggeris)

Perhatikan perkataan 'blue' didahulukan, sedang dalam bahasa Melayu perkataan semaksud (biru) dikemudiankan.

Selain itu wujud perkataan dalam suatu bahasa yang mana ia tidak wujud dalam bahasa lain. Konsep ini dinamakan konsep kekayaan kosa kata.

Katakan terdapat dua bangsa iaitu bangsa A dan bangsa B. Jika tempat yang didiami bangsa A wujud sejenis objek sedangkan di tempat suatu lagi bangsa lain iaitu bangsa B tidak wujud objek tersebut, maka dalam bahasa yang dituturkan oleh bangsa A, objek tersebut akan mempunyai nama, dan sebaliknya dalam bahasa yang dituturkan oleh bangsa B.

Dari itu, bangsa A lebih kaya kosa kata (English-vocabularily superior) berbanding bangsa B dalam konteks menamakan objek tersebut.

Sebagai contoh di negara Malaysia wujud buah-buahan seperti rambutan, durian dan sebagainya. Namun buah-buahan ini tidak wujud di negara-negara sejuk seperti Inggeris dan Jepun.

Maka buah-buahan ini tidak mempunyai nama KHAS bagi memaksudkan mereka menurut bangsa yang tinggal di negara-negara tersebut. Oleh itu, bangsa-bangsa ini meminjam perkataan dari bahasa lain lalu diserapkan ke dalam bahasa mereka. Contohnya, durian dan rambutan jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris juga adalah durian dan rambutan. Ini kerana bangsa Inggeris menterjemah secara langsung nama-nama buahan tersebut dari bahasa Melayu.

Demikian juga dengan bahasa Jepun. Jika kita ambil contoh lain, umpamanya epal dan strawberi, buah-buahan ini wujud di negara-negara sejuk seperti Jepun dan Inggeris tetapi tidak di Malaysia. (yang ditanam di Malaysia adalah dari benih yang diimport. Lihatlah sendiri, ia tetap ditanam di kawasan sejuk seperti perbukitan Cameron Highlands, kerana ia tidak boleh hidup di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia). Oleh itu penutur bahasa Melayu menterjemahkan secara langsung nama-nama buahan ini ke dalam kosa katanya. ( Dari ‘apple’ menjadi ‘epal’ ; dari ‘strawberry’ menjadi ‘strawberi’)

Tetapi tidak bagi masyarakat yang mana persekitarannya juga wujud buahan sedemikian seperti Jepun. Penuturnya mempunyai nama khas bagi memaksudkan buahan tersebut. Buktinya, epal dalam bahasa Jepun ialah ‘rin-go’ (Jepun,日本語 - 林檎) manakala strawberi pula ‘i-chi-go’ (Jepun,日本語 - 苺).

Fenomena kekayaan kosa kata tidak terhad kepada buahan sahaja. Dalam sebuah bahasa yang dituturkan oleh masyarakat India Amerika Utara iaitu bahasa Tarahumara, wujud pelbagai perkataan bagi menggambarkan jenis-jenis salji yang berbeza-beza. Sedangkan dalam kosa kata bahasa Inggeris hanya wujud satu sahaja perkataan untuk salji iaitu ‘snow’. Ini disebabkan persekitaran bangsa penutur Tarahumara yang dikelilingi ais hampir sepanjang tahun darihal penempatan mereka yang berhampiran Kutub Utara.

Fenomena kekayaan kosa kata juga berlaku dalam penentuan warna. Dalam sesetengah bahasa seperti bahasa Jepun dan bahasa Tarahumara, tidak wujud perbezaan antara warna hijau dan biru. Kedua-duanya digambarkan oleh satu perkataan sahaja.

Antara bahasa yang paling kaya kosa katanya di dunia ini ialah bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Hampir semua konsep dalam bahasa tersebut (sehingga sekecil-kecil dan sekhusus-khusus konsep) memiliki perkataannya yang tersendiri yang tidak wujud dalam bahasa-bahasa lain, sehinggakan banyak bahasa lain yang meminjam perkataan dari bahasa tersebut. Contohnya, bahasa Melayu banyak menyerap perkataan-perkataan dari bahasa Arab dan Inggeris. (rujuk Wikipedia di bawah tajuk 'Malay Language')

Satu persoalan timbul dari pernyataan di atas. Jika hipotesis yang dikemukakan oleh Sapir dan Lee Whorf tersebut benar, maka suatu bangsa yang kaya kosa kata adalah bangsa yang peka dan kuat berfikir serta teliti dalam mengamati persekitarannya, dan suatu bangsa yang miskin kosa kata adalah bangsa yang kurang peka, pemalas, tidak teliti dalam mengamati persekitarannya.

Maka adakah bangsa Melayu yang banyak meminjam perkataan dari bahasa lain adalah bangsa yang pemalas dan lemah berfikir, sementara bangsa yang kaya kosa kata seperti bangsa Inggeris dan Arab adalah bangsa yang kuat berfikir?

Memetik semula hipotesis Sapir-Whorf pada bahagian sebelumnya;

“Bahasa mempengaruhi pemikiran para penuturnya”

Eksperimen Sapir-Whorf.

Edward Sapir (1884-1939)
-Ahli antropologi (ahli kaji manusia) dan ahli kaji bahasa. Penyelidik teraju (English-leading researcher) dalam kajian binaan bahasa di Amerika.
-Penulis buku “Language; an introduction to the study of speech” (Bahasa; Pengenalan kepada kajian pertuturan”
-Dilahirkan di Lauenberg, Jerman.
-Guru kepada Benjamin Lee Whorf

Benjamin Lee Whorf (1897-1941)
-Lepasan MIT dengan Ijazah Kejuruteraan Kimia pada 1918 dan selang masa terdekat selepas itu bekerja sebagai jurutera pencegahan kebakaran (pemantau)
-Walaupun beliau bertemu dan menuntut dengan Edward Sapir, beliau tidak mengambil linguistik (bidang kaji bahasa) sebagai kerjaya.
-Bidang yang menjadi keutamaan Whorf adalah kajian mengenai bahasa-bahasa asli Amerika. Beliau menjadi terkenal selepas kajiannya mengenai bahasa Hopi.
-Beliau dianggap sebagai ‘captivating speaker’ dan bergiat cergas mempopularkan buah akal beliau mengenai bahasa menerusi ceramah-ceramah santai dan melalui rencana-rencana yang boleh didapati oleh pembaca-pembaca yang bukan ahli. (English-lay readers (ertinya pembaca yang tidak terlibat dalam kajian bahasa dan mungkin membaca sebagai bacaan ringan atau santai)

Hipotesis 1:
Kerelatifan bahasa: Perbezaan struktur antara bahasa adalah berkadar selari dengan perbezaan pemikiran setiap penuturnya.

Contoh hipotesis 1:

Bilangan dan jenis warna asas dalam satu bahasa menentukan bagaimana seorang penuturnya memerhatikan sebuah pelangi.

Orang Inuit mungkin boleh berfikir lebih maju dan terperinci mengenai salji kerana bahasa mereka mengandungi pelbagai perkataan yang lebih terperinci dan canggih dalam membezakan jenis-jenis salji.

Hipotesis 2:
Naskhah ‘pandangan dunia’ atau Weltanschauung: Struktur bahasa memiliki pengaruh yang kuat dalam menentukan pandangan dunia (English-world view) bagi seseorang individu atau sekelompok manusia atau bangsa.

Pandangan dunia (English-world view) ialah gaya atau orientasi keseluruhan pemikiran seseorang individu atau sekelompok bangsa yang merangkumi falsafah, ilmu, tema, nilai, perasaan dan etika mereka.

Dengan kata lain, pandangan dunia adalah ‘template’ atau ‘binaan asas’ gaya berfikir seseorang individu atau sekelompok bangsa. ‘World view’ juga dikenali dengan nama Jerman ‘Weltanschauung’.

Contoh hipotesis 2:

Sekiranya faktor bahasa diketepikan, pemikiran seorang penutur yang dipengaruhi pengelasan warna-warna asas mengikut bahasanya dalam membezakan warna pelangi masih dikekalkan. Dengan kata lain, ‘binaan asas’ pemikirannya atau ‘Weltanschauung’ telah menerima pengaruh bahasa yang dituturkannya. Ini akan dijelaskan melalui eksperimen pada perenggan mendatang.

Sekiranya faktor bahasa diketepikan, orang Inuit masih boleh berfikir lebih maju dan terperinci berkenaan salji. Dengan kata lain ‘Weltanschauung’ mereka telah menerima pengaruh bahasa yang dituturkannya.

Ujian ke atas Hipotesis Sapir-Whorf;

Terdapat dua ujian utama:
Eksperimen 1: Ujian sama ada kerelatifan bahasa wujud atau tidak
Eksperimen 2: Ujian sama ada kerelatifan bahasa mempengaruhi ‘pandangan dunia’ atau Weltanschauung seseorang individu.

Dalam eksperimen pertama, tiga plat berwarna ditayangkan kepada dua orang penutur asli bahasa Tarahumara (India Amerika Utara) dengan penutur asli bahasa Inggeris.

