Pendahuluan
Gegasing (English-gyroscope) ialah sejenis perkakasan yang
digunakan bagi mengekalkan kedudukan suatu objek dalam ruang tiga matra
(English-three dimensional space).
Contoh gegasing ialah seperti yang ditunjukkan dalam gambar
di bawah:
Sumber: http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/imgmec/gyro.gif
Untuk memahami bagaimana gegasing berfungsi, kita perlu
terlebih dahulu memahami bagaimana gasing berfungsi. Ini kerana gasing ialah
bahagian utama yang membolehkan gegasing menjalankan fungsi utamanya, iaitu
mengekalkan kedudukan objek.
Gasing ialah sejenis permainan yang terkenal dalam masyarakat
Melayu dan telah sebahagian dari budayanya.
Sebelum gasing dimanfaatkan di dalam gegasing, masyarakat
Melayu telah menyedari bahawa gasing yang berputar ligat akan berdiri tegak dan
kekal pada kedudukan tersebut selagimana ia berada pada kelajuan putaran
tertentu, dan jatuh ketika ia berhenti berputar.
Sumber: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUUssYyBOaPh2olGgdsYc4ypGGOM5W-GwEeoe3A6I3Y6n_KKydjWpylvkBG_wxKujHcG1UDqejVa96qBUIBELOy5JuJAbus-WiCQmXLIt56GrdY08lZOyp95EzDg59FZPx9QVlUgey9gg/s320/gasing20080428wk4.jpg
Sumber:
http://farm4.static.flickr.com/3580/3656148480_4310192a6a.jpg
Gasing yang berputar ligat akan berdiri tegak.
Fenomena gasing yang tegak apabila berputar ini menjadi
perkara biasa, bahkan ia menjadi unsur dalam budaya Melayu kerana sudah lama
diketahui.
Namun begitu, meskipun ia nampak terlalu biasa dan normal
dan tidak perlu diperbincangkan secara terperinci , sebenarnya tidak ramai yang
tahu mengapa dan bagaimana ia berlaku. Sedangkan di sebalik fenomena yang mudah
dan dianggap remeh inilah tersirat salah satu dari pelbagai prinsip-prinsip
asas fizik yang menarik, yang pada masa kini digunakan bagi membantu
menstabilkan kedudukan satelit dan kapal terbang ketika menerawang ruang
angkasaraya, dan membolehkan layar telefon pintar anda diperbetulkan meskipun
anda memutarkannya pada mana-mana arah.
Justeru untuk rencana pada kali ini, penulis akan
menerangkan mengenai gegasing atau giroskop dan bagaimana ia berfungsi serta
manfaatnya dalam kehidupan seharian.
Bagaimana gasing yang
berputar boleh berdiri tegak?
Jika gasing diputarkan dengan perlahan, kita boleh menumbangkannya
dari kedudukan tegak dengan mengenakan hanya
sedikit daya.
Namun jika ia berputar dengan lebih laju, maka semakin besar daya yang perlu dikenakan
ke atas gasing untuk menumbangkannya dari kedudukan tegak.
Ini kerana semakin laju putaran gasing, semakin kukuh
kedudukannya semasa ia berdiri dan semakin sukar untuk ia ditumbangkan.
Keupayaan yang membolehkan gasing berdiri tegak ketika ia
berputar ialah sejenis momentum yang dinamakan momentum putar (English-angular momentum).
Momentum putar wujud
pada semua jasad yang berputar pada satu-satu paksi. Matahari, bulan dan
bumi juga memiliki momentum putar masing-masing disebabkan putaran mereka pada
paksi masing-masing.
Momentum putar memiliki tiga komponen utama; iaitu jisim, jejari dari pusat putaran dan
laju putaran. Momentum putar ialah hasil darab vektor ketiga-tiga komponen
ini.
di mana L=momentum putar, m=jisim gasing, r=jejari gasing,
v=halaju putaran
Jika gasing diperbuat daripada bahan yang berat, maka ia
akan memiliki momentum putar yang tinggi pada laju putaran yang rendah. Maka ia
mudah ditegakkan meskipun dengan hanya dikenakan daya yang kecil.
