Jun 28, 2009

MAGLEV.

Seperti yang diketahui ramai, pada awal abad ke 21, kapal terbang dan kenderaan udara lain menyediakan perjalanan yang lebih pantas berbanding kenderaan udara dan darat. Ini menjadikannya pilihan utama untuk melancong dan menyelesaikan tugas-tugas yang memerlukan perjalanan jarak jauh dalam masa yang singkat, terutama bagi golongan berkemampuan.

Namun dewasa ini, muncul satu lagi kaedah pengangkutan lain yang menggantikan kedudukan kenderaan udara sebagai kenderaan paling pantas pada abad ke 21. Kaedah pengangkutan ini dikenali sebagai MAGLEV atau ‘apungan magnetik’. (English-magnetic levitation), di mana keretapi MAGLEV akan terapung di atas landasannya menggunakan prinsip asas magnet bagi menggantikan roda keluli dan landasan kayu biasa. Beberapa buah negara telah menggunakan teknik ini bagi membangunkan keretapi berkelajuan tinggi, antaranya Jepun dan Jerman. Mereka juga sedang menguji prototaip keretapi MAGLEV masing-masing.

Prinsip asas magnet
Kutub magnet yang berlawanan akan saling menarik, manakala kutub yang sama akan saling menolak. Ini ialah prinsip paling asas dalam kajian mengenai daya elektromagnetik. Elektromagnet sama seperti magnet lain, di mana ia menarik bahan magnet ke arahnya, namun daya tarikan magnetiknya tidak kekal.

Idea yang digunakan dalam landasan keretapi maglev amat mudah, yakni idea yang sama yang digunakan dalam eksperimen solenoid, di mana daya elektromagnet dihasilkan dengan mengalirkan arus elektrik melalui wayar atau logam pengalir. Terdapat tiga komponen dalam sistem landasan MAGLEV:
- Sumber kuasa elektrik yang besar
- Lingkaran logam yang melapisi landasan
- Magnet pemandu yang besar, dipasangkan di bahagian bawah badan keretapi

Perbezaan utama antara keretapi MAGLEV dengan keretapi konvensional ialah MAGLEV tidak mempunyai enjin biasa yang digunakan dalam keretapi konvensional untuk menarik gerabak. Enjin untuk keretapi MAGLEV seakan tersembunyi atau tidak terlalu ketara sebagaimana enjin keretapi konvensional, di mana sebahagian komponen enjinnya tampak dari luaran badan keretapi, umpamanya tangki minyak dan corong ekzos. MAGLEV tidak menggunakan bahan api fosil, sebaliknya menggunakan medan magnet yang dihasilkan dari gegelung berarus yang terletak di balapan keretapi dan dinding landasan secara bersama untuk menggerakkan keretapi ke hadapan.

Landasan MAGLEV.
Gegelung elektromagnet yang diletakkan di sepanjang landasan menolak magnet besar yang terletak di bahagian bawah badan keretapi, sterusnya membenarkan ia terapung antara 1 hingga 10 sentimeter di atas landasan.



Setelah keretapi berjaya diapungkan, kuasa dibekalkan kepada gegelung elektromagnet di dinding landasan untuk menjana suatu sistem medan magnet unik yang menolak dan menarik keretapi di sepanjang landasan. Arus elektrik yang dibekalkan di dinding landasan berubah secara seragam bagi mengubah kekutuban gegelung elektromagnet. Perubahan kekutuban ini menyebabkan medan magnet di hadapan keretapi menarik kenderaan tersebut ke hadapan, sementara medan magnet di belakangnya menolak ia ke hadapan.



Keretapi MAGLEV terapung di atas sebuah kusyen udara yang mengurangkan geseran. Daya geseran yang tipis bersama rekabentuk aerodinamik keretapi ini membolehkan ia mencapai halaju yang tidak pernah diduga dan dicapai kenderaan-kenderaan darat yang lain. Oleh itu, tidak hairan jika fakta mengatakan bahawa kenderaan ini boleh bergerak selaju 310 batu sejam, di mana dengan kelajuan ini, kita dapat bergerak dari Paris ke Rom di Itali dalam masa hanya dua jam sahaja.

Kaedah apungan MAGLEV:




Gantungan elektromagnet (Electromagnetic Suspension -EMS)
Dalam sistem ini, bahagian bawah badan keretapi melitupi sekeliling landasan keluli. Elektromagnet yang dipasangkan pada bahagian bawah badan keretapi( iaitu di dalam bahagian pelitup tadi) menghala ke atas, iaitu ke arah landasan. (landasan terletak di atas magnet ini.) Elektromagnet ini mengapungkan keretapi tersebut kira-kira 1/3 inci dari landasan dan mengekalkan keapungannya meskipun keretapi tersebut pegun. Magnet pemandu juga dipasangkan pada badan keretapi tersebut (juga dalam bahagian pelitup) bagi mengekalkan kestabilannya semasa bergerak (iaitu bagi mengelakkan daripada bergeser dengan landasan). Jerman membuktikan keretapi MAGLEV Transrapid mampu mencapai kelajuan 300 batu sejam dengan penumpang.