Dalam bahasa Tarahumara perkataan yang sama digunakan bagi menggambarkan warna hijau dan biru sementara dalam bahasa Inggeris perkataan yang berbeza digunakan.

Perhatikan rajah di bawah:



Tujuan eksperimen adalah untuk mendapatkan ‘jarak’ relatif di antara warna-warna tersebut dari setiap penutur. Keputusannya, didapati penutur Inggeris berlebihan dalam menentukan jarak warna plat B (hijau) dari plat-plat lain, berbanding penutur Tarahumara yang hanya menokok sedikit jarak warna antara plat D dengan plat-plat yang lain. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam rajah di bawah ( nilai-nilai relatif jarak kewarnaan antara plat-plat).



Dari keputusan tersebut, hipotesis 1 wujud dan dibuktikan benar. Oleh itu,

“Perbezaan struktur antara bahasa adalah berkadar selari dengan perbezaan pemikiran setiap penuturnya.”

Namun adakah ‘world view’ atau Weltanschauung seseorang individu akan dipengaruhi oleh bahasa yang dituturkannya? Dengan kata lain, adakah hipotesis 2 benar?

Oleh itu satu eksperimen baru telah dijalankan oleh Kay dan Kempton bagi mengetahui jawapannya. Eksperimen ini menyingkirkan pengaruh bahasa dalam pemikiran, demi memeriksa adakah kesan bahasa masih bersisa dalam pemikiran si penutur yang diuji. Dalam keadaan ini, pemikiran asas/ pemikiran tulen atau Weltanchauung si penutur akan diuji.

Terdapat dua keputusan yang mungkin:

a) Jika kesan bahasa masih bersisa (jika keputusan eksperimen baru sama dengan eksperimen pertama), maka bahasa mempengaruhi ‘pandangan dunia’ seseorang individu. Ini kerana kesan bahasa dalam eksperimen 1 dikekalkan ketika penutur menggunakan Weltanschauung-nya atau daya fikir tulennya.

b) Jika tidak, maka bahasa tidak mempengaruhi Weltanschauung, sebaliknya hanya mempengaruhi pemikiran penutur secara kabur dan tidak bersungguh (ilusi), dan mudah digoyahkan pengaruhnya melalui latihan makmal. Dengan kata lain, pengaruh bahasa dalam pemikiran seperti yang diramalkan oleh Sapir dan Whorf wujud, cuma tidak melampau sehingga mempengaruhi pemikiran asas atau Weltanschauung.

Eksperimen kedua agak sama dengan eksperimen pertama (subjek masih ditayangkan tiga plat berwarna hijau dan biru yang berlainan keamatan) namun penutur tidak ditayangkan lebih dari dua plat warna pada satu-satu masa dan salah satu dari plat warna tersebut sentiasa ditayangkan.

Dalam eksperimen kedua ini plat B,C dan D ditayangkan kepada penutur. Pada satu-satu masa penutur hanya dibenarkan melihat dua plat sahaja; sama ada B dan C (rajah 3.1) atau C dan D (rajah 3.2). Oleh itu, plat C sentiasa ditayangkan sementara B ditukar dengan D dan sebaliknya.


Rajah 3.1


Rajah 3.2

Penutur akan ditanya sama ada kehijauan antara dua plat yang pertama (B dan C) lebih tinggi dari kebiruan dua plat yang terakhir (C dan D) atau tidak. Dengan cara ini maka kesan nama warna mengikut bahasa dapat dielakkan ketika si penutur membuat pertimbangan. Ini kerana untuk plat C penutur tidak tahu sama ada ia berwarna hijau atau biru, maka tidak akan wujud rangsangan yang membantu penutur menentukan plat yang ganjil mengikut warna sebagaimana eksperimen pertama.

Katakan:
Jika darjah kehijauan antara plat B dan C lebih besar dari darjah kebiruan antara plat C dan D, maka sudah pasti B adalah yang paling ganjil dalam kumpulan plat tersebut. Ini kerana jarak relatif warna B adalah lebih besar dari plat C dan D. Keputusan bahawa A adalah yang paling ganjil tidak dipengaruhi oleh alasan bahasa (English-verbal) seperti ‘ kerana ia hijau’ atau ‘kerana ia biru’, tetapi hanya kerana darjah warnanya yang merupakan tindak balas penglihatan (English-visual) penutur.

“It is determined visually, not VERBALLY”- ditentukan secara penglihatan, bukannya lisan.

Begitu juga dengan C dan D. Jika darjah kebiruannya lebih tinggi dari darjah kehijauan antara kombinasi plat pertama B dan C, maka sudah pasti D adalah yang paling ganjil di antara ketiga-tiga plat B,C dan D.

Untuk eksperimen baru ini, kesemua subjek adalah penutur bahasa Inggeris. Oleh itu, subjek membezakan plat-plat tersebut mengikut warna dan tidak dipengaruhi penamaan warna ‘blue and green’ menurut kosa kata Inggeris sebagaimana penutur Inggeris dalam eksperimen pertama.

Hasil eksperimen ialah, subjek juga menunjukkan keputusan yang sama sebagaimana penutur Tarahumara dalam eksperimen pertama. Ini dibuktikan apabila jarak relatif warna antara dua plat pertama dengan jarak relatif warna untuk dua plat kedua lebih kurang sama.

Dari itu dapat disimpulkan bahawa kesan bahasa wujud namun tidak sehingga mempengaruhi pemikiran asas seseorang penuturnya atau Weltanchauung-nya.

Selain keputusan di atas, muncul beberapa keputusan yang amat berguna dalam bidang linguistik dan bidang-bidang yang lain seperti perubatan dan psikologi:
a) Dalam pesakit yang mengalami kerosakan otak, kehilangan nama atau label warna akan menyebabkan kebolehannya mengelaskan warna merosot. (Robertson, Daviddoff dan Braisby, 1999)
b) Sempadan kumpulan warna yang baru boleh diaruhkan penghasilannya oleh otak melalui latihan makmal (Ozgen dan Davis, 2002). Ini bertepatan dengan eksperimen 2 di mana arahan penguji berupaya mengubah gaya pengelasan warna oleh penutur Inggeris.
c) Pengumpulan atau pengelasan bergantung kepada bahasa yang dituturkan. (Roberson, Davies I. dan Davidoff, 2000)

Secara umumnya dari eksperimen-eksperimen di atas, didapati bahasa hanya berperanan secara ILUSI dalam mempengaruhi pemikiran manusia. Sekiranya pemikiran seseorang manusia itu telus dan mengetepikan soal bahasa, maka dia sedang menggunakan daya Weltanschauung-nya. Weltanschauung adalah daya pemikiran tulen yang mana ia adalah sama pada setiap manusia tanpa mengira bahasa yang dituturkan.

Namun dalam dunia kehidupan yang dipengaruhi kuat oleh bahasa di mana bahasa digunakan secara terus-menerus, adalah mustahil untuk seseorang individu berfikir seperti pemikiran ‘tanpa bahasa’ atau pemikiran tulen Weltanschauung, melainkan jika seseorang itu benar-benar berhati-hati dalam pemikirannya atau dia seorang ahli falsafah atau mungkin lebih teruk, gila (English-crackpot). Ia seperti berusaha keras menolak perkara yang sudah menjadi tabiat dalam hidup.

Maka dapatlah dikatakan bahawa bahasa juga ada pengaruh (meskipun kecil) dalam membentuk gaya pemikiran seseorang individu. Namun bahasa bukanlah satu-satunya faktor. Faktor-faktor lain seperti persekitaran, pendidikan dan keturunan juga memainkan peranan masing-masing mengikut nisbah tertentu. Apa yang paling penting ialah semangat ‘survival’ bangsa tersebut untuk terus maju dan meneruskan kehidupan.

Tulisan ini hanya ingin membuktikan bahawa bahasa juga ada sedikit peranan dalam membentuk gaya pemikiran walaupun peranan tersebut tidak terlalu kuat. Oleh itu, mengecap suatu bangsa lebih bijak atau istimewa dari suatu bangsa lain adalah satu perbuatan yang tidak relevan dan tiada asas kukuh. Walau apa sekalipun bangsa seseorang individu sama ada Yahudi, Cina, Arab, India, Inggeris dan Tarahumara, hakikatnya pemikiran asas atau Weltanschauung semua manusia adalah sama.

Maka tidak ada alasan mengecap orang Melayu lebih bodoh berbanding orang Cina.

“Tiada kelebihan orang Arab berbanding A’jam (bukan Arab) dan tiada kelebihan A’jam berbanding orang Arab kecuali takwa.”

Appendiks:

Paul Kay and Willett Kempton, What is the Sapir-Whorf Hypothesis? American Anthropologist 86 p. 65-79, 1984

Emre Ozgen and Ian R.L. Davies, Acquisition of categorical color perception: A perceptual learning approach to the linguistic relativity hypothesis, Journal of Experimental Psychology: General, 131, p.477-493, 2002

D. Roberson, I. Davies and J. Davidoff, Colour categories are not universal: Replications and new evidence in favour of linguistic relativity, Journal of Experimental Psychology: General, 129, p.369-298, 2000

D.Roberson, J.Davidoff and N. Braisby, Similarity and categorization: Neuropsychological evidence for a dissociation in explicit categorization tasks. Cognition 71, p.1-42, 1999

Google dan Wikipedia selaku sumber rasmi.