Gasing piring memiliki berat yang lebih besar berbanding
gasing bujur. Selain itu, gasing piring juga memiliki jejari yang lebih besar.
Maka ia memiliki momentum putar yang tinggi pada laju putaran yang rendah dan
lebih mudah ditegakkan di atas tanah.
Sumber: http://gasingindonesia.files.wordpress.com/2009/03/7.jpg?w=300&h=219
Sumber : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTpOBO-MB3F4scNEI1w_-C5yu5waWHrZwa9fiJ-sCGYeJlYS8S_eBqL48QPNaX2NF3oLW_AS2tZ1T177rmhKcopv2js-ziaCf4Vi78gnD14HcUwIwAmrA6HB-MfaORHS7GBVgDYv8M3iE/s1600/Gasing+jantung.jpg
Gasing piring (atas) memiliki jejari yang lebih besar
berbanding gasing jantung.
Bingkai putar (English-gimbal)
Kebolehan gasing mengekalkan kedudukan tegaknya dalam ruang
semasa ia berputar ligat, membolehkan ia digunakan sebagai penetap kedudukan suatu
objek dalam ruang.
Untuk tujuan tersebut, satu kaedah diperlukan bagi
melekapkan gasing pada satu objek (objek yang ingin dikekalkan kedudukannya
dalam ruang) namun membiarkan ia berputar bebas tanpa objek tersebut mengganggu
putaran gasing. Maka di sini bingkai
putar diperlukan.
Bingkai putar (English-gimbal) dibina daripada tiga gelang,
masing-masing dibenarkan berputar pada tiga paksi utama putaran dalam ruang
tiga matra (English-three dimensional space), di mana paksi-paksi ini biasanya
dinamakan paksi x, y dan paksi z dan berserenjang antara satu sama lain. Gasing
akan dilekapkan pada gelang yang paling dalam pada bingkai putar.
Sumber: http://around-the-corner.typepad.com/.a/6a0163057a21c8970d017743e0b713970d-800wi
Rajah menunjukkan bingkai putar tanpa gasing di dalamnya.
Jika paksi anggul (English-pitch axis) ialah paksi X, maka paksi guling
(English-roll axis) ialah paksi Y, dan paksi rewang (English-yaw axis) ialah
paksi Z (mengikut urutan jam). Untuk menghasilkan sebuah gegasing, gelang
paling dalam (gelang biru) digantingkan dengan sebuah gasing seperti rajah di
bawah:
Sumber: http://images.yourdictionary.com/images/main/A4gimbal.jpg
Apabila gasing dibiarkan berputar di dalam sebuah bingkai putar, bingkai putar tersebut
boleh digerakkan ke mana-mana arah tanpa mengubah kedudukan gasing yang sedang
berputar dan gelang yang memegangnya. Ini kerana gasing yang berputar akan
mengekalkan kedudukannya dalam ruang akibat dari tindakan momentum putar.
Dalam video di atas, kelihatan gasing turut sama berpusing.
Jika kita menetapkan gasing tersebut pada satu kedudukan, sebenarnya hanya
gelang-gelang tersebut yang berpusing sedangkan gasing tetap berada pada
kedudukan yang sama.
Gabungan gasing dan bingkai putar sebagai satu set perkakas
ini dinamakan gegasing (English-gyroscope).
Sebarang objek yang ingin dikekalkan kedudukannya dalam
ruang akan dilekapkan pada luar bingkai putar dan gasing akan dibiarkan
berputar pada bahagian teras bingkai putar (dan dipegang oleh bingkai putar
yang paling dalam) menggunakan tenaga elektrik atau medan magnet.