Gantungan elektrodinamik (Electrodynamic Suspension –EDS)
Dalam sistem ini, prinsip daya tolakan magnet digunakan bagi mengapungkan keretapi MAGLEV. Jurutera-jurutera di Jepun telah membangunkan kaedah ini dengan menggunakan superkonduktor berdasarkan fenomena apungan yang dikenali sebagai Kesan Meissner, di mana menurut fenomena ini, magnet kekal akan terapung di atas superkonduktor (bahan konduktor tanpa rintangan). Magnet kekal dipasangkan pada bahagian bawah keretapi dan terapung di atas superkonduktor pada landasan.



Perbezaan antara keretapi MAGLEV Jepun dengan Jerman ialah, keretapi Jepun menggunakan elektromagnet superkonduktor. Dalam sistem di Jerman (gantungan elektromagnet) yang menggunakan elektromagnet biasa, gegelung hanya mengalirkan arus dan menghasilkan medan apabila dibekalkan kuasa. Dengan menyejukkan gegelung superkonduktor, sistem Jepun telah berjaya menjimatkan tenaga elektrik. Namun begitu, sistem kryogenik (larutan penyejuk) yang digunakan untuk menyejukkan gegelung amat mahal.

Contoh sistem gantungan elektrodinamik (English- electrodinamic suspension; EDS) yang terbaru ialah Inductrack, yang memanfaatkan apungan magnet kekal di atas gegelung elektromagnet pada landasan, berbanding di atas superkonduktor sepertimana EDS di Jepun . Inductrack menggunakan bekalan kuasa untuk memecutkan keretapi hanya selepas ia berjaya diapungkan. Jika bekalan kuasa putus dan elektromagnet tidak dapat menghasilkan medan, keretapi akan berhenti secara beransur-ansur dan berhenti sepenuhnya di atas roda bantuan.

Landasan keretapi Inductrack sebenarnya merupakan susunan litar-litar elektrik yang dipintaskan, yang mengandungi wayar yang ditebat (merupakan gegelung elektromagnet). Dalam salah sebuah rekabentuknya, litar-litar ini disusun selari seperti alang pada tangga lipat. Apabila keretapi bergerak, medan magnetik menolak magnet pada keretapi, menyebabkan ia terapung.

Terdapat dua jenis rekabentuk Inductrack: Inductrack I dan Inductrack II. Inductrack I direkabentuk untuk kelajuan tinggi, manakala Inductrack II disesuaikan untuk kelajuan rendah. Keretapi Inductrack mampu terapung lebih tinggi dengan lebih stabil. Keretapi Inductrack akan terapung setinggi 1 inci (2.54 cm) semasa bergerak dengan kelajuan beberapa batu sejam.

Magnet kekal tidak digunakan bersama-sama gegelung elektromagnet dalam EDS sebelum ini kerana saintis menganggap ia tidak mampu menghasilkan daya apungan yang cukup. Rekabentuk Inductrack mengatasi masalah ini dengan cara menyusun magnet-magnet tersebut dalam susunan yang dikenali sebagai Susunan Halbach (English-Halbach array). Magnet-magnet ini disusun supaya kekuatan medan magnet tersebut tertumpu di bahagian atasnya berbanding sebaliknya. Dengan cara ini, keretapi MAGLEV dapat diapungkan dengan selamat meskipun di atas gegelung wayar dan bukannya superkonduktor.



Magnet-magnet ini dibina daripada bahan-bahan yang lebih baru dan canggih, iaitu aloi neodymium-besi-boron, yang mampu manghasilkan medan magnet yang lebih tinggi berbanding magnet ferit biasa. Rekabentuk Inductrack II menggabungkan dua jenis Susunan Halbach bagi menjana medan yang lebih kuat dengan kelajuan keretapi yang lebih rendah.



MAGLEV dalam penggunaan.
Setelah MAGLEV mula dicadangkan lebih seabad lalu, keretapi MAGLEV komersial pertama memulakan ujian percubaan pertamanya di Shanghai, China pada tahun 2002, menggunakan keretapi yang dibangunkan oleh syarikat Jerman , Transrapid International. Kemudian, dengan menggunakan keretapi syarikat yang sama, percubaan terbuka untuk orang awam dilakukan pada Disember 2003. Aliran Shanghai Transrapid merentang antara hentian Longyang Road di pusat bandaraya dan lapangan terbang Pudong. Bergerak selaju 267 batu sejam, perjalanan sejauh 19 batu itu dipendekkan hanya kepada 10 minit berbanding 1 jam dengan menaiki teksi. Sekarang China sedang membina kembangan sejauh 99 batu ke Hangzhou untuk Aliran Shanghai . Pembinaan ini dijadualkan bermula pada musim luruh 2006 dan dijangka berakhir pada 2010. Aliran ini dijangka merupakan aliran MAGLEV pertama yang merentasi dua buah bandaraya.

