Jangan.( katakan TakNak kepada ’lolipop berasap’...)
jangan
jangan kau nyalakan pemetik apimu
untuk membakar sebatang rokok
yang sudah siap terkapit di celah bibirmu
andai kau tidak mampu menduga
masih mungkinkah engkau
menikmatinya lagi di esok hari
tidakkah engkau tahu
begitu racunnya sarat
terkandung padat
dalam setiap batang yang kau belanjakan
lupakah engkau
betapa Tuhanmu murka dan marah
bahawa agamamu lagikan menegah
janganlah engkau bangga
kononnya membela agama
kopiahmu tidak pernah lekang
kerapkali ke masjid bersembahyang
membantu orang menjayakan kenduri
datang menolong berpagi hari
andai di kedai kopi
berkepul-kepul asap kau lepaskan
di celah-celah lagu politik yang kau dendangkan
di masa luang yang kau sia-siakan
bersama rakan-rakanmu
lupakah kau
pada isterimu yang kau kasihi
pada anakmu yang kau sayangi
andai habis duit sawitmu
kau bakar pada nafsu yang sementara
bila kau kesempitan nanti
kemana kan kau bawa mereka pergi?
buanglah tabiat ini
kerana Tuhan tidak pernah merestui
hamba-Nya yang membunuh diri
mohdsyafiqbinsabri 11:30p.m. 120tiverton rd,selly oak , birmingham uk
No comments:
Post a Comment
Kini, Anon dan Anonimah pun boleh mengomen...