Gasing akan mengekalkan gelang yang memegangnya pada
satu-satu kedudukan dalam ruang akibat dari momentum putar, sementara dua lagi
gelang boleh diputarkan ke mana-mana arah tanpa mengganggu kedudukan asal
gasing di terasnya, dan dilekapkan pada objek yang ingin dikekalkan
kedudukannya seperti helikopter dan kapal terbang.
Katakan kita ingin mengekalkan helikopter pada satu-satu
kedudukan ketika ia terbang di udara. maka kita melekapkan helikopter ini pada
gelang luar dalam bingkai putar sebuah gegasing. Katakan, dalam sebuah
penerbangan, helikopter terbang sedikit condong akibat perlanggaran dengan molekul
udara yang tebal.
Gelang luar pada gegasing akan ikut sama mencondong, sementara gelang paling dalam akan kekal pada kedudukan asal akibat dari momentum putar gasing yang dipegangnya yang sedang berputar ligat.
Dari itu, belokan helikopter menyebabkan berlaku sedikit sisihan antara gelang luar dan gelang dalam pada bingkai putar gegasing. Sisihan ini diukur menggunakan sejenis pengesan elektronik, menggunakan kaedah pengukuran kemuatan (English-capacitance) atau kearuhan (English-inductance), kemudian menghasilkan isyarat elektrik untuk dihantar ke kipas belakang helikopter.
Gelang luar pada gegasing akan ikut sama mencondong, sementara gelang paling dalam akan kekal pada kedudukan asal akibat dari momentum putar gasing yang dipegangnya yang sedang berputar ligat.
Dari itu, belokan helikopter menyebabkan berlaku sedikit sisihan antara gelang luar dan gelang dalam pada bingkai putar gegasing. Sisihan ini diukur menggunakan sejenis pengesan elektronik, menggunakan kaedah pengukuran kemuatan (English-capacitance) atau kearuhan (English-inductance), kemudian menghasilkan isyarat elektrik untuk dihantar ke kipas belakang helikopter.
Kipas belakang helikopter akan berputar bagi membetulkan
kembali kedudukan helikopter yang tercondong, ke kedudukan asal. Arah
pembetulan ialah berdasarkan isyarat elektrik yang diterima, yang bergantung
kepada keadaan sisihan di dalam gegasing.
Prinsip yang sama digunakan pada pesawat penumpang
(English-passenger jet), di mana isyarat dari gegasing akan dihantar ke
pengawal sayap pesawat atau enjin jetnya bagi membetulkan kedudukan pesawat
yang mungkin tercondong akibat dari udara yang tebal dan sebagainya.
Contoh aplikasi
gegasing
Gegasing pada zaman moden wujud dalam pelbagai bentuk namun
masih memiliki persamaan fungsi dan cara kerja. Gegasing yang wujud dalam
Iphone dan kebanyakan telefon pintar digunakan bagi menyelaras kedudukan layar
ketika badan telefon pintar ini diputarkan. Gegasing ini amat kecil dan prinsip
kerjanya adalah sedikit berbeza berbanding gegasing yang dibincangkan di atas.
Gegasing dalam telefon pintar ialah sejenis gegasing yang
dinamakan gegasing getaran jasad
(English-vibrating structure gyroscope) di mana ia menggunakan objek yang
digantungkan menggunakan spring di dalam sebuah ruang pengesan (English-sensor).
Ini bermakna dalam gegasing jenis ini, gasing atau teras berputar digantikan
dengan teras yang bergetar.
Rajah di atas menunjukkan teras yang bergetar dalam gegasing
getaran jasad. Dalam rajah tersebut, jisim berayun (English-resonating mass)
akan sentiasa bergetar ke atas dan ke bawah di antara dua spring yang
memegangnya, di dalam sebuah bingkai dalam (English-inner frame). Apabila
telefon pintar diputarkan, berbanding bingkai dalaman turut sama berputar
mengikut telefon, ia tidak berputar, sebaliknya hanya bergerak lurus ke kiri
atau ke kanan. Lihat rajah di bawah:
(Kosa kata tambahan untuk rajah di atas:
Coriolis sense finger (Bahasa Melayu-jejari pengesan daya
Coriolis)- jejari ini ialah pengesan pergerakan bingkai dalaman ke kiri atau ke
kanan.