Nov 3, 2009

Doom merchant.

Tahukah anda apakah ia ‘doom merchant’? Dari segi bahasa, ‘doom’ bermaksud bencana, dan ‘merchant’ bermaksud penjaja atau pedagang. Jadi secara bahasanya, ‘doom merchant’ bermaksud penjaja bencana. Golongan yang menjaja bencana ini menggunakan daya intelektual yang dimiliki untuk menipu orang lain. Mereka menggunakan ketakutan orang ramai terhadap ‘worst case scenario’ (kesan terburuk) sebagai modal mereka. Mereka ini bukanlah orang-orang yang tidak berpelajaran, namun mereka terdiri dari kalangan ahli perniagaan, saintis, penulis dan wartawan, karyawan (umpamanya pengarah filem), bahkan ahli politik.

Seperti yang diketahui zaman berzaman, manusia sangat takut kepada bencana dan segala perkara yang menyusahkan. Namun dari satu sudut, perkara abstrak seperti ketakutan dan kesusahan ini dipandang oleh satu golongan lain sebagai aset atau modal yang boleh diniagakan. Ya, ketakutan dan kesusahan boleh diniagakan! Percaya atau tidak, dengan bermodalkan ketakutan, golongan ini mampu meraih berjuta-juta dolar keuntungan.

Bagi memudahfahamkan para pembaca, saya ambil satu contoh. Katakan seorang peniaga A membeli kesemua beras yang boleh didapati dalam satu pasaran kecil perniagaan. Akibatnya, harga beras meningkat kerana kekurangan beras akibat dibeli oleh peniaga A tadi. Peniaga A sedang bercadang untuk menjual semula beras tersebut dengan harga pasaran yang sedang mencanak naik. Namun muncul seorang peniaga B yang bermodalkan beras, terlebih dahulu menjual beras sehingga harga beras turun mendadak dan peniaga B meraih untung berkali ganda.

Kini harga beras turun mendadak sehingga kurang daripada harga ketika peniaga A membelinya dahulu. Kini peniaga A berasa sangat rugi kerana lambat bertindak. Peniaga B pada ketika ini sedia maklum bahawa peniaga A berada dalam keadaan takut. Mengapa? Kerana jika peniaga B melambakkan lagi beras dalam pasaran, maka harga beras akan turun lebih rendah dan rugi peniaga A semakin teruk. BERMODALKAN KETAKUTAN PENIAGA A ini, maka peniaga B mengumumkan bahawa beliau akan melambakkan lagi beras melalui rakan-rakan kongsinya. Ya, peniaga B HANYA MENGUMUMKAN, tetapi tidak melakukan apa yang diumumkannya itu. Pendek kata, peniaga B sedang menipu. Peniaga A yang takut mengalami kerugian yang lebih teruk, berfikir begini, “ lebih baik aku jual beras aku sekarang, kerana jika aku jual selepas si B melambakkan berasnya, maka rugi aku akan bertambah”.

Maka peniaga A pun menjual semula beras-berasnya. Perbuatan peniaga A ini telah menyebabkan harga beras menjunam sehingga ke pusat bumi. Maka peniaga B pun dengan senang lenangnya membeli beras-beras tersebut dengan harga yang terlalu murah berbanding dengan harga ketika beliau menjual beras tersebut sebelum ini. Peniaga B sangat bijak kerana beliau bukanlah seorang peniaga beras. Beliau ialah seorang peniaga berita bencana atau DOOM MERCHANT. Bencana yang dimaksudkan di sini ialah kerugian peniaga A. Dalam konteks ini, peniaga B adalah ‘doom merchant’ peringkat kecil. Terdapat ‘doom merchant’ lain yang ingin saya ceritakan.

Pernahkah anda mendengar ramalan-ramalan sebegini?
-Pada tahun 1999, UFO akan turun ke Malaysia (padahal tak turun pun)
-Pada tahun 2010, telaga petroleum akan kekeringan
-Pada tahun 2020, matahari akan mati seperti selayaknya bintang-bintang yang lain.

Dan banyak lagi…(anda bolehlah cari sendiri)

Kesemua ramalan-ramalan di atas dibuat oleh para saintis. Jika anda teliti betul-betul, kesemua ramalan-ramalan tersebut mirip sebuah berita sebagaimana yang dibuat oleh peniaga B dalam perenggan terdahulu tulisan ini. Dan berita-berita ini tidak lain mempunyai tujuan yang sama; iaitu untuk mempergunakan ketakutan orang ramai bagi mencapai motif tertentu, atau mungkin berbeza; mungkin ia benar dan menuntut penduduk dunia agar berwaspada dan berjaga-jaga. Adakah anda percaya ramalan-ramalan sebegini? Terpulanglah kepada anda untuk percaya atau tidak.

Dalam kalangan saintis yang mengeluarkan ramalan-ramalan ini, terdapat antara mereka yang merupakan penjaja berita bencana. Bagi saintis yang jujur mereka akan menyatakan kebenaran. Namun bagi yang sebaliknya, yang menyatakan perkara bohong bagi memanfaatkan ketakutan orang ramai, mereka inilah ‘doom merchant’ yang dimaksudkan. Dalam kalangan saintis ‘doom merchant’ ini, ada yang menerima rasuah dari ahli politik, dan ada yang memiliki kepentingan peribadi. Sebagai contoh, berita mengenai petroleum akan kehabisan mungkin dikeluarkan oleh ‘doom merchant’ yang dirasuah oleh ahli politik sebuah negara maju, dengan motif agar negara-negara yang ‘cuak’ menahan minyak mereka daripada dijual dan dengan itu menyebabkan harga minyak naik dan seterusnya menguntungkan negara maju tersebut yang merupakan pengeluar minyak utama.

Dari satu sudut, dapat dilihat bahawa orang-orang yang ‘rambang mata’ dengan jajaan ‘doom merchant’ ini tidak lain hanya takut kepada ramalan tersebut sahaja. Tidak ada ketakutan lain yang lebih besar berbanding ketakutan yang sedang mereka alami. Ini kerana dunia ini adalah segala-galanya bagi mereka. Padahal, mungkin mereka akan mati sebelum ramalan itu berlaku jika ajal telah sampai.

‘Doom merchant’ tidak lain hanyalah penyebar fitnah yang mencari keuntungan di sebalik berita yang disebarkan. Meskipun ada baiknya di sebalik ramalan-ramalan ngeri yang dinyatakan, misalnya dengan ramalan pemanasan global dan ramalan bumi akan banjir kerana kutub mencair, maka orang ramai akan berusaha mengurangkan pelepasan karbon dioksida dari kenderaan, kilang, pembakaran sampah dan sebagainya, namun dari satu aspek lain, ia menyusahkan orang ramai seperti kenaikan harga minyak yang membebankan dan sebagainya. Selain itu, langkah-langkah yang disarankan kepada orang ramai untuk diambil tampak tidak realistik dan jelas menunjukkan motif sebenar si pengeluar berita. Misalnya , antara langkah-langkah yang diambil seperti mengitar semula sehelai kertas A4 dapat mengurangkan paras karbon dioksida dalam atmosfera sebanyak 2gram setahun (contohnya), adalah tidak realistik kerana semua hidupan di dunia juga mengeluarkan gas tersebut. Padahal motif sebenarnya hanyalah untuk menguntungkan kilang-kilang kitar semula. Banyak lagi saranan-saranan bertopengkan promosi barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat perniagaan demi menguntungkan perniagaan mereka. Mungkin ada benarnya seloroh yang mengatakan:
“Jika anda bijak berbohong, maka jadilah seorang ahli perniagaan”

Jadi hanya ada satu sahaja cara bagaimana untuk melepaskan diri daripada godaan ‘doom merchant’ ini, iaitu dengan menjadi seorang yang berani dan memfokuskan ketakutan anda bukan kepada makhluk .

Akhirkata, saya ada satu ungkapan rekaan sendiri:
“Hanya orang Islam yang beriman sahaja dapat melepaskan diri daripada penipuan ‘doom merchant’”

Mengapa? Fikirkan sendiri.

Wallahualam.

Rencana saya yang terdahulu ada memaparkan situasi ‘worst case scenario’ yang diramalkan oleh ‘doom merchant’. Klik sini untuk baca.