Beberapa buah negara juga sedang merancang untuk membina keretapi MAGLEV masing-masing, namun aliran Shanghai tadi masih kekal sebagai satu-satunya aliran MAGLEV yang dikomersialkan. Kebanyakan negara-negara yang bercadang membangunkannya akhirnya membiarkan projek tersebut terbengkalai, terutamanya Amerika Syarikat. Jepun dan Jerman pula masih menguji prototaip masing-masing.

**penulis masih belum dapat memastikan sama ada shinkansen di Jepun adalah MAGLEV ataupun sebaliknya.

sumber:
http://science.howstuffworks.com/maglev-train.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Halbach_array
http://en.wikipedia.org/wiki/Maglev_(transport)

Semoga mendapat ilmu berguna walaupun sedikit.

"Ke arah memajukan sistem pengangkutan awam di Malaysia"

Jun 26, 2009

Anak biasiswa.

KAdangkala terfikir, apa ertinya ada duit yang banyak tapi tersimpan dalam akaun, sedangkan ramai lagi orang yang sedang mengintai-intai peluang untuk menggunakannya. Mereka bukan orang sembarang, mereka orang yang ada anak-anak untuk disekolahkan, mereka ada perut yang lapar untuk diisi, dan mereka ada penyakit untuk dirawat yang memerlukan perbelanjaan besar, dan mereka ada aurat untuk ditutup dengan membeli pakaian. Bersyukurlah menjadi anak biasiswa, yang perbelanjaannya ditanggung atas nama 'pendidikan', bukannya 'pembaziran'.

Anak biasiswa.

Duit aku banyak
Aku tak perlu susah payah kerja untuk dapatkan duit
Aku masih tiada tanggungan,
Aku masih tiada anak dan isteri untuk ditanggung perbelanjaan
Duit yang banyak masuk dalam akaun setiap bulan
Kalau aku lapar,begitu mudah mencari makanan
Setiap kali aku lapar, ada sahaja makanan di depan mata
Sedangkan orang miskin belum tentu dapat makan bila lapar
Itupun aku masih malas bergerak bangun membeli makanan dan memasak
Itupun aku masih merungut kerana makan benda sama tiap-tiap hari
Sedangkan duit dah ada dalam tangan, cuma tunggu nak kerahkan tulang sahaja
Aku tak perlu penat-penat berusaha , sumber makanan aku di mana-mana
Oh manjanya aku
Oh besarnya nikmat rezeki yang Tuhan kurniakan kepada aku
Tapi aku tak bersyukur
Duit yang banyak aku bazirkan.
Beratus-ratus pound habis untuk beli iPhone, PSP dan XboX
Berpuluh-puluh pound habis untuk beli kasut dan baju mahal2
Aku bazirkan duit pergi melancong di Eropah
Aku bazirkan duit melancong sana-sini
Aku bazirkan duit beli benda yang entah apa-apa
Bila minta untuk infakkan untuk orang miskin, aku berkira
Bila minta untuk infakkan untuk kerja-kerja dakwah dan amal, aku berkira
Tapi bila nak buat kontrak henset, aku tak berkira pula
Padahal
Orang miskin ramai masih tak cukup makan
Ada yang hidup kais pagi makan pagi
Ada yang berumah macam reban ayam
Ada yang hanya makan nasi dengan ikan sahaja
Ada yang makan nasi dalam tempurung
Ada yang langsung tak dapat makan apa-apa
Ada yang tidak ada pakaian.
Ada yang beratapkan nipah dan zink karat.
Ada yang sedang mengharapkan duit
Walaupun nilainya cuma dua ringgit
Oh betapa tidak bersyukurnya aku
Betapa tidak bersyukurnya aku
Betapa tidak bersyukurnya aku
Menjadi seorang anak biasiswa.

Selangkah ke hadapan.

Teknologi persenjataan dan peperangan menganjak selangkah lagi ke hadapan dengan pembangunan kaedah ini. Lihatlah, ketika sebahagian anak-anak muda kita yang belajar kejuruteraan sibuk memikirkan bagaimana menghasilkan bom-bom yang lebih kuat dan canggih, orang Yahudi sedang memikirkan bagaimana cara untuk mempertahankan diri mereka.

Mengapa menggunakan api bagi memadamkan api, sedangkan kita boleh sahaja menggunakan air?
.....................................................................................

Israel develops freeze-dried blood powder.

JERUSALEM, June 20 (UPI) -- The Israeli army is working with a local company to turn soldiers' blood into a freeze dried powder.

Blood samples are taken from new recruits and processed. In the battlefield, the powder can be mixed with water to treat wounded soldiers, The Jerusalem Post reported Friday.

The development was announced at a first-ever press conference for health reporters, conducted by the head of the Israeli army's Medical Corps this week, the paper said.

Brig.Gen. Dr. Nachman Ash head of the medical corps told reporters if the idea proves itself it could also be adapted to civilian life. He said the company leading the research is Core Dynamics, a biotechnological company active in research and development of thawing and freeze-drying technologies in blood transfusions.

