Dalam penulisan kali ini penulis ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai seorang lelaki yang dikatakan dan telah dibuktikan oleh sejarah telah berjaya memperkenalkan pembaharuan atau revolusi dalam teknologi persenjataan dan ketenteraan, sekaligus mempermudah golongan-golongan manusia yang suka pertumpahan darah melakukan kerosakan di muka bumi dengan lebih cepat dan pantas.
Individu yang dimaksudkan ialah Hiram Steven Maxim, seorang perekacipta yang bertanggungjawab memperkenalkan senjata api di medan peperangan. Dia seorang lelaki berbangsa Yahudi tetapi mempunyai kerakyatan British, dan merupakan seorang perekacipta terkenal semasa hayatnya. Dia dikenali oleh sejarawan sebagai seorrang inventor yang berjaya mencipta bal lampu(light bulb) lama sebelum Edison mematenkan hakciptanya selepas beribu-ribu eksperimen dijalankan. Namun dia tidak mahu menghebahkan penemuan tersebut atas sebab2 yang tidak diketahui.
Hiram Steven Maxim
sumber: http://www.mitrailleuse.fr/Historique/HistoriqueIndex/Sirmaxim.jpg
Ketika Eropah dalam proses 'mematangkan diri' melalui peperangan dan pergaduhan semasa Perang Dunia Pertama, Maxim telah menerima idea baru daripada seorang rakannya.' Kenapa kau tak tolong orang2 Eropah itu berbunuhan sesama sendiri dengan memperkenalkan cara yang yang lebih pantas dan tepat untuk membunuh?' begitulah lebih kurang terjemahan nasihat seorang rakannya itu. Maxim yang ketika itu menceburi diri dalam rekaan-rekaan berasaskan elektrik, tidak dapat melihat sebarang keuntungan daripada rekaannya.(mungkin ketika itu barangan elektrik masih blum popular atau masyarakat masih belum didedahkan dengan sains secukupnya).
Lantas Maxim mempertimbangkan idea daripada rakannya itu. Dia yang juga berpengalaman membaiki kepala kereta api (coach) sudah tentu memiliki kepakaran dalam sistem mekanikal. Setelah berusaha untuk tempoh yang lama, akhirnya dia berjaya mencipta mesingan yang pertama.(senapang dan pistol sebenarnya sudah wujud pada masa tersebut)
Dia kemudiannya membuka perniagaan menjual mesingan dan antara klien yang paling menguntungkan Maxim ialah pihak Rusia ketika mereka menentang Jepun. Namun aneh lagi memalukan, Rusia telah dikalahkan tentera Jepun yang jumlahnya jauh lebih kecil dan tidak pula menggunakan mesingan ciptaan Maxim. Namun tidak kurang juga bilangan tentera Jepun yang terkorban dalam perang pada tahun 1905 itu.
Keuntungan yang dikutip oleh Maxim sudah tentu keuntungan yang menjijikkan kerana Maxim mengambil kesempatan daripada pertelagahan politik di zamannya. Pada pendapat penulis, Maxim adalah salah seorang batu api di sebalik beberapa siri peperangan pada zamannya, selain A.Ogata yang merupakan pencipta bahan kimia yang menguatkan fizikal tentera Jepun ketika berperang.
Kesimpulannya, janganlah menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah untuk melakukan kemusnahan di muka bumi ini. Azab yang telah dijanjikan Allah pasti datang ke atas orang-orang yang berlaku zalim.
Takde gamba mamat ni ke?Dia meninggal dunia camne? kena tembak ngan mesingan dia?
ReplyDeleteLast2 orang guna senjata dia utk bunuh bangsa dia sendiri.tu la kot balasan Allah terhadap dia (dan kaum dia)...
gambar tu mungkin bleh dicari kat google...huhu...sy terlupa nk taruk sekali gambar mamat ni...meniggal camner sy pun x pasti...tp bagus gak klau dia mati tertembak mesingan sendiri...senjata makan tuan bak kata org Melayu...
ReplyDeletetruskan menyokong blog ini...trima kasih atas komen ...
Hurrah, that's what I was seeking for, what
ReplyDeletea material! existing here at this weblog, thanks admin of this
web site.
Here is my homepage :: Dr Dre Beats