Sep 29, 2009

Kebaikan menggunakan emas sebagai wang.

a) Nilai emas tidak berubah.
Orang kaya akan dapat menikmati kekayaannya dengan adil dan setimpal dengan usahanya. Maka tidaklah berlaku penindasan di mana wangnya hanya dapat digunakan sedikit di negara-negara tertentu hanya kerana wangnya menjadi murah di negara tersebut. Katakan seorang ahli perniagaan telah memperolehi untung lumayan dalam perniagaannya. Dia berjaya memperolehi RM 1 juta ringgit untung bersih. Namun apabila dia membelanjakannya ke negara lain seperti UK, dia hanya dapat menggunakan satu per enam daripada untungnya itu. Ini kerana wangnya murah di UK. Dengan satu pound UK, wangnya dapat dibeli sebanyak enam ringgit. Jadi, jutawan di Malaysia tidak semestinya jutawan di negara lain. Perbuatan ini dikira suatu penindasan. Usahanya selama ini yang bertungkus lumus dalam perniagaan akhirnya menjadi sia-sia. Namun dengan menggunakan emas, nilainya tidak berubah. Ini kerana di mana-mana sahaja di dunia ini, semua jenis emas berciri dengan ciri yang sama dan pasaran emas adalah tetap dan tidak turun naik sebagaimana pasaran kewangan. Maka jutawan tadi dapat menggunakan kesemua untung yang diperolehi di mana-mana sahaja dan tidaklah hanya kaya di negeri sendiri namun fakir di negeri orang.

b) Mengelakkan riba.
Kelemahan sistem barter telah menyebabkan berlakunya riba. Ini kerana pertukaran sesama barang dagangan melibatkan perkara-perkara tentang barangan yang tidak dapat dipastikan secara nyata iaitu kualiti.

Dalam jual beli, barangan jualan dan belian tertakluk kepada dua aspek penentu, iaitu kualiti (mutu) dan kuantiti (bilangan). Kualiti melibatkan:
a) Jenis atau baka (bagi barangan hidup)
b) Tempoh bertahan (ada barang yang tahan lama dan ada barang yang tidak tahan lama).
c) Kadar manfaat kepada pengguna

Kualiti tidak dapat ditentukan dengan mudah sepertimana kuantiti kerana kualiti tidak berkeadaan zahir dan boleh diukur. (bersifat abstrak). Sebagai contoh, barangan antik mungkin berkualiti rendah pada kita (kita merasakan bahawa ia tidak diperlukan lagi atas kemunculan pelbagai teknologi moden- atau rendah mutu penggunaan), namun ia amat berguna kepada pembeli terutama pengumpul barangan antik (tinggi mutu hobi). Oleh itu, kualiti bersifat subjektif dan tidak tetap. Disebabkan itu, ada barangan ‘pasar malam’ yang mampu bertahan lebih lama berbanding barangan berjenama atau ‘branded’. Ini kerana penjenamaan digunakan bagi mengabui persepsi pembeli. Apabila persepsi pembeli dimanipulasikan, maka barang ‘branded’ tadi akan dikatakan berjenama dan tinggi kualitinya. Padahal, barangan ‘pasar malam’ tidak kurang baiknya malah lebih lama dapat dipakai.

Kuantiti pula dapat ditentukan dengan mudah kerana ia jelas dan boleh diukur (bersifat konkrit). Kuantiti melibatkan jisim dan berat barangan yang dijual. Kuantiti juga melibatkan bilangan barangan yang dijual (jika semua barangan yang dijual sama berat).

Rasulullah SAW menegaskan bahawa penukaran barang bukan ribawi (bukan matawang dan bukan emas dan perak, seperti makanan dan pakaian) YANG SAMA JENIS mesti dibuat pada masa yang sama DAN sama timbangannya, tanpa mengambil kira kualiti kedua-dua barangan. Sebagai contoh, jika 2 kg tamar yang elok hendak ditukar dengan tamar yang kurang elok (di sini berlaku perbezaan kualiti buah tamar) ia mesti dilakukan pada masa yang sama tanpa bertangguh, dan berat tamar yang kurang elok MESTI SAMA iaitu 2 kg. Di sini kualiti tidak memberi kesan kepada jual beli. Ini kerana kualiti ialah suatu perkara yang tidak boleh ditentukan oleh si penjual mahupun si pembeli, melainkan dengan perantaraan emas dan perak oleh pihak ketiga yang adil.

“Apabila ditukar emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang disukai.” (riwayat Muslim nombor 4039 hadis 11/9)

Dari Abu Hurairah R.A. sesungguhnya Rasulullah S.A.W. mengupah seseorang semasa di Khaibar, maka dia datang sambil membawa tamar Janib, lalu Nabi bertanya: “Adakah semua tamar dari Khaibar sebegini?”. Jawab lelaki itu: “ Tidak. Sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa’ (3 kg) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa’ (6kg) tamar yang elok (tamar Janib), dan kami juga menukar2 sa’ (6kg) tamar ini dengan 3 sa’ (12 kg)”. Nabi bersabda: “Jangan kamu lakukan itu (kerana ia riba al-fadhl), dan juallah terlebih dahulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar Janib itu.” (riwayat al-Bukhari, no 4001, 4/1550)

Oleh itu, bagi mengelakkan kualiti yang tidak boleh diukur ini daripada sengaja diukur oleh hati dan nafsu para peniaga dan seterusnya menyebabkan berlaku riba’ dalam kuantiti barangan, Rasulullah SAW telah mencadangkan agar meletakkan ukuran kualiti barangan niaga kepada emas dengan cara menjual terlebih dahulu barang yang ingin ditukar dan dapatkan dahulu wang emas atau perak yang sepadan dengan kualitinya. Kemudian barulah menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan yang dikehendaki. Jika wang yang diperolehi tidak cukup , wang sendiri perlu ditambah. Maka dengan cara ini, riba dalam perniagaan dapat dielakkan.

Bagi urusniaga barangan bukan ribawi yang tidak sama jenis, Rasulullah SAW membenarkan barter dijalankan namun mesti DALAM MASA YANG SAMA atau URUSNIAGA SERENTAK. Ini kerana kualiti barangan yang tidak sama jenis tidak boleh dibandingkan. Oleh itu, harga atau kadar pertukaran diserahkan kepada budi bicara dan persetujuan kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.

Sementara bagi urusniaga antara barangan bukan ribawi dengan barangan ribawi (sebagai contoh makanan ditukarkan dengan emas), urusniaga boleh dibuat secara bertangguh (hutang) dan kadar pertukaran boleh ditentukan oleh budi bicara dan persetujuan kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.

c) Mengekang sifat tamak bank.
Dengan menggunakan emas, sifat tamak bank dapat dikekang. Ini kerana emas tidak boleh dipalsukan dan tidak boleh dihasilkan sendiri sebagaimana wang kertas yang dapat dihasilkan sendiri oleh bank. Bank juga tidak dapat memberikan hutang sewenang-wenangnya selagi belum dapat membuktikan bahawa emas wujud di dalamnya. Dengan memberikan hutang dalam bentuk emas dan bukannya wang kertas, maka hutang tersebut adalah jelas nilainya dan bukannya berunsur penipuan sebagaimana kad kredit dan wang kertas.

d) Mengekang sindiket pemalsuan wang.
Wang emas mudah dipastikan kesahihannya. Ini kerana ia memiliki nilai ketumpatannya yang tersendiri dan berbeza dengan logam-logam yang lain. Oleh itu ia tidak dapat dipalsukan meskipun dengan cara menyadurkan emas pada wang daripada logam seperti gangsa dan tembaga. Jika berlaku, maka perbezaan ketumpatan wang tersebut dapat dikesan dengan mudah sekali. Wang kertas pula amat mudah dipalsukan dan memerlukan teknologi-teknologi yang canggih dan mahal untuk mengesahkannya. Ini kerana wang kertas diperbuat daripada bahan yang mudah diperolehi dan mudah ditiru akan cara pembuatannya.

e) Menghapuskan kelemahan sistem barter.
Antara kelemahan sistem barter ialah kemahuan serentak di mana seorang peniaga hanya dapat menjualkan barangannya apabila bertemu dengan peniaga yang menjual barangan yang dikehendakinya. Dengan penggunaan wang, maka masalah ini dapat diatasi. Para peniaga akhirnya memiliki kemahuan yang sama; iaitu mahukan wang.

Semoga mendapat ilmu berguna walaupun sedikit.

Wallahualam.

Sep 23, 2009

Emas; logam dengan nilai tersendiri.

Emas; logam dengan nilai tersendiri.

Emas dalam Jadual Berkala Unsur moden dikenali dengan nama Aurum yang merupakan nama Latin bagi emas. Logam ini wujud dalam keadaan bebas atau berada dalam keadaan unsur tulen dalam kerak bumi. Ini kerana ia sudah sedia stabil dan tidak perlu bergabung dengan mana-mana unsur lain untuk membentuk sebatian yang lebih stabil. Emas berwarna kuning berkilauan dan unsur paling berat dalam kerak bumi. Ia juga tidak terkakis oleh serangan bahan kimia luar seperti asid, alkali dan larutan garam. Oleh itu, bentuk, jisim, kandungan bendasing, dan mutu kilauannya kekal selagi belum dileburkan. Satu-satunya bahan kimia yang boleh melarutkan emas ialah aqua regia yang ditemui dan dirumuskan oleh Jabir Ibn Hayyan Bapa Kimia Moden (bukan Robert Boyle).