Ash revealed a few other lifesaving devices currently being developed for the army, including a portable device with ceramic pipes that can produce oxygen in the field for wounded soldiers and a battery-operated device that could be used to ventilate wounded soldiers on the battlefield. Ash told reporters the army plans to convert the working models into commercial devices.

sumber: http://www.upi.com/Top_News/2009/06/20/Israel-develops-freeze-dried-blood-powder/UPI-16851245497985/

Jun 18, 2009

And I know.

And I know

And I know You forgive my sins
And I know You conceal my defects
But I am remorseful my Lord
I am almost wailing because of my regrets
How I wished I never whisper to You one day
“I disobeyed you my Lord”

My tears fall
And my soul submits to the Lord of creation
Your slave has disobeyed You
But now he calls You
And tears has wet his cheeks

And if I sinned
Then here I am
With saddened heart and fallen tears
And if I was heedless
Then I am awake now
And the one who fears will walk in darkness

وأعلم أنــك تغفـــر ذنبـــي
وأعلم أنــك تســــتر عيبي
ولكنني نـــادمٌ يـــا إلهـــي
أكـــاد أنوءُ بحسـرات قلبي
وكم ذا تمنيت ألا أقول بنجواي يوماً
عصـــيتك ربــــي

و يســجد دمعي و يروي الثـرى
وتضـــرع روحي لـ رب الورى
عبيــــداً عصــــــاك
وهــــا قـــد دعـــاك
بدمع الأســى خـده عُفِّرا

فإمـا عصيتُ .. فـ هــا قــد أتيت
بقــلــبٍ حــــــزين .. ودمع جرى
وإمــا غفـوتُ .. فـإني صحـــوت
ومــن خــاف أدلج عند الســـرى

Jun 11, 2009

Medang.

Sebuah cerita pendek yang dihasilkan oleh seorang rakan sekolah lama. Cukup seram namun ada pengajaran berguna. Terima kasih Syauqi atas kreativiti anda, Subhanallah. Izinkan saya abadikan cerita anda dalam blog ini. Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dari cerpen ini, InsyaAllah.

.....................................................................................

MEDANG

Malam itu,setelah letih mencabut uban atukku,hatiku tiba-tiba terdetik untuk menunaikan solat isyak di surau.Lama juga aku tidak pulang ke kampungku yang terletak di Paka,Terengganu.Raya tahun lepas,ibu bapaku mengambil keputusan untuk beraya di Kuantan.Musim cuti sekolah inilah peluangku untuk berjumpa atuk dan nenekku di kampung.Sayangnya,orang kampung baru sahaja selesai menunaikan solat isyak secara berjemaah ketika aku tiba di situ.Sempat juga aku bertemu dan bersalaman dengan beberapa orang pak cik tua yang merupakan kenalan atukku." kekgi jangang lupe tutup api!"pesan tok siak kepadaku taktala aku sedang mengangkat hadas kecil di kolah.Dalam kedamaian malam yang diselangi alunan bunyi cengkerik ,aku menunaikan kewajipan yang dituntut Ilahi.Setelah selesai mendirikan solat dan berdoa memohon ampunan daripada Allah,aku bersegera bangun mencari suis elektrik untuk menunaikan amanah tok siak.Tiba-tiba,mataku terpandang satu tubuh yang sedang bersandar di tiang suatu sudut penjuru surau.Setelah aku mengamati wajah lelaki tersebut,barulah aku sedar,manusia itu ialah Abang Hamdan,atau lebih mesra dengan panggilan Medang oleh orang-orang kampung.Aku tidaklah begitu mengenali dirinya,apatah lagi untuk rapat dengannya.Tetapi,yang pasti,aku amat mengenali burgernya,apatah lagi merapati burger tersebut,apatah lagi memasukkan burger tersebut ke dalam mulutku,apatah lagi menggigit burger tersebut dengan gigiku yang putih berseri,apatah lagi mengunyah burger tersebut,dan apatah lagi untuk menelannya...

aku : ala...abang rupenye,saye ingat sape takdi

medang : aiseh,makin hensem skang qi...mcm rosyam nor...kl menjerit

aku : jgn puji lebih2 bang,saye x tau nak wat muke camne nnti...abg pon ape kurangnye...makin putih skang

medang : ye ke?

aku : aah...putih macam mayat

medang : haha...gurau kasar nmpk...ko wat botox ke?serius makin hensem

aku : mane main botox2 ni...saye pki clean and clear je...abg pakai ape?

medang : shurah la...favourite aku

aku : amacam bisnes burger bang?

medang : macam gitu la...

aku : apsal bang?cam x smangat je jwb

medang : da tu...ko nak aku jwb camne lg?

aku : lek ah...jgn emo...gadoh ngan bini ke?

medang : mane ade...aku mane penah gadoh ngan bini aku

aku : gadoh ngan anak?

medang : takde la...wei,ko penah x terpikir...

aku :(mencelah) saye mmg slalu berpikir

medang : nanti dlu...ko penah x terpikir nak...

aku : (mencelah sekali lagi)nk bekerjasama ngan abg jual burger?

medang : bukan

aku : abis tu?nk mkn burger free?

medang : bukan...lepak ah...bg aku abis ckp dlu...

aku : orait2...cakap la...

medang : kdg2 qi,aku tepikir,aku ni asek bisnes burger je...

