Bintang-bintang (Arab-kawakib) ialah ciptaan Allah (Maha Suci Dia dengan Segala Ketinggian) yang kecil tapi sebenarnya besar. Kecil pada pandangan manusia, namun sebenarnya mempunyai manfaat yang besar pada manusia. Matahari yang merupakan sejenis bintang, membebaskan tenaga sinaran yang merupakan sumber tenaga hidupan di Bumi. Bintang-bintang kecil pada pandangan manusia, namun saiz sebenarnya sangat besar, malah berjuta kali ganda lebih besar dari Bumi yang kita diami ini.
Berikut gambar-gambar menarik yang diambil dari HowStuffWorks. Semoga terhibur. :)
Dalam lakaran artis ini, kawasan kuning di pusat mewakili lohong hitam raksasa. Di sekelilingnya merupakan habuk dan debu bercampur baur dengan gas yang panas dan menghala keluar dari pusat. Berapa besarkah sebenarnya lohong hitam ini? Ketahui di foto yang seterusnya.
Rajah ini menunjukkan perbandingan antara saiz lohong hitam yang berlainan dengan saiz matahari. Seperti yang diketahui, sebuah lohong hitam boleh menarik masuk berjuta-juta bintang. Dan hakikat ini sememangnya benar.
Lohong hitam raksasa dalam sesetengah galaksi menghasilkan suatu kawasan yang lengang, ini disebabkan ia menghentikan pembentukan bintang baru. Anehnya, lohong hitam terletak di pusat kebanyakan galaksi.
Seperti kebanyakan galaksi, NGC 1097 , sebuah galaksi berpilin, memiliki lohong hitam di pusatnya. Gambar seterusnya menunjukkan imej Hubble terbaru yang menunjukkan lohong hitam yang lain dalam suatu galaksi.
Ini merupakan gambaran majmuk (English-composite image) sebuah kepulan awan galaksi terletak kira-kira 2.6 bilion tahun cahaya dari Bumi. Tiga pandangan kawasan ini telah diambil menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble NASA dalam Februari 2006. (ini salah satunya).
Gambar ini menunjukkan sebuah teleskop gelombang radio raksasa milik NASA. Seterusnya, lihat salah sebuah penemuan Einstein’s yang terkenal, iaitu ‘lohong cacing’. (English-wormhole)
Ini ialah gambaran lohong cacing, atau titian Einstein-Rosen, tersebar keluar (English-bursting open) dalam ruang hampagas (English-vacuum space) yang terbuka. Ramai yang percaya lengkungan ini membolehkan pengembaraan masa (English-time travel) dilakukan.
Zarah hitam (English-dark matter) masih diperbahaskan kewujudannya, dengan zarah-zarah subatom dan lohong hitam dipertimbangkan sebagai salah satu pembentuk kumpulan zarah hitam ini.
mashaAllah..hebatnya ciptaan Allah..wallahua'alm..sy memandang teori worm-hole utk travel thru time adalah sesuatu yg tidak masuk akal dan lebih kpd polemic yg cuba diagungkan western scientist to deny the fact of creation. surah al-asr telah menjelaskn bhw manusia sentiasa dlm kerugian melainkan yg beriman,amal soleh...(hingga ke akhir), secara jelas menunujukkan there's no way manusia bole regain the time that had passed.kalau pun hendak melihat sejarah lampau, Allah menyuruh kita melihat tinggalan umat lampau yg pernah wujud di muka bumi utk diambil pengajaran supaya bertambah iman.demi allah,ajal yg tiba tidak sekali-kali dimaju atau diundur barang sedikit pun.hari kiamat,hari pembalasan adalah sesuatu ketetapan yg tidak boleh diundur atau maju.manusia yg menerima balasan baik atau buruk tidak ada peluang sama sekali utk kembali ke dunia utk 'improve' amalan mereka.masa adalah makhluk dan Allah berkuasa ke atasnya dan Allah tidak tertakhluk kepada masa...subhanallah
ReplyDeleteya, al-quran ialah tunjang utama sains islam... semua penyelidikan sains dalam islam bermula dengan al-quran... peranan akal nombor dua...
ReplyDeletetq tanpa nama kerana berkongsi ilmu...