Oleh kerana sifatnya yang berat, cantik berkilau, kebolehaliran elektrik yang tinggi (sesuai pada zaman moden) dan tidak mudah terkakis dan rosak, dan sukar ditemui, maka ia menjadi amat bernilai dan nilainya kekal dan tidak berubah kerana fizikalnya tidak mudah berubah oleh faktor luaran. Oleh kerana nilainya yang kekal dan tersendiri inilah, maka harga atau nilai barang-barang jualan disandarkan kepada nilai emas. Barangan jualan seperti makanan, pakaian dan hasil kerja seni, berubah nilai mengikut keadaan semasa pasaran. Selain itu, faktor luaran juga memainkan peranan. Makanan akan rosak jika diserang serangga dan disimpan dalam masa yang lama, pakaian akan lusuh dan mungkin dirosakkan dan dikotorkan oleh serangga dan sudah tidak laku, maka nilainya berubah-ubah dan tidak sesuai disandarkan nilai kewangan padanya.

Menyandarkan nilai kewangan kepada emas juga dapat menghindarkan riba daripada berlaku dalam urusniaga perniagaan. Katakanlah seorang peniaga A ingin menjualkan baju besinya berjenama M kepada peniaga B, dengan peniaga B menyerahkan baju besinya berjenama N kepada peniaga A. Mutu baju besi yang ditukar sesama mereka ini mungkin sudah tidak sama seperti 10 tahun yang lalu. Nilai mereka mungkin berbeza kerana nilai pasaran sentiasa berubah-ubah. Kalau 10 tahun yang lalu, raja mereka mungkin menjalankan kempen perang, maka permintaan terhadap baju besi meningkat dan harganya meningkat di pasaran. Namun kini, harganya sudah tidak menentu, kadangkala naik dan kadangkala turun. Mungkin sehari sebelum urusniaga tersebut dijalankan, harga pasaran bagi baju besi M bersamaan dengan 2 dinar emas, manakala harga baju besi N bersamaan dengan 2 dinar emas juga. Mungkin ketika saat urusniaga dijalankan, harga baju besi M berubah kepada 3 dinar mengikut pasaran, manakala harga baju besi N kekal 2 dinar. Maka berlakulah riba di sini kerana berlaku perubahan nilai pada harga baju-baju besi ini. Oleh itu menurut Islam, peniaga A mestilah menjualkan baju besi jenama Mnya terlebih dahulu dan dapatkan duit dinar, kemudian menggunakan duit dinar yang diperolehinya untuk membeli baju besi jenama N daripada peniaga B. Dengan ini riba dapat dihindarkan, kerana nilai baju emas disandarkan kepada nilai emas yang tidak berubah-ubah dalam pasaran.

Oleh itu apakah wang kertas yang berleluasa digunakan dalam zaman moden ini? Wang kertas hanyalah kertas-kertas yang disandarkan kepadanya nilai sebagaimana sewaktu ketika dahulu kita menyandarkan nilai kepada emas. Wang kertas asalnya daripada bank. Seperti yang diketahui, emas adalah berat dan tidak sesuai dibawa ke mana-mana dalam kuantiti yang banyak. Ia juga terdedah kepada kehilangan dan serangan perompak. Maka emas disimpan di bank oleh para pemiliknya. Bank pula mengeluarkan penyata kertas kepada setiap penyimpan emas, yang menyatakan kuantiti emas yang disimpan oleh setiap pemilik. Bagi setiap 1 dinar (katakan), maka penyimpan akan mendapat 1 keping kertas bagi mewakilinya. Jika kertas ini hilang, maka penyimpan dapat menebus kembali emasnya di bank.

Oleh kerana bank ingin mencipta keuntungan segera, maka pihak bank telah mencetak penyata-penyata kertas yang palsu dan mengatakan kepada orang ramai bahawa ia penyata kertas yang sah. Maka ramailah orang berpusu-pusu datang ke bank untuk meminjam wang. Dan ramai pula orang ramai yang menggunakan kad kredit (salah satu kaedah berhutang kepada bank). Bank juga mengenakan faedah kepada sesiapa yang lewat menjelaskan pinjaman mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Akhirnya, kertas-kertas yang dicetak melebihi jumlah emas dalam bank. Sehingga ke satu tahap, tiada langsung emas dalam bank dan bank hanya mengeluarkan kertas-kertas kosong yang nilainya tidak disandarkan kepada emas lagi. Orang ramai yang masih meyakini bahawa kertas-kertas tersebut bernilai, terus menerus meminjam daripada bank. Hasilnya lahirnya matawang kertas yang berasaskan keyakinan orang ramai kepada nilai pada kertas. Matawang ini dikenali dengan nama ‘fiat money’ atau wang kosong. (fiat-Latin yang membawa maksud ‘biarkan ia diperlakukan’ atau ‘let it be done’).

Keadaan bank yang kekosongan emas, ditambah hutang orang ramai terhadap bank yang semakin bertambah hasil faedah dan penggunaan kad kredit, memberikan bencana kepada bank apabila pemilik-pemilik emas datang menuntut emas simpanan mereka. Dalam keadaan panik, pihak bank mula menghentikan pemberian hutang kepada pengguna kad kredit. Maka berlakulah apa yang kita kenali sekarang ini sebagai ‘kuncupan kredit’ atau ‘credit crunch’ , di mana pemegang kad kredit tidak dapat menggunakan kad mereka secara tiba-tiba kerana disekat oleh pihak bank.

Bank sebegini akhirnya diisytihar muflis akibat desakan pemilik emas supaya bank memberikan kembali emas kepada mereka. Contoh bank yang telah muflis akibat kuncupan kredit ialah Lehmann Brothers. Selain itu terdapat juga bank-bank lain di Amerika yang turut muflis.

Kini, wang kertas terus menerus digunakan. Nilai wang kertas berubah-ubah bergantung kepada pasarannya. Bagi menjelaskan bagaimana wang kertas diniagakan, saya ambil satu contoh. Katakan kita membeli baju daripada sebuah kedai. Maka peniaga baju sebenarnya membeli wang daripada kita dengan membayarkan baju kepada kita. Jika dalam sesebuah negara kadar pembelian wang daripada pengguna meningkat (atau dengan kata lain, pengguna hanya membeli barangan buatan negaranya dan kadar pembeliannya tinggi) maka nilai matawang mereka akan meningkat. Ini kerana matawang mereka menjadi ‘laku’, atau permintaan terhadap wang mereka tinggi. Maka nilai matawang menjadi tinggi. Selain itu, nilai matawang juga menjadi tinggi apabila pelabur-pelabur luar masuk dan membeli matawang kita. Bagaimana mereka membeli matawang kita,ialah dengan menukarkan matawang mereka dengan matawang kita. Ini kerana urusniaga dalam negara hanya boleh dijalankan dengan menggunakan matawang negara itu. Oleh itu, wang kita menjadi laku. Faktor-faktor seperti keamanan, kedudukan negara yang strategik boleh menjadi daya tarikan untuk pelabur luar datang melabur ke negara kita. Semakin ramai pelabur datang, semakin lakulah wang kita dan semakin tinggilah permintaan terhadapnya. Maka nilai matawang akan meningkat.

Nilai matawang sesebuah negara akan sentiasa berubah-ubah bergantung kepada faktor-faktor seperti yang dijelaskan tadi. Jika sesebuah negara yang rendah nilai matawangnya, kemudian bank negara itu terus menerus mencetak wang kertas, maka ia tidak akan meningkatkan nilai matawang mereka, malah menjunamkannya lagi. Jika sesebuah negara matawangnya ialah Rupiah dan satu ringgit bersamaan dengan 1000 rupiah, maka jika matawang rupiah dicetak dengan sebanyak-banyaknya, nilainya boleh turun sehingga satu ringgit bersamaan 1000 000 rupiah. Maka tidak ada cara lain untuk meningkatkan nilai matawang selain menarik pelabur asing datang dan menggalakkan rakyat membeli produk negaranya sendiri. Namun cara terbaik sudah tentulah dengan menggunakan dinar emas bagi menggantikan wang kertas yang nilainya sering berubah-ubah.

Salah satu sifat emas yang melayakkannya dijadikan wang berbanding wang kertas ialah ia sukar ditemui dan ia tidak boleh dihasilkan oleh kerja tangan manusia. Wang kertas pula ialah komoditi yang dihasilkan manusia, sama seperti barangan dagangan yang lain seperti makanan dan sebagainya. Oleh itu, pasarannya tertakluk kepada berapa banyak yang dihasilkan oleh pengeluar wang kertas dan berapa banyak permintaan terhadapnya. (tertakluk kepada hukum ‘supply and demand’). Berbeza dengan emas, ia tidak boleh dihasilkan dan hanya diperolehi daripada perut bumi. Maka bekalannya bergantung kepada kebolehdapatannya daripada perut bumi. Sementara permintaan terhadapnya sudah tentu tidak akan pernah berkurang, kerana emas seperti yang telah diberitahu sebelum ini, mempunyai ciri-ciri fizikal yang menjadikannya tidak mudah rosak dan amat bernilai, serta sukar ditemui. Jadi, nilai emas tidak jatuh dan sangat sesuai dijadikan matawang dan merupakan komoditi berharga yang dipersetujui oleh setiap manusia di seluruh dunia.

Hukum 'supply and demand' untuk emas:
supply-sentiasa sedikit (diperoleh daripada perut bumi)
maka demand-sentiasa tinggi
maka emas sentiasa bernilai tinggi dan tidak jatuh seperti wang kertas.