aku : ye la...sume org tau...abg bkn bisnes kebab

medang : mmg la...tp aku kdg2 sebok sgt bisnes burger smpi lupe nak smayang

aku : ni knape ni?lain mcm je bunyi?nak wat usrah ke?

medang : takde la...tp kdg2 aku smpi lupe utk wat bende wajib yg Tuhan perintah smate-mate nk kejar bende2 duniawi ni

aku : aah...btol gak...saye pon bkn la nk kutok abg...tp sblom ni time saye balek kampung pon rasenye x penah nmpk abg g surau...x tau la kot abg slalu smayang sof blakang saye ke x pon saye x prasan abg smayang satu sof ngan imam ke

medang : tu la...mmg btol ape yg ko ckp tu qi...aku kejar dunia kdg2 smpi lupe akhirat

aku : saye pon xde la bagus sgt bang...saye pon kdg2 ade gak kejar dunia smpi lupe akhirat

medang : contoh?

aku : saye maen facebook smpi lupe bace quran

medang : kalo ikot pon,aku tanye ko qi...kalo kite x smayang Tuhan marah x?

aku : ofkos la...lg2 yg da akil baligh

medang : kalo x jual burger?Tuhan marah x?

aku : emm...ssh la nk jwb...tp kite pon kene bekerje gak

medang : ye la...mmg btol,kite kene gak buat mende tu sume...cume aku nk ckp kat sini jgn buat mende tu sume smpi lupe akhirat

aku : eh,bang...ni knape tibe2 cite psl bab2 akhirat ni?x penah2 pon abg macam ni

medang : tu dulu qi...skang aku da brubah

aku : tp lek ah...abg still mude lg,34 taun...enjoy dulu puas2 mase mude ni...da tua nnti baru pulun wat ibadat

medang : ni yg aku rase nk sound ko ni qi...aku bknnye ape...tp aku cume nk ko pikir...ko yakin ke ko idup smpi tua?Tuhan kalo nak cabut nyawe ble2 je

aku : btol bang...bila izrail...

medang :(mencelah)dah la...ko sambung kat umah je lagu tu

aku : kacau line je...baru nk tunjuk bkt

medang : ni lah masalah org mude...diorg yakin yg diorg bleh idup smpi ke tua

aku : btol bang...saye bleh bg contoh

medang : ape die?

aku : cthnye mat rempit...diorg rempit sbb diorg yakin xkn mati slagi x tua

medang : ala...bkn mat rempit je,aku rse majoriti org mude pikir gitu

aku : peh...mkn dlm tu...saye org mude gak...pedih saye kene bang

medang : ko pikir la sndri qi...aku cume nk ko pikir je mende ni

aku : emm...ye bang...len kali ajak ramai sket wat usrah...baru syok ade sesi soal jwb

medang : dua org pon boleh wat soal jwb gak

aku : ok la bang...saye nk balek ni...

medang : apsal awal sgt?samarinda pon blom stat lg

aku : sory la bang...saye kene balik gak...nk smbung cabut uban tokki saye...tergendale tadi...jom la ikot saye

medang : g mane?

aku : umah tokki saye la...boleh minum2 skali

medang : xpe ah...aku nk stay kat sini jap...ko pikir la mende yg aku ckp ni qi...slagi ade pluang,gunekan la pluang tu sblom ko nyesal

Abang Hamdan memang dah banyak berubah.Rasa macam baru sahaja semalam aku melihat dia sedang menggoreng burger sambil melayan pelanggan.Aku juga terasa seperti baru semalam aku mengunyah burgernya.Hari ini,dia telah membuka minda aku untuk berfikir.Kata-katanya pun ada kebenarannya.Aku terus melangkah menuju ke rumah atukku.Lebih kurang 200 meter lagi untuk sampai ke destinasi yang ditujui,aku terserempak dengan Pak Mat,rakan atukku.

Pak Mat : Dari mane?

aku : surau...td jumpe Abang Hamdan

Pak Mat : Medang?

aku : aah

Pak Mat : ko gi kubor die mlm2 gini?

aku : x baik la Pak Mat buat lawak sin chan...x baik samekan burger stall ngan kubor...die da byk brubah...td pon bkn saye jumpe die kat kedai burger,saye jumpe die kat surau

Pak Mat : aku ke ko yg buat lawak?

aku : napenye?

Pak Mat : tokki ko x bgtau ke?medang tu da meninggal 2 minggu lpas...accident motor kat buloh gading...org ckp die accident pas smayang Jumaat...

aku : serius?

Pak Mat : ha?skang sape sin chan?

aku : abis tu...yg saye jum...err...Innalillahhiwainailaihirajiun...

Jun 10, 2009

Menyerang orang kafir dengan bom nuklear?

Ada orang Islam yang bercita-cita mencipta bom nuklear dan bom anti-jirim untuk memusnahkan orang kafir. Alasannya mudah, kerana orang kafir menyerang kita, maka kita WAJIB mempertahankan diri.

Namun tahukah anda betapa besarnya kesan dan betapa seksanya azab serangan nuklear ini?

