Jun 26, 2009

Anak biasiswa.

KAdangkala terfikir, apa ertinya ada duit yang banyak tapi tersimpan dalam akaun, sedangkan ramai lagi orang yang sedang mengintai-intai peluang untuk menggunakannya. Mereka bukan orang sembarang, mereka orang yang ada anak-anak untuk disekolahkan, mereka ada perut yang lapar untuk diisi, dan mereka ada penyakit untuk dirawat yang memerlukan perbelanjaan besar, dan mereka ada aurat untuk ditutup dengan membeli pakaian. Bersyukurlah menjadi anak biasiswa, yang perbelanjaannya ditanggung atas nama 'pendidikan', bukannya 'pembaziran'.

Anak biasiswa.

Duit aku banyak
Aku tak perlu susah payah kerja untuk dapatkan duit
Aku masih tiada tanggungan,
Aku masih tiada anak dan isteri untuk ditanggung perbelanjaan
Duit yang banyak masuk dalam akaun setiap bulan
Kalau aku lapar,begitu mudah mencari makanan
Setiap kali aku lapar, ada sahaja makanan di depan mata
Sedangkan orang miskin belum tentu dapat makan bila lapar
Itupun aku masih malas bergerak bangun membeli makanan dan memasak
Itupun aku masih merungut kerana makan benda sama tiap-tiap hari
Sedangkan duit dah ada dalam tangan, cuma tunggu nak kerahkan tulang sahaja
Aku tak perlu penat-penat berusaha , sumber makanan aku di mana-mana
Oh manjanya aku
Oh besarnya nikmat rezeki yang Tuhan kurniakan kepada aku
Tapi aku tak bersyukur
Duit yang banyak aku bazirkan.
Beratus-ratus pound habis untuk beli iPhone, PSP dan XboX
Berpuluh-puluh pound habis untuk beli kasut dan baju mahal2
Aku bazirkan duit pergi melancong di Eropah
Aku bazirkan duit melancong sana-sini
Aku bazirkan duit beli benda yang entah apa-apa
Bila minta untuk infakkan untuk orang miskin, aku berkira
Bila minta untuk infakkan untuk kerja-kerja dakwah dan amal, aku berkira
Tapi bila nak buat kontrak henset, aku tak berkira pula
Padahal
Orang miskin ramai masih tak cukup makan
Ada yang hidup kais pagi makan pagi
Ada yang berumah macam reban ayam
Ada yang hanya makan nasi dengan ikan sahaja
Ada yang makan nasi dalam tempurung
Ada yang langsung tak dapat makan apa-apa
Ada yang tidak ada pakaian.
Ada yang beratapkan nipah dan zink karat.
Ada yang sedang mengharapkan duit
Walaupun nilainya cuma dua ringgit
Oh betapa tidak bersyukurnya aku
Betapa tidak bersyukurnya aku
Betapa tidak bersyukurnya aku
Menjadi seorang anak biasiswa.

1 comment:

  1. emm..good la terpikir pun....sum bende...
    tp can you think again, tanpa sume perlakuan kita, kita tak sedar, at least kesedaran boleh membawa kematangan....

    round the world, can make you more senses and concern....
    become a better after make some fault is much better than quite without thinking....

    jaga kesihatan, avoid H1N1

    ReplyDelete

Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...