Inilah hikmah mengapa Allah S.W.T. menciptakan emas dalam kuantiti yang sedikit dan sukar dijumpai, dan hanya dihasilkan daripada perut bumi. Jika emas begitu mudah dijumpai dan mudah pula dihasilkan maka nasibnya samalah seperti wang kertas, nilainya akan bergantung kepada permintaan orang ramai terhadapnya dan kadar pengeluaran oleh para pengeluar.

Sep 16, 2009

Sembilan jenis kebijaksanaan manusia.

Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi Amerika bernama Howard Gardner telah memperkenalkan teori kepelbagaian kebijaksanaan. Menurut teori tersebut, kebijaksanaan manusia boleh dikelaskan kepada sembilan kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah:

1) Kebijaksanaan alam semulajadi (bijak hijau)
Kebolehan manusia untuk membezakan benda hidup (tumbuhan, binatang) dan juga kepekaan kepada ciri-ciri alam semulajadi. ( awan, susunan batu-batu dan luluhawa). Kebolehan ini amat bernilai pada masa lepas kerana manusia kebanyakkan bekerja sebagai pemburu, penternak dan petani. Kebolehan ini berterusan sebagai pusat kepada peranan ahli botani dan tukang masak. Juga dikatakan kebanyakan dari masyarakat pengguna memiliki kebolehan ini dalam memilih dan membezakan jenis-jenis kereta, alat solek, sneakers dan sebagainya.

2) Kebijaksanaan muzik.
Keupayaan mengecam kelangsingan, irama, dan tona. Kebijaksanaan ini membolehkan kita mengecam, membina, mengembangkan dan bertindak balas dengan muzik, seperti yang ditunjukkan oleh penggubah, konduktor, ahli muzik, penyanyi, dan pendengar peka. Biasanya wujud perkaitan antara muzik dengan perasaan. Kebijaksanaan matematik dan kebijaksanaan muzik berkongsi proses berfikir yang sama. Remaja dengan kebijaksanaan jenis ini biasanya minat menyanyi dan bergendang serta bermain dengan alat muzik. Mereka biasanya dapat mengesan bunyi yang tidak dapat dikesan orang lain.

3) Kebijaksanaan matematik ( bijak angka/ bijak keputusan)
Kebolehan mengira, menilai, membina cadangan dan hipotesis dan menjalankan operasi matematik yang lengkap. Ia juga membolehkan kita menaakul hubungan dan perkaitan dan menggunakan pemikiran bersimbol dan abstrak; kemahiran menyimpulkan jujukan dan janjangan algoritma; dan corak pemikiran aruhan dan deduksi (corak pemikiran aruhan dan deduksi terdapat dalam penaakulan mantik). Kebijaksanaan ini terdapat pada ahli matematik, ahli sains, dan penyiasat. Remaja dengan kebolehan ini berminat dengan corak, kumpulan, dan hubungan. Mereka tertarik dengan masalah aritmetik, permainan berstrategi, dan eksperimen.

4) Kebijaksanaan kewujudan (bijak rohani)
Kepekaan dan keupayaan untuk menyelesaikan persoalan mendalam mengenai kewujudan manusia, seperti makna hidup, mengapa berlaku kematian dan bagaimana kita ke sana.

5) Kebijaksanaan perhubungan (bijak orang)
Kebijaksanaan perhubungan adalah kebolehan untuk memahami dan bertindak balas secara berkesan (komunikasi berkesan-komunikasi yang difahami orang lain) dengan orang lain. Ia melibatkan perhubungan lisan dan bukan lisan (gerak badan, contohnya), kebolehan mengesan perbezaan pada setiap orang lain, kepekaan kepada angin dan baran seseorang , dan kebolehan memuaskan hati setiap orang yang memiliki pandangan yang pelbagai. Guru, pekerja sosial, pelakon, ahli politik kesemuanya menunjukkan kebijaksanaan perhubungan. Remaja dengan kebijaksanaan jenis ini adalah pemimpin dalam kalangan rakan sebayanya, dan bagus dalam berkomunikasi, dan memahami perasaan dan matlamat orang lain.

6) Kebijaksanaan gerakan jasad (bijak jasad)
Kebijaksanaan gerakan jasad ialah kebolehan menggunapakai objek dan melakukan pelbagai kemahiran fizikal. Kebijaksanaan jenis ini juga melibatkan deria pemasaan dan penyempurnaan kemahiran menerusi kesatuan minda-jasad (keselarasan antara otak dengan jasad, sebagai contoh ketika seseorang berusaha untuk belajar seni mempertahankan diri, dia sebenarnya sedang membina keselarasan antara gerakan badan dengan mindanya). Ahli sukan, penari, jurubedah, dan orang pertukangan menunjukkan kebijaksanaan gerakan jasad yang tinggi.

Nota: orang pertukangan seperti tukang kayu, tukang emas, tukang besi, pembuat kraftangan seperti alatan berasaskan rotan, dan tukang pembuat pasu dan barangan tanah liat perlu memilki kemahiran ini, kerana penyelarasan otak dengan gerakan tangan amat diperlukan bagi menghasilkan produk yang halus dan berseni.

7) Kebijaksanaan bahasa (bijak kata)
Kebijaksanaan bahasa ialah kebolehan berfikir dalam perkataan dan menggunakan bahasa untuk menyampaikan dan menghargai maksud-maksud tersirat. Kebijaksanaan bahasa membolehkan kita memahami turutan dan makna perkataan dan menggunakan kemahiran meta-linguistik bagi menggambarkan penggunaan bahasa. Kebijaksanaan bahasa ialah kebolehan manusia yang paling banyak dikongsi dan terdapat pada pemuisi, penulis novel, wartawan, dan pemberi ucapan yang berkesan. Remaja dengan kebijaksanaan jenis ini minat menulis, membaca, menyampaikan cerita atau menyelesaikan teka silang kata.

8) Kebijaksanaan hubungan kendiri. (bijak diri)
Kebijaksanaan hubungan kendiri ialah kebolehan memahami diri sendiri dan pemikiran serta perasaan orang lain, dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam merancang dan mengarahkan kehidupan seseorang. Kebijaksanaan ini tidak hanya melibatkan penghargaan kepada diri sendiri, tetapi juga kepada keadaan manusia yang lain. Ia terdapat pada ahli psikologi, pakar motivasi, pemimpin kerohanian atau keagamaan, dan ahli falsafah. Remaja yang memiliki kebolehan ini biasanya seorang pemalu. Mereka amat menyedari perasaan mereka dan pandai menyesuaikan diri dengannya.

9) Kebijaksanaan gambar. (bijak gambar)
Kebijaksanaan gambar ialah kebolehan berfikir dalam ruang tiga matra. Kebolehan terasnya termasuklah bayangan minda, memutuskan suatu gambaran, penggunaan imej, berkemahiran grafik dan artistik, dan bayangan atau imaginasi yang baik. Kelasi, juruterbang, pengukir,pelukis, dan arkitek kesemuanya menunjukkan kebijaksanaan gambar. Remaja dengan kebolehan ini meminati mez atau jigsaw, dan menghabiskan masa lapang dengan melukis dan berangan.

Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Howard_Gardner
http://en.wikipedia.org/wiki/Theory_of_multiple_intelligences

Sep 7, 2009

Obsessive-compulsive disorder.

Obsessive-compulsive disorder (OCD) ialah sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang . Tanda-tanda kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada seringan-ringan perkara seperti membasuh tangan berulang-ulang. Selain itu, berlaku halangan meluas dalam menumpukan otak ketika menerima impuls daripada hubungan kelamin, amalan agama dan serangan luar. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan hubungan sosial dan membuang masa. Ia juga seringkali menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri penghidapnya. Selain kelakuan pesakit-pesakit OCD mungkin kadangkala nampak gila dan kurang siuman, penghidapnya juga kerapkali mempercayai bahawa pemikiran dan tindakan susulan sesuatu perkara yang dilakukan sebagai tidak wajar, dan mereka akan berasa lebih tertekan selepas menyedari perkara tersebut.

OCD adalah penyakit mental keempat paling kerap dilaporkan dan dikesan sekerap penyakit lelah dan kencing manis. Di Amerika Syarikat, satu daripada 50 orang dewasa menghidapi OCD. Frasa ‘obsessive-compulsive’ telah menjadi sebahagian daripada kosa kata Inggeris, dan biasanya digunakan secara tidak rasmi atau secara karikatur bagi menerangkan seorang yang berhati-hati, pencari kesempurnaan atau ‘perfectionist’, teliti dalam mencari punca sesuatu perkara, dan terikat dengan seseorang atau suatu perkara. Walaupun ciri-ciri ini biasa berlaku dalam OCD, mereka yang mengalaminya tidak semestinya menghidap OCD. Mereka mungkin menghidap ‘obsessive-compulsive personality disorder’ (OCPD), sejenis kecelaruan dalam juzuk autisme.