Mass drive direction (Bahasa Melayu-arah pergerakan jisim)-
arah pergerakan jisim yang bergetar di dalam bingkai dalaman)
Dalam rajah ini, telefon pintar digambarkan seperti sebuah
roda yang mempunyai gegasing seperti dalam rajah yang mendahului rajah ini.
Jika telefon pintar diputarkan, sejenis daya yang digelar ‘daya Coriolis’
(English-coriolis force) akan menggerakkan bingkai dalaman gegasing tersebut ke
kiri dan ke kanan. Sepatutnya, bingkai ini bergerak dalam gerakan berbentuk
bulatan, akan tetapi disebabkan jisim di dalamnya bergetar, maka hanya gerakan
lurus yang boleh diterjemahkan dari tindakan daya Coriolis. Gerakan ini akan
memberikan isyarat elektrik melalui jejari pengesan daya Coriolis di sepanjang
bahagian luar bingkai dalaman, dan diproses oleh telefon pintar untuk sebagai
contoh, membetulkan paparan pada layarnya.
Sepertimana gasing yang berputar tetap pada paksinya di
dalam gegasing, teras yang bergetar juga
bergetar tetap pada satah getarannya.
Getaran memiliki momentum putar yang tersendiri sebagaimana gasing, di mana
momentum putar inilah yang menyebabkan teras yang bergetar berada tetap pada
satah getarannya (sebagaimana momentum putar mengekalkan gasing pada paksi
putarannya) dan menyebabkan daya Coriolis yang sepatutnya menyebabkan gerakan
bengkok bingkai dalaman, diterjemahkan sebaliknya ke dalam gerakan lurus ke
kiri dan ke kanan.
Apakah persamaan antara gegasing dengan teras gasing dengan
gegasing getaran jasad? Jika gasing dalam gegasing teras gasing disokong dalam
bingkai putar, teras yang bergetar dalam gegasing getaran jasad disokong oleh
spring. Gegasing getaran jasad secara realitinya dibina daripada cip silikon
dan dipaterikan bersama-sama papan litar elektronik. Saiznya amat kecil dan
hanya boleh diperhatikan di bawah mikroskop dan biasanya dapat dikenalpasti
sebagai komponen elektronik dalam bekas aluminium berbentuk petak yang bersaiz
dalam julat sentimeter.
Sebuah gegasing getaran jasad
sumber: http://www.tablix.org/~avian/blog/images2/2011/01/gyroscope_element_inside_micro_rc_helicopter.jpg
Satu lagi gegasing getaran jasad, pada papan litar
Selain telefon pintar, gegasing getaran jasad turut
digunakan dalam alat permainan kawalan jauh seperti helikopter kawalan jauh
bagi membantu menyeimbangkan kedudukannya di udara ketika terbang dan
seterusnya memudahkan kawalan oleh pemain.
Salah satu helikopter kawalan jauh.
Gegasing juga digunakan dalam kapal terbang. Sebagaimana
helikopter kawalan jauh, gegasing dalam kapal terbang digunakan bagi
mengekalkan kedudukan kapal terbang supaya ia sentiasa berada pada kedudukan
yang betul dari aras bumi (tidak terbalik dan sebagainya). Gegasing dalam kapal
terbang ialah seperti gasing sebenar (seperti yang dibincangkan pada awal
artkel), namun saiz gasingnya lebih besar dan ia dinamakan roda tenaga
(English-flywheel).
‘Powerball’
Gegasing juga digunakan sebagai alat senaman tangan yang
digelar ‘Powerball’ atau kadangkala digelar ‘gegasing’ secara formalnya.
Pengguna akan memutarkan roda di dalam alat senaman ini sehingga ia berputar
agak laju.