Kita lihat sahaja kesan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sehingga sekarang, mangsa-mangsanya masih hidup menderita. Ada yang menderita kanser, ada yang menderita tekanan psikologi kerana kehilangan orang tersayang, ada yang menderita kecacatan anggota badan. Padahal, mereka tidak terlibat pun dalam Perang Dunia Kedua. Yang terlibat hanyalah tentera mereka. Mereka yang diserang ini kebanyakan sedang bekerja, sedang mengajar dan sedang melakukan kerja-kerja harian yang tidak ada langsung kena mengena dengan perang.

Cuba bayangkan sekiranya mereka yang menggugurkan bom atom itu bukan Amerika sebaliknya tentera Islam. Apakah pandangan orang-orang Jepun terhadap Islam dan tenteranya? Sudah tentu mereka mencemik muka dengan penuh jijik terhadap pandangan peperangan dalam Islam. Salah faham terhadap Islam mula membiak subur di kalangan mereka. Mereka menganggap bahawa orang Islam ini sangat kejam, tidak berperikemanusiaan, membunuh orang tua, kanak-kanak dan wanita . Lalu mereka menolak Islam sehingga sekarang. Mungkin kesannya lebih buruk dari serangan 11 September. Ini kerana orang kafir menilai Islam dari penganutnya, bukan dari teras agamanya (melainkan mereka yang mengkaji al-Quran).

Islam tidak mengajar umatnya bersikap kejam terhadap makhluk lain. Perbuatan menggugurkan seketul bom atom yang akhirnya mengewapkan tulang dan daging menjadi awan hitam yang gugur sebagai hujan yang busuk, amatlah tidak dapat diterima oleh akal manusia yang waras. Jika sekiranya orang-orang kafir itu menyerang orang Islam dengan hanya berperang menggunakan senapang, kereta kebal dan mortar, wajarkah kita menggugurkan bom yang menghancurkan tubuh dan jasad rakyatnya yang langsung tidak kenal erti peperangan? Bukankah kita diwajibkan berperang ketika kita diperangi? Dan kita hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat menyerang kita, bukannya wanita, kanak-kanak dan orang tua, serta haiwan ternakan dan tumbuh-tumbuhan. Jika kita melakukan selain itu, maka kita termasuk dalam golongan orang-orang yang melampaui batas dan kejam terhadap makhluk, lalu memburukkan nama Islam di mata orang kafir dan seterusnya mendapat laknat dan kemurkaan Allah.

Ini bermakna bukanlah kita tidak boleh langsung membangunkan teknologi nuklear dan persenjataan anti-jirim seperti yang diminati kebanyakan anak muda yang belajar fizik dan kimia. Kita boleh membangunkannya untuk menunjukkan kekuatan umat Islam. Dengan ini, orang kafir akan berasa kagum dengan umat Islam, dan ini mungkin boleh dijadikan salah satu faktor untuk mereka mendalami agama ini dan seterusnya menerima. Dengan menerima agama Islam, mereka akan menjadi sebahagian dari kita. Maka apabila mereka sudah menerima Islam dan menjadi sebahagian daripada kita, apa faedahnya lagi untuk kita bermusuhan?

Kita juga boleh membangunkannya dengan tujuan meneroka kaedah baru dalam menghasilkan bekalan tenaga elektrik. Bekalan tenaga elektrik dapat digunakan untuk menyalakan lampu, kipas dan komputer untuk memudahkan ibadat.

Ambillah contoh teladan yang baik dari Sultan Muhammad alfatih. Adakah beliau membunuh tawanan perangnya yang kafir? Tidak sekali-kali. Malah tawanannya memeluk Islam kerana tertarik dengan kemuliaan budi pekerti tentera Islam.

Kita lihat pula orang-orang Islam di Palestin pada masa sekarang. Adakah mereka membunuh wanita dan kanak-kanak Yahudi meskipun kanak-kanak dan wanita mereka dibunuh? Tidak sekali-kali! Mereka yakin balasan Allah di akhirat nanti. Mereka tidak berdendam. Berperang di jalan Allah, maka kenalah ikut garis panduannya.

Adab berperang dalam Islam: Berperang hanya kerana diperangi, dan kita tidak BOLEH SEKALI-KALI MENYERANG WANITA,KANAK-KANAK DAN ORANG TUA, TUMBUHAN DAN HAIWAN!! Ya, walaupun sang musuh menggunakan bom sekuat nuklear untuk menghancurkan kita. Kita tidak boleh sekali-kali membalas dengan nuklear. Kerana nuklear itu kesannya terlalu besar sehingga melibatkan manusia yang tidak bersalah dan makhluk lain. Ini bermakna bukanlah kita tidak boleh membalas langsung serangan mereka DENGAN NIAT UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI. Kita boleh mempertahankan diri, dengan syarat kita menyerang ORANG-ORANG YANG MENYERANG ITU SAHAJA,bukannya orang tua, wanita dan kanak-kanak.