Ketaksuban pemikiran dalam OCD boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
a) Was-was
b) Kebersihan
c) Kewaspadaan (melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan-slowness)

Kebiasaannya penghidap juga akan menghadapi simptom-simptom seperti kemurungan, sedih, kurang selesa, cepat letih, penurunan berat badan, cepat marah dan tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan. Simptom OCD akan menjadi lebih teruk jika penghidapnya menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, sekiranya masalah yang dihadapi berjaya diatasi dengan baik, simptom-simptom ini akan berkurangan.

Risiko untuk menghidap penyakit ini bergantung kepada:
a) genetik keturunan- risiko tinggi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapinya
b) personaliti si penghidap- seperti terlalu berhati-hati, cerewet, terlalu patuh pada peraturan.
c) masalah organ dan saraf- kecederaan di bahagian tertentu otak. Masalah saraf seperti meningitis dan enkefalitis juga boleh menjadi punca.
d) pengalaman lalu-kemalangan ngeri yang menimbulkan fobia dan seterusnya OCD
e) konflik- masalah hidup seperti kerja, rumah tangga dan sebagainya.

Bagaimana tindakan berulang (compulsions) boleh terjadi dan berkembang?
Model pemikiran-sikap (English-cognitive-behavoral model) menyatakan bahawa sikap bertindak secara berulang-ulang dilakukan bagi menghilangkan pemikiran yang datang menimbulkan gangguan. Malangnya ia hanya memberikan kelegaan sementara kerana pemikiran tersebut akan datang sekali lagi. Setiap kali pemikiran yang mengganggu ini berlaku, ia secara songsang diperkuatkan oleh perasaan lega daripada gangguan tersebut, lalu menjelaskan bagaimana aktiviti luar biasa pesakit OCD bertambah dari masa ke semasa. Sebagai contoh, selepas memegang tombol pintu, seseorang pesakit akan memikirkan dia akan mendapat penyakit daripada kotoran pada tombol pintu. Dia kemudian berasa kurang senang, di mana dia hanya akan berasa lega setelah membasuh tangannya. Ia akan diikuti dengan pemikiran “ adakah aku telah membasuhnya dengan betul?” lalu menyebabkan pertambahan rasa kurang senang, lalu membasuh tangannya sekali lagi bagi menghilangkan rasa tersebut. Kitaran ini diulang-ulang jika pemikiran tentang rasa tercemar ini berlaku sekali lagi. Pemikiran seperti ini akan merebak kepada kebimbangan pencemaran pada objek lain, sebagai contoh kerusi. (dia mungkin juga akan memegang kerusi setelah memegang tombol pintu tersebut).

‘Pure-O’
OCD kadangkala berlaku tanpa tindakan berulang yang ketara. OCD jenis ini atau dikenali dengan nama ‘Pure-O’, berlaku dari 50 peratus hingga 60 peratus daripada kes OCD yang dilaporkan. Berbanding dengan melakukan tindakan berulang, seseorang dengan ‘Pure-O’ akan lebih berselindung, atau berasa terarah untuk mengelak daripada situasi-situasi yang boleh mendatangkan gangguan. Akibat daripada pengelakan ini, seseorang mungkin terpaksa bekerja keras untuk menyelesaikan peranan umum dan diri, walaupun mereka meletakkan nilai yang tinggi dalam peranan tersebut dan walaupun mereka telah menyelesaikannya dengan baik pada masa lepas. Dengan kata lain, penyakit OCD jenis ini timbul disebabkan pengelakan yang keterlaluan terhadap simptom-simptom OCD yang timbul. ‘Pure-O’ boleh menyebabkan bercambahnya sikap sambil lewa dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya. Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesannya ialah dengan bersederhana dalam menangani simptom-simptom OCD.

Penyebab biologi.
OCD dikatakan berpunca daripada ketidaknormalan paras serotonin dalam otak. Serotonin berperanan mengawal perasaan kurang senang atau perkara-perkara yang menimbulkan gangguan. Pesakit OCD menghadapi masalah di mana reseptor serotonin kurang dirangsang. Mereka diberikan ubat SSRi (English-selective serotonin reuptake inhibitor) untuk meningkatkan paras serotonin.

Keputusan penyelidikan terbaru pula menyatakan bahawa mutasi juga boleh menyebabkan OCD. Penyelidikan yang dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (AS), menyatakan terdapat mutasi pada gen pengangkutan serotonin manusia yang menghidap OCD. Namun, penyelidikan lanjut dalam aspek-aspek yang lain masih dijalankan dan keputusannya masih dalam perbincangan.

Para saintis di Duke University Medical Centre di AS pula mengesyaki striatum, sejenis bahagian otak sebagai penyebab OCD. Striatum ialah bahagian otak yang merancang dan memulakan tindakan-tindakan yang bersesuaian. Mereka telah mengubah secara genetik striatum dalam otak tikus dan mendapati bahawa tikus tersebut membersihkan bulunya tiga kali lebih lama berbanding tikus normal yang lain, sehinggakan bulu-bulu di badan mereka tertanggal.

Dalam bukunya, Brain Lock, Jeffrey M. Schwartz mencadangkan bahawa OCD disebabkan oleh bahagian otak yang bertanggungjawab menterjemahkan niat yang kompleks kepada tindakan-tindakan asas. (sebagai contoh menterjemahkan “saya akan mengambil cawan ini” kepada “gerakkan lengan ke depan, putarkan tangan 15 darjah, dan sebagainya”) dan gagal menyampaikan mesej kimia bahawa tindakan itu telah selesai. Ia dipercayai sebagai perasaan ragu-ragu dan ketidaksempurnaan, di mana ia akan membawa seseorang kepada berusaha secara sedar untuk meleraikan tindakan mereka yang sebelumnya - sebuah proses yang menimbulkan gangguan dan rasa kurang senang pada manusia, walaupun tidak menghidap OCD.

Terdapat berbagai-bagai lagi punca OCD yang masih dalam penyelidikan para saintis dan masih belum dipastikan lagi akan kesahihan keputusannya.

Rawatan dan ubat-ubatan.
Dalam proses soal selidik, doktor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
• Tempoh berlakunya masalah tersebut
• Punca sebenar tercetusnya masalah
• Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
• Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
• Peringkat keterukan yang dihadapi.

Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, jangkaan pemulihan mereka biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya. Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat tersendiri atau kesan penyakit mental yang lain.

Biasanya doktor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional atau ketaksuban pesakit. Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Pendekatan psikologi yang merangkumi terapi cara berfikir dan terapi tingkahlaku:-
a. Terapi cara berfikir - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
b. Terapi tingkah laku - terapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
• Keseriusan masalah yang dihadapi
• Kerjasama terhadap rawatan yang diberi
• Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
• Tempoh mengidap penyakit tersebut.

Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan sosial atau sebagainya.

OCD dalam konteks hidup beragama.
Dalam konteks umat Islam, penyakit OCD ini biasanya menyerang dalam amalan keagamaan atau ibadah. Jika penyakit ini berada pada tahap yang tidak genting, maka ia bukanlah OCD, sebaliknya penyakit was-was biasa yang berlaku dalam menjalani ibadah. Namun, jika penyakit was-was ini dilayan dan dibiarkan berterusan tanpa ada sebarang usaha bagi memulihkannya, ia boleh berubah tahap menjadi teruk dari masa ke semasa, dan akhirnya sampai ke tahap OCD.
Was-was muncul kerana rasa taksub dalam mencari kesempurnaan dalam menunaikan sesuatu ibadat. Penyakit ini biasanya berlaku ketika hendak berniat. Seorang pesakit akan taksub atau obses mencari niat yang sempurna lafaznya. Oleh itu, sebarang kesilapan kecil dalam lafaz akan menimbulkan rasa kurang senang, lantas mendorong untuk mengulanginya sehinggalah rasa kurang senang itu dirasakan benar-benar hilang.
Rasa taksub mencari kesempurnaan ini didorong oleh perasaan takut kalau-kalau amalan yang dilakukan tidak diterima Tuhan. Dari satu sudut, perasaan ini mungkin menampakkan suatu petanda yang baik kerana menunjukkan bahawa seseorang itu bertakwa dan takut kepada Tuhan kalau-kalau amalannya tidak diterima. Namun dari satu sudut lain, perasaan ini nampaknya menimbulkan fitnah dalam beribadat. Ini kerana salah satu kriteria penerimaan ibadat adalah khusyuk. Jika kita asyik berwas-was sahaja, bagaimana mungkin kita akan khusyuk? Selain itu, berlaku pembaziran dalam menggunakan sumber air. Tuhan juga membenci pembaziran. Maka tidak wajarlah ketaqwaan kepada Tuhan dijadikan alasan untuk kita terus melayan rasa was-was ini.
Maka di sinilah Islam menggesa umatnya mengambil jalan pertengahan. Ini kerana terlalu jahil dalam beragama boleh membawa kepada kekufuran, manakala terlalu fanatik atau taksub dalam beragama pula boleh membawa kepada fitnah-fitnah yang boleh menyebabkan amalan kita langsung tidak diterima.

Di sini saya memetik kata-kata Ibn Qayyim tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat:

“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

Semoga mendapat ilmu berguna daripada pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Wallahualam.

sumber:
http://www.mentalhealth.org.my/index.cfm?menuid=25&parentid=9
en.wikipedia.org/wiki/Obsessive–compulsive_disorder
http://drmaza.com/home/?p=704

Aug 24, 2009

Otak remaja; perkembangan sedang dilaksanakan.