Powerball
Powerball sebenarnya ialah sejenis gegasing dengan teras
gasing, dan direkabentuk bagi tujuan senaman tangan berbanding digunakan untuk
mengekalkan kedudukan jentera dalam ruang.
Powerball berfungsi sebagaimana gegasing dengan teras gasing
biasa, cuma ia hanya memiliki dua paksi putaran; satu paksi untuk gasingnya
berputar dan satu paksi lagi untuk paksi gasing tersebut berputar. Kedua-dua
paksi adalah berserenjang antara satu sama lain.
Dari itu, gasing dalam Powerball boleh melakukan dua jenis
putaran; satu putaran ialah putaran gasing tersebut pada paksinya (paksi
gasing), dan satu lagi putaran ialah putaran
paksi gasing tersebut pada paksi kedua yang selari dengan satah putaran
gasing (atau berserenjang dengan paksi gasing).
Rajah di atas menunjukkan Powerball yang dibuka. Rotor
berwarna kuning ialah gasing. Paksi gasing ini boleh bergerak bebas di dalam
lurah pada bahagian dalam gelang yang berwarna putih. Perhatikan bahawa paksi
pusingan gasing ialah berserenjang dengan paksi pusingan untuk paksi gasing
melalui lurah pada gelang putih. Gelang putih ini dilekapkan pada bahagian
dalam bekas hemisfera yang berwarna biru.
Dengan putaran gasing yang laju pada paksinya, momentum
putar yang terhasil akan cuba mengekalkan paksi putaran gasing pada satu
kedudukan tertentu (sebagaimana putaran gasing mengekalkan gasing kepada
kedudukan tegak).
Seperti yang dijelaskan, dalam Powerball, gasing juga dibenarkan
memutarkan paksinya di sekitar paksi kedua.
Aktiviti senaman tangan dilakukan oleh pengguna dengan
mengenakan daya yang melawan daya yang
menetapkan paksi putaran gasing tersebut (iaitu dari momentum putar gasing),
dengan memusingkan paksi gasing dengan cara menggoncangkan Powerball itu dengan cara yang sesuai.
Semakin laju putaran gasing, maka semakin sukar untuk
menukarkan kedudukan paksi putarannya pada paksi kedua, dan semakin besar daya
yang perlu dikenakan oleh tangan pengguna. Ini dikatakan akan menguatkan sendi
tangan dan daya cengkaman tangan.
Video di atas menunjukkan cara-cara memutarkan Powerball.
Tali merah dililit pada gasing kuning dan kemudian ditarik untuk memutarkannya.
Kemudian, Powerball digoncang agar gasing kuning turut membuatkan paksinya
berputar di dalam gelang di dalam Powerball. Semakin laju gasing kuning
berpusing, semakin berat Powerball dan semakin kuat daya yang diperlukan untuk
menggoncangkannya.
Aplikasi-aplikasi
lain
Dalam bidang telekomunikasi, gegasing juga digunakan dalam
satelit buatan manusia bagi melaras kedudukannya relatif kepada permukaan bumi,
dan memudahkan kawalan pemantul, panel solar serta penentuan kedudukannya di
angkasaraya.
Secara umumnya, gegasing wujud dalam pelbagai teknologi yang
ingin mengekalkan kedudukannya dalam ruang tiga matra. Contoh lain penggunaan
gegasing ialah dalam teknologi Rolly oleh SONY.
Rolly ialah sejenis robot bebola yang boleh berputar ke
mana-mana arah dan ia mampu kembali semula ke kedudukan asalnya meskipun ia
sudah melakukan pelbagai putaran dan gerakan-gerakan lain. Ini kerana litar
elektronik di dalamnya mengandungi gegasing magnetik kecil yang mampu mengingat
dan mengembalikan semula ia ke kedudukan asalnya sama seperti gegasing di dalam
kapal terbang.