Sebelum kita sibuk berfikir bagaimana mahu mencipta senjata nuklear tercanggih bagi memusnahkan musuh-musuh Islam, baik kita fikirkan dahulu BAGAIMANA CARANYA AGAR SENJATA ITU HANYA MEMBUNUH TENTERANYA SAHAJA DAN BUKANNYA RAKYAT MEREKA YANG TIDAK BERDOSA. Namun, bunyinya agak mustahil. Kerana uranium sebesar bola golf pun sudah mampu menghasilkan tenaga yang sangat tinggi. Sangat mustahil, melainkan jika kebijaksanaan para cendekiawan sudah sampai ke suatu tahap, di mana kita mampu mengawal proses nuklear pada peringkat nano dan mikro. Saya bukanlah seorang ahli fizik mahupun seorang saintis nuklear, namun dari pengamatan saya secara logiknya, adalah mustahil untuk kita sampai ke tahap itu. Ya, mustahil BUAT MASA SEKARANG UNTUK KITA MENGAWAL DAN MENGHADKAN SEBUAH KEKUATAN SENJATA NUKLEAR AGAR IA HANYA MEMUSNAHKAN SEBILANGAN KECIL MUSUH SAHAJA. Kalaupun tidak mustahil, mungkin harga senjata tersebut sangat mahal di pasaran, kerana mungkin ia melibatkan nanoteknologi . Kesannya sama sahaja, kerana tujuan kita ialah untuk membunuh musuh demi mempertahankan diri. Buat apa beli senjata mahal-mahal, sedangkan kita masih boleh membunuh musuh menggunakan senapang biasa. Ini membazir namanya.

Namun yang peliknya mengenai kita ialah, mengapa apabila kuffar mahu menyerang kita dengan senjata nuklear, kita mesti memikirkan bagaimana menyerang balas mereka dengan senjata nuklear kembali, malah dengan lebih kuat? Kita himpunkan para saintis untuk mencipta senjata yang lebih kuat bagi melawan mereka. Mengapa api mesti dibalas api? Padahal kita boleh sahaja memikirkan cara lain yang tidak berbahaya. Contohnya, kita boleh menghimpunkan para saintis bagi mencipta kaedah bagi merencatkan bom nuklear itu, atau menghentikannya terus. Jika kuffar melancarkan peluru berpandu, kita fikirkan pula cara bagaimana mencipta penangkis peluru berpandu, bukannya membalas serangan mereka. Bukankah ini dikatakan mempertahankan diri? Api sememangnya hanya boleh dipadamkan dengan air. Jika ditambah api, maka semakin maraklah ia menyala. Manusia akan terus berbunuh-bunuhan sepanjang zaman tanpa kesudahan.

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” (Fusshilat/ Haa Miim Sajdah:34)

Yang lebih utama ialah, lebih baik kita fikirkan BAGAIMANA CARA BERDAMAI DENGAN ORANG KAFIR DAN SETERUSNYA MEMBAWA MEREKA MENGENAL ISLAM dan BAGAIMANA MENJADI ORANG ISLAM YANG DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA MEREKA, daripada sibuk memikirkan bagaimana meneruskan pergaduhan dengan mereka dengan senjata nuklear, anti-jirim dan sebagainya, dan berlumba–lumba siapa yang akan menjadi hero atau jagoan di dunia yang seumpama bangkai kambing bertelinga cacat ini.

Dunia atau akhirat?

Tidak dinafikan, ramai di antara kita yang bercita-cita ingin mengatasi orang kafir dalam segala bidang di dunia ini. Ada yang bercita-cita mencipta bom nuklear, bom anti-jirim, pelancar roket, meneroka angkasaraya, mencipta teknologi baru, mikrocip baru, motosikal dan kereta model terbaru, enjin tercanggih, dan segala-galanya yang canggih. Ada juga yang bercita-cita mahu menang anugerah Nobel, anugerah itu dan anugerah ini. Tujuannya mungkin salah satu daripada di bawah:

a) Akhirat
b) Dunia

Orang yang cita-citanya di atas adalah bertujuan untuk mendapat kebahagian akhirat, maka dia beruntung. Mereka mencipta teknologi bukanlah untuk berlumba-lumba dengan orang kafir mahupun menyerang mereka sesuka hati. Mereka mahu orang Islam beribadat dengan mudah. Mereka mencipta mikrocip dan perisian al-Quran dan Hadis bagi menghimpunkannya dalam satu gajet yang mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dihafal. Mereka meneroka bidang nuklear bagi menghasilkan tenaga elektrik yang lebih berfaedah, bukannya tenaga bom yang menyebabkan kemusnahan di muka bumi Allah. Mereka meneroka angkasaraya dan bidang astronomi bagi memudahkan proses penentuan waktu-waktu ibadat seperti waktu solat,puasa dan sebagainya. Segala-galanya bertujuan kepada memudahkan pengabdian kepada Allah. Mereka bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari manusia di dunia,bahkan dianugerahkan pahala.