The Adolescent Brain: A Work in Progress

By Lisa K. Schkloven.

If you’re living with an adolescent it’s a good idea to understand what’s going on. Adolescence is a time of rapid physical, cognitive, emotional, social and moral development and change.

As the parent of a teenager, how many times have you either thought or said the following: “What were you thinking ?!” Until recently, conventional wisdom held that early childhood was the time when a person’s brain grew the most. It was “thought” that by the time a child reached the age of twelve, the brain for the most part had finished its development.

Then in 1991, Dr. Jay Geidd, a neuroscientist and chief of brain imaging in the child psychiatry branch at the National Institute of Mental Health (NIMH), began using magnetic resonance imaging (MRI) to study the brains of some 1,800 children and adolescents over a period of thirteen years. Geidd discovered that, not only is the adolescent brain far from mature, but adolescence is a time when extensive structural changes occur in both the gray and white matter of the brain. The reality is that the teenage brain is undergoing continuous restructuring throughout the adolescent years and into early adulthood. To better understand what your teen is and is not thinking, here is a “Reader’s Digest” version of your teenager’s brain.

The brain develops in stages, from the back of the brain to the front, through a process of neural proliferation and pruning. The first part of the brain to mature is the back part. This area of the brain controls the senses such as touch, sight and hearing. The next parts of the brain to develop are the areas that help organize and allow the senses to make order out of its environment. Over the ensuing years, the brain continues to develop, back to front. The last part of the brain to develop is the front, specifically the prefrontal cortex of the brain. That is the part of the brain that governs what is called “executive functioning”.

Located right behind the forehead, the prefrontal cortex is the CEO of the brain. The prefrontal cortex is responsible for a person’s ability to organize thoughts, think things through, set priorities, weigh one’s options, consider the consequences of one’s actions, delay gratification, suppress impulses and make sound decisions. This thinking, rational part of the brain is truly a work in progress that will not be completed until a person is in his or her mid 20s.

Because the CEO area of the brain is not fully functioning, another part of the brain steps in to take its place. Called the amygdala, this almond shaped part of the brain is situated deep in the back of the brain. Whereas adults use the prefrontal cortex in making their decisions, adolescents rely on the amygdala, the emotional and instinctual center of the brain, in making their decisions. That’s why even with teens who seem to have relatively good judgmental skills, the quality of the decision making ability declines dramatically in moments of high emotional arousal. Emotions such as happiness, anger and jealousy override logic. Even more, the intensity of emotional arousal and response increases when teens are with their peers.

To complicate things further, one has to add to the mix the hormonal influences and fluctuations that occur during adolescence. In her 2004 article for Time magazine, reporter Claudia Wallis sums up this phenomenon this way, “For years, psychologists attributed the intense, combustible emotions and unpredictable behavior of teens to this biochemical onslaught. And new research adds fresh support. At puberty, the ovaries and testes begin to pour estrogen and testosterone into the bloodstream, spurring the development of the reproductive system, causing hair to sprout in the armpits and groin, wreaking havoc with the skin, and shaping the body to its adult contours. At the same time, testosterone-like hormones released by the adrenal glands, located near the kidneys, begin to circulate. Recent discoveries show that these adrenal sex hormones are extremely active in the brain, attaching to receptors everywhere and exerting a direct influence on serotonin and other neuro-chemicals that regulate mood and excitability. The sex hormones are especially active in the brain’s emotional center…”

According to Dr. Ronald Dahl, professor of psychiatry and pediatrics at the University of Pittsburgh School of Medicine, this hormonal mixture in the brain creates a “tinderbox of emotions”. This helps to explain why teenagers display a high rate of emotional reactivity as well as why they seek a high level of emotional stimulation. According to Dahl, “Adolescents are actively looking for experiences to create intense feelings,” says Dahl. “It’s a very important hint that there is some particular hormone-brain relationship contributing to the appetite for thrills, strong sensations and excitement.”

Therein lies the crux of the age old adolescent behavior and the crux of the age old parental dilemma. Teenagers, because of brain development and hormonal surges and fluctuations, have had the thrill seeking parts of the brain activated well before the rational part of the brain is up to the challenge of controlling it. It’s not that teenagers are stupid; it’s just that teenagers do not think like adults.
So why do teenagers appear unmotivated to do one thing yet highly motivated to do another?

According to Dr. James Bjork, author of NIH’s National Institute of Alcohol Abuse and Alcoholism study published in the February 25, 2004 issue of the Journal of Neuroscience, “Adolescents show less activity than adults in brain regions that motivate behavior to obtain rewards.” Dr. Bjork concludes, “If adolescents have a motivational deficit, it may mean that they are prone to engaging in behaviors that have either a really high excitement factor or a really low effort factor, or a combination of both.” Bjork advises parents, “When presenting suggestions, anything parents can do to emphasize more immediate payoffs will be more effective.”

sumber: http://parentsofteens.info/archives/the-adolescent-brain-a-work-in-progress

.....................................................................................

Cuba kaitkan rencana di atas dengan rencana saya sebelum ini mengenai kesan bahan lucah kepada kanak-kanak.

Apa pendapat anda?

Aug 17, 2009

Kesan bahan lucah kepada kanak-kanak.

Ketika berkunjung ke KIBAR di Kelantan pada akhir bulan lepas, saya telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang pendakwah dari Indonesia yang saya ingat-ingat lupa akan namanya. Saya cukup tertarik dengan salah satu kata-kata beliau yang memberitahu laporan saintis tentang kesan bahan lucah kepada pemikiran kanak-kanak. Bahan lucah berupaya mengganggu penghasilan dan peranan dopamina (English-dopamine) sebagai neuropengalir dalam otak (English-neurotransmitter, pengukuh jalinan antara sel-sel neuron; atau anda rujuk wikipedia sahajalah), sekaligus menyebabkan pengecutan pada salah satu bahagian otak kanak-kanak. Sebuah fakta yang mengerikan. Terfikir apa akan terjadi dengan kanak-kanak yang membesar dengan bahan-bahan lucah. Tambahan pula maklumat dan media berada di hujung jari sahaja pada abad Internet ini.

Ketika saya berusaha mencari asas kepada kata-kata penceramah itu, saya bertemu rencana di bawah. Mungkin inilah rencana yang menjadi asas hujah beliau kerana apa yang disampaikannya pada malam itu memang seiras dengan apa yang diperbincangkan dalam rencana di bawah.

Sebuah laporan oleh seorang saintis Barat. Selamat membaca.

.....................................................................................

Pornography Addiction May Cause Brain Damage in Kids?

from JAKARTA GLOBE

Addiction to pornography among children can cause brain damage leading to depression and behavioral problems that can be just as serious as those caused by illegal drugs, doctors told a seminar on the effects of pornography on Monday.

Jofizal Jannis, a doctor who heads the Intelligence Development Center at the Ministry of Health, said on Monday that addiction to pornography likely harms both the function and structure of the brain.

“Although we don’t have statistics yet about children whose brains have been damaged by pornography addiction, such damage is likely to exist considering that our children are very familiar with pornography,” Jofizal said. “Our brain is adaptive and very flexible. It records every single thing that happens in our life.”

Children are particularly susceptible to brain damage because their brains absorb information faster than those of adults, and a pornography addiction is likely to degrade their intelligence potential, Jofizal theorized.

Donald Hilton Jr., a neurosurgeon from the Methodist Specialty and Transplant Hospital in San Antonio, Texas, told the seminar that pornography addiction could cause changes in the brain’s neurotransmitters and may interrupt oxygen metabolism in the brain.

‘I’ve found that porn addiction is the hardest to escape’
Donald Hilton Jr., neurosurgeon

Hilton said such changes would cause the brain to focus too much on pleasure receptors, thus failing to control behavior.

“Just like other addictions, pornography addiction will interrupt dopamine, which functions as a neurotransmitter, and it will cause a part of the brain to shrink,” Hilton said. The shrinkage occurs in the Ventral Tegmental Area, or VTA, at the front of the brain.

At the seminar, the We and Our Children Foundation presented a 2008 survey claiming that 66 percent of fourth through sixth-grade students in Greater Jakarta had seen pornography from various media, including comics, games, the Internet, movies and magazines.

Meanwhile, a 2007 survey by the government’s Child Protection Commission of 4,500 teenagers in the 12 biggest Indonesian cities found 97 percent of those surveyed had seen a pornographic movie, the seminar was told.

Hilton said there was little difference between addictions.
“The brain doesn’t care what the addiction is, it just can’t stop the process,” Hilton said.

Hilton said children were susceptible because the part of the brain that controls memory is not yet fully developed.

Children exposed to pornography could lack appropriate boundaries and might have a tendency to poor social behavior, depression and sexual abuse in later life, he said.
“From all the addictions I’ve handled, I’ve found out that porn addiction is the hardest to escape, even harder than drug addiction,” Hilton said.

Hilton proposed creating a safe environment by drastically reducing access to pornography and setting up support groups to help children deal with the issue of addiction.

He said with time the porn-damaged brain can heal itself but will never return completely to normal.