Rolly
Segway ialah sejenis kenderaan ringkas yang memiliki dua
roda kecil pada kedua-dua belah bahagian pemandunya. Imbangan badan pemandu
dikawal oleh gegasing getaran jasad yang terletak pada papan litar
elektroniknya. Jika pemandu memecut ke hadapan, badannya yang mencondong ke
belakang akan dimbangkan ke hadapan dan begitu juga jika pemandu memecut ke
belakang. Motosikal satu roda yang dinamakan Ryno juga menggunakan gegasing
bagi menyeimbangkan tubuh penunggangnya.
sumber : http://prairiefire.areavoices.com/files/2010/09/6-8-07-segway-police.jpg
Dua orang polis sedang menunggang Segway
sumber: http://c276521.r21.cf1.rackcdn.com/wp-content/uploads/2011/01/RYNO.jpg
Menunggang Ryno.
Sejenis kereta mainan yang boleh bergerak di sepanjang birai
baldi boleh dibina menggunakan gegasing dengan teras gasing. Kereta ini
dinamakan ‘gyrocar’.
Sebuah gyrocar bergerak di atas sebuah birai tajam.
Kesimpulan
Secara umumnya terdapat dua jenis gegasing; satu yang
menggunakan momentum putar iaitu gegasing yang menggunakan gasing yang
dibiarkan berputar dalam bingkai putar; dan satu lagi gegasing yang menggunakan
getaran jasad di terasnya.
Gegasing getaran jasad lebih mendapat sambutan pada masa
kini terutama dalam bidang elektronik kerana harganya yang murah, saiznya yang
kecil dan ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi
(gegasing yang menggunakan gasing di dalam bingkai putar memerlukan tenaga yang
banyak untuk mengekalkan putaran gasing di teras bingkai putar).
Prinsip fizik utama yang diaplikasikan dalam semua jenis
gegasing ialah Hukum Gerakan Newton Pertama yang menyatakan bahawa sebarang
objek yang bergerak pada halaju seragam (putaran atau gerakan lurus) akan terus
bergerak kecuali jika ditindakkan oleh sebarang daya luar.
Momentum putar ialah sebahagian daripada prinsip-prinsip
fizik yang membenarkan Hukum Gerakan Newton Pertama. Hukum Gerakan Newton
Pertama menyatakan bahawa sebarang gerakan jasad pada halaju tertentu akan
kekal pada halaju tersebut selagimana tiada daya luar bertindak ke atasnya. Momentum
putar hanyalah sebahagian dari manifestasi hukum tersebut dalam kes jasad
berputar dan jasad bergetar.
WOW just what I was searching for. Came here by searching for jada pinkett smith
ReplyDeleteAlso visit my site :: head
Simply want to say your article is as astonishing. The clarity to your post is
ReplyDeletejust nice and that i can think you are a professional on this subject.
Fine with your permission let me to grasp your feed to
stay up to date with forthcoming post. Thank you 1,000,000 and please keep up the enjoyable work.
My webpage :: labor day
I think this is among the most vital info for me.
ReplyDeleteAnd i'm glad reading your article. But should remark on few general things, The site style is ideal, the articles is really excellent : D. Good job, cheers
My weblog machine gun kelly
Hello there! I know this is kinda off topic but I was wondering if
ReplyDeleteyou knew where I could get a captcha plugin for my comment form?
I'm using the same blog platform as yours and I'm having difficulty finding one?
Thanks a lot!
my page - electric baseboard heater covers
Can you get arrested for going to a wal mart that your banned from?
ReplyDeleteNope. An hourly wage Walmart employee mumbling into a walkie talkie does not constitute a legal order banning you
from the premises. For now, you're free to buy all the
blue light specials you want. 1. You are not banned from A Wal-mat.
If you are banned, it is from ALL Wal-marts.
2. If you are banned, entering is trespassing and you CAN
be arrested and charged. 3. Depending on WHY you are banned,
and if you cooperate when ordered to leave, they may or may not file a trespassing complaint.
Note: The ban IS a trespass notice.