Orang yang cita-citanya di atas adalah bertujuan untuk mendapat kebahagian dunia, maka rugilah dia. Mereka mencipta teknologi sekadar untuk berlumba-lumba, dan mahu mendapat pujian manusia. Kononnya mereka dewa, merekalah manusia yang paling cerdik dan merekalah kononnya mengetahui apa yang manusia lain tidak tahu. Mereka riak dengan ilmu mereka, padahal nanti mereka akan mati dikambus tanah dan dimakan ulat jua. Mereka mencipta bom nuklear dan bom anti-jirim untuk memusnahkan orang lain. Pada mereka, orang-orang ini tidak layak untuk hidup di dunia ini. Mereka sahajalah yang layak. Padahal, mereka akan mati jua satu hari nanti. Yang membezakan cuma tempoh masanya sahaja. Mereka merasakan bahawa mereka memiliki segala-galanya, kekuatan dan kebijaksanaan, padahal milik Allah jualah segala perbendaharaan langit dan Bumi.

“Merekalah (orang2 munafik) yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).” (Munafiqun: 7)

Semoga mendapat pengajaran berguna dari rencana ini walaupun sedikit.

Jun 8, 2009

Kawakib.

Bintang-bintang (Arab-kawakib) ialah ciptaan Allah (Maha Suci Dia dengan Segala Ketinggian) yang kecil tapi sebenarnya besar. Kecil pada pandangan manusia, namun sebenarnya mempunyai manfaat yang besar pada manusia. Matahari yang merupakan sejenis bintang, membebaskan tenaga sinaran yang merupakan sumber tenaga hidupan di Bumi. Bintang-bintang kecil pada pandangan manusia, namun saiz sebenarnya sangat besar, malah berjuta kali ganda lebih besar dari Bumi yang kita diami ini.

Berikut gambar-gambar menarik yang diambil dari HowStuffWorks. Semoga terhibur. :)


Dalam lakaran artis ini, kawasan kuning di pusat mewakili lohong hitam raksasa. Di sekelilingnya merupakan habuk dan debu bercampur baur dengan gas yang panas dan menghala keluar dari pusat. Berapa besarkah sebenarnya lohong hitam ini? Ketahui di foto yang seterusnya.



Rajah ini menunjukkan perbandingan antara saiz lohong hitam yang berlainan dengan saiz matahari. Seperti yang diketahui, sebuah lohong hitam boleh menarik masuk berjuta-juta bintang. Dan hakikat ini sememangnya benar.



Lohong hitam raksasa dalam sesetengah galaksi menghasilkan suatu kawasan yang lengang, ini disebabkan ia menghentikan pembentukan bintang baru. Anehnya, lohong hitam terletak di pusat kebanyakan galaksi.



Seperti kebanyakan galaksi, NGC 1097 , sebuah galaksi berpilin, memiliki lohong hitam di pusatnya. Gambar seterusnya menunjukkan imej Hubble terbaru yang menunjukkan lohong hitam yang lain dalam suatu galaksi.



Ini merupakan gambaran majmuk (English-composite image) sebuah kepulan awan galaksi terletak kira-kira 2.6 bilion tahun cahaya dari Bumi. Tiga pandangan kawasan ini telah diambil menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble NASA dalam Februari 2006. (ini salah satunya).



Gambar ini menunjukkan sebuah teleskop gelombang radio raksasa milik NASA. Seterusnya, lihat salah sebuah penemuan Einstein’s yang terkenal, iaitu ‘lohong cacing’. (English-wormhole)



Ini ialah gambaran lohong cacing, atau titian Einstein-Rosen, tersebar keluar (English-bursting open) dalam ruang hampagas (English-vacuum space) yang terbuka. Ramai yang percaya lengkungan ini membolehkan pengembaraan masa (English-time travel) dilakukan.



Zarah hitam (English-dark matter) masih diperbahaskan kewujudannya, dengan zarah-zarah subatom dan lohong hitam dipertimbangkan sebagai salah satu pembentuk kumpulan zarah hitam ini.

Jun 3, 2009

Rumusan : Mei 2009

Secara keseluruhannya, terdapat tiga rencana akidah dalam bulan Mei ini iaitu ‘Percaya’ , Mitos dan ‘Jalan yang lurus’, yang membincangkan peri pentingnya akidah dalam hidup beragama. Akidah membezakan orang Islam dan bukan Islam, dan ciri penentu dalam penerimaan sesebuah amalan yang dilakukan. Penulis juga mengulas tentang khutbah Jumaat pilihan pada bulan ini iaitu ‘La Taghdab’. Sebagai usaha kecil bagi mengetahui apa itu Wahabi, maka penulis juga menyalin kembali sebuah sumber tentangnya dalam ‘Siapa Muhammad bin Abdul Wahab?’. Selain itu, segmen sejarah turut menghidangkan sebuah rencana menarik mengenai salah sebuah peperangan terpenting dalam Islam iaitu Peperangan Ain Jalut. Tidak lupa laporan mengenai Jaulah Turki 2009 yang berjaya ditulis setelah menempuh pelbagai onak duri, mendaki gunung yang tinggi dan merentas lautan api demi menyiapkan laporan yang tidak seberapa rasmi ini. Harap para pembaca dapat sesuatu yang berguna dari pembacaan walaupun sedikit.